Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Loading...

Tuesday, January 31, 2012

Israel: Mari Lihat Apa Sebenarnya yang Dikata oleh Anwar

MAJORITI orang Melayu hanya membaca laporan dari harian2 milik UMNO dan media milik UMNO dalam isu ini.

Kebanyakan media2 ini adalah dalam bahasa Melayu. Soalnya, bagaimanakah laporan mereka itu boleh dikatakan benar kerana kenyataan Anwar Ibrahim adalah dalam bahasa Inggeris.

Dari artikel yang saya baca, kenyataan Anwar yang keluar dari mulut beliau adalah seperti berikut:

“Some refuse to recognize the state of Israel,” he said, “but I think our policy should be clear – protect the security [of Israel] but you must be as firm in protecting the legitimate interests of the Palestinians.”


TERJEMAHAN: "Ada sebahagian yang menolak pengiktirafan negara Israel. Tetapi polisi kita mesti jelas - menjaga keselamatan (Israel) tetapi mesti mempunyai ketegasan yang sama di dalam menjaga kepentingan orang2 Palestine"

Anwar tidak pernah MENGIKTIRAF kewujudan Israel serta negara Israel.

Apa yang Anwar kata kita boleh sokong Israel dalam menjaga keselamatan mereka tetapi mesti pada waktu yang sama menjaga hak orang Palestin.

Jadi soal Tulang Besi adalah, apa masalaahnya dengan kenyataan Anwar ini?

Ia akan memaksa negara2 Barat untuk lebih komited terhadap keselamatan dan hak orang2 Israel.

Adakah kita mahu membunuh serta membuang kesemua orang Yahudi yang sedang bermastautin di Israel sekarang ini?

Apa yang Tulang Besi nampak, kenyatan Anwar menguntungkan orang Islam, rakyat Palestine dan agama Islam secara amnya.
http://www.blogger.com/img/blank.gif
Ia menunjukkan kita tidak menyokong pembunuhan beramai-ramai orang Yahudi, kita juga sanggup bekerjasama untuk mencari solusi yang menguntungkan kedua-dua belah pihak serta kita memberi peluang kepada Negara Barat untuk bersama dengan kita di dalam isu Palestine-Israel ini.

Malahan, kalau rancangan "Dua-Negara" ini tidak dipersetuji dengan cepat, lebih banyak tanah2 rakyat Palestine aakan hilang kerana dirampas Israel.

UMNO cuba nak bising pasal kenyataan Anwar padahal UMNO sendiri mengambil APCO yang Zionis Yahudi sbg konsultan mereka.

Dr Mahathir sendiri adalah kawan baik Yahya Cohen.

Tulang Besi
Read more!(Selanjutnya)

Monday, January 30, 2012

Lagi Bukti MAIS Tidak Layak Mentadbir Zakat

Ini bukan laporan Harakah atau Suara Keadilan atau pun Sinar Harian. Ini laporan yang datang dari Berita Harian, suara rasmi UMNO.

Bayangkan sebidang tanah telah dibina rumah bagi orang2 Islam yang miskin dan fakir oleh seorang doktor bernama Kamarulzaman Hajar.

Perumahan tersebut diberikan kepada MAIS untuk ditadbir-urus. Sudah tentulah MAIS akan menggunakan wang zakat untuk mentadbirurus perumahan orang miskin dan fakir ini.

Bagi Tulang Besi, tidak hairanlah MAIS tidak mahu pentadbiran zakat Selangor diaudit oleh sebuah badan bebas serta laporan audit dibentang secara terbuka dan telus.

Sudahlah orang2 ISlam di Selangor terpaksa mengemis dari gereja untuk bantuan asas, rumah untuk mereka pun MAIS tak boleh tadbir.

Pengerusi MAIS pula sebuk mencari jalan menghalang Khalid Samad dari memberi tazkirah di surau2 dan masjid dari berusaha menyelamatkan umat Islam Selangor dari kemiskinan dan kepapaan.

JAIS pula sedang membantu HAsan Ali untuk melancarkan kempen akidah padahal yang sangat diperlukan oleh umat Islam Selangor dalam mempertahankan akidah mereka adalah bantuan kewangan, perumahan dan pelajaran dari Zakat Selangor.

Dengan kata lain:

Umat Islam SELANGOR perlukan bantuan kewangan, perumahan dan pelajaran untuk PERTAHAN AKIDAH MEREKA.


Umat Islam tak perlu kempen akidah, broshur, buku2 dsbya. Mereka perlu makanan, buku sekolah, wang saku, makan tengahari dsbnya untuk mempertahankan akidah mereka.

Boleh tak MAIS paham benda senang ni ataupun mereka masih duduk bodoh dalam minda UMNO mereka?

Pengerusi MAIS lebih layak dijadikan tukun tiruan untuk tangkap ikan kerana beliau tidak lebih hanyalah AGEN UMNO semata-mata.


KLIK IMEJ



KLIK IMEJ


Tulang Besi



Read more!(Selanjutnya)

Tulang Besi Sahkan Kenyataan Hasan Ali: Parasit Akidah Wujud dalam PAS

Hasan Ali sedang memainkan isu kononnya ada parasit akidah dalam PAS. Tulang Besi pula kata Hasan Ali benar. Sememangnya wujud parasit2 akidah dalam PAS

Malahan, Ustaz Nasaruddin Mat Isa juga memberi konfirmasi yang sama bila beliau dilaporkan berkata:



Parasit akidah dalam PAS adalah kumpulan kecil yang Nasa kata mahu mengurangkan jurang antara PAS dan UMNO.

MEreka menjadi parasit akidah kerana mereka mahu PAS rapat dengan UMNO yang jelas zalim dan menyesatkan ramai orang Islam di Malaysia.

Angkara UMNO yang mengamalkan sistem pendidikan sekular menjadikan majoriti umat Islam di Malaysia jahil tentang agama sendiri.

Angkara UMNO yg membasuh otak umat Islam di Malaysia menjadikan umat Islam tidak dapat membezakan antara haram dan halal membuahkan penyakit sosial yang begitu serius seperti buang anak, zina, homoseks dsbnya.

Angkara UMNO menolak hudud menjadikan ramai umat Islam terjebak dengan zina, qazaf, judi, arak dsbnya.

Maka, parasit2 akidah dlm PAS adalah mereka yang mahu membawa PAS rapat dengan agen iblis di Malaysia bernama UMNO.

KLIK IMEJ


Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)

Saturday, January 28, 2012

Sejak BIla Pulak Anwar Sokong Israel???/

ULASAN: UMNO dah takda modal. Lain yg dikata, lain pula yang difaham. Kalau tak fitnah, bukan UMNO namanya

Saya diwawancara oleh Wall Street Journal pada hari Khamis, 26hb Januari 2011. Antara soalan yang ditanya kepada saya adalah berkaitan dasar luar negara dan isu Palestin. Saya tuntas menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi. Saya juga mengungkapkan bahawa jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati. Berikut adalah jawapan yang saya berikan:

"I support all efforts to protect the security of the state of Israel," said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians."

Pendirian saya ini ternyata sejajar dengan prinsip perjuangan Parti Keadilan Rakyat yang menjunjung tinggi prinsip Keadilan Sejagat dan tegas membela hak mereka yang dizalimi. Selain itu pandangan saya ini ternyata selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab (Arab Peace Initiative) yang berteraskan Penyelesaian Dua Negara atau lebih dikenali sebagai Two-State Solution. Malahan dasar luar negara juga menekankan prinsip Penyelesaian Dua Negara sebagaimana yang diungkapkan YB Menteri Luar ketika Perbahasan Perhimpunan Agung PBB Sesi ke-66 pada 27hb September 2011 di New York (GENERAL DEBATE OF THE 66TH SESSION OF THE UNITED NATIONS GENERAL ASSEMBLY). Beliau menyebut:

"..Malaysia fully supports the legitimate rights of the Palestinian people for an independent State of Palestine, based on the two-state solution, taking into account the security concerns of both parties (Israel and Palestine)."

Ternyata dari kenyataan Menteri Luar Negara, dasar Malaysia adalah bersedia menghormati hak rakyat Palestin dan Israel untuk menikmati keamanan dan kedamaian. Akan tetapi kesediaan kita pastinya bergantung kepada syarat selagi mana hak rakyat Palestin tidak dicerobohi. Justeru saya memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang cuba memutar belit kenyataan saya semata-mata mahu menyebar fitnah kononnya saya mengkhianati aspirasi rakyat Palestin. Pendirian Parti Keadilan Rakyat adalah tuntas membela hak sesiapa sahaja yang dirampas dan dizalimi. Iltizam untuk memastikan keadilan buat semua tidak pernah surut malah pastinya digilap dan diperkukuh.

ANWAR IBRAHIM
Read more!(Selanjutnya)

Friday, January 27, 2012

Kg BEREMBANG: UMNO Zalimi Melayu. Pakatan Rakyat Bela Melayu

Masihkah saudara/saudari pembaca mengingati kezaliman yang telah menimpa ke atas penduduk Kg Berembang di Ampang pada tahun 2006? Di mana penduduk2 kampung dihalau seperti binatang oleh kerajaan UMNO yg kononnya memperjuangkan Melayu?

Mengikut salah seorang mangsa yang berbangsa Melayu:

"Mana orang Melayu nak tolong orang Melayu? Yang robohkan rumah kami orang Melayu juga… Nak kata Yahudi, tak Yahudi.


