Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Loading...

Monday, April 30, 2012

Rakyat Dipukul kerana Undang2 Kecil DBKL



KLIK IMEJ
 
Dunia telah menyaksikan betapa rakyat Malaysia telah dipukul, ditendang, ditembak gas, dibaling kononnya kerana melanggar undang-undang. Tapi ramai rakyat Malaysia terutamanya yang menjadi mangsa kekejaman tidak tahu dibawah undang-undang apakah mereka telah dilayan begitu rupa. 

Nama undang-undang tersebut adalah :
"Undang Undang Kecil Kerajaan Tempatan (Dataran Merdeka)(Wilayah Persekutuan) 1992"
Undang-Undang ini lebih rendah tarafnya dari segi kepentingan berbanding undang-undang lalulintas. Ertinya, kalau undang2 lalulintas pun, kita hanya disaman sahaja, undang2 ini sepatutnya hukumannnya tidak lebih dari saman.

Tapi terbukti pada 28 April 2012, demi melaksanakan undang-undang kecil ini, mereka sanggup menendang, menyepak, memukul, menembak gas serta menangkap rakyat Malaysia.


Dengan kata lain, di satu waktu rakyat dilayan kejam kerana melanggar sebuah undang-undang kecil. Di waktu lain penari2 bogel didenda RM25 kerana melanggar undang-undang kecil jugak. Hairan Malaysia ni. Pelik bin ajaib sungguh.
 
Hakikatnya, sesiapa puntiada hak menghalang rakyat berjalan ke Dataran Merdeka kerana selepas jam 2 ptg, perhimpunan BERSIH telah pun tamat. Tidak timbul samada Azmin atau Anwar yang menyuruh atau tidak halangan dibuka. 

Pada hemat Tulang Besi, tindakan keras terhadap peserta BERSIH itu bukannya untuk menguatkuasa undang-undang tetapi adalah atas arahan yang datang dari atas semata-mata.
Tulang Besi
Read more!(Selanjutnya)

Sunday, April 29, 2012

BERSIH dari SELURUH DUNIA (saksikanlah)

Ketahuilah. Perhimpunan BERSIH semalam telah berlaku SELURUH DUNIA. Di bawah adalah video untuk tontonan anda. Sampai bawah laut pun ada BERSIH 


.
Read more!(Selanjutnya)

Penjelasan Sebenar Berita Kematian Anggota Polis Sewaktu BERSIH 3.0

Berapa ramai peserta BERSIH yang dipukul dan dicota kerana khabar angin yang tidak bertanggungjawab ini, agaknya.

Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)

Kehadiran BERSIH Buktikan Kepimpinan Najib DITOLAK!!!

Gambar2 kedatangan BERSIH di bawah ini adalah bukti jelas kepimpinan Najib Tun Razak sudah tidak diterima oleh rakyat Malaysia lagi.

Here is the beginning of my post. And here is the rest of it.


Read more!(Selanjutnya)

Pemandu Kereta Polis SOGO Pakai Helmet dan Seluar Pendek?

Isu peserta BERSIH menterbalikkan kereta polis dijadikan sensasi oleh media2 pelacur milik UMNO. Hakikatnya, kereta polis tersebut telah menyebabkan tumpahnya darah beberapa peserta BERSIH yang tidak berdosa. Sila rujuk video klip di bawah. 

Rupa2nya:
1.0 Peserta marah kerana kereta polis tersebut telah melanggar beberapa peserta
2.0 Terdapat tompokan darah di atas jalan menandakan kecederaan yang sangat serius
3.0 Kereta polis diterbalikkan kerana mereka beranggapan ada orang terperangkap di bawah
4.0 Kenyataan kereta polis diterbalikkan kerana merusuh adalah fitnah
5.0 Kalau tiada provokasi polis, suasana huru hara tidak akan berlaku
Syukur alhamdulillah ada YOUTUBE. Dapat kita tengok suasana sebenar dan tidak terperangkap dengan propaganda UMNO dan Barisan Nasional. 

 
Read more!(Selanjutnya)

Saturday, April 28, 2012

LGBT serta Melaka Darul Pondan

Di dalam TV3 serta Ustaz Nasaruddin Mat Isa cuba untuk sabotaj BERSIH 3.0 dgn membawa isu LGBT ni, sedar tak mereka Melaka yang ditadbir oleh UMNO sudah jadi Darul Pondan? Artikel THE STAR di bawah ini menyatakan MElaka telah menjadi tumpuan pondan seluruh dunia kerana industri pelacuran pondan amat laris di sana.





KLIK IMEJ

Untuk membaca artikel "Melaka Darul Pondan" bolehlah klik di sini.
Perhatikan artikel di atas diambil dari harian THE STAR, sebuah harian milik MCA dan Barisan Nasional. Ia bukan dari Harakah atau mana-mana akhbar milik parti Pakatan Rakyat. 

Tak sangka, dalam UMNO ghairah menaikkan isu LGBT ni, rupanya mereka sendiri menjadi penaung industri berkaitan LGBT ni. 

