Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Loading...

Wednesday, February 29, 2012

Beberapa Fakta Berkaitan LYNAS yang Tidak Dikhabarkan Dalam Media UMNO

ULASAN: Berikut adalah beberapa fakta berkaitan dengan projek LYNAS yang dibanggakan oleh UMNO dan Barisan Nasional itu.

1) Kilang Lynas sudah pun 95% dibina di Gebeng Kuantan. Keluasan menyamai 140 buah padang bola atau 100 hektar tanah. Kedudukan Kilang Lynas diapit oleh Polyplastic dan Projek Fasa 1 Kluster Industri Minyak Kelapa Sawit yang juga berhadapan dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan bersebelahan dengan BASF Petronas Chemicals. Juga tercatat papan tanda LAMPSON atau Lynas Advanced Material Plant (LAMP) antara Lynas Malaysia Sdn Bhd dan UGL Resources. UGL Resources adalah syarikat utama yang berpengkalan di Australia dalam bidang Pengurusan Aset dan Projek dengan jumlah kakitangan sekitar 42,000 orang. Mereka telah dianugerahkan Kontrak Pengurusan Projek Pembinaan Lynas di Gebeng pada 22/2/2010 dengan nilai kos pengurusan projek di sekitar RM96.8 juta. UGL Resources bertanggunjawab di dalam urusan rekabentuk kejuruteraan kilang Lynas. Kos infrastruktur Lynas di Gebeng dianggarkan sekitar RM700 juta.

2) 100% milik Lynas Australia.

3) Dijadual untuk disiapkan Suku-3 2011 (September). Tarikh asal dikatakan pada Suku-1 2011 (March).

4) Lesen untuk dibina diberi pada tahun 2008.

5) Peluang Pekerjaan hanya untuk 350 orang sahaja.

6) Akan menghasilkan 22 ribu tan 'rare earth oxide ' setahun

7) Nilai eksport dianggarkan pada nilai RM8 Billion setahun.

8) Bebas Cukai selama 12 tahun.

9) Hina merupakan pembekal ‘rare earth’ atau nadir bumi terbesar di dunia sebanyak 95%. Dijangka berlaku penurunan export nadir bumi atau ‘rare earth’ China dari 72% kepada 37% pada tahun 2011.

10) Harga satu tan pada RM364, 800.

11) Pembeli terbesar adalah dari Jepun, Amerika dan Eropah untuk keperluan industri berteknologi tinggi (Magnet Prestasi Tinggi) seperti Kabel Fiber Optic, Monitor LCD, Komputer, Lensa Kamera, Mentol Lampu, Smartphone, Alatan Ketenteraan dan Kereta Hybrid.

12) Lynas dijangka akan menjadi pengeluar 1/3 daripada keperluan ‘rare earth’ atau nadir bumi dunia selepas 2 tahun beroperasi.

13) Proses menghasilkan ‘rare earth’ atau nadir bumi secara umumnya:

a) Ore dilombong di Mount Weld Australia.

b) Ore tersebut kemudiannya akan dikeringkan dan proses pengasingan akan dilakukan. Di sini ‘rare earth concentrate’ akan dihasilkan.

c) Di Gebeng Kuantan, proses seterusnya ialah menghasilkan ‘rare earth compounds’ dimana rawatan dengan menggunakan bahan kimia akan dilakukan untuk proses pengasingan seterusnya.

d) ‘rare earth compounds’ tersebut akan seterusnya diproses dengan menggunakan kuantiti bahan kimia yang berbeza bergantung kepada jenis ‘rare earth’ atau nadir bumi itu, sama ada ia ringan atau berat untuk menghasilkan ‘ rare earth oxides’ di mana ia kemudiannya dihantar atau dieksport semula ke kilang pengeluar produk.

14) Di kilang pengeluar produk berteknologi tinggi, ‘rare earth oxides’ ini akan diproses sekali lagi juga menggunakan teknik ‘solvent extraction’ untuk menghasilkan ‘rare earth metal’ yang akan digunakan secara langsung atau dicampurkan dengan bahan lain untuk menghasilkan produk berteknologi tinggi itu.

15) ‘Rare earth ore’yang dilombong di Mount Weld mengandungi beberapa mineral utama dan diantaranya ialah monazite. Monazite adalah bahan radioaktif. Di dalam bahan mineral monazite ini terdapat thorium, cerium dan lanthanum. Monazite kaya dengan Thorium dan Thorium ini juga adalah bahan radioaktif yang tinggi dan boleh digunakan untuk menggantikan uranium dalam menghasilkan tenaga nuklear.

16) ‘Rare earth concentrate’ yang diimport dari Australia untuk diproses di Gebeng Kuantan ketika itu dianggarkan mengandungi 0.0029% Uranium dan 0.16% Thorium for every metrik tan.

17) ‘Rare earth concentrate’ yang diimport akan diproses untuk dijadikan ‘rare earth oxide’ di Gebeng Kuantan. Daripada komen yang disampaikan oleh CEO Lynas sendiri, kandungan Thorium adalah pada nisbah 55:10,000 metrik tan dan dari 22 ribu tan setahun ‘rare earth oxide’ yang dihasilkan dari kilang Lynas atau LAMP di Gebeng Kuantan itu, sisa buangan Thorium yang dianggarkan akan dihasilkan dalam tempoh setahun adalah sebanyak 121 metrik tan bersamaan dengan 121 buah lori 1 tan atau 24 buah lori 5 tan SETAHUN!.

18) Maklumat berkenaan Thorium dan kesannya kepada manusia persekitaran seperti yang dilaporkan oleh Agensi Perlindungan Persekitaran Amerika Syarikat (EPA) adalah seperti berikut:
i) Thorium-232 mempunyai jangka hayat 14 billion (14x109) tahun.
ii) Thorium-230 dan Thorium-228 mempunyai jangka hayat 75,4000 tahun.
iii) Pencemaran Thorium boleh merebak dengan lebih meluas melalui air dan udara.

19) Mereka yang tinggal berdekatan tempat yang menghasilkan sesuatu bersama Thorium berkemungkinan terdedah kepada bahaya Thorium.

20) Manusia boleh dijangkiti atau terdedah dengan Thorium melalui sedutan udara, makanan dan air.

21) Thorium yang dihidu atau disedut melalui udara akan kekal untuk jangka masa yang lama pada salur pernafasan. Thorium yang masuk ke salur darah akan juga tinggal di tulang pada jangka masa yang lama.

22) Risiko Kanser di tekak, tulang dan pankreas kesan dari hiduan sisa Thorium.

Kes 1: Syarikat Mitsubishi Chemical yang terlibat dalam industri pemprosesan ‘rare earth’ di Bukit Merah dikaitan dengan 8 kes Leukimia dan 7 kes kematian. Telah ditutup pada tahun 1992 dan kerja-kerja pembersihan sisa masih berjalan sehingga ke hari ini (Hampir 20 Tahun) dan telah menelan belanja lebih RM300 juta.

Kes 2: Kebocoran radiasi di Fukushima selepas bencana Gempa Bumi dan Tsunami mendesak kerajaan negeri Jepun yang dikatakan cukup maju dalam pengurusan bencana untuk melebarkan kawasan evakuasi dari 16KM kepada hampir 40KM termasuk mengisytiharkan tahap 7 kebocoran radiasi, sama seperti yang dialami di Chernobyl Ukraine pada tahun 1986 yang telah meragut hampir 200,000 ribu kematian akibat kanser seperti yang dilaporkan oleh Greenpeace ketika itu.

Kes 3: Kesan toxic dan radioaktif dari industri ‘rare-earth’ di Baotou Mongolia. Setiap proses ‘rare-earth’ bermula dari perlombongan ‘ore’ ke ‘rare earth oxide’ atau ‘rare-earth metals’ banyak menggunakan bahan asid dan kimia. Malah ketika perlombongan ‘ore’, bahan asid akan dimasukkan ke lubang yang digali. Sisa buangan radioaktif khususnya Thorium juga dihasilkan ketika melalui semua proses itu. Kebocoran bahan asid, kimia dan sisa radioaktif ini yang banyak berlaku di Baotou terbukti telah menyebabkan kemusnahan kepada hasil pertanian dan kesihatan seperti kerosakan hasil tanaman, gigi tercabut dan rabut putih atau beruban diawal usia muda sekitar 20-an. Malah kematian disebabkan kanser juga direkodkan walaupun lokasi penempatan penduduk berada 10KM dari kawasan penyimpanan sisa buangan radioaktif itu.

Kes 4: Kajian yang dilakukan oleh Kolej Perubatan Jiangxi di China dari sample darah dan ujian IQ pada kanak-kanak mengemukakan kesimpulan bahawa kanak-kanak di sekitar umur 7-10 tahun yang tinggal berdekatan dengan kawasan ‘rare-earth ore’ berkemungkinan mempunyai IQ atau kecerdasan akal yang lebih rendah berbanding mereka yang tinggal jauh atau yang tinggal di kawasan yang terkawal.

Kesannya kepada sumber ekonomi negara khususnya kegiatan ekonomi rakyat di sekitar Kuantan dan Kemaman:

a) Sektor Perlancongan khususnya di Cherating Pahang (dalam Jarak 18-20 KM dari lokasi Kilang Lynas).

b) Sektor Perikanan di Kuantan adalah antara yang terbesar. Terdapat 390 nelayan laut dalam yang berdaftar.

c) Sektor Industri Kecil dan Sederhana (IKS) khususnya makanan laut (Keropok Lekor, keropok, ikan bakar dan sebagainya).

d) Nilai hartanah akan merudum kerana tiada siapa yang mahu membeli tanah atau kediaman di sekitar Kuantan dan di Kemaman.

e) Ancaman kepada syarikat berdekatan khususnya Petro-Kimia seperti Kaneka, MTBE, Petronas BASF dan BP Chemicals. Kerugian yang besar jika operasi mereka terganggu dengan insiden kebocoran sisa radioaktif yang boleh menjejaskan kesihatan pekerja mereka.

f) Pelabur baru dari luar negeri dan dari luar negara tidak akan berminat untuk melabur kerana ancaman sisa radioaktif daripada Lynas. Risiko terlalu tinggi.