Pn. Noraini, penduduk Kampung Berembang"


Syukur alhamdulillah.

Di bawah kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang sering dituduh oleh UMNO sebagai:
a.Kerajaan yg tunduk pada "Cina DAP"
b. Kerajaan yang menyokong murtad
c. Kerajaan yang menolak Islam
d. Menggadai hak Melayu
e. Memberi muka pada bangsa asing


Rupanya, Penduduk2 Kg Berembang akan mendapat tempat tinggal sbagai ganti rumah mereka yang telah dirobohkan secara zalim oleh kerajaan MElayu UMNO tempohari.

Penduduk2 kampung Berembang akan mendapat rumah di perumahan yang diberi nama Flat Berembang Indah

Mengikut laporan akhbar di bawah, mereka sudah boleh berpindah ke rumah2 mereka pada 1 April tahun ini.

Rupanya Pakatan Rakyat lebih terkehadapan membela orang Melayu berbanding UMNO yang telah MENZALIMI orang MElayu

KLIK IMEJ
http://www.blogger.com/img/blank.gif

KLIK IMEJ


Tulang Besi

ps nak tengok kezaliman UMNO ke atas orang Melayu Kg Berembang, klik di sini.


Read more!(Selanjutnya)

Wednesday, January 25, 2012

Hasan Ali Adalah Juara Wala' Sebelum Ditendang Dari PAS

Pergi tanya sesiapa sahaja yang terlibat dalam PAS Selangor di peringkat Kawasan dan Cawangan. Selepas 2008, Dato HAsan Ali bertukar menjadi pengempen wala' (ketaatan) kepada pimpinan PAS Pusat paling aktif.

Di dalam mana-mana perhimpunan dalaman PAS, mentera Wala' ini tidak putus diungkapkan. Setiap ahli dan pendokong PAS disuruh mentaati kepimpinan PAS oleh Dato Hasan Ali.

TUjuannya adalah sekiranya kepimpinan PAS membuat keputusan untuk menjalin hubungan kerjasama dengan UMNO, maka penentangan dari akar umbi PAS tidak akan teruk.

Maka, Hasan Ali ke sana ke mari menyuruh ahli dan pendokong untuk wala'. Namun, harapan Hasan Ali tinggal harapan.

Ke tidak sediaan Tok Guru Nik Aziz menyokong gagasan PERPADUANG tajaan FRAKSI UMNO dalam PAS menyebabkan idea PERPADUANG ditolak dan tidak disukai oleh akar umbi PAS.

Malahan, keputusan Pemilihan PAS 2011 menunjukkan perwakilan2 PAS MENOLAK dengan jelasnya sesiapa sahaja yang terlibat dengan usaha "Perpaduang" ini.

Isu PERPADUANG menjadi isu paling hangat dikalangan para perwakilan PAS pada tahun 2011 yang telah melonjakkan Abang Mat menjadi Timbalan Presiden PAS.

Kesan lain adalah Hasan Ali terpelanting dari kedudukannya sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor.

Malang seribu kali malang, apabila Hasan Ali telah tidak memegang jawatan lagi, tiba-tiba wala' yang beliau kempen kan selama ini sudah tidak bermakna lagi.

Segala yang Hasan Ali suruh orang PAS buat, dia sendiri langgar dan dia sendiri buang.

Kerana apa? kerana tiba-tiba keluar maklumat cawangan2 PAS di DUN beliau sendiri menolak beliau sebagai wakil rakyat.

Dengan kata lain, Hasan Ali mengamuk sakan kerana dia tidak mahu orang tahu yang dia ditolak oleh akar umbi di DUN beliau sendiri.

Lagi pula, sebagai seorang yang kuat berkempen menyuruh orang taat kepada kepimpinan, sepatutnya HAsan Ali mengikut apa yang beliau kata.

Tindakan Hasan Ali mengutuk dan menista keputusan PAS Pusat menandakan Hasan Ali hanya mengungkapkan kata-kata wala demi kepentingan pribadi beliau serta kehendak beliau yang mahukan PAS bergabung dengan UMNO.

Ini kerana pengabunggan PAS-UMNO dijanjikan jawatan Menteri Besar Selangor kepada Hasan Ali.

Syukurlah Allah SWT telah melindungi PAS dari manusia lidah bercabang seperti Hasan Ali ini.

Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)

Tuesday, January 24, 2012

Bajet Agama Penang (DAP) Lebih Tinggi Dari Bajet Agama N.Sembilan (UMNO)

Lim GUan Eng yang digelar oleh puak2 UMNO sebagai CIna DAP telah memperuntukkan bajet untuk agama Islam di Penang sebanyak RM30juta setahun.

MB Negeri Sembilan pula, yang mana datangnya dari UMNO pula hanya memperuntunkan bajet sebanyak RM12 juta setahun untuk hal ehwal agama Islam.

Nampaknya, "Cina DAP" yang dihamun dan dimaki sebagai anti Islam dan anti orang Melayu lebih sayang dan menjaga kebajikan Islam berbanding dengan negeri UMNO seperti Negeri Sembilan.

Lagi pula, "Cina DAP" yg dimaki ini menyambung pembiayaan Sekolah2 Agama Rakyat yang telah dihentikan oleh Dr Mahathir Muhammad Iskandar Kutty satu masa dahulu.

Saya tak tau siapa sebenarnya yang anti Islam dan anti Melayu. UMNO atau Lim Guan Eng?

Tulang Besi
Read more!(Selanjutnya)

Pasal Peniaga Kompleks Gurney, Najib Tak Bising Pulak


Adapun sebelum Tahun Baru Cina, Najib telah berjanji untuk memperjuangkan kadar sewa peniaga-peniaga Kompleks PKNS. Adapun kenaikan 100% yg dikenakan dipandang zalim oleh Najib Tun Razak.

Apa yang Najib tidak sebut adalah kadar sewa yang ada sekarang adalah 70% lebih rendah dari kadar pasaran di Shah Alam. Dengan kenaikan 100% itu, peniaga2 PKNS masih dapat menikmati sewa yang masih rendah berbanding harga pasaran.

Bezanya adalah kenaikan sewa itu mampu untuk memberi keindahan dan pembaik pulih kepada Kompleks PKNS yang akan menjanjikan bilangan pelanggan yang jauh lebih banyak berbanding sekarang ini.

TUlang Besi ada membuat sedikit research. Rupanya pada bulan Jun 2011, peniaga2 Kompleks Gurney milik MARA juga telah mengalami kenaikan sewa.

Mengiku Pengerusi Jawatankuasa Peniaga dan Penyewa Kompleks Gurney, Muhammad Muszaki Mohd. Ozi"

".....keengganan pihak KGNMB berunding dengan para peniaga selepas kadar sewa dinaikkan menunjukkan sikap tidak profesional mereka.

"Peniaga sudah berusaha beberapa kali untuk bertemu dengan pengurusan syarikat itu, selain menghubungi mereka tetapi pihak terlibat seolah-olah cuba melarikan diri," dakwanya

Dakwanya, dalam surat tawaran bertarikh 25 April 2011, kadar sewa yang pada asalnya RM1,800 telah dinaikkan sehingga RM2,500 sebulan bermula 1 November akan datang.

Malahan, adalah dilaporkan, sehari selepas peniaga2 membuat bantahan rasmi terhadap kenaikan sewa, mereka telah diarahkan untuk mengosongkan kedai merekia

Soalnya, dimanakah Dato Najib Tun Razak pada masa peniaga2 Kompleks Gurney milik MARA memerlukan bantuan? Dimanakah Dato Najib apabila peniaga2 Kompleks Gurney diarahkan mengosongkan kedai mereka kerana membantah kenaikan sewa?

Soalan lagi satu adalah:

Kenapa Kompleks PKNS tak boleh naik sewa tapi Kompleks Gurney milik MARA boleh naik sewa?

Nak berjuang pun biarlah konsisten. Jangan guna isu Melayu untuk kepentingan politik sendiri sahaja.

Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)

Monday, January 23, 2012

Hasan Ali Tidak Pernah Bentang Program Murnikan Akidah Kepada PAS Pusat

Mengikut maklumat yang TUlang Besi perolehi, Dato Hasan Ali tidak pernah membentangkan agenda memurnikan akidah yang sedang beliau kempenkan kepada seluruh Selangor. Maka, tidak hairanlah PAS tidak memberi sokongan kepada HIMPUN mahupun agenda beliau sewaktu beliau berada dalam PAS.

Berulang-ulang kali beliau dipanggil mesyuarat dan berdepan, namun beliau tidak mahu hadir.

Malahan, tiada satu kertas kerja pun yang dibentangkan oleh Hasan Ali baik kepada PAS Pusat mahupun PAS Selangor berkaitan dengan agenda melawan murtad ini.


Hanya sekali beliau hadir selepas serbuan JAIS ke atas DUMC. Itupun beliau gagal menyakinkan majoriti AJK PAS Pusat bahawa serbuan tersebut bukan agenda UMNO melalui JAIS.

Bagi TUlang Besi, agenda memurnikan akidah yang Hasan Ali juarai sekarang ini, sekiranya ia benar dan ikhlas, tiada masalaah untuk beliau mendapat sokongan dari PAS Pusat ataupun dari Perhubungan PAS Selangor.

Juga, sekiranya agenda HAsan Ali ini tiada motif politik mahupun berkaitan dengan UMNO, tiada sebab untuk PAS mahupun ahli2 PAS untuk menyokongnya.

