Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Loading...

Wednesday, May 30, 2012

Apabila Ummi Hafilda Permain Nama Allah Sewenang2 nya

Yang menghairankan Tulang Besi, tidak pernah Ummi Hafilda menyaksikan dengan mata kepala beliau Anwar berzina dengan kakak iparnya walaupun sekali. 

Namun, begitu mudah Ummi Hafilda bersumpah dengan nama Allah. 

Seolah2 hanya dengan sumpah, maka apa yang dituduh oleh beliau menjadi benar. 

Kalau Ummi ini boleh dipercayai, sudah tentu sewaktu pertama kali Anwar dituduh meliwat dulu rakyat sudah mempercayai beliau. 

Bagi Tulang Besi sekarang ini nama Allah SWT semudah-mudahnya dipermainkan. Umum sudah tidak takut lagi menjual nama Allah SWT untuk kegiatan politik murahan mereka. 

 Bayangkan si Ummi ini tidak pernah menyaksikan walau sekali pun tindakan zina Anwar Ibrahim dengan mata kepala beliau pun boleh bersumpah.

Dan bersumpah dengan nama Allah pulak tu.

Inilah agama UMNO. Agama yang menghalalkan pengunaan nama Allah SWT sewenang2 nya untuk menjual pembohongan dan fitnah.

Kalau ikut agama Islam, seseorang yang menuduh zina seperti apa yang Ummi buat ini wajib ditangkap polis dan dihadapkan di mahkamah untuk hukuman hudud.

Patutlah UMNO benci sangat2 dengan hukum hudud.

Yang paling Tulang Besi takutkan adalah bala Allah yang bakal turun kerana nama Nya digunakan sewenang2 nya untuk tujuan menyokong maksiat dan kemungkana




TULANG BESI
Read more!(Selanjutnya)

Tuesday, May 29, 2012

Boikot Sekinchan Ikan Bakar kerana KEBODOHAN

Pemilik Sekinchan Ikan Bakar, Dato Jamal Mohd Yunos, melancarkan kempen menganggu Ambiga Serevenan. Alasannya adalah peniaga2 di Jalan Tunku Abdul Rahman kerugian kerana BERSIH 3.0. 

Bagi Tulang Besi, alasan dangkal si Ridzuan ini melambangkan tahao kebodohan  majoriti penyokong2 UMNO. 

Bagi mereka yang turun ke BERSIH 3.0 melihat dengan jelas peniaga2 yg membuka kedai pada hari itu merekodkan jualan yang sangat2 tinggi.

Di bawah adalah gambar peti sejuk sebuah kedai yang hampir kehabisan minuman untuk dijual akibat dibeli oleh peserta2 BERSIH 3.0. Gambar ini gambar yang asli kerana TUlang Besi sendiri mengambil gambar ini.


 DENGAN KATA LAIN, kerugian peniaga2 Jalan TAR adalah atas kebodohan mereka mengikut arahan si Ridzuan ini untuk MENUTUP PERNIAGAAN MEREKA.

Kalau mereka terus membuka perniagaan mereka pada hari BERSIH 3 nescaya mereka akan melihat keuntungan yang sangat2 besar.

Seharusnya peniaga2 Jalan TAR menyaman si Jamal ini atas kebodohan beliau. Kebodohan beliau menyebabkan ramai peniaga2 Jalan TAR kerugian. Bukannya BERSIH 3 ataupun mana-mana pihak lain.

Jamal ni pun seorang yang kaya raya, kenapa dia nak komplen pasal kerugian beliau di Jalan TAR? Sampai boleh pakai Ferrari pulak tu.

Nampak sangat si Jamal ni buat kerja untuk UMNO. Semua sebab UMNO tak berani nak berhadapan dengan Ambiga secara anak jantan, maka digunakanlah juak2 seperti Jamal ni.

Tak sangka UMNO takut pada Ambiga
 

 Tulang Besi mencadangkan supaya para penyokong BERSIH memboikot Sekinchan Ikan Bakar. Boikot ini perlu sangat2 demi memerangi KEBODOHAN yang ditaja oleh UMNO serta juak2 mereka.






Read more!(Selanjutnya)

Monday, May 28, 2012

BUKTI: Rakyat Bersama Ambiga, Tidak Bersama UMNO



Kajian terbaru Merdeka Center menunjukkan lebih 92% rakyat Malaysia mahukan daftar pemilih dibersihkan. Kajian ini membuktikan bahawa MAJORITI RAKYAT MALAYSIA tidak percaya kepada SPR.

Ia juga membuktikan MAJORITI rakyat Malaysia tidak percaya SPR menjalankan kerja dengan bersih dan benar. Yang lebih malang adalah Timbalan Pengerusi SPR, seorang ahli UMNO, menyatakan rakyat Malaysia rata-ratanya bodoh. 

Atas sebab itulah mereka tidak mempercayai SPR. kajian MERDEKA CENTER ini membuktikan bahawa Ambiga berada di pihak yang benar manakala UMNO serta juak2 mereka berada di pihak yang salah. 

Tak kesah berapa banyak gerai mereka nak buka di hadapan rumah Ambiga, hakikatnya rakyat Malaysia bersama dengan Ambiga dan bukannya UMNO. 

Tulang Besi
Read more!(Selanjutnya)

UMNO Kecut Perut Dengan AMBIGA

Kalau kita lihat beberapa minggu ini, AMBIGA telah dituju serangan keatasnya oleh juak2 UMNO.  Bermula dengan pembukaan gerai oleh sebuah persatuan yang presidennya kaya raya dan ada kereta Ferrari.