23) Pertikaian rakyat khususnya rakyat setempat adalah berkenaan:

24) ‘Public Consultation’ atau Konsultansi dari pihak awam tidak pernah berlaku malah sebelum lesen untuk dibina dikeluarkan pada tahun 2008.

25) Laporan penuh Jabatan Alam Sekitar tidak dikongsi kepada rakyat, hanya Ringkasan Eksekutif yang dipaparkan di halaman web.

26) Lokasi yang terlalu dekat dengan kawasan kediaman. Jarak 2 KM dari Balok dengan kepadatan penduduk seramai 16700 orang. Jika diambil kira keluasan evakuasi di Fukushima dalam jarak 40KM dari Gebeng Kuantan, kebocoran sisa radioaktif akan melibatkan keseluruhan penduduk di Kuantan, Gambang, Cherating malah Kemaman di Terengganu sekalipun. Jumlah penduduk yang mungkin terlibat boleh mencecah hampir 800 hingga 900 ribu secara keseluruhannya dengan Kuantan sahaja di sekitar 600 hingga 650 ribu orang. Syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Australia adalah minima 35KM dari kawasan penempatan penduduk.

27) Cadangan untuk membawa masuk ‘rare earth concentrate’ dari Mount Weld Australia ke Malaysia sebagai bahan bukan radioaktif dari pelabuhan Kuantan.

28) Menteri Western Australia, Hon Norman Moore memaklumkan sisa buangan radioaktif itu adalah milik Malaysia dan tidak akan diterima balik oleh Australia.

29) Sisa buangan radioaktif dari ‘rare earth’ boleh dibuang sama seperti sampah domestik.

30) Percanggahan kenyataan bahawa Mount Weld ‘ore’ yang dilombong di Austalia adalah jenis lanthanide dan bukan monazite.

31) Panel bebas yang dilantik oleh Kerajaan Malaysia iaitu IAEA atau Agensi Tenaga Atom Antarabangsa tidak bebas dan berat sebelah kerana mereka bukan ‘regulator’ atau pembuat undang-undang yang tiada berkepentingan dalam sumber tenaga itu tetapi mereka adalah ‘promoter’ atau pihak yang menyokong penggunaan sumber tenaga itu.

32) Panel bebas harus diwakili dan dilantik oleh rakyat yang berkepentingan dalam isu ini.

33) Kelulusan untuk beroperasi tidak boleh diberi selagi mereka tidak memenuhi piawaian yang dicadangkan oleh Molycorp Minerals (California).

34) Piawaian negeri China yang berkait dengan Perancangan Pengurusan Pemprosesan dan Sisa Buangan tidak seharusnya digunakan. Sebagai contoh Menggunakan piawaian China GB9133-S3 dimana sisa buangan dengan aktiviti khusus yang kurang daripada 74Bq/g diklasifikasikan sebagai bukan sisa radioaktif dan boleh disimpan di kemudahan simpanan sisa biasa.

35) ‘Proof of Concept (POC)’ atau Bukti Konsep seharusnya dibuat oleh Panel Pakar yang bebas dan ujian konsep ini seharusnya dilakukan di Mount Weld Australia sendiri.

36) Cadangan membawa ‘rare earth’ bukan sahaja dari Australia tapi juga dari Malawi. Berkemungkinan ‘rare earth’ dari negara lain akan dibawa ke Gebeng Kuantan. Gebeng Kuantan berkemungkinan akan menjadi pusat serantau Asia malah dunia dalam penyimpanan sisa radioaktif dari perlombongan ‘rare earth’.

37) Denda RM50 juta seperti yang termaktub di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom Perenggan 59 (1) untuk setiap bencana kepada Lynas dilihat cukup ringan berbanding hasil RM8 Billion setahun LAMP. Hanya satu bencana yang melibatkan sisa radioaktif memadai untuk menjadi ancaman yang serius dan kekal lama kepada semua.
Read more!(Selanjutnya)

Ceramah Hasan Ali Sudah Mula Tidak Dapat Sambutan

Gambar di bawah adalah kehadiran ceramah Hasan Ali di Kampung Melayu Subang malam tadi.

Memang pada mula Hasan Ali memulakan "tour" beliau, kelihatan ceramah beliau mendapat sambutan.

Mengikut laporan yang Tulang Besi dapat dari ceramah beliau di Paya Jaras tempohari, majoriti yang hadir dalam ceramah di Paya Jaras tempohari adalah terdiri dari penyokong dan pendokong PAS.

Tujuan mereka hadzir adalah semata-mata mahu mendengar sendiri manusia bernama Hasan Ali mengutuk dan menista PAS.

Inilah budaya dalam PAS. Apabila PAS dikhianati samada oleh bekas pemimpin ataupun parti kawan, maka ahli2 mahu pergi melihat dan mendengar sendiri orang yang mengkhianati PAS tersebut.

Tulang Besi berpengalaman waktu Semangat 46 dibubarkan serta Tengku Razaleigh mula menghentam PAS serta Tok Guru Nik Aziz.

Waktu itu Ku Li buat road show seluruh negara. Dan Tulang Besi hadzir salah satu ceramah Ku LI tersebut.

Tulang Besi lihat sendiri majoriti yang hadzir dalam ceramah itu adalah penyokong dan pendokong PAS.

Perkara yang sama berlaku kepada Hasan Ali.

Namun, di dalam pusingan kedua siri ceramah Hasan Ali ini, kehendak mahu melihat sendiri ini sudah habis.

Maka, tinggalah beberapa kerat penyokong sebenar Hasan Ali yg masih mahu mendengar ceramah beliau seperti di bawah.

Tak lama lagi, ceramah Hasan Ali akan sama ramai pendengarnya macam ceramah Zul Nordin.

Allah Maha Kaya.

Tulang Besi

KLIK IMEJ

Read more!(Selanjutnya)

Tuesday, February 28, 2012

Temuramah Mangsa Fitnah Khalwat Bersama Badrul Amin

ULASAN: Bagaimana Badrul Amin boleh ditangkap khalwat kalau beliau tidak pernah berada di dalam bilik yang sama dengan perempuan ini???

KLIK IMEJ

Read more!(Selanjutnya)

Dr Mahathir Punca Kemelut di Kedah?



The Malaysian insider melaporkan Ketua Dewan Ulama PAS berkata:

"Jelas Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib, kemelut itu mungkin berlaku disebabkan pengaruh pihak luar yang cuba merosakkan hubungan antara pemimpin parti itu."


Tulang Besi tidak menafikan kenyataan Ketua Dewan Ulama itu.

Bukankah terdapat kepimpinan di Kedah ini yang amat intim dan rapat dengan Dr Mahathir Muhammad?

Bukankah Dr Mahathir pernah ditawarkan sebagai Penasihat Ekonomi KEdah oleh mereka yang terlibat dalam masaalah di Kedah ini?

Mungkinkah Dr Mahathir adalah manusia yang dimaksudkan sebagai orang luar tersebut?

Bagi Tulang Besi pengaruh geng PERPADUANG adalah masaalah utama di dalam krisis di KEdah ini.

Maklumat yg Tulang Besi dapat segala projek2 Mahathir yang mudah sahaja mendapat kelulusan di KEdah.

Sedangkan pada waktu yang sama Dr Mahathir menaja PERKASA dan berbagai lagi untuk menyerang dan menghapuskan PAS.

Hubungan baik dengan musuh tradisi PAS ini adalah antara sebab berlaku sedikit krisis di dalam kepimpinan di Kedah ini. Itu maklumat yang Tulang Besi dapat dari sumber2 yang boleh dipercayai.

Tulang Besi

ps tak hairankah kita apabila akhbar2 milik UMNO bersungguh2 menyokong Ustaz Azizan?????




Kemelut di Kedah bukan ‘isu besar’, kata Harun Taib

Oleh Syed Mu’az Syed Putra

February 27, 2012


KUALA LUMPUR, 27 Feb — Dewan Ulama PAS percaya kemelut kepimpinan yang melanda pentadbiran Datuk Seri Azizan Abdul Razak bukan isu besar, menegaskan tiada pergeseran dalaman yang berlaku.


Jelas Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib, kemelut itu mungkin berlaku disebabkan pengaruh pihak luar yang cuba merosakkan hubungan antara pemimpin parti itu.


“Tidak...tidak... Ia bukan isu besar, saya percaya tiada pergeseran dalaman yang berlaku.


“Insya-Allah, perkara ini akan diselesaikan segera,” katanya kepada The Malaysian Insider.


PAS Kedah berdepan kemelut pelantikan semula barisan exco kerajaan negeri bagi sesi 2012 yang akan mengangkat sumpah esok di Istana Anak Bukit, Alor Setar.


Sebelum ini wujud khabar angin dua exco Kedah menghantar surat kepada Azizan (gambar) bagi menyatakan keengganan dilantik semula ke jawatan itu.


Dua exco yang disebut-sebut berbuat demikian ialah Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Datuk Phahrolrazi Zawawi yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kedah, dan Pengerusi Kesihatan, Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO), Pembangunan Insan, Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi negeri, Datuk Dr Ismail Salleh yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kedah.


Mereka dipercayai berbuat demikian kerana kecewa dengan sikap serta kepemimpinan Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS negeri, berhubung pelbagai isu yang melanda pentadbirannya sejak kebelakangan ini.


Semalam Azizan berkata hanya lapan anggota exco kerajaan negeri bagi sesi 2012 akan mengangkat sumpah berbanding 10 sebelum ini.


Beliau berkata, lapan individu itu bukan muka baru.


Tambah Harun, barisan kepimpinan PAS Kedah sewajar bekerjasama, saling mempercayai dan tidak mementingkan diri sendiri.


Jelas beliau, jika berlaku masalah cara terbaik adalah mengadakan perbincangan untuk mencari jalan penyelesaian.


“Saya harap mereka dapat saling bersama, kuat serta tenang untuk memikul tugas yang diberikan terutamanya untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13.


“Selesaikan segera apa yang berlaku dan fokus pilihan raya umum akan datang,” katanya.
Read more!(Selanjutnya)

Banyaknya Duit Hasan Ali Taja Aktiviti2 JATI

Sudah lebih beberapa hari cabaran Khalid Samad diluahkan kepada HAsan Ali. Namun, Hasan Ali diam membisu.