Namun persoalanya adalah mengapa Hasan Ali tidak pernah membincangkan agenda ini baik dengan PAS Pusat mahupun PAS Selangor?

Tiada siapa dalam PAS menyedari projek Hasan Ali ini. Semuanya dirahsiakan oleh beliau dari pengetahuan PAS Pusat dan PAS Negeri Selangor.

Bagi Tulang Besi, ini sudah menjadi bukti kempen memurnikan akidah tajaan Hasan Ali ini adalah agenda politik UMNO semata-mata.

Ia bukan bertujuan menentang murtad mahupun mahu menjaga akidah ummah. Ia hanya lah kempen untuk memburukkan PAS sahaja.

Manusia Hasan Ali telah terbukti menipu. Dia dakwa Anwar kotor, padahal mahkamah membebaskan Anwar Ibrahim.

Dia dakwa dia tidak diberikan hak membela diri, padahal dia telah banyak kali dipanggil mengadap tapi dia tidak mahu hadir.

Dia dakwa dia dipecat kerana Anwar. Padahal Anwar tiada kena mengena di dalam proses pemecatan beliau. Anwar tidak hadir pun dlm mesyuarat yang memecat Hasan Ali itu.

Si pembohong mahu memperjuangkan murtad di Selangor.

Biarkan biarkan

TUlang Besi
Read more!(Selanjutnya)

Sokong Najib TUn Razak Saman Sydney Morning Herald

Harian Australia The Sydney Herald melaporkan di laman web mereka:
"The wife of the Malaysian Prime Minister, Najib Razak, is known across Malaysia simply as FLOM (First Lady of Malaysia), and is Kapp's biggest customer, having dropped an estimated $100,000 in his boutique ordering garments during a private holiday in Sydney a little more than a fortnight ago"
TERJEMAHAN:Isteri kepada Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak, yg dikenali di Malaysia sebagai FLOM adalah pelanggan terbesar Kapp(seorang pereka fesyen terkenal Australia bernama Carl Kapp) telah membeli sejumlah pakaian berjumlah AD100,000 (kira2 RM325k)di butik milik Kapp sewaktu Rosmah bercuti di Sydney kira-kira 2 minggu lepas.

Sekiranya berita ini benar. maka is adalah satu bentuk pengkhianatan kepada rakyat Malaysia yang majoritinya sdg hidup dalam arus kenaikan harga barang dan kejatuhan tahap gaji yang begitu serius.

Di manakah isteri PM mendapat wang yang sebegitu banyak untuk berbeli belah dalam masa beberapa jam.

95% rakyat Malaysia akan menghabiskan hayat mereka dalam keadaan tidak pernah melihat wang sebanyak RM325 ribu ini. Isteri PM pula boleh menghabiskannya dalam masa beberapa jam.

Maka, sekiranya khabar ini tidak benar, wajiblah Perdana Menteri Malaysia menyaman harian Sydney Morning Herald kerana fitnah.

Tulang Besi
Read more!(Selanjutnya)

MB Negeri Sembilan pun Pegang Portfolio Agama.Kenapa UMNO Tak Bising?

Adapun keputusan MB Selangor di dalam mengambil alih portfolio agama telah dijadikan isu yang tersangat besar oleh juak2 UMNO.

Maka, Tulang Besi telah pergi ke Portal Kerajaan Negeri Negeri Sembilan. Rupa-rupanya, MB Negeri Sembilan, YAB Mohammad Hasan, juga memegang portfolio agama di negeri tersebut.

Tertulis di blog YAB Menteri Besar Negeri Sembilan:

Jawatan : • Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus (bermula 25 March 2004)

• Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Agama Islam

• Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perancangan, Kewangan, Tanah dan Sumber Asli

• Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan dan Perindustrian

• Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Keselamatan dan Penerangan



Ertinya, MB Negeri Sembilan telah memegang portfolio agama semenjak tahun 2004 lagi, yakni semenjak beliau menjadi MB Negeri Sembilan.

Adakah YAB Mohammad HAsan ini berkelulusan agama? Malahan, latar belakang Mohammad Hasan sama dengan Tan Sri Khalid, yakni mereka berlatar belakang korporat sebelum menjadi MB negeri masing-masing.

Kepada juak2 dan media UMNO, berhentilah mengata dulang paku serpih. Kelak kamu hanya menjadi bahan kutukan manusia sahaja.

Tulang Besi



Read more!(Selanjutnya)

Sunday, January 22, 2012

Hasan Ali Bakal Kacau Pemilihan Masjid dan Surau Seluruh Selangor

Hasan Ali adalah Timbalan Pengerusi MAIS. PAda waktu yang sama, Hasan Ali juga Pengerusi kepada JK PEmilihan AJK Masjid dan Surau seluruh Selangor.

Maka, dalam Hasan Ali telah melompat dan mendapat tuan baru ini, sudah tentulah dia mahu membuktikan ketaatan beliau kepada tuan barunya.

Maka, waktu yang paling baik untuk membuktikan ketaatan beliau adalah dengan memastikan kesemua JK Masjid dan Surau seluruh Selangor dipegang oleh puak2 UMporNO.

Pemilihan Masjid dan Surau akan berlaku pada bulan Februari 2012 ini. Kita lihat sendiri apa yang akan dilakukan oleh Hasan Ali ini.

Kepada kesemua JK Masjid dan Surau seluruh Selangor, bersiap2 lah mempertahankan hak kamu dari dirampas oleh UMNO melalui Hasan Ali.

Tulang Besi
Read more!(Selanjutnya)

Friday, January 20, 2012

Exco Agama Diambil MB Selangor Atas Nasihat Tuanku?

Begitulah khabar angin yang Tulang Besi terima. Tuanku merasakan waktu sangat singkat untuk diberikan portfolio yang sebegitu berat kepada seorang exco baru seperti YB Ahmad Khairi Yunus. Maka, MB Selangor disuruh untuk memegangnya sehingga Dewan Undangan Negeri dibubarkan kelak.

Juga, apa salahnya YAB Khalid Ibrahim memegang jawatan tersebut? Adakah orang seperti Rahman Palil, misalnya, lebih layak memegangnya?

UMNO jangan jadi Kaduk Naik Junjung. Ini bukan isu besar. Ini bukan isu pun dan ia tidak sedikit pun menjatuhkan imej PAS sebagai parti Islam di Selangor.

Lagipun, tumpuan sekarang adalah ke arah memenangi pilihanraya umum dan bukannya membuat kerja2 exco.

Berhentilah membesar2kan isu yang sangat kecil ini, wahai juak2 UMNO sekelian.


KLIK IMEJ


Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)

SYABAS Mengaku Kebocoran Banyak, Tapi Masih Mahu Empangan Langat

Rupanya dalam SYABAS menjerit2 minta dibina empangan Langat 2, rupanya BERIBU2 kilometer paip lama yang belum berganti.

Patutnya SYABAS fikir cara untuk menyelesaikan masaalah mengganti paip lama, bukan berkokok untuk empangan baru.

Apa punya Pengerusi SYABAS. Harap gaji sahaja besar sampai RM5.3juta, "akai" tarak




Tulang Besi


Read more!(Selanjutnya)

Percubaan Hasan Ali utk Kekal Exco Gagal!!!!

Adapun HAsan Ali telah menghantar surat kepada MB Selangor mempersoalkan kecepatan penggantian beliau sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Pada hemat Tulang Besi, surat tersebut adalah jalan akhir supaya MB Selangor menghentikan proses perlantikan Exco baru seterusnya memberi masa kepada Hasan Ali.

Masa ini penting kerana Hasan Ali akan membuat rayuan kepada Majlis Syura. Dan hampir pasti Majlis Syura akan menerima kembali HAsan Ali sebagai ahli PAS.

Masakan tidak. Salah seorang ahli Majlis Syura telah berada di rumah Hasan Ali sekaligus berucap memberi sokongan moral kepada Hasang Ali.

Bukan setakat berucap, siap memberitahu hadirin dia mewakili Majlis Syura Ulama PAS Pusat.

Hairan sungguh. Apa hal nya Majlis Syura Ulama meraikan seorang ahlinya yang baru kena pecat.

Ibarat Menteri Dalam Negeri pergi bertemu Mona Fendey sejurus selepas Mona Fendey dijatuhkan hukuman mati.

Maka, sekiranya Tan Sri Khalid bersetuju melengahkan perlantikan exco baru dan menunggu proses rayuan Hasan Ali kepada Syura, nescaya HAsan Ali akan diterima kembali sebagai ahli PAS dan beliau akan kekal sebagai Exco.

Syukurlah Tan Sri Khalid menolak surat Hasan Ali itu dan nampaknya Hasan Ali kempunan
http://www.blogger.com/img/blank.gif
Alhamdulillah

Tulang Besi

ps kenyataan Khalid Samad yang terbaru:

Dulu dia juga yang menjadi juara wala’ dan thiqah. Tetapi itu hanya ketika dia sebagai ketua. Semua kena dengar cakap dia. Kalau tidak maka tidak wala’, tidak thiqah serta tidak cukup tarbiyyah dan sebagainya. Tetapi apabila dirinya bukan ketua, nampak gayanya konsep tersebut tidak lagi releven.
Read more!(Selanjutnya)

Thursday, January 19, 2012

Nasaruddin Mat Isa Mendedahkan Siapa Parasit Dalam PAS


Hasan Ali mahu buat "review satu Malaya"(bak kata arwah Ahmad Nisfu dalam filem "Ibu Mertuaku" mendedahkan siapa parasit dalam PAS.