Kasihan Ustaz Nasaruddin Mat Isa yang sanggup menbiarkan diri beliau dipergunakan oleh puak2 industri pondan.

Tulang Besi
Read more!(Selanjutnya)

Dengan Pengundi Hantu, Suara Rakyat Sudah Tiada Erti

Tulang Besi pernah tinggal di MEsir 3 tahun sebelum kejatuhan Mubarak. Depan mata kepala Tulang Besi sendiri melihat rakyat Mesir hidup merempat di negeri sendiri. Kerajaan Mesir tidak hirau masaalah rakyat kerana Mubarak tidak perlu menghadapi apa-apa pilihanraya. 

Kesemua pilihanraya yang diadakan penuh dengan penipuan. Secara nudahnya, apabila sistem pilihanraya di negara tersebut telah rosak dan dipenuhi penipuan, kerajaan boleh membiarkan sahaja rakyat negaranya merempat dan mengemis untuk sesuap nasik.

Perkara yang sama bakal berlaku di Malaysia sekiranya Pengundi Hantu tidak dibersihkan dari Daftar Pemilih. Dengan pengundi hantu, UMNO dan Barisan Nasional boleh menang setiap pilihanraya yang mereka adakan dengan majoriti 2/3.

Misalnya, sekiranya Pengundi Hantu tidak dibuang dan dibersihkan bulan Jun 2012 ini, Barisan Nasional akan menang majoriti 2/3 di Parlimen.

Dengan kemenangan besar sebegitu, mereka bebas:
A. Menaikkan harga minyak
B. Menaikkan kadar tol
C. Memberi kontrak jutaan ringgit kepada anak beranak mereka i.e. NFC
D. Menggenakan GST dan cukai yang melampau yang bakal membebankan rakyat umum.
E. Tindas dan pukul rakyat serta tangkap rakyat sesuka hati
F. Biarkan kenaikkan harga barang yang melampau
G. Tidak perlu ambil kesah kebajikan dan kesusahan rakyat.
Pendek kata mereka akan bebas melakukan apa sahaja kepada kekayaan negara. Mereka tidak perlu risau kemarahan rakyat kerana rakyat tidak akan menentukan siapa yang akan memerintah Malaysia.

Yang akan menentukan keputusan pilihanraya adalah PENGUNDI-PENGUNDI HANTU yang mereka telah letakkan di dalam Senarai Daftar Pemilih.

PENGALAMAN RAKYAT SABAH DENGAN PENGUNDI HANTU

Akibat pengundi2 hantu dari Filipina, UMNO/BN boleh terus menerus menang pilihanraya di Sabah tanpa memerlukan sokongan rakyat tempatan. 

Hasilnya, setelah lebih 15 tahun keputusan pilihanraya di Sabah di tentukan oleh Pengundi Hantu, rakyat Sabah telah jatuh ke standard Bangla dan Myanmar. (RUJUK GAMBAR DI BAWAH)

Padahal Sabah lebih kaya dari seluruh negara Myanmar mahupun Bangladesh. 

Sepatutnya rakyat Semenanjung yang BERDUYUN-DUYUN berhijrah ke Sabah mencari rezeki, bukan yang sebaliknya.

KALAU MAHU ANAK CUCU ANDA JATUH KE TAHAP BANGLA/MYANMAR, teruslah sokong Barisan Nasional.

TULANG BESI
Read more!(Selanjutnya)

Friday, April 27, 2012

Maklumat Keahlian UMNO Pengerusi dan Timbalan SPR


















Maklumat di bawah diambil dari kenyataan akhbar  YB Saifuddin Nasution Ismail:


Nama ABDUL AZIZ BIN MOHD YUSOF
No KP                             :   500124105279
No KP Lama                     :   2698922
No Keahlian UMNO           :   113804
Kod Cawangan 09920036   :   SRI AMPANG BARU
Kod DUN 09920                :  LEMBAH JAYA
Kod Bahagian 099             :  AMPANG Negeri SELANGOR

Nama WAN AHMAD BIN WAN OMAR
No KP                             :   490101035179
No KP Lama                     :  2756290
No Keahlian UMNO            : 2374564
Kod Cawangan 02213049   :  KUBANG BUNGGOR
Kod DUN 02213                :  CHETOK
Kod Bahagian 022             :  PASIR MAS Negeri KELANTAN
Dengan maklumat terbaru ni, apa lagi kita nak harapkan dari SPR?

Takkan SPR akan berusaha untuk memastikan parti yang mereka dokong kalah dalam pilihanraya umum nanti?

Tapi, masakan UMNO akan meletakkan orang yang adil dan bebas untuk mengetuai SPR.

Ibarat menunggu kucing tumbuh tanduk lah kalau nak harap UMNO lantik Pengerusi SPR yang bebas dan adil.

Ibarat menunggu kucing tumbuh tanduk kalau nak harap Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR nak bersihkan daftar pemilih dari pengundi hantu.

Ramai2 lah kita turun untuk BERSIH 3.0 nanti. Itu sahajalah jalannya bagi menjamin Malaysia tidak bertukar kepada sebuah negara DIKTATOR!!.