Rakyat umum ada hak untuk tahu dimanakah Hasan Ali mendapat wang yang sebegitu banyak untuk menjalankan aktiviti2 beliau di bawah JATI ini.

Dari mana wang ini datang untuk membuat banner2 yang sebegitu banyak, sewa dewan, pelancaran yang sebegitu mewah dilakukan di tempat yang sebegitu eksklusif, sewa stadium seperti di Terengganu, menerbitkan harian2 serta akhbar2 bagi sebaran percuma, bahan2 cetak yang sebegitu banyak dan banyak lagi.

Kalau HAsan Ali seorang yang mempunyai akhlak Islam dan ikhlas dalam perjuangan Islam, maka wajiblah HAsan Ali memberitahu di mana Hasan Ali boleh mendapat wang sebegitu banyak untuk menjana aktiviti2 beliau ini.

Read more!(Selanjutnya)

Kalau Selamat, Buatlah Kilang LYNAS di Putrajaya

Najib Tun Razak memberi sepenuh jaminan bahawa kilang LYNAS di Gebeng Kuantan itu selamat.

Beliau dilaporkan berkata:

Datuk Seri Najib Razak mengetepikan kebimbangan yang dibangkitkan peserta demonstrasi anti-Lynas, menegaskan loji pembersihan nadir bumi bernilai RM700 juta di Kuantan adalah selamat dari segi “fakta dan saintifik”.


Maka, Tulang Besi mencadangkan supaya kilang LYNAS ini dipindahkan dari Gebeng ke Putrajaya.

Lebih elok, kilang LYNAS ini dibina di belakang kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya.

LAgi satu, Tulang Besi ada mendapat maklumat yang Tulang Besi tidak boleh mengesahkannya.

Iaitu, seorang MP PAS yang menyokong projek LYNAS ini pernah menjadi konsultan kepada LYNAS sebelum projek ini berjalan.

Maka, tidak hairanlah pihak media seluruh Malaysia sedang berusaha bersungguh2 untuk mendapat kenyataan MP PAS ini bagi menyokong projek LYNAS.

Tulang Besi



Read more!(Selanjutnya)

Sunday, February 26, 2012

Kenyataan Dr Badrul Amin Atas Tuduhan Ditangkap Khalwat

Saya menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan media bahawa saya ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di Kuantan.


Saya ke Kuantan untuk menghadiri Temurapat Pemimpin Parti Keadilan Rakyat pada 24 Februari sehingga 26 Februari 2012. Saya mengambil peranan aktif di dalam Temurapat ini.

Pada petang 24 Februari 2012, wanita tersebut telah menghubungi saya dengan nada cemas dan menyatakan hasrat beliau untuk melarikan diri daripada rumah kerana bimbangkan keselamatan diri beliau. Saya dengan tegas menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian.

Walau bagaimanapun pada jam 2.00 pagi 25 Februari 2012, beliau telah menghubungi saya memaklumkan bahawa beliau sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin Keadilan.

Saya telah mengenali pasangan suami isteri ini sejak lebih setahun lalu semasa wanita itu bersama keluarganya mengikuti rombongan umrah saya. Pasangan suami isteri ini sering berhubung dengan saya bagi mendapatkan nasihat mengenai masalah keluarga yang mereka hadapi termasuk kes keganasan rumah tangga. Di dalam usaha membantu pasangan ini, saya dan isteri pernah menziarahi keluarga ini di Rompin.

Di atas rasa tanggungjawab melihat wanita tersebut bersama anaknya di awal pagi, saya membantu beliau mendapatkan bilik penginapan. Pada jam 2.30 pagi suami wanita tersebut bersama lebih kurang 20 orang yang tidak dikenali menyerbu dan menyerang saya. Suami wanita tersebut kemudiannya telah membawa isteri dan anaknya pergi secara paksa.

Lelaki-lelaki bersikap ala samseng ini berhenti memukul saya apabila pihak keselamatan tiba dan menghalang mereka. Namun mereka masih tidak membenarkan saya keluar dari bilik. Hanya setelah 20 minit dikurung oleh samseng tersebut, pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tiba dan menahan saya yang berseorangan di dalam bilik.

Kenyataan Timbalan Pengarah JAIP bahawa saya ditahan oleh pegawai JAIP ketika berkhalwat adalah tidak benar sama sekali. Saya beranggapan bahawa kejadian ini merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan saya. Saya hanya dipanggil untuk membantu siasatan JAIP pada 27 Februari 2012. Saya akan hadir bersama peguam untuk memberi kerjasama penuh kepada siasatan ini.

Dengan penjelasan ini, saya berharap semua pihak menghentikan tohmahan dan fitnah terhadap saya. Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang membuat tuduhan dan fitnah terhadap saya.

Dr Badrulamin Bahrom
Read more!(Selanjutnya)

Friday, February 24, 2012

Baiaah Pada Allah Tidak Wujud Dalam Islam

Al Fadhil ASy Syeikh Mahathir MUhammad Iskandar Kutty mengeluarkan fatwa bahawa Baiaah hanyalah untuk Allah SWT.

Jelas Dr Mahathir membuat serangan kepada amalan PAS mewajibkan calon2 PAS membuat baiaah sebelum bertanding.

Amalan Baiaah tersebut telah berjaya mengagalkan usaha UMNO untuk membeli wakil2 rakyat PAS serta menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat ataupun PAS.

Malangnya, fatwa Dr Mahathir ini fatwa paling pelik dalam dunia.

Seluruh generasi Sahabat Nabi SAW tidak pernah memberi baiaah kepada Allah SWT.

Mereka memberi "Wala" yang mutlak kepada Allah dan Rasul sahaja.

Baiaah ini ertinya ikrar taat setia. Ia dilakukan kepada orang-orang yang mereka lantik sebagai pemimpin.

Ia tidak boleh digunakan kepada Allah dan Rasul kerana Baiaah ini biasanya bersyarat.

Ketaatan pada Allah dan Rasul tidak boleh diletakkan apa-apa syarat.

Tak hairanlah Mahathir pada satu masa dahulu pernah mengeluarkan fatwa kalau hukum Qazaf dalam Al Quran diamalkan tiada siapa yang akan dihukum kerana berzina.

Yang lebih menghairankan, orang2 UMNO lebih mendengar cakap Dr MAhathir dalam hal agama berbanding mereka yang mempelajari agama.

Dengan kata lain, Dr Mahathir adalah seperti ulamak besar keepada orang-orang UMNO.

Tulang Besi
Read more!(Selanjutnya)

Thursday, February 23, 2012

Projek Highway Beratus Juta Hadiah Jatuhkan PERAK?

SAya pun hairan juga. Keputusan Mahkamah Tinggi yang menyatakan pemecatan DS Nizar sebagai tidak sah begitu cepat mendapat tarikh pendengaran kes rayuannya.

MEngikut rakan2 peguam saya, sesuatu kes itu akan memakan masa sekurang-kurang2 dua bulan sebelum boleh dirayu memandangkan banyakknya bahan2 tulisan yang perlu disediakan terlebih dahulu.

Namun, tarikh pendengaran rayuan kes pemecatan MB PErak telah diberikan oleh Mahkamah Rayuan tidak sampai 24 jam.

Pada waktu kes PERAK ini berlaku, Ketua Hakim Negara adalah bekas peguam UMNO bernama Tun Zaki Azmi. Orang yg sama ini juga yang mendapat konsessi lebuhraya yang berjumlah RM2.2 ribu juta. (Lebuhraya Damansara Kinrara Expressway).

Tidak boleh dilupakan, hakim mahkamah rayuan yang telah memberikan "stay of execution" terhadap keputusan Mahkamah Tinggi tersebut adalah salah seorang hakim lantikan LINGGAM bernama Datuk Ramly Ali.

Maka, tak hairanlah bekas Ketua Hakim Negara ini diberikan ganjaran yang cukup lumayan kerana membantu UMNO menjatuhkan kerajaan Perak dengan cara yang jijik dan kotor sekali.

Juga, tak hairanlah Tulang Besi pernah mendengar komen seorang peguam antarabangsa yang mengatakan persepsi terhadap hakim2 di Malaysia adalah tidak jauh taraf mereka ini dengan pelacur2. Ini kerana hakim2 di Malaysia amat mudah dibeli


Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)

Wednesday, February 22, 2012

Beranikah Noh Omar Mengadap SELCAT dalam Isu Pasir?

ULASAN: Sebelum ditubuhkan Suruhanjaya Di Raja menyiasat isu pasir, kita tengok dulu samada Noh Omar berani mengadap SELCAT.

Kalau betul beliau mempunyai bukti, sila kemukakan kepada SELCAT.

Isu pasir ini cuma permainan UMNO melalui penggunaan orang seperti Raja Petra Kamaruddin.

Itu sahaja.

Noh Omar Di Cabar Hadir Sesi SELCAT
5:00 PM DRS. KHALIL IDHAM LIM

28 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM, 21 FEB : Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar dituntut untuk mengadakan sesi pendengaran awam atau mahkamah rakyat bagi membongkar penyelewengan dana NFC sekiranya beliau benar-benar ikhlas mahu memperjuangkan ketelusan dalam sesuatu pentadbiran.

Bagaimanapun, Noh Omar terlebih dahulu dituntut Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin untuk hadir pada sesi pendengaran awam terhadap pengendalian pasir di Selangor yang melibatkan anak syarikat Kerajaan Negeri, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), Yayasan Selangor dan dua anak syarikat Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Selangor (PKPS).

"Datuk Seri Noh Omar dijemput untuk menghadirkan diri sepanjang sesi pendengaran awam ini berlangsung supaya beliau dapat memberikan maklumat dan bukti apa yang didakwa penyelewengan dalam KSSB khususnya.

"Kehadiran beliau amat penting, selain dapat menunjukkan keikhlasan beliau dalam membenteras rasuah, beliau juga boleh mendapat idea, inspirasi dan semangat untuk melakukan perkara yang sama dalam pentadbiran Kerajaan Pusat BN," ujar Faekah tegas.