Rupanya, Ustaz Nasaruddin Mat Isa telah memintas usaha beliau dan mendedahkan kepada kita siapa sebenarnya parasit dalam PAS.

Ustaz Nasaruddin dilaporkan berkata:


Disebut oleh Nasa "kumpulan kecil dalam organisasi saya.

Perkataan2 ini mendedahkan kepada kita siapakah sebenarnya parasit dalam PAS. Yakni mereka yang begitu beriye-iye dan bersemangat mahu 'mengurangkan jurang" antara PAS dengan UMNO.

Sedangkan jurang macamana yang mahu dirapatkan antara kedua-dua parti ini?

Selama ini, sewaktu PAS kalah dan merempat, mengapa UMNO tidak sebuk sebuk mahu merapatkan jurang?

Mengapa Nasa dan kumpulan parasit beliau berlagak seperti perigi cari timba?

Jelaslah, kumpulan parasit (baca: geng perpaduang)ini wajib dibersihkan dalam PAS dengan kadar segera.

Tulang Besi
Read more!(Selanjutnya)

Nasaruddin Mengesahkan Wujudnya Parasit dalam PAS



"Tetapi jika kamu ikuti, ia masih perlu lebih usaha kerana orang ramai masih tidak faham dengan baik berhubung kerisauan kumpulan kecil dalam organisasi saya tentang keperluan mengadakan perbincangan.


Segalanya nampak macam elok dan baik. Cumanya terdapat beberapa persoalan dari kenyataan terbaru Ustaz Nasaruddin Mat Isa ini:

1.0 Apakah dengan dialog ini boleh menyelesaikan masaalah korupsi dan salah guna kuasa yang berleluasa sekarang ini?

2.0 Sekiranya boleh berdialog, apa perlunya PAS wujud? Tidakkah kewujudan PAS itu adalah sebagai mengganti tempat UMNO di dalam memimpin orang Melayu/Islam?

3.0 Apakah selama 50 tahun kebelakangan ini, PAS tidak pernah berdialog dengan UMNO?

4.0 Mengapa Ustaz Nasa tidak sebut banyaknya platform yg PAS telah gunakan untuk berdialog dengan UMNO dalam kaedah yang tidak membawa fitnah seperti:
a. Persidangan di Parlimen yg berlaku beberapa kali setahun
b. Persidangan di Dewan2 Undangan Negeri seluruh Malaysia
c. Program2 seperti forum dan wacana yang berlaku sepanjang tahun
d. Perbincangan melalui media-media milik UMNO dan milik PAS.
e. Perbincangan di dalam JK2 Parlimen dan DUN dalam berbagai2 aspek
dan banyak lagi platform2 yang PAS berdialog dengan UMNO.

PAS BERDIALOG DENGAN UMNO BANYAK KALI DALAM SATU TAHUN

Soalnya adalah mengapa isu ini ditimbulkan oleh ustaz Nasa?

Mengapa isu mengecilkan perbezaan dengan UMNO disebut oleh Ustaz Nasa?

Adakah demi memperkecilkan perbezaan, maka PAS akan tutup mulut dan mata dalam isu-isu seperti:

1.0 NFC dan lembu RM250 juta
2.0 Kehilangan wang FELDA RM3 billion
3.0 Fitnah Liwat 2 ke atas Anwar Ibrahim
4.0 Rampasan kuasa di Perak
5.0 Pemberian lesen judi bola kepada Vinsetan
6.0 Penggunaan JPA untuk mensabotaj kerajaan negeri Selangor
7.0 Pemberian 10 lesen judi dalam bulan pertama Najib menjadi MoF
8.0 Pembelian kapal selam Scorpene yg tidak tenggelam
Sekiranya PAS mengikut agenda Nasaruddin Mat Isa ini, maka:
1.0 PAS akan berhenti jadi bakal pengganti UMNO tetapi lebih kepada rakan dialog
2.0 PAS tidak boleh lagi menentang kemungkaran2 yang dilakukan oleh UMNO kerana pentingnya jurang perbezaan UMNO-PAS dikecilkan
3.0 PAS tidak perlu lagi wujud sebagai parti politik. Cuma perlu wujud sebagai NGO yang bisa mengadakan dialog bersama kepimpinan UMNO secara berkala

Bagi Tulang Besi, jelas Ustaz Nasa telah menjalankan agenda UMNO dan menguntungkan UMNO sepanjang selepas 2008.

Di waktu yang sepatutnya PAS bergerak gagah menyerang dan mengalahkan UMNO, terdapat ustaz nasa, yang menjadi Timbalan Presiden UMNO, mengorak langkah "mengurangkan perbezaaan".

Jelaslah, ustaz nasa telah berfungsi sebagai agen UMNO terutamanya selepas keputusan 2008.

Tak hairanlah, Ustaz NAsa adalah kepimpinan PAS yang pertama mendapat dossier kes Liwat 2 terus dari Pak Lah dan telah membentangkannya kepada pimpinan PAS.

Dengan kata lain, Nasaruddin Mat Isa mendedahkan kepada kita, kumpulan beliau yang mencintai agenda mahu merapatkan PAS dan UMNO ini adalah PARASIT sebenar dalam PAS.

Sorang parasit (Hasan Ali) dah kena tendang. Lepas ni kita tengok siapa lagi parasit yang bakal kena tendang

Tulang Besi




Read more!(Selanjutnya)

Wednesday, January 18, 2012

Siapakah Yang Sebenarnya Menderita di Selangor, Wahai Najib Tun Razak?

Sebenarnya, yang menderita adalah kalangan pemimpin Umno dan segelintir pemimpin MCA/MIC/Gerakan kerana sejak Pakatan Rakyat menubuhkan kerajaan baharu di Selangor pada 9 Mac 2008, kalangan pemimpin Umno terutamanya (baik yang bertaraf MP, Adun, Ketua Bahagian, Ketua Cawangan mahupun barisan pemimpin di peringkat bawahan) semakin sukar untuk “membolot” kekayaan negeri Selangor bagi faedah diri, isteri dan anak-anak, ahli keluarga mahupun rakan-rakan rapat mereka.

Malahan kini, dilaporkan, terdapat kalangan pemimpin Umno yang tidak mampu lagi memberikan angpow kepada para pengikut sempena sambutan adilfitri atau perayaan-perayaan lain di Selangor khususnya.

Sesungguhnya, kita yakin, sebahagian besar rakyat Selangor daripada pelbagai keturunan dan lapisan berasa senang hati hidup dalam pemerintahan kerajaan sekarang –Pakatan Rkayat – yang diterajui PKR, di Selangor. Mereka semakin menikmati pelbagai bantuan hasil pembangunan dan kemajuan negeri Selangor yang disalurkan menerusi agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor.
Seorang guru berijazah yang tinggal di rumah sendiri di Bestari Jaya bersama keluarga dengan gembiranya mengatakan, sejak tiga tahun lebih ini beliau tidak perlu membayar bil air bernilai RM11.40 setiap bulan kerana semuanya ditanggung oleh Kerajaan Negeri sekarang.

Seorang ketua keluarga di Ijok bersyukur kerana pada tahun 2010 sudah mendapat geran milikan tanah yang disampaikan sendiri oleh Dato’ Menteri Besar, walhal sejak lebih 18 tahun urusan pemberian geran tersebut hanya “tinggal janji” ketika Selangor diterajui oleh Umno/BN.

Seorang ustaz yang juga ahli JK Surau dan masjid di Sungai Leman, melahirkan tanda syukur kerana suaru dan masjid di situ menerima pelbagai bantuan daripada Adun Pakatan Rakyat yang bukan beragama Islam.

Di Pasir Panjang, keluarga kepada seorang warga emas yang meninggal dunia melahirkan rasa syukur dan mengucapkan jutaan terima kasih Kerajaan Pakatan Rakyat kerana mendapat bantuan “khairat kemaian” berjumlah RM1000 pada hari bapanya meninggal, dan baki RM1500 dua minggu kemudian.

Seorang pemaju perumahan, dengan bangga melahirkan rasa puas kerana beliau tidak perlu “menderma” ribuan RM kepada pemimpin Umno untuk mempengaruhi Pejabat Daerah bagi meluluskan permohonan untuk memulakan projek perumahan di Balakong sebagaimana amalan Kerajaan Umno/BN dahulu.

Demikian, antara ribuan “rasa syukur”, “rasa puas” dan “ucapan terima kasih” rakyat kepada Kerajaan Negeri sekarang kerana mereka menerima bantuan dan layanan adil daripada Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Sebaliknya, percayalah, sekiranya negeri Selangor kembali dikuasai oleh Umno/BN, semua atau hampir semua bantuan dan program untuk rakyat menerusi agenda MES itu bakal lenyap daripada didiperoleh dan dinikmati oleh sebilangan besar rakyat Selangor. Dan pada masa sama, perlahan-lahan golongan pemimpin Umno/BN, termasuk keluarga dan rakan-rakan rapat mereka bakal kembali membolot hasil daripada limpahan kemajuan dan pembangunan negeri Selangor ini yang sedang ditadbir urus oleh kerajaan Pakatan Rakyat dengan telus, bertanggungjawab, adil, berhemah dan mesra rakyat.