Tulang Besi
Read more!(Selanjutnya)

Thursday, April 26, 2012

Pelancaran BERSIH 3.0 di Mekah dan Madinah (Gambar)



KLIK IMEJ
Pelancaran BERSIH 3.0 di Madinah Al Munawwarah


                                                 KLIK IMEJ
                      Pelancaran BERSIH 3.0 di MAKKAH AL MUKARRAMAH

Syukur alhamdulillah, propaganda UMNO menggunakan Ustaz Nasaruddin Mat Isa jelas gagal. Walaupun Ustaz Nasaruddin Mat Isa berucap memaki LGBT dengan tujuan meracun pemikiran orang Islam supaya menolak BERSIH 3.0, namun jelas percubaan Nasa serta UMNO itu gagal.

Semua adalah kuasa Allah SWT. UMNO yang kononnya anti LGBT tu juga menolak hudud. Jadi, takda siapa yang nak percaya kononnya UMNO anti LGBT. AYUH KITA KE BERSIH 3.0!!!!!

Tulang Besi
Read more!(Selanjutnya)

Wednesday, April 25, 2012

BERSIH 3 di Mekah dan Madinah. Usaha Nasaruddin Mat Isa Gagal

Nampaknya usaha UMNO menggunakan pengkhianat PAS bernama Nasaruddin Mat Isa bagi mengagalkan BERSIH sia-sia belaka. BERSIH 3.0 dijadualkan berlangsung di kedua-dua bandar suci umat Islam: Mekkah dan Madinah Al Munawarah. 

Kedua-dua bandar ini jugalah tempat Nabi besar kita, Nabi Muhammad SAW lahir dan mengembangkan Islam. Semoga Allah SWT menjayakan Perhimpunan BERSIH 3.0 nanti. AMIN!!!!
Percayalah, kejayaan BERSIH 3.0 akan menentukan samada kita akan dapat pilihanraya yang bersih ataupun terkotor dalam dunia. 





KLIK IMEJ




KLIK IMEJ

Bagi melihat sendiri gambar2 di atas di laman web BERSIH 3.0, sila klik di sini
Tulang Besi
Read more!(Selanjutnya)

MB Selangor Bantu UMNO Tawan Selangor?

Di bawah ini adalah satu artikel yang baru keluar di FREEMALAYSIATODAY. Tulang Besi merasa artikel ini penting kerana ia melaporkan:
a. MB Selangor telah maklum usaha mendaftar pengundi hantu dan pengundi asing semenjak tahun lepas lagi
b. Namun, segala usaha untuk membantah nama2 ini dari daftar pemilih tidak dibantu walau sedikit pun oleh MB
c. Dana RM1 juta yang pada mulanya diumumkan beliau tidak dibelanjakan kecuali sedikit bagi tujuan bantahan kepada SPR
d. MB Selangor seperti tidak kesah usaha pengundi hantu ini walaupun telah diberitahu
e. MB Selangor tidak mahu membantu PAS Selangor serta NGO lain di dalam usaha mereka memerangi pengundi hantu
f. Dana RM5 juta yang diisytiharkan oleh MB Selangor ini dibuat selepas tamat tempoh bantahan SPR. Jadi, apa gunanya dana ini lagi kerana Daftar Pemilih telah pun diwarta oleh SPR
g. MB mahu menggunakan khidmat JKKK dan Penghulu negeri untuk membasmi pengundi hantu. PAdahal, jumlah mereka ini kecil sedangkan bilangan pengundi yang disyaki sebagai hantu adalah dalam jumlah 150,000 nama. Di manakah kewarasan cadangan ini?
Pokoknya sikap MB yang menolak menggunakan jentera pilihanraya yang telah sedia ada adalah amat menghairankan?

Tulang Besi merasa kecewa kerana MB Selangor tidak serius memerangi pengundi hantu sedangkan beliau berpeluang melakukan demikian semenjak tahun lepas lagi. 

Mengikut artikel ini, kalau ditakdirkan Selangor jatuh, Barisan Nasional harus berterima kasih kepada Tan Sri Khalid Ibrahim kerana tidak mahu membantu apa-apa usaha bagi membersihkan pengundi hantu sebelum ini.

Harap2 sangat perkara dalam artikel ni tak betul, namun maklumat dalaman yang Tulang Besi dapat sepertinya artikel ini banyak kebenarannya.