Sementara itu, Faekah turut mengulas kesediaan Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) membuktikan kesungguhan Kerajaan Negeri dalam membanteras segala bentuk penyelewengan dan salahguna kuasa.

"Usaha ini sejajar dengan aspirasi pentadbiran Kerajaan Pakatan yang mahukan pentadbiran kerajaan ini bersih daripada sebarang penyelewengan dan ketirisan dana awam.

"Ini penting untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap pentadbiran awam yang sebelum ini teruk tercemar disebabkan tindakan sesetengah pemimpin Umno/BN yang tamak dan mengamalkan kronisme," jelas Faekah lagi.

Faekah juga menegaskan bahawa tindakan sewajarnya akan diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab sekiranya terdapat bukti penyelewengan dan salah guna kuasa dalam pentadbiran kerajaan negeri.

"Selain itu, pendengaran SELCAT juga akan mampu menghapuskan reputasi buruk yang cuba dibayangkan sesetengah pihak terhadap anak-anak syarikat Kerajaan Negeri," kata Faekah.

tv news/-
Read more!(Selanjutnya)

Antara Negara Islam dan Hukum Syariah Islam

Dalam satu kenyataan yang dilaporkan oleh akhbar web, The Malaysian Insider, seorang pengkaji bernama Ong Kian Meng telah menyatakan isu hudud sudah tidak releven di kalangan orang2 Cina.

Ia bererti dakwah PAS selama ini telah berjaya. Ia juga bererti kalau Pakatan Rakyat menang, harapan untuk hukum syariah Islam berjalan di Malaysia kepada orang2 Islam semakin cerah.

Namun, pada orang-orang Cina, gagasan "Negara Islam" masih lagi ditakuti oleh mereka.

Bagi Tulang Besi, tidak perlu Malaysia menjadi "Negara Islam" atau tidak perlu PAS memperjuangkan Negara Islam lagi.

Yang penting hanyalah perlaksanaan sepenuhnya hukum syariah Islam seperti yang tercatat dalam Al Quran dan Sunnah.

BAgi Tulang Besi, kalau terpaksa membuang agenda Negara ISlam untuk perlaksanaan Syariah Islam, maka Tulang Besi sanggup membuat pertukaran itu.

Biarlah Malaysia menukar nama kepada nama "Malaysia Sekular" asalkan hukum syariah Islam terlaksana sepenuhnya.

Seperti di Nigeria sekarang ini, hukum syariah berjalan sepernuhnya di negeri2 yang majoriti penduduk Islam. Namun, Nigeria adalah sebuah negara SEKULAR dan Perlembagaan Nigeria adalah sekular.

Nama Negara ISlam itu sendiri tidak pernah disebut di dalam Al Quran. Namun, hukum-hukum syariah seperti hukum qisas dsbnya tersebut jelas di dalam AlQuran.

Malaysia adalah negara yang 45% bukan Islam. Harapan untuk menubuhkan sebuah negara Islam adalah sangat2 tidak realistik.

Yang paling realistik adalah perlaksanaan sepenuhnya hukum Syariah.

Maka, bagi PAS, tiada masaalah kalau PAS tidak mengedepankan agenda Negara Islam.

Asalkan tidak mengenepikan hasrat perlaksanaan hukum syariah Islam.

Pejuang2 ISlam di Malaysia mesti jelas dari segi matlamat jangka pendek. Wajib mengambil matlamat yang realistik dan mampu dicapai. Bukan, matlamat yang hanya terapung-apung di langit.

Hakikatnya, selama ini, agenda Negara ISlam yang dipegang oleh PAS hanya menguntungkan UMNO.

Di kerusi-kerusi yang PAS bertanding dengan UMNO, pengundi2 Cina akan mengundi UMNO semata-mata kerana takut dengan agenda Negara Islam.

Mulut2 seperti Hasan Ali mahukan PAS mengambil kembali negara Islam. Hakikatnya, Hasan Ali cuma barua UMNO yang mahukan PAS kalah.

Tulang Besi
Read more!(Selanjutnya)

Tuesday, February 21, 2012

Rata2 Pemimpin UMNO Pondan Untuk Berdebat

Setelah cadangan debat terbuka antara Anwar Ibrahim dan Dato Najib Tun Razak bermain di media-media, ia telah mengundang reaksi senyap sunyi dari keseluruhan kepimpinan UMNO.

Kalau ada pun, respon tidak cerdik Tengku Adnan yang mahukan Anwar berdebat dengan Saiful. Padahal, mahkamah telah mendapati Anwar tidak bersalah dan mahkamah itu satu bentuk debat.

Lebih baik Tengku Adnan sendiri berdebat dimanakah beliau yang bukan darah Raja boleh mendapat gelaran Tengku?

Hishamuddin Tun Hussein berjaya menampakkan sikap pondan beliau bagi kali kedua setelah cabaran Mahfuz pada tahun 1998 dahulu ditolak mentah2 oleh beliau.

Malahan, kalau Najib takut untuk berdebat dengan Anwar, Tuan Guru Haji Hadi Awang bersedia untuk berdebat dengan beliau.

Kata orang tua-tua, "Berani kerana Benar. Takut kerana Salah".

Apalah lagi alasan yang boleh diberikan oleh kepimpinan2 UMNO untuk mengelak debat ini selain dari apa yang dinyatakan oleh pepatah di atas.

Najib dan kepimpinan UMNO sedar kalau berdebat, segala kebobrokan mereka akan terdedah. Segala isu2 korupsi dan pengkhianatan orang Melayu akan terdedah.

Tulang Besi




Read more!(Selanjutnya)

Monday, February 20, 2012

Felda Bakal Jadi Milik Asing?

Telah banyak yang ditulis berkaitan penyenaraian Felda. Di sini Tulang Besi ingin menyatakan sedikit kefahaman Tulang Besi berkaitan isu ini supaya boleh dikongsi bersama:
1.0 Sejurus sebelum penyenaraian, semua warga Felda akan ditawarkan peluang membeli saham yang bakal disenaraikan itu. Sesiapa yang ada duit, bolehlah membeli saham tersebut.

2.0 Pada waktu yang sama, mereka yang bukan warga FELDA juga akan ditawarkan peluang membeli saham juga.(Baca KRONI2 UMNO)

3.0 Soalnya sekarang ini, apakah yang akan menghalang kroni2 ini dari menjual saham2 mereka kepada syarikat2 asing seperti syarikat2 dari Jepun, Korea atau Singapura?

4.0 Penjualan saham kepada syarikat2 asing ini jalan paling mudah untuk membuat untung di atas angin yakni wang yang sangat2 diperlukan oleh UMNO bagi menghadapi Pilihanraya ke 13 kelak

5.0 Najib ke hulu ke hilir menjaja kononnya peneroka akan mendapat durian runtuh. Namun sehingga hari ini, Najib tidak berani memberi berapa jumlah wang yang akan diterima oleh setiap peneroka serta ahli keluarga mereka.

6.0 Apabila tersenarai di pasaran saham, sesiapa sahaja boleh mengeluarkan wang dan membeli saham2 FELDA. Ertinya, dalam 10-20 tahun lagi, FELDA akan boleh bertukar kepada sebuah syarikat komersial yang bertujuan menjana keuntungan bagi pemegang2 saham semata-mata.
6.1 Di kala itu, FELDA tidak lagi menjadi badan yang menjaga kebajikan orang Melayu

7.0 Asal FELDA adalah menjaga kebajikan peneroka2 yang majoritinya bangsa Melayu. Selepas penyenaraian, ia akan menjadi badan memberi keuntungan kepada kroni2 dan pemilik2 asing.

8.0 Tokoh UMNO yang begitu kuat mempertahankan penyenaraian FELDA adalah Ahmad Maslan. Sehingga sanggup membaling Buku Jingga ke dalam tong sampah hanya kerana Pakatan Rakyat mahu mengembalikan tanah2 yang diterokan balik kepada peneroka?
KESIMPULAN: Seperti mana isu Kampung Baru, FELDA adalah salah satu contoh bagaimana UMNO menggadai hak bangsa Melayu demi mengkayakan segelintir kroni2 yang rapat dengan pemimpin2 orang Melayu serta ahli2 keluarga mereka.

Anak cucu kita selepas ini akan hidup merempat kerana segala tanah yang selama ini digunakan untuk mendapat hasil akan diambil alih demi mengakayakan beberapa ekor kroni.

Tulang Besi
Read more!(Selanjutnya)

Tuesday, February 14, 2012

Begitu Gigih Pakatan Rakyat Sediakan Perumahan utk Bangsa Melayu (dan bangsa lain yang susah)

ULASAN: Di bawah adalah kenyataan akhbar dari Exco Kerajaan Negeri, YB Iskandar Samad, yang bertanggungjawab di atas program Rumah Mampu Milik (RMM).

Umum mengetahui, RMM ini untuk mereka yang berpendapatan rendah. Pada waktu yang sama, bangsa Melayu mempunyai bilangan orang berpendapatan rendah paling tinggi di Malaysia.

Usaha gigih kerajaan Pakatan Rakyat ini bakal memberi LABA dan KEUNTUNGAN yang lebih banyak kepada bangsa Melayu di Selangor.

RMM ini akan memastikan bangsa Melayu tidak perlu bungkus barang2 mereka dan berpindah balik ke kampung masing2.

Jelas satu bantuan yang sangat jelas kepada kebajikan bangsa Melayu.

UMNO yang terpekik terlolong kononnya memperjuangkan bangsa Melayu, apa yang mereka buat untuk perumahan bangsa Melayu?

Syarikat Perumahan Negara pimpinan UMNO/BN jelas GAGAL menyediakan perumahan mampu kepada majoriti bangsa Melayu.

Perumahan UMNO adalah untuk menyediakan perumahan dalam bentuk kondo2 mewah di Singapura dan Shah Alam kepada kaum keluarga salah seorang pemimpin mereka melalui projek NFC.

Bangsa Melayu yang bukan dari anak beranak pemimpin UMNO, lantak kamulah nak cari duit berbakul-bakul semata-mata mahu memastikan keluarga masing-masing ada tempat berteduh.