Kita harap, rakyat Selangor, berfikirlah dan bertindaklah dengan bijak semasa pilihan raya ke-13 yang bakal dihadapi tidak beberapa lama lagi. Barisan kepemimpinan Pakatan Rakyat Selangor pula memang komited meneruskan segala usaha gigih untuk menyejahterakan rakyat Selangor dengan melaksanakan pelbagai program, skim dan insentif yang dirancang menerusi MES dan slogan Selangorku, dan pada masa sama memperbaik segala kelemahan dan kekurangan yang demi kepuasan hati majoriti rakyat.

Akhir kata, kepada rakyat Selangor (sama ada ahli atau penyokong Umno?BN, mahupun ahli-ahli/kalangan penyokong PKR, PAS, DAP, marilah renungkan persoalan ini:

  • rakyat Selangor pada ini “terus termakan bujukan dan habuan” jangka pendek daripada PM dan kalangan pimpinan Umno/BN, yang sebenarnya mahu rakyat membantu mereka merampas Selangor pada PRU Ke-13?
  • rakyat Selangor membiarkan kalangan pemimpin Umno/BN yang rakus ini kembali berkuasa dan membolot semula harta dan kekayaan negeri ini yang berjaya dikumpul oleh Kerajaan Pakatan Rakyat, yang bernilai ratusan bilion ringgit untuk agihkan kepada seluruh rakyat, sedangkan nanti rakyat terbanyak kembali dipinggirkan apabila Umno/BN memerintah negeri Selangor jika menang manoriti pada PRU Ke-13?
  • rakyat Selangor bersubahat dengan pemimpin yang rasuah dan yang mengamalkan pemerintahan untuk kepentingan diri, keluarga (nepotisme) dan rakan rapat (nepotisme)? Bagi orang Islam khususnya, adakah anda sanggup bersubahat dengan pemimpin yang mengamalkan rasuah dan zalim?

Sekali lagi, wahai rakyat Selangor, fikir-fikirkan dan renung-renungkanlah, antara ‘amat dan janji Najib’ dengan pelbagai program kebajikan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat yang sedang dikebaci oleh rakyat di Selangor sekarang, dan insya-Allah bantuan berganda bakal diterima selepas PRU Ke-13 nanti.

Jangan “untung segenggam rugi seguni selepas PRU Ke-13…” akibat terpesona dengan kata-kata Datuk Seri Mohd Najib yang dikenal sebagai pemimpin yang ‘bukan lelaki sejati’!

Tulang Besi


LAMPIRAN 1: Amanat Najib kpd Selangor
January 13, 2012

Seramai 1,300 orang termasuk 894 ketua pusat daerah mengundi hadir dalam perjumpaan tertutup itu di Dewan Sri Bestari, Intekma Resort, Seksyen 6, Shah Alam.

SHAH ALAM: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengadakan pertemuan lebih dua jam dengan pemimpin akar umbi Barisan Nasional (BN) Selangor sebagai persiapan menjelang pilihan raya umum akan datang.

Seramai 1,300 orang termasuk 894 ketua pusat daerah mengundi hadir dalam perjumpaan tertutup itu di Dewan Sri Bestari, Intekma Resort, Seksyen 6, di sini.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut memberikan amanat kepada jentera pilihan raya BN pada perhimpunan itu yang bermula pada 8.30 pagi.

Najib, yang juga Pengerusi BN Selangor dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, tiba pada 10.20 pagi dan disambut oleh pemimpin-pemimpin BN negeri dan pusat sebelum menyampaikan amanatnya.
Turut hadir Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar, Presiden MIC Datuk G Palanivel, Pengerusi MCA Selangor Datuk Donald Lim Siang Chai dan Presiden PPP Datuk M. Kayveas.

Selepas majlis itu, Perdana Menteri menunaikan solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini.

Setiausaha Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed, yang ditemui pemberita selepas majlis itu, berkata Perdana Menteri mengingatkan mereka yang hadir bahawa jentera yang berdisiplin dan berkesan di peringkat akar umbi adalah penting untuk merealisasikan segala rancangan dan strategi untuk menawan kembali Selangor daripada pembangkang.

Beliau berkata Najib mahu agar jentera BN mengekalkan semangat dan keinginan yang kukuh untuk menang di Selangor setelah mereka mengalami pengalaman pahit duduk di bawah pemerintahan kerajaan negeri sekarang.

“Amanat Perdana Menteri itu meningkatkan iltizam mereka untuk mengukuhkan susunan jentera parti,” kata Mohd Zin.

- Bernama



LAMPIRAN 2: Janji Najib di Selangor

SHAH ALAM – Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan seluruh rakyat Selangor bahawa masalah yang dihadapi mereka ketika ini tidak akan selesai sekiranya kerajaan negeri terus ditadbir pakatan pembangkang.

Perdana Menteri berkata, banyak masalah yang timbul tidak dapat diselesaikan oleh Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, malah masih banyak janji pilihan raya umum lalu gagal ditunaikan meskipun pembangkang sudah berkuasa di negeri ini hampir empat tahun.

“Kita dapati pemerintahan kerajaan negeri mencecah empat tahun sejak pilihan raya 2008, tetapi amat jelas dalam banyak hal, ada perasaan kecewa di kalangan rakyat negeri ini kerana janji-janji kerajaan negeri tidak ditunaikan seperti mana yang dialami penduduk di Pangsapuri Rimba Jaya pada hari ini.

“Begitu juga dengan golongan peniaga seperti di Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang mengadu hal mengenai kerajaan negeri yang sebelum ini menabur janji lunak dan manis.

“Apabila sudah berkuasa para pekedai di kompleks berkenaan dikenakan kenaikan sewa bukan 10 peratus, bukan 20 peratus tetapi 100 peratus. Saya kata keputusan itu amat keterlaluan dan tidak adil kepada peniaga. Kalau jualan naik tidak apalah tetapi ada jualan tidak naik (sebaliknya) menurun pun ada tetapi mereka dikejutkan dengan kenaikan sewa 100 peratus ini,” katanya berucap pada ‘Program Sepetang Bersama PM’ yang dihadiri lebih 2,000 penduduk Pangsapuri Rimba Jaya di sini hari ini.

Hadir sama Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed; Penyelaras BN Parlimen Shah Alam, Datuk Ahmad Nawawi Md. Zin dan Penyelaras BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga, Zulkurnain Md. Roslan serta pemimpin-pemimpin parti komponen.

Kehadiran Perdana Menteri turut menarik perhatian anggota parti pembangkang apabila sekumpulan penyokong Pas dilihat turut hadir mendengar ucapan Najib.

Najib memberi jaminan bahawa BN akan menyelesaikan setiap masalah yang dihadapi rakyat di negeri ini jika diberi kepercayaan untuk mentadbir Selangor.

“Maka, adalah lebih baik kita ambil alih kerajaan negeri, kita selesaikan masalah rakyat yang kerajaan negeri tidak selesaikan seperti masalah bekalan air, sampah sarap termasuk masalah rakyat di Pangsapuri Rimba Jaya ini,” tegasnya.

Read more!(Selanjutnya)

Pengerusi UDA Juga Sokong Kenaikan Sewa

Arakian, Dato Najib datang berziarah ke Selangor. Dan hampir2 menangis semasa menjanjikan sewa di Kompleks PKNS tidak akan dinaikkan kalau BN memerintah Selangor.

Soal TUlang Besi adalah:

Siapakah yang Dato Najib cuba bohongi?


Merujuk tulisan Pengerusi UDA, Dato Nur Jazlan, yang dilantik oleh Dato Najib menerajui UDA:

Apabila UDA Holdings Bhd bercadang untuk menaikkan kadar caj servis di Hentian Puduraya, peniaga di sana tidak berpuas hati dan tidak bersetuju tetapi adakah semua sedar bahawa, jika caj itu tidak dinaikkan UDA akan menanggung defisit sebanyak RM1 juta setahun,


dan




Ini bermakna, PENGERUSI UDA juga bersetuju dengan langkah2 kenaikan sewa bagi menanggung kos pembinaan dan operasi.

Untuk mendapat kemudahan dan tempat yang lebih baik dan selesa, maka kenaikan sewa itu tidak dapat dielakkan.

Dalam kes Kompleks PKNS, kenaikkan sewa adalah perlu memandangkan PKNS mahu menaiktaraf kompleks tersebut yang bakal menyaksikan kenaikan pengunjung yang sebegitu besar.

DEngan kata lain, walaupun sewa premis dinaikkan, tapi potensi keuntungan dari kenaikan taraf jauh lebih besar dan jauh lebih banyak berbanding sekarang.

Oleh sebab itu, saya meminta Dato Najib supaya berhenti bermain politik murahan. Jangan jadi Pak Kadok. Ayam Menang tapi Kampung Tergadai.

Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)

Tuesday, January 17, 2012

Beberapa Perkara Pelik Berkaitan Pemecatan Hasan Ali

Ada beberapa perkara yang pelik dan luar biasa yang telah berlaku sewaktu dan selepas pemecatan Hasang Ali:

1.0 Apa urusan Ustaz Nasaruddin berada di rumah Hasan Ali? Ini kerana Hasan Ali baru sahaja dipecat oleh AJK PAS Pusat. Beliau adalah umpama seorang banduan dan pesalah yang baru sahaja menerima hukuman. Apakah logik Perdana Menteri Malaysia berada di sisi Mona Fendey sejurus selepas Mona Fendey dijatuhkan hukuman mati? Begitulah peliknya keberadaan Ustaz Nasa di rumah Hasan Ali sejurus selepas Hasan Ali dipecat dari menjadi ahli PAS

2.0 Adanya Ustaz Azhar Yaakub di rumah Hasan Ali. Bukan setakat itu, Ustaz Azhar Yaakub juga dijadualkan berceramah bersama Hasan Ali di dalam "Road Show" Hasan Ali. Antaranya, yg dijadualkan pada hari 17 January 2012 di Dewan Orang Ramai Meru.