Tulang Besi
‘Umno should thank Khalid if S’gor falls’ G Vinod - April 24, 2012
A source close to Selangor PKR alleged that Khalid is 'handing the state back to BN' by not acting to get the electoral roll in the state cleaned up.
PETALING JAYA: Umno should “thank” Selangor Menteri Besar Khalid Ibrahim if the Barisan Nasional (BN) retakes the state in the 13th general election, said a source close to Selangor PKR.
The source, who claimed anonymity, said this after alleging that Khalid had been dragging his feet in disbursing funds to get the electoral roll in the state cleaned up.
“The objection period set by the Election Commission [EC] expired in March. So what’s the point of him allocating RM5 million to clean up the electoral roll now?” said the source.
Last week, Khalid announced that the state government had allocated RM5 million under its “democratisation programme” to clean up the roll before the 13th general election.
“This is a special initiative to allow people regardless of their political affiliations to file complaints if they find any suspicious voter,” Khalid was reported as saying.
Although another objection period to the electoral list would be in June, it is widely speculated that Prime Minister Najib Tun Razak may dissolve Parliament next month.
The EC charges RM10 to investigate for every name objected in the electoral list. The source said that even last year, Khalid had announced RM1 million to get the list cleaned up after the Mismah-gate scandal erupted.
(In August last year, opposition politicians alleged that an Indonesian permanent resident in Malaysia known as Mismah was awarded voting rights by the EC.
(She was registered as a voter in Ijok, the state seat of Khalid. Subsequently, Pakatan leaders urged the government to set up a Royal Commission of Inquiry to investigate the matter.)
(However, the EC attributed the error to a technical glitch after conducting an investigation.)
“Selangor PAS and several other NGOs had estimated that there are about 150,000 dubious names in the state electoral list in 2011, but when we asked Khalid for funds to raise objections, he never entertained us,” the source said.
He said that only in March this year did Khalid disburse more than RM60,000 after much pressure but it was too late. The source also said that Selangor executive councillor Yaakob Sapari was in charge of handling the RM5 million programme.
“But Yaakob is not too keen to be in charge of the programme in the first place. Besides, no unit in the state government had the expertise to deal with electoral fraud,” he said.
‘A mistake to trust Khalid’
The source claimed that Khalid had wanted to train the Village Security and Development Committee (JKKK) to report on fraudulent voters. However, he questioned such a proposal, saying it would take months to train the JKKK to identify fraudulent voters.
“Why doesn’t Khalid just give the funds to political parties or NGOs which have experience in dealing with electoral fraud? It’s not like we are going to use the money for ourselves,” the source said.
He added that if Khalid wanted to train the JKKK to detect electoral fraud, he should have done it last year.
“We had warned Khalid of an increase in dubious voters in Selangor last year but he just refused to act,” the source said.
He cited Kelantan, where the PAS state government had consistently raised objections to dubious names on the electoral list with the EC.
“That’s how PAS had managed to rule the state for 20 years,” the source said.
He added that he regretted that he did not raise the matter earlier because he had faith in Khalid.
“If we were given the funds earlier, we could have at least got the EC to clean up 60% of the electoral roll.
I think Opposition Leader Anwar Ibrahim made a mistake by putting his trust in Khalid to run the state,” said the source.
Best to let locals to deal
When contacted, Yaakob said cleaning up the electoral roll was only part of the “democratisation programme” mooted by Khalid. “Among others, we are trying to get people to register as voters and get Selangor-born people outside of the state to come back and vote,” he said. He also said that while he was in charge of the programme, the money was being handled by a state agency, Menteri Besar Incorporated.
On why the state refused to give funds to political parties and NGOs to clean up the electoral roll, Yaakob said it was best for the JKKK to handle the matter as it knows the people best. “How can an NGO or political party know who lives in a village in Ulu Bernam?
Only the locals there would know best,” he said. When asked if it was too late to train the JKKK’s to identify fraudulent voters, Yaakob said it was easy to train JKKK for the task. “All you need to do is go door-to-door to find out who lives in a particular village.
That’s why JKKK’s is the best authority to do so,” he added.
Read more!(Selanjutnya)

Istana Tidak Izin Pilihanraya Berasingan di Selangor?



KLIK IMEJ
 
Mengikut maklumat yang Tulang Besi dapat setakat ini, ada usaha giat sedang melobi Istana supaya menghalang perlaksanaan pilihanraya berasingan di Selangor. Anwar Ibrahim baru-baru ini menyatakan Selangor tidak akan mengadakan pilihanraya selagi daftar pemilih tidak dibersihkan.

Jelas, pihak di sebelah sana tidak selesa dan senang dengan cadangan ini.

Maka diberitakan kepada Tulang Besi usaha sedang dilakukan untuk melibatkan Istana. Mereka berharap Istana akan mengeluarkan arahan supaya MB Selangor membubarkan Dewan Undangan Negeri Selangor bersekali dengan Parlimen Jun ini.

Amat penting bagi pihak sebelah sana mengadakan pilihanraya serentak di Selangor.

Kalau diadakan berasingan, segala rahsia mereka akan bocor. Segala pengunaan pengundi hantu dan pengundi asing sudah tentu akan terdedah kepada rakyat Malaysia untuk ditonton apabila pilihanraya dilakukan berasingan. Maka, akhirnya nanti ditakuti mereka tidak boleh menggunakan penipuan yang sama untuk merampas Selangor.

Sekiranya usaha sebelah sana berjaya, PR Selangor terpaksa mengadakan pilihanraya negeri dalam keadaan Daftar Pemilih dipenuhi hantu dan penipuan. Hampir pasti kita akan kalah nanti, percayalah.