Dengan kata lain, walaupun Pakatan Rakyat tak sebut nak tolong Melayu tetapi hakikatnya Pakatan Rakyat bantu Melayu jauh lebih banyak dari UMNO yang terpekik terlolong kononnya nak tolong Melayu

Tulang Besi


Rumah Mampu Milik Selangor Pertama Siap September 2012

Pada tahun 2010 Kerajaan Negeri Selangor telah mengambil keputusan untuk membenarkan pemaju swasta membina Rumah Mampu Milik (RMM) bagi menggantikan Rumah Kos Rendah (RKR) di kawasan-kawasan di mana tiada permintaan untuk RKR atau tidak sesuai untuk RKR.

Polisi baru ini adalah satu usaha untuk menambah jumlah RMM di dalam pasaran.

Polisi ini adalah bagi memberi peluang membeli rumah kepada mereka yang mempunyai pendapatan bulanan isi rumah di antara RM2,500 dan RM5,000 sebulan.

Pada 10 Februari 2012 lepas Y.B. Tuan Iskandar A. Samad telah melawat tapak pembinaan RMM yang pertama di bawah polisi baru itu.

Sebanyak 136 unit RMM sedang dibina di Sg. Long, Kajang oleh sebuah pemaju swasta.

Keluasan setiap satu unit adalah di antara 830 dan 870 kaki persegi di mana ia akan dijual dengan harga tidak lebih dari RM89,000 setiap satu.

Menurut pemaju, kemajuan di tapak bagi RMM yang terdiri dari 2 blok pangsapuri 5 tingkat itu adalah 55%.

Pembinaan telah bermula pada bulan Jun tahun lepas dan dijangka siap pada bulan September tahun ini.

Keputusan Kerajaan Negeri untuk melibatkan pemaju swasta kerana permintaan RMM di Selangor adalah terlalu tinggi dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) tidak akan dapat menyiapkan jumlah RMM yang secukupnya untuk menepati sasaran yang ditetapkan.

Contohnya RMM oleh PKNS di Bandar Bangi Bangi yang mula dibina pada bulan Jun lepas telah hanya siap kerja-kerja cerucuk (piling). Tetapi kerja membina dinding batu-bata (bricklaying) telah hampir siap bagi projek pemaju swasta di Sg. Long yang dimulakan juga pada bulan Jun tahun lepas.

Selain dari di Sg. Long, pemaju-pemaju swasta telah juga diberikan kebenaran membina RMM di beberapa kawasan lain seperti di Seksyen U10, Shah Alam di mana 536 unit akan dibina.

Adalah diharapkan gandingan di antara PKNS dan pemaju-pemaju swasta akan akan dapat menyediakan jumlah RMM yang secukupnya di Selangor.


Iskandar bin Abdul Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan & Setinggan
Negeri Selangor

Read more!(Selanjutnya)

Saturday, February 11, 2012

Lagi Satu Janji UMNO Yang Tidak Tertunai

DI bawah adalah janji UMNO/Barisan Nasional semenjak sebelum pilihanraya 2004 lagi. Sudah hampir 10 tahun, namun janji masih tinggal janji.

Lain kali, kalau tak pasti jangan buat janji. Kuasa Allah SWT papan tanda yang mengandungi janji ini masih dalam keadaan baik.

Tapi, ini semua adalah perangai UMNO. Suka tabur janji tapi habuk pun tarak. LEpas tu ada hati nak kata Pakatan Rakyat tak tunai janji.


KLIK IMEJ



KLIK IMEJ


KLIK IMEJ


Read more!(Selanjutnya)

Saksikan Cara Mereka Mahu Merampas Negeri Selangor

ULASAN: Saudara/ri pembaca saksikan sendiri kaedah yang digunakan oleh mereka untuk merampas negeri Selangor. Pengundi2 yang datang dari jauh seperti Perak dan Johor didaftarkan di dalam sesebuah DUN (dlm kes ini DUN Chempaka yg diwakili PAS/Pakatan Rakyat).

Saudara/ri, inilah yang dipanggil sebagai PENGUNDI HANTU. Yakni, orang2 yang tidak wujud dan tidak tinggal di dalam DUN atau Parlimen tersebut tetapi boleh mengundi di situ.

Kalau Pakatan Rakyat tidak mengambil tindakan segera, maka peristiwa PAS jatuh di Terengganu akan berlaku di Selangor.

PAda mereka yang tidak ada kemampuan atau tiada terlibat dalam proses pilihanraya, diminta berdoa kepada Allah SWT secara kerap. Yakni, berdoa supaya penipuan pihak "sana" itu DIGAGALKAN oleh ALlah SWT. Mohon pertolongan Allah SWT supaya diturunkan bala kepada mereka2 yang terlibat dalam penipuan ini juga.


KLIK IMEJ


KLIK IMEJ



KLIK IMEJ


KLIK IMEJ


KLIK IMEJ



KLIK IMEJ


Tulang Besi



Read more!(Selanjutnya)

Friday, February 10, 2012

RPK Naikkan Isu Lama Untuk Menangkan Najib

ULASAN: Hairan seratus kali hairan. Semenjak 2009 lagi, pengurusan KSSB dipantau oleh kedua-dua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Transparency International (TI).

MAlahan, dua orang ahli lembaga pengarah KSSB dilantik oleh SPRM sendiri.

Dengan tuduhan rasuah ini, maka sekaligus Raja Petra menuduh SPRM dan TI terlibat di dalam meelindungi rasuah.

Sahlah, Raja Petra dah sewel dan kewarasannya sudah hilang.

Nasihat saya kepada Raja Petra, kalau dah gian sangat untuk membodek Najib Tun Razak, janganlah sampai terdedah kebodohan diri sendiri.


(Kenyataan Rasmi Pejabat Menteri Besar Selangor berkaitan tuduhan liar Raja Petra Kamaruddin terhadap pengurusan pasir)

Operasi KSSB Dipantau Transparency International & SPRM sejak 2009

Kerajaan Negeri Selangor telah mengambil inisiatif bagi memastikan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), syarikat milik penuh Kerajaan Negeri, diuruskan secara telus dan bertanggungjawab.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah dibenarkan memasuki secara bebas ke pejabat KSSB sejak 2009 untuk menjalankan siasatan sekiranya perlu.

"Ketika KSSB dikritik pada 2009, saya telah mengadakan perjumpaan dengan pegawai-pegawai kanan SPRM diketuai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan), Datuk Sutinah Sultan dan menawarkan mereka untuk menempatkan pegawai-pegawai di pejabat KSSB.

"SPRM menerima menerima tawaran ini dan sejak itu pegawai dan kakitangan SPRM bebas keluar masuk ke pejabat KSSB," katanya ketika mengulas dakwaan rasuah melibatkan operasi pasir di Selangor yang disiarkan di sebuah laman blog.

Menteri Besar berkata, semua transaksi perniagaan pasir di Selangor dipantau Transparency International dan dua pengarah bebas badan itu juga dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah KSSB sejak tahun lalu.

"Kita meminta Transparency International mencalonkan dua nama untuk dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah KSSB kerana kita berpendapat, sekiranya lantikan dibuat oleh kerajaan negeri, individu berkenaan mungkin tidak berlaku bebas.

"Transparency International telah melantik Chong Seng Gee dan Sabtu Md Ali untuk menduduki jawatan Ahli Lembaga Pengarah KSSB sejak tahun lalu," katanya sambil menambah, KSSB juga diaudit setiap suku tahun oleh juruaudit bebas.

Menteri Besar berkata beliau tidak akan menghalang sesiapa yang ingin memberi maklumat mengenai rasuah dan salah guna kuasa dalam pentadbiran Kerajaan Negeri dan anak-anak syarikat.

"Kita bersedia menerima maklumat daripada orang ramai untuk membantu Kerajaan Negeri dan anak syarikat supaya lebih telus dan bertanggungjawab. Kita serius membanteras rasuah dan kerana itu kita telah mengambil langkah-langkah tertentu sejak beberapa tahun lalu."

Terdahulu, Menteri Besar menyampaikan Sijil Layak Menduduki (CF) kepada hampir 600 pemilik rumah kos rendah Taman Ukay Indah, Sungai Sering, Hulu Klang, yang disiapkan Kerajaan Negeri selepas terbengkalai sejak sembilan tahun lalu.

"Ini adalah salah satu projek perumahan terbengkalai yang telah kita baik pulih, Sejak mengambil alih Selangor pada Mac 2008 lebih 10,000 pembeli rumah terbengkalai telah menerima rumah mereka. Ada beberapa lagi projek terbengkalai yang 90 peratus telah siap termasuk Sungai Berembang dan Ukay Bistari di Hulu Klang," kata beliau.

Dikeluarkan oleh

SEKRETARIAT AKHBAR

PEJABAT DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

Read more!(Selanjutnya)

Untuk Undi, Najib Sanggup Gadai Akidah - Mufti Perak

Mufti Perak memarahi Najib Tun Razak kerana menghadiri sambutan Thaipusam dengan berkata:
Yang hairannya, gerakan mempertahankan akidah sekarang ini hanya ditumpukan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat semata-mata.

Padahal, tiada satu perkara yang membahayakan akidah pun yang dilakukan oleh mana-mana kerajaan Pakatan Rakyat.

Malahan, kerajaan DAP yang "Anti Islam" itu, telah mengharamkan lesen judi bola. Waktu itu, yang meluluskan lesen judi bola itu adalah Najib Tun Razak juga.

Diharapkan Mufti Perak dan seluruh gerakan Islam di MAlaysia sedar siapakan sebenarnya membahayakan akidah di Malaysia.

DAP yang dituduh anti Islam tu tidak membahayakan akidah umat Islam. Mereka adalah orang bukan Islam. Apa tindakan dan perkataan mereka tidak mudah dipercayai oleh umat Islam.

Namun, apabila Presiden UMNO sama-sama menghadiri upacara syirik dan kufur, maka ianya mudah diterima sebagai contoh oleh majoriti umat Islam.

Tulang Besi tak sabar nak tunggu respons Sekretariat Mobilisasi Ummah dan ketuanya Norman Toha di atas tindakan Najib ini.

Juga, tak sabar nak tunggu respons dari Hasan Akidah di atas tindakan syirik Najib Tun Razak ini.