UStaz Azhar Yaacob yang sama ini juga adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS 1 bagi negeri Wilayah Persekutuan. Pada waktu yang sama, Dr Azhar Yaacob yang sama sebelum ini meminta supaya nama beliau dirahsiakan sebagai pemegang jawatan dalam PAS kerana beliau adalah pensyarah UTM.

3.0 Media UMNO memberi SEPENUH lipuitian dan waktu prima kepada Hasan Ali. MEdia UMNO yang sama ini jugalah yang telah memfitnah mangsa2 di Memali dengan panggilan2 seeprti komunis, pengganas dsbnya.

4.0 Hasan Ali diberi sepenuh masa untuk mempertahankan diri beliau dan menjelaskan diri beliau. Namun, setiap jemputan dan panggilan kepada beliau untuk menghadiri mana-mana mesyuarat ditolak mentah-mentah oleh beliau

5.0 Hasan Ali menyatakan terdapat parasit-parasit di dalam PAS yang sedang menghancurkan PAS. Namun, sehingga hari ini beliau tidak dapat menamakan siapakah parasit2 tersebut.

6.0 Dalam ucapan beliau di rumah beliau malam beliau dipecat , beliau menyatakan yang beliau mendapat didikan dari arwah Ustaz Fadzil Nor. Pada waktu yang sama, Arwah Ustaz Fadzil Nor yang sama pernah menyatakan sekiranya Barisan Alternatif menang, maka Perdana Menteri adalah Anwar Ibrahim. Kita persoalkan apakah benar Hasan Ali dididik oleh Ustaz Fadzil Nor?

7.0 Pemecatan Hasan Ali adalah dengan sebulat suara. Tiada suara di dalam PAS Pusat yang membantah kerana cadangan tersebut datang dari Mursyidul Am serta Presiden PAS sendiri. Adakah ini pun Hasan Ali mahu membantah?

8.0 Hasan Ali kata dia mahu memperjuangkan akidah Islam. Hanya 2-3 bulan lepas, Dato Najib Tun Razak secara terbuka menolak perlaksanaan hukum Hudud di Kelantan. Pada waktu yang sama, DAP menghormati Enakmen Syariah Kelantan yang mengandungi undang2 hudud tersebut. Soalnya sekarang, adakah HAsan Ali boleh berkompromi dgn penolakan hukum hudud oleh UMNO yang terang jelas bersalahan dengan akidah Islamiyyah?
Cukuplah 8 fakta yang pelik yang perlu kita semua fikirkan.

Tulang Besi
.
Read more!(Selanjutnya)

UMNO Pecat Keahlian Anwar Dulu Melalui JK Disiplin Ke?

UMNO cuba menangguk di air keruh dalam isu pemecatan Hasan Ali. Kononnya, Hasan Ali tidak diberi ruang untuk mempertahankan diri.

Dan kononnya UMNO mengikut lunas2 Islam dengan memberikan keadilan. Kononnya HAsan Ali dizalimi kerana beliau tidak dihadapkan di hadapan JK Disiplin PAS Pusat. Dakwaan yang sama dibuat oleh Hasan Ali tempohari.

Soal saya kepada UMNO adalah:
"Sewaktu Anwar dipecat keahlian dari UMNO dulu, adakah Anwar dihadapkan di hadapan Biro Disiplin UMNO"?


Bezanya adalah Anwar menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang terakhir sebelum dipecat. Hasan Ali TIDAK HADIR walaupun dijemput berulang kali.

Keberanian Anwar menghadiri mesyuarat terakhir MT itu adalah kerana Anwar tahu kebenaran berada di sebelahnya.

Hasan Ali tidak mahu hadir kerana dia tahu dia tidak bisa untuk mempertahankan dirinya lantaran kebenaran tidak berada di pihaknya. Kebathilan berada di pihak Hasan Ali.


Jadi, janganlah UMNO cuba mendabik dada kononnya mereka adil dan saksama. Satu dunia melihat kezaliman mereka ke atas Dato Seri Anwar Ibrahim, bekas TImbalan Presiden UMNO pada tahun 1997.

Hasan Ali telah diberi amaran berulang kali, telah di beri nasihat dan telah dipanggil mengadap berulang kali. Namun, beliau angkuh dan sombong.

Di atas keangkuhan dan kesombongan Hasan Ali, beliau telah dipecat.

Syukur Alhamdulillah.



Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)

Friday, January 13, 2012

Ibarat Guna Duit Zakat Untuk Bina Rumah Pelacuran



Perumpamaannya seperti Jamil Khir membelanja wang zakat untuk membuka sebuah rumah pelacuran.

Pertamanya, Saiful adalah pelaku dosa Qazaf. Dosa Qazaf adalah dosa besar. Cukup besar dosa Qazaf ini, lebih baik seseorang itu makan babi berbanding melakukan Qazaf.

Menteri UMNO, Jamil Khir, telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menghalang kes Qazaf Saiful dari dibicarakan di Mahkamah Syariah.

JAWI, Jamil Khir dan Mufti Wilayah Persekutuan pula telah memperkenalkan satu asnaf baru, yakni, menghalang perlaksanaan hukum Allah.

Dengan kata lain, selepas ni mana-mana orang Islam hendak melanggan pelacur, beli beer atau wiskey, beli tiket Sports Toto, dipersilakan untuk membuat permohonan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Mengapa tidak boleh? Saiful yang melanggar hukum Allah dengan jelas dan terang dibela oleh JAWI sampai ke tahap menggunakan duit zakat.

Kalau Jamil Khir seorang Islam yang benar, sudah tentu dia pastikan kes Saiful berjalan dengan lancar dan cepat.

Pentingnya Saiful dibicarakan di Mahkamah Syariah kerana untuk menghalang dosa Qazaf dari dilakukan oleh jutaan umat Islam di Malaysia.

Tapi, Jamil Khir melakukan sebaliknya.

Beliau menggunakan duit zakat ke arah MENGGALAKAN dosa Qazaf di kalangan umat Islam.

Atas sebab itu, saya nak cabar Mufti Wilayah untuk tunjukkan kitab mana yang izinkan penggunaan wang zakat bagi penyebaran amalan Qazaf di kalangan umat Islam?

Adakah jihad skrg ni termasuk menghalang perlaksanaan hukum Allah?

Tuan/puan, inilah yang kita panggil sebagai "AGAMA UMNO".

Perumpamaannya seperti Jamil Khir membelanja wang zakat untuk membuka sebuah rumah pelacuran.

Laknat Allah ke atas semua yang terlibat dalam salah guna wang zakat ini.

Tulang Besi
Read more!(Selanjutnya)

Jadual Ceramah Seluruh Kedah Sempena Konvensyen PR di Kedah

Tarikh : 13 Januari 2012 (Jumaat) Jam : 9.00 malam

KLIK IMEJ


KLIK IMEJ


Read more!(Selanjutnya)

Duit Zakat Digunakan bagi Menggalakan Dosa Besar



Perumpamaannya seperti Jamil Khir membelanja wang zakat untuk membuka sebuah rumah pelacuran.

Pertamanya, Saiful adalah pelaku dosa Qazaf. Dosa Qazaf adalah dosa besar. Cukup besar dosa Qazaf ini, lebih baik seseorang itu makan babi berbanding melakukan Qazaf.

Menteri UMNO, Jamil Khir, telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menghalang kes Qazaf Saiful dari dibicarakan di Mahkamah Syariah.

Kalau Jamil Khir seorang Islam yang benar, sudah tentu dia pastikan kes Saiful berjalan dengan lancar dan cepat.

Pentingnya Saiful dibicarakan di Mahkamah Syariah kerana untuk menghalang dosa Qazaf dari dilakukan oleh jutaan umat Islam di Malaysia.

Tapi, Jamil Khir melakukan sebaliknya.

Beliau menggunakan duit zakat ke arah MENGGALAKAN dosa Qazaf di kalangan umat Islam.

Atas sebab itu, saya nak cabar Mufti Wilayah untuk tunjukkan kitab mana yang izinkan penggunaan wang zakat bagi penyebaran amalan Qazaf di kalangan umat Islam?

Ertinya JAIWP telah memperkenalkan satu asnaf baru, yakni, menghalang perlaksanaan hukum Allah.

Adakah jihad skrg ni termasuk menghalang perlaksanaan hukum Allah?

Tuan/puan, inilah yang kita panggil sebagai "AGAMA UMNO".

Perumpamaannya seperti Jamil Khir membelanja wang zakat untuk membuka sebuah rumah pelacuran.