Tulang Besi amat gusar dengan maklumat ini. Kita telah lihat bagaimana UMNO telah menggunakan istana dalam perlantikan Khusrin Munawi tempohari. Tidak mustahil mereka boleh menggunakan istana dalam perkara yang sama.

Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)

Monday, April 23, 2012

Manchester United 4 Everton 4 (Aksi2 Gol)

Dikatakan ini adalah salah satu perlawanan yang terhebat dalam sejarah "Old Trafford"

Selamat menonton


Manchester U. 4 - 4 Everton All Goals & Highlights by Anatolly7 3


Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)

Tuesday, April 17, 2012

Mungkin Inilah Orang2 Yang Mengaut Untung Dari PTPTN

Gambar di bawah Tulang Besi dapat dari FACEBOOK.

Tak mustahil keadaan mengelabah Barisan Nasional dan UMNO dalam isu PTPTN adalah kerana kebimbangan kroni2 mereka yang mendapat laba dari PTPTN ini?

Bagi Tulang Besi, setiap tingkah laku UMNO/BN sebenarnya mahu menguntungkan kroni mereka, bukan rakyat mahupun negara.

Berhentilah kita semua dari terus ditipu UMNO dan Najib/Rosmah.

KLIK IMEJ
KLIK IMEJ


Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)

Najib yg Perkenalkan PTPTN, mengikut rekod Parlimen.

Tun Dr Mahathir telah bertitah bahawasanya PTPTN adalah angkara Dato Seri Anwar Ibrahim sewaktu beliau menjawat jawatan Menteri Pelajaran.

Namun, hasil usaha gigih blogger AMENOWORLD, salinan Hansard Parlimen diberikan seperti di bawah:



Tulang Besi tidak sabar menunggu respon Dr Mahathir. Samada rakyat Malaysia terpaksa menerima hakikat dokumen hitam putih di atas ataupun menelan kata-kata Dr Mahathir bulat-bulat?

Hakikatnya, UMNO dan Barisan Nasional kepanasan di dalam isu PTPTN ini. Mereka sedar kewujudan PTPTN hanyalah untuk mengkayakan kroni2 mereka yang telah membuka banyak kolej2 swasta.

Tanpa PTPTN, ramai kroni UMNO akan bangkrap meniaga.

Yang lebih merisaukan UMNO/BN adalah isu PTPTN akan menyedarkan rakyat Malaysia betapa UMNO sanggup menyusahkan rakyat demi kekayaan segelintir rakyat UMNOPUTRA.

Bagi Tulang Besi, mudah sahaja. Kalau tidak mahu PTPTN, undi Pakatan Rakyat.

Tulang Besi
Read more!(Selanjutnya)

Monday, April 16, 2012

6 Orang Rakyat Malaysia Menjawab 3 Soalan (VIDEO)

Selamat menonton

Read more!(Selanjutnya)

Sunday, April 15, 2012

Mari Kenali Siapa Pengundi Hantu

Media2 milik UMNO berhempas pulas menafikan wujudnya pengundi hantu. Malahan, Timbalan Pengerusi SPR sendiri satu masa dahulu menafikan kewujudan pengundi hantu.

Di bawah adalah salah satu contoh pengundi hantu yang selama ini dinafikan kewujudannya oleh UMNO.

Di bawah adalah pengakuan dari seorang bernama Syukur sewaktu pilihanraya umum 1990 di Parlimen Maran.

Saudara Syukur juga berkata:

Untuk membaca laporan penuh, sila klik di sini

Dengan kata lain, pengundi-pengundi hantu adalah mereka yang:
a. Tidak menetap atau bermastautin di tempat mereka mengundi
b. Mereka dipindahkan ke tempat mengundi baru mereka oleh orang lain
c. Mereka sendiri tidak pernah membuat permohonan untuk bertukar alamat mengundi
d. Mereka biasanya dibawa oleh pihak ketiga ke tempat mengundi baru mereka.
e. 100% kes Pengundi Hantu adalah memihak kepada Barisan Nasional.


Salah satu contoh "perpindahan pengundi" yang berlaku di Selangor telah jatuh ke tangan Tulang Besi seperti berikut:

KLIK IMEJ

Borang di atas berada di dalam tangan seorang "agen", yakni pihak ketiga. Bukannya ia di tangan pengundi tersebut.

Contoh saudara Syukur di atas perlu diikuti. Pengundi2 hantu di atas berjaya dihalang oleh pertugas2 PAS. Dalam pilihanraya 1990 tersebut, Haji Abdul Hadi Awang memenangi kerusi parlimen Marang dengan majoriti 161 undi. Namun, jumlah pengundi hantu yang berjaya dihalang dari mengundi hari itu adalah dalam 300 ke 400 orang.

Sekiranya kita berjaya menghalang pengundi2 hantu di Selangor, nescaya kita akan menang dengan majoriti 2/3 di DUN Selangor.

Tanggungjawab menghalang pengundi hantu adalah tanggungjawab semua rakyat Malaysia.