Kalau SMU dan HAsan Ali diam membisu, sah mereka ini golongan munafiq taraf pertama.

Tulang Besi
Read more!(Selanjutnya)

Thursday, February 9, 2012

Program Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Johor

ULASAN: Datanglah beramai ramai


Program Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Johor

Sempena Sambutan Tahun Baru Cina

11 Februari 2012 (Sabtu)

1) 11. 00 – 2.00 ptg – Rumah Terbuka Sambutan Tahun Baru Cina

Lokasi: Lapangan Letak Kereta Sutera Mall, Skudai, Johor Bahru

2) 4.30 – 6.30 ptg – Hi-Tea Bersama Rakyat

Lokasi : Rumah Pangsa Sri Alam, Pasir Gudang

3) 9.00 – 12.00 mlm – Majlis Kesyukuran dan Ceramah Umum

Lokasi : Felda Ulu Tebrau, Ulu Tiram

4) 9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana – Demi Rakyat

Lokasi: Felda Cahaya Baru, Masai

5) Penceramah:

i) YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim

ii) YB Sallehuddin Ayub

iii) YBhg Dato’ Seri Chua Jui Meng

iv) YB Tien Chua

v) YBhg Mazlan Aliman

Read more!(Selanjutnya)

Wednesday, February 8, 2012

Tulang Besi Gembira kerana Cerita HAsan Ali Terbukti Benar?

Ramai yang ucap tahniah kepada Tulang Besi. Alasannya, kerana segala pendedahan Tulang Besi dulu berkaitan Fraksi UMNO, "geng Perpaduang", Hasan Ali, sabotaj Sept 16 dan sebagainya terbukti benar.

Tidak kurang juga yang bertanya apa perasaan Tulang Besi apabila perjuangan Tulang Besi melawan Geng Perpaduang berjaya. Menurut mereka, geng perpaduang dalam PAS boleh dikatakan sudah memasuki alam barzakh.

Secara jujur Tulang Besi jawab Tulang Besi merasa sedih dan berduka cita. Sedikit pun Tulang Besi tidak merasa gembira. Walaupun ada rasa syukur tetapi syukur Tulang Besi adalah kerana Allah SWT menghalang PAS dari jatuh ke dalam gaung yang sama buat kali kedua.

Ibarat kereta yang eksiden jatuh gaung. Kalau pertama kali jatuh, mungkin masih boleh dibaiki. Namun, kalau sudah jatuh gaung kali kedua, alamat jadi besi buruklah nasibnya.

Tulang Besi juga berkata tiada apa yang ada untuk digembirakan.

Bagi Tulang Besi, sebelum 2008 tempohari, Hasan Ali ikhlas di dalam memperjuangkan Islam melalui PAS. Hasan Ali juga ikhlas mahu mengubah imej PAS dari sebuah parti yang tertutup kepada sebuah parti yang menggunakan kaedah dakwah yang lebih hikmah dan lunak.

Namun, HAsan Ali termakan godaan syaitan laknatullah. Selepas 2008, janji jawatan Menteri Besar datang kepadanya melalui hamba-hamba iblis yang dikenali sebagai UMNO.

Godaan tersebut nampaknya terlalu kuat untuk Hasan Ali melawannya. Beliau jatuh dan termakan godaan iblis.

Segala yang diperjuangkannya selama ini, segala yang dikorbankan sebelum ini, segaa yang ditempuhi sehingga kini sia-sia jadinya.

Selepas gagal mendapat jawatan Menteri Besar Selangor, HAsan Ali telah bertukar 180 darjah. Dari seorang pejuang kepada seorang pengkhianat.

Dari seorang yang menyebarkan kebenaran kepada seorang yang menyebarkan fitnah dan dusta.

Kerja HAsan Ali selepas 2008 adalah melaga-lagakan parti2 komponen Pakatan Rakyat. PAdahal, sebelum 2008, beliaulah penyokong kuat kerjasama antara parti-parti lain bersama PAS.

Bayangkan, selepas 2008, Hasan Ali sanggup bekerjasama dengan manusia2 dalam PAS yang pada tahun 2007 memfitnah HAsan Ali sebagai seorang sekular.

PAda ucapa penangguhan beliau sewaktu Muktamar 2007, beliau menyatakan kekesalan kerana dituduh sebagai seorang sekular.

Selepas 2008, kumpulan yang memfitnah Hasan Ali ini menjadi kawan Hasan Ali semata-mata kerana jawatan MB Selangor serta agenda PERPADUANG.

Kita masih ingat kalimah wala' yang diungkap saban kali selepas 2008. Wala' dijual dan dikempen kepada ahli2 PAS kerana ditakuti ahli2 PAS menolak gagasan perpaduang yang menjadi agenda utama Hasan Ali dan kumpulan ulama di dalam PAS.

Maka, tiada sebab Tulang Besi mahu gembira. Apabila seorang hamba Allah jatuh ke dalam gaung godaan syaitan, kita tidak boleh gembira. Kita wajib insaf dan berdoa supaya kita tidak jatuh ke dalam gaung yang sama.

Sedikit masa lagi, UMNO akan melihat Hasan Ali sebagai liabiliti. Di kala itu, Hasan Ali akan sedar bahawa beliau keseorangan dan terpulau. UMNO yang diharap membantu beliau telah meninggalkan beliau.

PAS yang beliau nista dan fitnah sudah tentu tidak akan membantu beliau lagi. Beliau akan jadi kera sumbang di kala itu.

Kawan yang beliau khianati sudah jauh meninggalkan beliau. Musuh yang beliau anggap kawan sudah membuang beliau jauh.

Tinggalah Hasan Ali nanti dengan "reject" PAS seperti Norman Toha, Hasan Basri dsbnya.

Di kala itu, diharapkan Hasan Ali sedar beliau telah tertipu dengan godaan Syaitan. Di kala itu, sesalan sudah tidak berguna.

Bak kata orang tua-tua, sesal dahulu pendapatan. Sesal kemudian tiada berguna.

Begitulah hendaknya.

Tulang Besi

ps Arwah ayah tulang besi dahulu adalah perwakilan PAS Cawangan (sekarang Kawasan) Kampung Baru yang telah bangun membantah cadangan kerajaan campuran PAS-Perikatan di Mesyuarat Agung Khas di Dewan Bahasa Pustaka.
Read more!(Selanjutnya)

Hasan Ali Pernah Serang Kepimpinan Ulama Secara Terbuka

Ramai yang lupa, tetapi pada Ucapan Penggulungan Dato Hasan Ali sewaktu melepaskan jawatan Naib Presiden PAS pernah menyerang "Kepimpinan Ulama" secara terbuka.

Hasan Ali dilaporkan berkata:



Pada hari ini, Dato Hasan Ali mengecam mereka2 yang dikatakan sebagai parasit. Kononnya mereka ini mahu mengubah dasar parti dan tidak menghormati ulama2 di dalam PAS.

Jelaslah, Dato Hasan ni dah jadi lidah bercabang.

Hakikatnya, Hasan Ali dipecat kerana tidak menghormati keputusan Muktamar PAS dan usaha2 beliau mahu memecah belahkan Pakatan Rakyat.

Tulang Besi
Read more!(Selanjutnya)

Tuesday, February 7, 2012

Hasan Ali Dahulu Boleh Jumpa DAP Dalam Rahsia

Baru-baru ini sewaktu berceramah di BAngi, Hasan Ali telah dilaporkan berkata bahawa apabila Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk kuasa Putrajaya, DAP akan menggabungkan Malaysia dengan Singapura untuk menubuhkan sebuah republik

Di samping itu, Hasan Ali juga mendakwa DAP akan memansuhkan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan (yakni hak istimewa orang-orang Melayu).

Komen Tulang Besi dipecahkan kepada dua bahagian:

1.0 Pertamanya, Artikel 152 Perlembagaan Singapura menyatakan dengan jelas Hak Keistimewaan Orang-Orang Melayu di Singapura. Walaupun PAP telah memerintah Singapura lebih 50 tahun, mereka tidak pernah memadamkan Hak Keistimewaan Orang Melayu di dalam Perlembagaan Singapura.

Oleh sebab itu, di manakah kewarasan dakwaan HAsan Ali bahawa DAP akan menghapuskan Artikel 153 Perlembagaan Malaysia? (Untuk membaca berkenaan hak istimewa orang Melayu di dalam Perlembagaan Singapura, klik di sini)

2.0 Sikap permusuhan Hasan Ali dengan DAP ini sebenarnya baru dan bermula apabila Hasan Ali tidak dilantik jawatan Menteri Besar Selangor.

Sebenarnya, pada satu masa dahulu, Hasan Ali pernah menganjurkan mesyuarat rahsia dengan DAP bagi membincangkan kerjasama antara kedua parti. Ia berlaku beberapa bulan sebelum pilihanraya tahun 2004.

Pada waktu itu, DAP sudah pun keluar dari Pakatan Rakyat dan tiada hubungan politik dengan PAS.

Namun, perhimpunan tersebut telah diadakan di antara Hasan Ali bersama seorang kepimpinan DAP yang agak "senior".

Antara keputusan yang diperbincangkan adalah persetujuan untuk DAP dan PAS tidak bertanding sesama sendiri dan tidak menyerang sesama sendiri di dalam media.

Pertemuan tersebut cukup rahsia sehingga ia telah diadakan pada larut malam. Juga, sebelum ke tempat pertemuan, Hasan Ali telah bertukar kereta di laman letak kereta Masjid Bulat Seksyen 14 Petaling Jaya.

Tulang Besi tahu akan pertemuan ini kerana Tulang Besi adalah antara penganjur pertemuan rahsia antara Hasan Ali dengan DAP ini.


Kalau ada yang kata Tulang Besi berbohong, lautan yang dalam jangan diduga. Tulang Besi boleh bersumpah dalam hal ini bila-bila masa sahaja.

Namun, pada hari ini manusia yang sama bernama Hasan Ali ini ke sana ke mari mengutuk dan menista DAP.

Jelas pada Tulang Besi, Hasan Ali tidak lebih seorang penipu dan pembohong tahap pencacai. Perjuangan Hasan tidak lebih untuk merebut jawatan dan pangkat semata-mata.