Tulang Besi
Read more!(Selanjutnya)

Thursday, January 12, 2012

BRITISH yg Tubuhkan FELDA, bukan UMNO Mahupun Tun Razak

ULASAN: Terima kasih sdr Tarmizi Mat Jam di atas artikel yg sungguh baik. Perangai UMNO amat suka mendabik dada atas perkara yang mereka tidak lakukan. Semoga artikel ini dapat mencerahkan sejarah Malaysia.
Menurut pakar perlembagaan, Dr Samarudin Md Rejab, Felda diwujudkan oleh penjajah Inggeris sebagai satu strategi untuk mengekang pengaruh fahaman komunis dikalangan masyarakat Melayu sebagaimana skim kampung baru (new village) dilaksanakan bagi mengawal ketat anasir komunis daripada menyusup masuk ke dalam masyarakat Cina, lapor Dzulkarnain Taib dari Suara Keadil

"Dasar awal berkaitan dengan idea perlaksanaan skim penempatan lebih menjurus kepada isu pemberontakan dan pengawalan. Ia digunakan sebagai satu instrumen melawan pemberontakan melalui kewujudan kampung baru dan lain-lain tanah rancangan yang sama. skim tanah rancangan tidak ada bezanya dengan kerangka asas ini, malah ia menjadi idea untuk meluaskan penempatan di kawasan hutan yang belum diterokai atas tema pembangunan ekonomi dan tanah.


"Sejak mula dasar ini diterimapakai, sebahagian besar daripada peranan membangunkan tanah dan penempatan semula populasi dimonopoli oleh FLDA," kata Dr Samarudin. Perkara ini didedahkan dalam artikel penyelidikan beliau bertajuk "Evolution Of Policies Affecting Land Settlement Schemes In Malaysia" yang disiarkan dalam jurnal Akademika, Bil. 12 keluaran Januari 1978


Artikel tersebut menjadi sebahagian daripada tesis sarjana beliau ketika Dr Samarudin bertugas sebagai pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia. Artikel itu menyebut susulan daripada laporan "International Bank for Reconstruction and Development Mission" pada 1954, kerajaan kolonial Inggeris telah menggubal Rancangan Malaya Pertama (RMP) (1956-1960) yang telah dilaksanakan selepas negara mencapai kemerdekaan pada 1957. Didalam RMP telah dinyatakan cadangan berhubung mewujudkan skim tanah rancangan.


"Satu altenatif yang kita fikirkan ialah mengadaptasi skim penanaman kapas Gezira di Sudan...sebuah skim dirancangkan seperti ini menjamin kelebihan pengurusan penanaman secara efisien dan pemasaran secara besar-besaran dan pada masa yang sama mengelakkan terjerumus dalam kelemahan sistem perladangan. Adalah jelas modifikasi terhadap skim penanaman kapas di Sudan adalah perlu untuk disesuaikan dengan penanaman padi dan lain-lain skim di Malaya. 'Mission' bagaimanapun yakin bahawa skim rancangan seperti ini wajar untuk dipertimbangkan," menurut laporan bank tersebut.


Selepas beberapa siri perbincangan mendalam, Ordinan Persekutuan (Federal Ordinance) telah digubal pada julai 1956 untuk menggerak skim tanah rancangan sebagai satu dasar kerajaan. Satu jawatankuasa (Working Party) telah ditubuhkan untuk mengalas tanggungjawab ini dengan mengambil kira antara lain keperluan bantuan daripada kerajaan bagi membangunkan tanah rancangan di negeri-negeri serta mengkaji aspek kewangan dan pentadbiran orginasasi yang paling sesuai untuk melaksanakannya.


"Kajian jawatankuasa tersebut mendapati keperluan yang mendesak dan oleh itu ia mencadangkan penubuhan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FLDA) sebagai sebuah agensi kerajaan yang bertanggungjawab untuk membuka tanah rancangan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Ordinan Kemajuan Tanah 1956.


"Objektif utama FLDA ialah memudahkan pembangunan dan rancangan kawasan baru, menyediakan pengurusan dan pemantauan komuniti baru di tanah rancangan, menyediakan kemudahan asas dan memastikan pembangunan lestari tanah rancangan," kata Dr Samarudin dalam artikelnya.


Hasilnya, projek tanah rancangan Lembah Bilut di Pahang menjadi realiti pada 1958. RMP mensasarkan sebanyak 36 tanah rancangan yang meliputi kawasan penanaman getah seluas 150,000 ekar dengan 14,000 keluarga namun FLDA hanya mampu melaksanakan 25 tanah rancangan yang menempatkan 1,694 keluarga di atas tanah seluas 19,600 ekar.


Ketika dihubungi Dr Samarudin berkata berdasarkan kajian beliau 32 tahun dahulu, Najib mahupun Umno tidak lagi boleh membuat klaim bahawa Felda diasaskan oleh ayahnya atau pun Umno sebagai pencipta idea penubuhan agensi itu.


"Kita mesti ingat ketika idea Felda dicetuskan negara masih di bawah penjajahan Inggeris. Tun Razak ketika itu pun bukan Menteri yang menjaga hal ehwal Felda," jelas Dr Samarudin. Abdul Razak bertanding dalam pilihan raya pertama negara pada 1955 dan kemudian dilantik sebagai Menteri Pelajaran.


Selepas pilihan raya 1959 barulah beliau dilantik sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar, tiga tahun setelah idea penubuhan Felda diilhamkan oleh Rancangan Malaya Pertama dan hampir dua tahun setelah perlaksanaan Skim Tanah Rancangan Lembah Bilut.


Bagaimana pun beliau memainkan peranan penting dalam mengembangkan skim rancangan Felda keseluruh negara sehingga beliau meninggal dunia pada 14 Januari 1976 pada usia 53 tahun. Felda mengalami penurunan rizab tunai sebanyak RM2.37 semenjak agensi itu diletakkan di bawah pengawasan Najib dari tahun 2004 hingga 2009.
Read more!(Selanjutnya)

SYABAS Terus Guna Taktik Takutkan Pengguna

Syarikat atas Angin milik UMNO, SYABAS, yang diberikan konsesi mentadbir bekalan air di Selangor sekali lagi menggunakan taktik menakutkan pengguna kononnya bekalan air akan kehabisan.

Tujuan mereka supaya kerajaan Negeri meluluskan pembinaan Empangan Langat 2 yang amat dicita-citakan SYABAS serta Tan Sri Rozali Ismail.

Sedangkan kerajaan negeri telah menyatakan berkali-kali, masalaah air di Selangor boleh diselesaikan sekiranya SYABAS menyelesaikan masaalah kebocoran air di Selangor.

Mengikut maklumat rasmi, kira2 30% air yang dirawat oleh SYABAS hilang kerana kebocoran.

Maka, seharusnya SYABAS mencari jalan menyelesaikan masaalah kebocoran dari terus menerus mengulangi rekod buruk yang mahukan Empangan Langat 2 yang baru.

Nampak jelas SYABAS mahu menutup kelemahan sendiri. SYABAS gagal menyelesaikan masalaah kebocoran air yang teruk.

Ini kerana SYABAS hanyalah sebuah syarikat untung atas angin semata-mata. Dan, ada kemungkinan SYABAS sudah kehabisan wang dan memerlukan projek Empangan LAngat untuk mengenerasi wang baru melalui pinjaman2 ke atas projek tersebut.

Hakikatnya, SYABAS adalah sebuah syarikat yang tidak bertanggunjawab dan telah gagal mentadbir air di Selangor dengan baik. Sudahlah masaalah kebocoran air begitu serius tidak ditangani oleh SYABAS, boleh pula SYABAS membayar gaji Pengerusi mereka, Tan Sri Rozali, sebanyak RM5.1juta setahun.

Gaji Tan Sri Rozali jauh lebih mahal dari gaji CEO Bank of China, yakni bank yang terbesar di dunia.

Seharusnya SYABAS dibubarkan dengan kadar segera. SYABAS adalah liabiliti kepada rakyat Selangor. Kewujudan SYABAS hanya untuk mengkayakan orang2 tertentu dan bukannya untuk kepentingan rakyat Selangor.


KLIK IMEJ


Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)

Wednesday, January 11, 2012

KEADILAN TAMPIL DENGAN BUKTI SALAHGUNA WANG ZAKAT MAIWP

ULASAN: Kenyataan dari YB Seri Setia, YB Nik Nazmi:

Saya pada hari ini tampil dengan bukti-bukti dakwaan salahguna wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan yang dinafikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharum selama ini.

Pertama ialah set dokumen daripada MAIWP sendiri termasuk baucer bayaran bernombor 2010B04112 bertarikh 29 April 2010 sebanyak RM32,150.00. Baucer tersebut secara terang merakamkan kumpulan wang yang digunakan merupakan kumpulan wang zakat.

Kedua merupakan surat daripada Ketua Audit Negara Tan Sri Dato’ Setia Ambrin Buang kepada Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Negara Datuk Seri Azmi Khalid yang mengesahkan bahawa RM63,650 wang zakat (iaitu bayaran pertama sebanyak RM31,500 pada 9 Februari 2010 dan RM32,150 yang tercatat di dalam baucer tersebut) digunakan bagi membayar kos guaman MAIWP.

Jamil Khir berkali-kali menegaskan bahawa MAIWP mempunyai peruntukan daripada kerajaan sebanyak RM700,000 bagi menampung pelbagai pembayaran termasuk kos guaman.

Namun Laporan Ketua Audit menyebut bahawa MAIWP hanya memulangkan wang tersebut pada Disember 2010, kira-kira enam bulan selepas peruntukan tersebut disalurkan ke dalam MAIWP. Jamil langsung tidak menyebut tentang hal ini.

Saya juga ingin membetulkan laporan Utusan pada 4 Januari lalu yang memetik Bahagian Hal Ehwal Korporat Jabatan Audit Negara bahawa isu salahguna zakat ini tidak dilaporkan di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010. KEADILAN tidak pernah mendakwa demikian, sebaliknya kami merujuk kepada surat Ketua Audit Negara kepada Jawatankuasa Kira-Kira Negara seperti tertera.