Tulang Besi




Read more!(Selanjutnya)

Thursday, April 12, 2012

Pembohongan Najib Tun Razak Berkaitan PTPTN

Tulang Besi sedang perhati segala kenyataan Najib Tun Razak bersama-sama juak mereka terhadap cadangan Pakatan Rakyat menghapuskan PTPTN. Tampak begitu gusar dan risau mereka BN apabila cadangan Pakatan Rakyat itu mendapat sambutan hangat dari rakyat Malaysia.

Orang2 UMNO pun meleleh air liur mereka melihat tawaran Pakatan Rakyat ini menyebabkan kesayangan mereka kepada Najib Tun Razak semakin luntur. Tak heranlah populariti Najib semakin pudar sejak akhir2 ini.

Mari kita nilai kenyataan2 Najib dan kawan2 nya itu:

1.0 Belanja menghapuskan PTPTN adalah berjumlah RM43 billion

HAKIKAT: Jumlah sebenar hutang tertangguh PTPTN adalah hanya RM23 billion sahaja.

Angka RM43 billion itu hanyalah angka unjuran bagi 5 tahun yang akan datang. Kalau Pakatan Rakyat menghapuskan PTPTN selepas bulan Jun ini, maka Pakatan Rakyat akan ambil langkah2 lain untuk memastikan jumlah tertangguh tersebut tidak akan sampai RM43b.

Najib Tun Razak jelas berbohong di sini.

2.0 Hanya 3 negara sahaja di dunia ini yang mengamalkan Pendidikan Percuma sehingga habis universiti.

HAKIKAT: Tak perlu pergi jauh, rujuk pada WIKIPEDIA di sini

Di situ disenaraikan lebih 25 negara yang menawarkan pendidikan universiti percuma. Senarai yang diberikan adalah:

Barbados, Brazil, Belgium, Croatia, Denmark, Finland, Greece, Hungary,Kenya, Malta, Mauritius, Morocco, Norway, Scotland, Slovakia, Sri Lanka, Sweden, Trinidad and Tobago, Brunei, Turkey, Oman, Saudi Arabia
Dato Najib cuma memberi nama 3 negara sahaja tapi hakikatnya jumlahnya jauh lebih banyak. Jelas Najib menipu di sini.

3.0 Untuk pendidikan percuma, rakyat negara terpaksa membayar cukai yang tinggi.

HAKIKAT:

a. Cukai yang tinggi di negara2 Eropah adalah kerana negara mereka tiada sumber muka bumi yang kaya. MAka, kerajaan Eropah terpaksa bergantung kepada cukai semata-mata untuk pentadbiran kerajaan.

Ia bukan kerana pendidikan percuma semata-mata.

b. Cukai yang tinggi di negara2 Eropah kepada program2 kerajaan yang lain seperti kebajikan, pembangunan, pengangkutan awam, simpanan masa tua, perumahan rakyat, kebersihan, keselamatan dan berbagai-bagai lagi.

Kiranya untuk pendidikan sahaja nescaya cukai tersebut tidak tinggi.

Najib jangan cuba berbohong dalam isu ini!!!

4.0 Negara akan bangkrap kalau PTPTN dihapuskan

HAKIKAT: Yang menghairankan apabila terdedah skandal2 melibatkan pimpinan UMNO seperti isu NFC tidak pula kedengaran suara dari Dato Najib berkaitan dengan bangkrap nya negara.

Projek KLIA2 yang berjumlah RM1 billion itu. Padahal, kalau dinaiktaraf Lapangan Terbang Subang sahaja pun sudah cukup dengan kos tidak sampai RM50 juta.

Dengan kata lain, setiap kali ada usaha mengurangkan kesengsaraan rakyat, Najib akan keluar memberi amaran yang sama, yakni, negara akan bangkrap.

MAsa isu menaikkan subsidi minyak pun amaran yang sama diberikan. Malahan Dato Najib telah meminta rakyat Malaysia mengubah cara hidup anda.

NAmun, tak pernah kita dengar dari mulut Najib mahupun pimpinan2 UMNO yang lain bahawa negara akan bangkrap kalau korupsi tidak dihentikan, kalau pembaziran tidak dihentikan oleh pentadbiran negara.

Sepatutnya diberhentikan korupsi dan pembaziran dahulu. Baru fikir nak susahkan rakyat.

5.0 Bayaran PTPTN tak membebangkan pelajar

HAKIKAT: Sekiranya tidak membebankan rakyat, kenapa cadangan PR ini popular. Bayangkan, disebabkan bunga yang dikenakan ke atas pelajar, hutang yang mereka ambil hampir2 dua kali ganda bila dibayar.
Kesimpulannya, ada pepatah melayu "Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih".

Kalau benar2 mahu, maka ada jalannya di samping memastikan sumber negara tidak ketirisan kerananya.

Ataupun yang sebenarnya mendapat keuntungan besar dari PTPTN adalah pemilik2 kolej dan pusat pendidikan swasta. Mereka ini bukankah para kroni2 UMNO yang amat disayangi UMNO?