Inshaalah, semakin lama semakin banyak perangai hipokrit Hasan Ali ini akan terdedah satu demi satu.

Tulang Besi


ps Article 152 Minorities and Special Position of Malays

(1) It shall be the responsibility of the Government constantly to care for the interests of the racial and religious minorities in Singapore.

(2) The Government shall exercise its functions in such manner as to recognize the special position of the Malays, who are the indigenous people of Singapore, and accordingly it shall be the responsibility of the Government to protect, safeguard, support, foster and promote their political, educational, religious, economic, social and cultural interests and the Malay language.

Read more!(Selanjutnya)

Monday, February 6, 2012

Hasan Ali Dibuang dari MAIS?

Tulang Besi mendengar khabar angin bahawa HAsan Ali telah dipecat dari MAIS sebagai Timbalan Pengarah MAIS.

Jawatan beliau itu telah diganti dengan orang lain yang pernah menjadi pegawai kerajaan yang senior.

Kalau khabar angin ini benar, maka jelaslah bahawa HAsan Ali sebenarnya tidak disukai oleh "Kayangan".

Walaupun dia mendakwa dia memperjuangkan Raja, tapi apa yang Tulang Besi tahu tiada Raja dalam Malaysia ini yang menyukai mahupun menghormati beliau.

Beliau tidak lebih hanyalah perkakas kepada sesetengah pegawai Istana yang menjadi alat kepada UMNO.

Sekarang ini, beliau tidak lebih dari perkakas UMNO yang digunakan untuk menyebar fitnah dan khabar angin berkaitan dgn PAS.

Parasit yang beliau gelarkan itu adalah mereka yang menentang gagasan perpaduan dengan UMNO.

Dan sudah tidak menjadi rahsia lagi bahawa Hasan Ali kemaruk mahu bersama UMNO kerana telah dijanjikan jawatan Menteri Besar Selangor.

Setelah tidak menjadi Menteri Besar, kerjanya cuma menyebar fitnah berkenaan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor kepada kepimpinan2 PAS.

Berbagai-bagai kesah yang beliau sebarkan kepada kepimpinan PAS yang berbentuk fitnah atau separuh benar.

Para pembaca boleh mendengar salah satu pembohongan Hasan Ali di sini.

Pernah sekali setelah bertubi-tubi Hasan Ali menghentam pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor, seorang AJK PAS Pusat meminta beliau membuat laporan secara bertulis di atas segala dakwaan beliau.

Sehingga hari beliau dipecat, laporan tersebut tidak pernah dibentangkan kepada AJK PAS Pusat.

Itulah dia HAsan Ali. Perjuangannya hanyalah untuk jawatan Menteri Besar Selangor. Mereka yang dianggap menghalang beliau menjadi MB Selangor dipanggil parasit oleh beliau.

Apabila kegiatan sabotaj beliau memuncak, Hasan Ali telah dipecat.

Sekarang beliau tidak lebih perkakas untuk UMNO. Jauh sekali beliau akan menjadi MB Selangor.

Hanya menjadi perkakas UMNO selama-lamanya. Samalah seperti Chandra Muzaffar, Ezam Mat Nor, Lokman Adam dsbnya.

Tulang Besi
Read more!(Selanjutnya)

Sunday, February 5, 2012

Wawancara SH dgn Presiden - Mengapa Hasan Ali Dipecat

Sebab Hasan kena pecat - Wawancara Perisiden PAS

MUKADIMAH: Dalam wawancara selama 1 1/2 jam bersama Sinar Harian baru-baru ini, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bukan sahaja menegaskan tidak mempunyai agenda untuk menjadi perdana menteri, tetapi juga mengulas tindak-tanduk bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, yang dipecat daripada parti itu kerana melanggar disiplin dan pelbagai cabaran serta halangan dihadapi Pas, terutama dalam usaha mengambil alih Putrajaya.

Ikutilah wawancara Timbalan Pengarang Berita, Farush Khan; Editor Terengganu, Wan Normi Hasan dan wartawan Wan Saidatul Fadzilah Wan Najemudin dengan tokoh agama dan politik itu, yang berlangsung di kediaman beliau di Rusila, Marang, Terengganu.

Kenyataan Datuk Hasan menjejaskan juga prestasi parti?

Hadi: Dalam sehari dua, apabila sudah banyak hari akan terserlahlah langkah kita itu betul. Contohnya, isu berkait dengan Himpunan Sejuta Umat. Kita lihat isu ini banyak benda tidak tepat. Contohnya, orang Melayu masuk Kristian sampai ratus-ratus ribu. Pernah dengar kan? Bila polis siasat, maklumat itu tidak betul, orang yang disiasat dibebaskan. Mengapa tiada diambil tindakan? Kerana ada pelindung dia; kita tahu. Pada kita murtad ini bukan sahaja masuk Kristian, tapi termasuklah hina hukum Islam. Boleh jadi murtad dengan kejahilan dia, berlaku begitu rupa. Menghalalkan yang haram, mengharamkan yang halal. Jadi, murtad ini luas. Dan kita nampak isu ini dipolitikkan dan pada PRU 2008 ada yang berhempas-pulas mendapatkan undi Melayu. Rata-rata orang Melayu tak tahu agama kebanyakannya dan mereka sayang pada Islam. Mereka jadikan isu ini untuk tarik undi Melayu, bukan untuk mempertahankan Islam.

Saya pernah bawa usul menangani murtad di Parlimen pada 1998. Mengikut standing order di Parlimen, usul bukan kerajaan hendaklah diletakkan di belakang. Yang kedua, usul seperti ini hendaklah dibawa oleh seorang menteri kerajaan yang boleh disokong, dirujuk kepada standing order. Apabila menteri bawa, ada sokongan. Setelah ada undi barulah saya bawa usul ini, banyak lapis, akhirnya ditinggalkan begitu sahaja usul ini.

Tetapi akhir-akhir ini dibawa isu ini dengan Himpunan Sejuta Umat. Tidak lebih daripada mempolitikkan isu, bukan nak pertahankan akidah dan nak gunakan orang Pas untuk mengerah orang Pas ramai-rami hadir di stadium Shah Alam. Saya tahu ada kalangan yang nak sediakan bas. Apabila kita tahu macam ini, kita kata jangan pergi, Datuk Hasan Ali pergi, kemudian pergi lagi ke Perak dan buat kenyataan. Kenyataan ini tidak tepat dengan apa yang kita nak. Memang kita tidak setuju dengan murtad; lawan murtad, tapi Saidina Ali (Abu Talib, Khalifah Islam keempat) berkata, kata-kata yang betul, tetapi tujuannya kebatilan.

Atau matlamatnya tak betul. Tak ada dalam Islam ini, matlamat menghalalkan cara. Matlamat mesti betul, cara mesti betul. Kalau matlamat betul, cara salah, tidak boleh. Matlamat salah, cara betul, tidak boleh. Dua-dua kena betul. Itu lagi kena faham dan Pas bukan milik siapa, milik organisasi, kumpulan kita.

Pas ini ada Majlis Syura Ulama dilantik dalam Jawatankuasa Pas Pusat empat orang, Dewan Ulama lantik empat orang, Dewan Pemuda dua orang, Dewan Muslimat dua orang kemudian mereka dilantik ini pilih lima orang lagi dalam kalangan ulama yang boleh merujuk dalam bahasa Arab, merujuk kitab-kitab Islam; yang kita ketahui kewibawaan, akademik dan kemampuan.

Kita tahu moral dia konsisten dengan pendirian dan dia boleh buat keputusan, boleh membatalkan keputusan parti, sekiranya bercanggah dengan al-Quran dan hadis, ijmak ulama dan kias. Ini jaminan yang ada dalam Pas. Kalau ada ahli parti yang nak buat sendiri, bertindak sendiri, maka kalau dia bercakap sebagai orang Pas, orang kaitkan dengan Pas, jadi lebih baik dia bebas.

Bangunan Umno Hulu Tereng­ganu disimbah dengan cat hijau?

Hadi: Saya rasa kita orang Pas tidak buat sampai begitu. Kita ajar orang kita tidak boleh melampaui batas. Kalau ada orang Pas bertindak begitu kita disiplinkan dia kerana Islam ajar kita, kita berlawan dalam perang pun tidak boleh melampaui batas, apa lagi perang melalui demokrasi. Itu boleh jadi pihak lain yang buat provokasi, boleh jadi belaka. Dalam politik boleh jadi semua.

Siapa Menteri Besar Terengganu kalau Pas menang dalam PRU13?

Hadi: Itu ditentukan parti. Belum tentu saya bertanding di state (negeri). Kalau bertanding di state pun, belum tentu lagi saya jadi menteri besar. Bahkan di Kelantan, saya bagi contoh; tahun 1959, yang jadi menteri besar Datuk Ishak Bakri. Datuk Asri tidak jadi menteri besar. Lepas tu Ishak jadi Speaker, Datuk Asri jadi menteri besar, dia bukan Pesuruhjaya Pas Kelantan. Lepas tu Datuk Asri tidak jadi menteri besar walaupun dia pesuruhjaya. Tuan Haji Mat Amin Haji Yakob Almarhum.

Di Terengganu juga pernah begitu, masa Daud Saad Almarhum menteri besar, dia pegang pesuruhjaya. Yang dilantik ialah diterima rakyat, diterima pegawai pentadbir negeri. Kerana kita nak memerintah negeri ini ada beberapa orang di kalangan tuanku sultan, pegawai tadbir negeri, wakil rakyat, yang keempatnya rakyat. Ini kita mesti lihat penerimaan semua sekali. Tidak boleh kita nak tentu-tentukan begitu.

Siapa Perdana Menteri (jika PR menang PRU-13?)