KEADILAN memandang serius penyalahgunaan institusi penting umat Islam ini. Saya akan membuat laporan polis esok 11 pagi di Balai Polis Dang Wangi berkaitan dengan kes salahguna wang zakat ini.

NIK NAZMI NIK AHMAD
PENGARAH KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT

Read more!(Selanjutnya)

Tuesday, January 10, 2012

Hasan Ali Masuk PAS Kerana Anwar Ibrahim

Adapun di rumah HAsan Ali malam lepas, Hasan Ali membuat kenyataan keras. Yakni Hasan Ali dipecat dari PAS kerana Anwar Ibrahim.

Namun, sudah lupakah HAsan Ali bahawa beliau menyertai PAS kerana Anwar Ibrahim juga?

Bukankah HAsan Ali menyertai PAS selepas Anwar Ibrahim dipecat dan diaibkan oleh Dr Mahathir serta UMNO?

Dengan kata lain, Dr Hasan Ali menyertai PAS kerana Anwar Ibrahim.

Mengapa sekarang mahu menyalahkan Anwar Ibrahim apabila dipecat dari PAS?

Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)

Kenyataan Media Anwar Ibrahim dari Mumbai

KENYATAAN MEDIA
10 JANUARI 2012

Saya dan Azizah tiba di Mumbai dan menuju Panchgani sebagai tetamu kepada sahabat lama, Rajmohan Gandhi, penyala obor perjuangan datuknya, pejuang besar India Mahatma Gandhi.

Lebih tiga bulan lalu saya berjanji untuk bersama beliau menyemarakkan semangat perjuangan Gandhi bagi menegakkan demokrasi yang mempedulikan nasib rakyat serta menolak kezaliman dan rasuah.

Sepanjang dalam perjalanan selama tiga jam, saya menerima ribuan panggilan telefon, mesej dari Twitter dan Facebook, komen di blog serta SMS dari pelbagai lapisan masyarakat Malaysia dan dunia yang menyatakan kesyukuran dan rasa gembira.

Fikiran saya melayang mengenangkan wajah gelisah, sedih, derita keluarga dan rakyat terutama di saat cemas menunggu penghakiman pagi semalam.

Alhamdulillah, saya bersykur kerana setelah sekian lama difitnah dan diaibkan oleh pemimpin dan media UMNO, Hakim Dato' Zabidin Mohd Diah memutuskan -- berlandaskan undang-undang dan fakta -- bahawa dakwaan seseorang tanpa saksi dan sebarang bukti sokongan adalah tidak dapat diterima. Malah keterangan forensik dan DNA yang dikemukakan pihak pendakwaan turut dipertikaikan kesahihannya.

Saya tidak berhasrat menyingkap permasalahan lalu atau memberikan sebarang tafsiran mengapa penghakiman mengejutkan ini berlaku. Walaubagaimanapun, saya bersyukur ke hadrat Allah Azzawajalla kerana saya bebas dari fitnah jahat sedemikian.

Kasih sayang Azizah dan keluarga; kesetiaan rakan-rakan KEADILAN; dukungan PAS dan DAP; para reformis dan sokongan dan iringan doa rakyat bukan saja ibarat penawar malah membajai penyuburan semangat dan daya juang saya.

Seperti lazimnya saya tidak cenderung untuk merintih kisah derita silam malah sedia memaafkan. Hanya yang dimasyghulkan ialah kebiadaban gerombolan kecil termasuk media UMNO yang berdendam kesumat dan terus memfitnah saya.

Saya ingin mengajak saudara-saudari bersama rakyat Malaysia untuk melonjakkan perjuangan menuntut kebebasan rakyat; pemerintahan yang telus dan adil; ekonomi yang dipacu segar tetapi mempedulikan nasib rakyat serta menolak keangkuhan kuasa dan rasuah.

Kami sekeluarga amat terharu dengan luahan simpati dan dukungan semua. Semoga usaha murni kita bersama direstui dan diberkati Allah SWT.

Ikhlas dari,
ANWAR IBRAHIM

Read more!(Selanjutnya)

Masalaah Sampah Hanya di MBSA. Jelas Berlaku Sabotaj

KLIK IMEJ


Benar juga laporan di atas. Kalau kita lihat di kawasan2 yang bersempadan dengan MBSA seperti Subang Jaya dan Klang, tiada masaalah pemungutan sampah seperti yang dihadapi di Shah Alam.

Bagi Tulang Besi, jelas berlaku sabotaj yang berkemungkinan besar datang dari UMNO dan Barisan Nasional.

Diharapkan pihak MBSA dan Kerajaan Negeri akan berupaya mengatasi tindakan sabotaj yang tidak bertanggungjawab ini.

jelas mereka yang mensabotaj ini tidak berhati perut. Hanya kerana propaganda politik mereka sanggup membahayakan kesihatan penduduk Shah Alam.

Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)

Monday, January 9, 2012

Sekarang Masanya Anwar ke Mahkamah Syariah Pula


Syukur Alhamdulillah kerana mahkamah telah mendapati Dato Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah d atas tuduhan meliwat Saiful Azlan Bukhari.

Bagi Tulang Besi, sekarang ini masanya Anwar mengheret Saiful dan Dato K ke Mahkamah Syariah pula atas tuduhan Qazaf.

Penting bagi Anwar melakukan perkara ini kerana jutaan umat Islam di negara ini telah terjerumus dalam satu dosa besar yang dipanggil “qazaf”.
“Qazaf” ini bermaksud menuduh seseorang tanpa 4 orang saksi. Dosa Qazaf ini tergolong dalam salah satu dosa besar. Dan di dalam hukum hudud, wajib dikenakan 80 kali sebatan.

Adalah lebih baik seseorang Islam itu memakan seekor babi dari melakukan dosa Qazaf ini.

Wajarlah Anwar Ibrahim mengheret Saiful Bukhari, Dato’ Eskay dan Dato’ T itu ke mahkamah syariah sebagai pengajaran kepada seluruh umat Islam bahawa dosa Qazaf itu dibenci Allah SWT.

Kalau Dato Seri Anwar melakukan ini, inshaalah, pahala “NAHI MUNGKAR” akan turun dengan banyaknya ke atas beliau kerana beliau dengan jelas memerangi kemungkaran.

Segala yang telah berlaku dlm isu Saiful Azlan Bukhari ini adalah KECIL berbanding dosa qazaf yang telah dipalit kepada jutaan umat Islam di Malaysia ini

Kemurkaan Allah SWT itu jauh lebih ditakuti berbanding dengan penjara.


Tulang Besi
Read more!(Selanjutnya)

Rakaman Hasan Ali Menyebarkan Fitnah UMNO (Siaran Ulangan)

ULASAN: Selepas ini pasti Hasan Ali akan mendakwa beliau dibuang kerana memperjuangkan Islam. Di bawah adalah rakaman bagaimana Hasan Ali menyebarkan fitnah UMNO di dalam suatu majlis. Fitnah yang sama disampaikan oleh beliau kepada ahli2 dalaman PAS.



Semenjak menjadi Pesuruhjaya PAS Selangor lagi HAsan Ali telah mengkhianati PAS dan Pakatan Rakyat dengan menjadi penyambung lidah kepada fitnah dan pembohongan UMNO dan Barisan Nasional.

Dari rakaman di atas, Hasan Ali berkata:

“Saya tak hendak…. salah satu benda yang jatuh Pakatan Rakyat di Perak tu adalah orang Melayu diperkudakan oleh DAP. Saya tak boleh terima kenyataan itu.
Saya tak boleh terima kenyataan orang PAS di Selangor ni is only good to be ridden by the DAP.”

Tuduhan PAS diperkudakan DAP serta Kerajaan Perak diperkudakan DAP/Cina ini hanya semata-mata pembohongan UMNO dan Barisan Nasional. Hakikatnya, HAsan Ali cuma mahu mencari titik tolak perbezaan antara PAS dan DAP bagi menaikkan kebencian ahli2 PAS kepada DAP dan Pakatan Rakyat. Objektif terakhir adalah untuk memecahkan Pakatan Rakyat supaya kerajaang Perpaduang dgn UMNO boleh dibina. Khabarnya Hasan Ali telah dijanjikan jawatan MB Selangor sekiranya tertubuh kerajaan Perpaduang di Selangor.

Sehingga hari ini dan saat ini TIADA SATU BUKTI pun berjaya dibawa oleh UMporNO bagi membuktikan dakwaan ini.

Dakwaan ini semata-mata dakwaan palsu dan bohong untuk menyambung hayat UMporNO yang semakin pendek itu.

Tiada satu pun arahan dari DAP yang diikuti oleh PAS. Segala keputusan dibuat dengan perbincangan dan syura.

Sepatutnya Asang Ali ini dipecat dari PAS 4 tahun yang lepas atas pengkhianatan dan pembohongan beliau yang dirakam ini. Namun, tiada apa tindakan yang telah diambil oleh PAS. Amat amat dikesali. Patutlah Tok Guru Nik Aziz minta Muktamar Khas.


Saya cabar UMNO serta HAsan Ali membuktikan dakwaan yang sebegini berat ini. Jikalau tidak Hasan Ali dan UMNO adalah pendusta dan pembonong dan semoga Allah SWT menurunkan balaNya keatas mereka yang menjana fitnah-fitnah ini.

Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...