Pakatan Rakyat sanggup mengambil tugas ini dan pada waktu yang sama memastikan kewangan negara stabil.

Kalau Najib tak sanggup ambil tugas ini, maka dipersilakan letak jawatan.

Tulang Besi
Read more!(Selanjutnya)

Najib Tun Razak dan PTPTN

Tulang Besi sedang perhati segala kenyataan Najib Tun Razak bersama-sama juak mereka terhadap cadangan Pakatan Rakyat menghapuskan PTPTN. Tampak begitu gusar dan risau mereka BN apabila cadangan Pakatan Rakyat itu mendapat sambutan hangat dari rakyat Malaysia.

Orang2 UMNO pun meleleh air liur mereka melihat tawaran Pakatan Rakyat ini menyebabkan kesayangan mereka kepada Najib Tun Razak semakin luntur. Tak heranlah populariti Najib semakin pudar sejak akhir2 ini.

Mari kita nilai kenyataan2 Najib dan kawan2 nya itu:

1.0 Belanja menghapuskan PTPTN adalah berjumlah RM43 billion

HAKIKAT: Jumlah sebenar hutang tertangguh PTPTN adalah hanya RM23 billion sahaja.

Angka RM43 billion itu hanyalah angka unjuran bagi 5 tahun yang akan datang. Kalau Pakatan Rakyat menghapuskan PTPTN selepas bulan Jun ini, maka Pakatan Rakyat akan ambil langkah2 lain untuk memastikan jumlah tertangguh tersebut tidak akan sampai RM43b.

Najib Tun Razak jelas berbohong di sini.

2.0 Hanya 3 negara sahaja di dunia ini yang mengamalkan Pendidikan Percuma sehingga habis universiti.

HAKIKAT: Tak perlu pergi jauh, rujuk pada WIKIPEDIA di sini

Di situ disenaraikan lebih 25 negara yang menawarkan pendidikan universiti percuma. Senarai yang diberikan adalah:

Barbados, Brazil, Belgium, Croatia, Denmark, Finland, Greece, Hungary,Kenya, Malta, Mauritius, Morocco, Norway, Scotland, Slovakia, Sri Lanka, Sweden, Trinidad and Tobago, Brunei, Turkey, Oman, Saudi Arabia
Dato Najib cuma memberi nama 3 negara sahaja tapi hakikatnya jumlahnya jauh lebih banyak. Jelas Najib menipu di sini.

3.0 Untuk pendidikan percuma, rakyat negara terpaksa membayar cukai yang tinggi.

HAKIKAT:

a. Cukai yang tinggi di negara2 Eropah adalah kerana negara mereka tiada sumber muka bumi yang kaya. MAka, kerajaan Eropah terpaksa bergantung kepada cukai semata-mata untuk pentadbiran kerajaan.

Ia bukan kerana pendidikan percuma semata-mata.

b. Cukai yang tinggi di negara2 Eropah kepada program2 kerajaan yang lain seperti kebajikan, pembangunan, pengangkutan awam, simpanan masa tua, perumahan rakyat, kebersihan, keselamatan dan berbagai-bagai lagi.

Kiranya untuk pendidikan sahaja nescaya cukai tersebut tidak tinggi.

Najib jangan cuba berbohong dalam isu ini!!!

4.0 Negara akan bangkrap kalau PTPTN dihapuskan

HAKIKAT: Yang menghairankan apabila terdedah skandal2 melibatkan pimpinan UMNO seperti isu NFC tidak pula kedengaran suara dari Dato Najib berkaitan dengan bangkrap nya negara.

Projek KLIA2 yang berjumlah RM1 billion itu. Padahal, kalau dinaiktaraf Lapangan Terbang Subang sahaja pun sudah cukup dengan kos tidak sampai RM50 juta.

Dengan kata lain, setiap kali ada usaha mengurangkan kesengsaraan rakyat, Najib akan keluar memberi amaran yang sama, yakni, negara akan bangkrap.

MAsa isu menaikkan subsidi minyak pun amaran yang sama diberikan. Malahan Dato Najib telah meminta rakyat Malaysia mengubah cara hidup anda.

NAmun, tak pernah kita dengar dari mulut Najib mahupun pimpinan2 UMNO yang lain bahawa negara akan bangkrap kalau korupsi tidak dihentikan, kalau pembaziran tidak dihentikan oleh pentadbiran negara.

Sepatutnya diberhentikan korupsi dan pembaziran dahulu. Baru fikir nak susahkan rakyat.

5.0 Bayaran PTPTN tak membebangkan pelajar

HAKIKAT: Sekiranya tidak membebankan rakyat, kenapa cadangan PR ini popular. Bayangkan, disebabkan bunga yang dikenakan ke atas pelajar, hutang yang mereka ambil hampir2 dua kali ganda bila dibayar.
Kesimpulannya, ada pepatah melayu "Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih".

Kalau benar2 mahu, maka ada jalannya di samping memastikan sumber negara tidak ketirisan kerananya.

Pakatan Rakyat sanggup mengambil tugas ini dan pada waktu yang sama memastikan kewangan negara stabil.