Hadi: Pada peringkat ini kita dalam Pas tidak bincang. Di peringkat PR pun tidak bincang. Kita bincang untuk ke Putrajaya dulu. Jadi, macam orang kampung cerita, kambing tak bela lagi, sirih tak tanam lagi. Jadi duk bergaduh nak buat pagar. Yang ni kata nak buat pagar, yang ni kata nak tambat kambing. Apabila tanya mana kambing, tiada kambing lagi. Mana sirih, tidak tanam lagi pun. Apabila sampai masa, insya-Allah kita ada orang layak. Macam saya kata dululah, saya tiada dalam agenda menjadi perdana menteri. Yang penting, kita nak perkasakan Islam. Siapa duduk di atas, saya terima, bahkan saya boleh rehat; balik kampung jadi pembantu sahaja, pergi ke laut, balik jadi nelayan.

Dari segi politik, kepimpinan negara mesti Melayu Islam kerana majoriti adalah orang Melayu. Itu mengikut kaedah politik Islam. Kalau orang Cina masuk Islam, jumlah mereka besar, mereka ada tokoh, mereka layak jadi pemimpin. Kita orang Melayu kena terima, kalau India begitu juga.

Jadi realiti hari ini majoriti orang Melayu adalah Islam. DAP sudah terima Islam sebagai agama Persekutuan. Hak istimewa orang Melayu dia terima, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dia terima. Dalam masa yang sama, agama lain ada hak dia. Bangsa lain yang miskin tidak boleh diabaikan, hak dia untuk mengajar bahasa ibunda tetapi bahasa Melayu jadi bahasa rasmi. Dan kita kena sedar Umno tidak buat benda ini dalam masa 50 tahun lebih. Tidak perkasakan; itu silap dialah. Yang kita silapkan MCA, MIC, silapkan Gerakan; silap Umno sendiri. Dalam Pas sendiri, kita tidak tolak ansur dan DAP menerima kerana kita tegas dalam masalah ini.

Barangkali saudara-saudari ingat masa tahun 2000 DAP keluar daripada Barisan Alternatif, minta Pas batalkan beberapa agenda Pas, kita tegas; kita tidak berganjak dan DAP keluar dan masuk balik. Dengan kita tidak berganjak itu menunjukkan kita tidak menggadaikan prinsip kita. Dan kita tidak zalimi rakan-rakan kita.

Dari segi hudud, adakah DAP terima?]

HADI: Memang dia orang bukan Islam, tidak terima, tetapi untuk melaksanakannya dia tidak boleh halang kita. Dan dalam konteks Islam kita bukan sahaja tidak boleh paksa orang bukan Islam masuk Islam, tetapi juga termasuk dalam melaksanakan undang-undang. Dengan sebab itu, dalam undang-undang hudud, qisas dan takzir di Kelantan dan Terengganu, kita buat satu peruntukan orang bukan Islam boleh diberi pilihan sama ada mereka menerima Islam atau menerima satu cara yang lain. Kepada saya, saya yakin orang bukan Islam akan terima pada akhirnya. Jangan kita tanya perompak, tanya mangsanya. Kalau tanya perompak, perompak tak sukalah kena hukum.

Dalam Islam, kalau bunuh hukumnya bunuh. Mungkin Undang-undang barat pun sama hukum membunuh, tetapi kalau ambil harta, kalau perompak kena potong tangan, potong kaki. Kalau tanya Cina-Cina yang kena rompak tu, dia setuju kalau potong tangan, potong kaki. Kemudian ada teori mengatakan kalau kita laksanakan pada orang Islam, orang Islam jadi kudung, jadi apa, itu tidak betul. Kita kena faham, undang-undang hudud ini undang-undang mendidik, bukan menghukum. Nak hukum payah, mendidik.

Apabila dilaksanakan, orang Melayu, orang Islam jadi moral dia tinggi. Penjenayah tidak banyak. Orang lainlah penjenayah. Ia akan jadi macam itu. Itu hikmat dia kena faham. Dengan itu kita terima kalau DAP tidak setuju, tak apalah. Yang peliknya Umno kata dia tidak setuju.

Barangkali dia anggap itu hudud ala Pas?

HADI: Kalau hudud Pas kita muzakarahlah. Kita bincang. Hudud ini ayat Quran, bukan Pas boleh buat. Pas tidak boleh reka hukum hudud ini.

Percanggahan berhubung pelaksanaan hudud antara Pas dan DAP, bagaimana dineutralisekan?

HADI: Kita neutralisekan dengan utamakan perkara yang jadi bersama. Contohnya negara berkebajikan, tolong bela rakyat miskin, tolong rakyat miskin, khidmat pada masyarakat. Rawatan percuma pendidikan percuma. Ada pendidikan swasta, dengan pengawasan dia, ini semua parti bersetuju, kita utamakan yang ini dulu. Nak laksanakan hudud itu, dia makan masa. Ini boleh dibuat. Contohnya nak hapuskan tol, Pas setuju, DAP setuju. Nak bantu kemudahan makanan kepada rakyat, semua setuju. Ini halal, ini haram, bezalah. DAP boleh makan babi, kita tidak boleh makan babi; memang kita tidak setuju dengan babi, tapi kita tidak boleh halang DAP.

Datuk Hasan Ali kata negara berkebajikan bercanggah dengan konsep Islam?
HADI: Ada kenyataan mengenai perkara itu, dia tarik balik, dia minta maaf. Sebab dalam Islam tidak disebut sembahyang Islam, puasa Islam, nikah Islam. Disebut negara, kemudian negara berkebajikan, negara adil, negara ihsan. Itu istilah-istilah yang disebut dalam Quran, tetapi dia merangkumi sekali aspek ini. Dan saya ada tulis buku, negara berkebajikan, berdasarkan huraian yang saya bentang di muktamar Pas. Dan negara berkebajikan sudah diterima di muktamar. Bila muktamar terima dia tolak, itu sudah melanggar partilah.

Berkenan hudud dilaksanakan tetapi proses tidak sebagaimana yang diharapkan? Adakah manifesto senasib?

HADI: Yang pertama, hudud pada undang-undang jenayah sudah diwartakan. Tuanku sudah sain. Sudah lulus. Yang kedua kita balik pada Perlembagaan Malaysia. Perlembagaan Malaysia kata Islam adalah agama Persekutuan. Agama ini, ada dua. Mengikut tafsiran Barat, religion. Pentafsiran Islam addin. Bila kita sudah merdeka kita kena tafsir mengikut addin, bukan religion. Addin merangkumi segala aspek, cumanya berlaku di Kelantan bila kita lulus di Kelantan, Tun Mahathir, Perdana Menteri pada masa itu, hantar surat kepada Yang Amat Berhormat Tok Guru Mursyidul Am, Nik Abdul Aziz memberi amaran sekiranya Kelantan melaksanakannya, Kerajaan Pusat akan bertindak. Bagi Terengganu tiada surat itu. Terengganu ada bantahan daripada seorang pimpinan Umno yang bukan pimpinan utama, bawa ke mahkamah, tetapi tarik balik benda itu.

Jadi kita harap, setelah gagalnya undang-undang yang diamalkan hari ini, masalah rompakan, masalah jenayah, ada negeri tidak boleh saya sebut takut malu dia, tiap-tiap hari ada kadar jenayah. Tiap hari, bukan tiap-tiap bulan; sehari ada kes bunuh. Negeri yang jumlah penduduk dia ramai di Malaysia yang gejala sosialnya lebih kerana kemajuan industrinya pesat sampai satu hari satu kes bunuh. Itu polis beritahu saya. Tak payahlah saya dedah negeri mana. Itu bahayanya; itu yang media tidak dedah, yang media dedah pun banyak dah. Walaupun yang buat jenayah itu bukan orang kita, orang luar, pendatang tanpa izin, macam-macam, tetapi kesimpulannya jenayah besar.

Kalau laksanakan undang-undang qisas dan hudud ini saya yakin Tuhan kata ‘Dan bagi kamu hukuman jenayah qisas ini membawa kehidupan’.

Quran mengatakan demikian, maknanya membawa kehidupan, di sini jenayah akan berkurang dan hapusnya kes ini, membawa kehidupan kepada manusia. Yang kita ingat kalau laksana hukuman ini banyak orang kena hukum.

Barangkali oleh kerana pencuri 30,000 - 40,000 di seluruh negara dalam masa setahun. Barangkali banyak tangan kena potong. Kita fikir begitu. Bila diisytihar sahaja undang-undang ini maka habis takut mencuri, berhenti mencuri. Dia akan jadi macam itu. Di Arab Saudi, masa pemerintahan Kiya ul Aziz, dalam masa 20 tahun, tidak sampai 10 orang kena potong tangan. Mereka yang pergi buat umrah, pergi haji lihat sendiri tempat pengurup wang, sebagai contohnya, tutup dengan kain sahaja.

Pergi sembahyang, tutup dengan kain, orang takut nak mencuri, itu dia punya kehebatan. Yang pentingnya, kehebatan undang-undang; undang-undang itu hebat. Yang ada hari ini undang-undang tidak hebat, orang tidak gerun, penguat kuasa pun orang tidak gerun. Bahkan rumah polis pun dia masuk, rumah ketua polis boleh perompak masuk. Itu menandakan tidak hebat.

Dengan sebab itu, saya rasa tidak timbul terhalang. Kita tengok dululah apabila kita menang kali ini. Apa akan berlaku, respons daripada Pusat bagaimana, kita tengok.

Ada tak calon wanita di Terengganu?

HADI: Kita usaha nak tonjolkan calon wanita kerana calon kita ini mesti daripada akar umbi, daripada cawangan-cawangan dan daripada atas. Kalau daripada atas sahaja, respons cawangan tiada, tidak boleh. Kadang-kadang kita ada tokoh, tapi tokoh tu tempat dia orang tidak kenal kena, bawa tempat lain. Calon lelaki pun begitu. kita nak orang ini, contohnya, Mat Sabu Timbalan Presiden Pas, Muhamad Sabu pada 2008, tetapi boleh kalah, walaupun dia seorang tokoh yang besar. Dulu pernah di sini tahun 1950 - 1960 Parlimen Dungun, wanita, Khadijah Sidek. Di sini, pernah orang Johor, bukan Terengganu. Menang di sini, jadi calon wanita. Ini bukan kali pertama. Dan, kita ada calon wanita, kita kemukakan dan saya sebagai ahli Majlis Syura Ulama, semua nama calon dihantar ke Pusat dan ada dua tiga orang wanita di Terengganu.


Read more!(Selanjutnya)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...