Kalau Najib tak sanggup ambil tugas ini, maka dipersilakan letak jawatan.

Tulang Besi
Read more!(Selanjutnya)

Wednesday, April 11, 2012

Datuk Maharajalela Pedagang Hamba Abdi?

Tulang Besi membaca WIKIPEDIA berkenaann Datuk Maharaja Lela. Keratan WIKIPEDIA itu diberikan dibawah:

"One view is that Birch's assassination was because he outlawed slavery in Perak. Dato Maharajalela, whose income depended on capturing and selling the indigenes of Perak or Orang Asli as slaves, was then incensed and plotted with some of the slave-traders to kill Birch by spearing him when he was taking his bath in the river."

TERJEMAHAN: "Satu pandangan adalah pembunuhan (JWW) Birch adalah kerana Birch mengharamkan hamba abdi di Perak. Dato' Maharajalela bergantung hidup dengan menangkap dan menjual orang-orang asli di Perak sebagai hamba abdi. Lantaran pengharaman tersebut, Dato Maharajalela menjadi marah dan bersama-sama beberapa orang pedagang hamba abdi telah membunuh JWW Birch dengan menusuk beliau dengan lembing sewaktu Birch sedang mandi si sungai
Dengan kata lain, mengikut laporan WIKIPEDIA ini:

a.Dato Maharajalela adalah pedagang hamba abdi
b. Pembunuhan JWW Birch tiada kena mengena dengan mempertahankan hak Melayu tetapi kerana perniagaan Dato Maharajalela terjejas
c. Hero yang sebenar adalah JWW Birch kerana beliau mahu menghapuskan hamba abdi di Selangor
d. Kita semua ditipu selama ini dengan cerita kononnya Dato Maharajalela adalah seorang nasionalis dan pejuang bangsa

Tulang Besi merasa amat gusar dengan laporan ini kerana bukan sahaja dari WIKIPEDIA ini sumber TUlang Besi tetapi ada sumber2 lain yang menyatakan perkara yang sama.

Tulang Besi mengharapkan supaya pihak2 berwajib mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjernihkan kesah sejarah ini

Tulang Besi




Read more!(Selanjutnya)

Monday, April 9, 2012

Kesah Benar: Pengundi Hantu Marang 1990

KLIK IMEJ


Pada Pilihanraya 1990, Timbalan Yang Dipertua PAS (skrg Presiden PAS), Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah memenangi kerusi Parlimen Marang dgn majoriti 116 undi.

Rupanya, Haji Hadi sepatutnya kalah dlm pilihanraya tersebut kerana terdapat lebih 3000 pengundi hantu yang didatangkan dari beberapa buah kilang sekitar Parlimen Pekan.

Pada hari mengundi, kira2 200-300 orang telah berjaya dihalang dari mengundi oleh petugas2 PAS. Kira2 12 buah teksi serta 2-3 buah bas berjaya ditahan dari mengundi.

Sekiranya pengundi2 hantu dari Pekan tersebut tidak ditahan, nescaya Tuan Guru Haji Hadi akan kalah di kerusi Parlimen Marang pada tahun 1990 itu.

Perkara yang sama ini harus diulangi di Selangor pada bulan Jun ini kiranya kita mahju kekal memerintah Selangor.

Untuk membaca laporan ini dalam bentuk pdf, sila klik di sini

Sekian

Tulang Besi
Read more!(Selanjutnya)

Monday, April 2, 2012

Kos Korupsi di Bawah UMNO Selangor Sekitar RM400 juta Setahun



Sepanjang pemerintahan PAkatan Rakyat di Selangor, kegiatan korupsi telah diperangi habis2an.

Projek2 yang diberi dengan cara terus(direct nego) telah pun dihapuskan.

Segala projek di Selangor adalah melalui tender terbuka (open tender).

Hasil dari usaha kerajaan Negeri memerangi rasuah dan salah guna kuasa ini, Selangor telah berjaya menyelamatkan wang negeri sebanyak RM2b.

Kalau dibahagi dengan 5 tahun pemerintahan Pakatan Rakyat, maka kos korupsi yang dapat diselamatkan adalah RM2b/5 = RM400juta setahun.

BARANG DIINGAT, RM400 juta inilah yang masuk ke poket2 beberapa kerat kepimpinan UMNO dan kroni2 mereka.

Kalau ada 400 orang pemimpin dan kroni, sorang akan dapat RM1juta wang tanpa perlu buat apa2.

Itu pun untuk setahun. Kalau 5 tahun, maka seorang akan dapat RM5 juta.

Kalau tidak ditakdirkan Pakatan Rakyat memerintah, rakyat Selangor tidak akan tahu bahawa wang yang masuk poket2 kepimpinan UMNO/BN dulu mencecah ratusan juta.

Tak heranlah Khir Toyo boleh belanja RM1.5juta semata-mata untuk percutian luar negara di Disneyland dan Perancis. Ada apa dengan RM1.5 juta berbanding RM400 juta.

Tulang Besi
Read more!(Selanjutnya)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...