Kemudian serangan ke atas AMBIGA di Melaka dengan aksi kencing ke atas gambar AMBIGA.

Jelas seorang perempuan berbangsa India seperti AMBIGA ini berjaya menakutkan keseluruhan UMNO sehingga mereka terpaksa menumpu serangan mereka ke atas beliau.

Kasihan saya tengok sebuah parti yang tiada modal seperti UMNO.

 Apabila tembelang mereka pecah dan terdedah bahawa UMNO menang pilihanraya melalui penipuan, maka mereka sekarang menuju serangan mereka ke atas AMBIGA.

Seeloknya UMNO menjawab kajian yang baru dilakukan oleh Merdeka Center bahwa 90% rakyat Malaysia tidak percaya kepada SPR.  Dengan erti kata lain, majoriti rakyat Malaysia percaya SPR menipu dan pembohong.

 Majoriti rakyat Malaysia juga mahukan SPR untuk membersih Daftar Pemilih yang jelas dipenuhi penipuan dan pembohongan UMNO.

TULANG BESI
Read more!(Selanjutnya)

Thursday, May 24, 2012

Tulang Besi Tidak Sehat Beberapa Hari Ini

Ada yang bertanya ke mana Tulang Besi beberapa hari ini. Sebenarnya Tulang Besi tidak berapa sehat bercampur dengan beban kerja yang terlampau banyak. Hasilnya Tulang Besi tidak berupaya untuk mengemaskini blog serta menulis artikel2 yang baru. Inshaalah, bermula besok Tulang Besi akan memulakan aktiviti blogging. Terima kasih Tulang Besi ps Tulang Besi juga nampak banyak komen2 yang ditinggalkan oleh cyberuk2 UMNO dalam blog ini. Nasihat Tulang Besi adalah berhentilah mengacau blog orang dan berhenti menganggur. Carilah kerja halal serta rezeki halal.

Read more!(Selanjutnya)

Saturday, May 19, 2012

"Kerajaan Barisan Nasional..tak Boleh Tolong Orang Melayu...."

SYABAS kepada saudara Naib Ketua Pemuda Umno Kampar, Sdr Zamhuri Md Zin.

 Akhirnya ada juga suara dari dalam UMNO yang sedar mengapa orang Melayu ketinggalan. 

Walaupun UMNO mengaku Melayu tapi hakikatnya UMNO bukan ditubuhkan untuk orang Melayu. UMNO ditubuhkan untuk pemimpin2 serta kroni. 

Rakyat2 Melayu yang biasa ni haram nak dapat bantuan. HAHAHAHA Kalau dah macam ni pun, ada lagi orang nak sokong UMNO saya tak tau la.
   

TULANG BESI
Read more!(Selanjutnya)

Wednesday, May 16, 2012

UMNO Yang Mulakan Budaya DEMO Di Kalangan Orang Melayu

Walaupun sekarang ini kehulu kehlir juak2 UMNO mengumpat dan mencaci amalan berdemonstrasi angkara BERSIH 3.0 namun Najib dan kuncu2 nya terlupa bahawa UMNO lah yang perkenal budaya demo pada orang Melayu. Di bawah di bawa beberapa keping gambar dari zaman dulu bagi rujukan kita semua. Selamat menatap gambar2 ini.

Nampaknya UMNO tak belajar sejarah.
RAMAINYA MELAYU YANG BERDEMO
Di ambil dari buku Sejarah UMNO
Akhbar masa itu pun mengakui amalan berdemo orang Melayu
Rasanya budaya berdemo ini adalah budaya MELAYU
Read more!(Selanjutnya)

Adakah UMNO Menolak Rusuhan Natrah 1950?

Demonstrasi di Perkarangan Mahkamah Sebelum Berlaku Rusuhan NATRAH
Untuk pengetahuan saudara/ri pembaca sekelian, demonstrasi menentang permurtadan NATRAH yang berlaku pada 11 Disember 1950 di Singapura. 

Demonstrasi itu berakhir dengan rusuhan. Seramai 18 orang telah meninggal dunia hasil dari demonstrasi itu. Seramai 173 orang tercedera. 118 buah kenderaan telah rosak atau terbakar. Dua bangunan hangus dijilat api akibat demonstrasi NATRAH itu. 

 Sebelum 11 Disember itu, sebuah NGO telah ditubuhkan bernama Barisan Bertindak NATRAH telah mengisytihar JIHAD demi menghalang permurtadan NATRAH. Seruan jihad itu telah dinyatakkan dalam akhbar yang mereka terbitkan bertajuk "DAWN". 

Barisan Bertindak Natrah ini diketuai oleh seorang Muslim dari Rangoon bernama Karim Ghani serta Dr Burhanuddin Helmi yang kemudiannya menjadi Yang Dipertua Agung (Presiden) PAS yang kedua. 

PAda mulanya hanya sekita 2000 hingga 3000 orang yg terdiri dari bangsa Melayu dan Jawa berkumpul di bangunan mahkamah. Menjelang tengahari bilangan tersebut telah meningkat kepada puluhan ribu. Rusuhan (riot)Natrah ini selama hampir 24 jam dan membawa kepada larut malam dan awal pagi.

British terpaksa memanggil 2 buah Batalion tentera semata-mata mahu menenangkan keadaan. Karim Ghani serta seorang lagi mujahid bernama Othman Ghani telah dihukum gantung sampai mati. Dr Burhanuddin Helmi telah dihukum penjara. 

 Juga, kesan peristiwa NATRAH telah menyebabkan ramai ulama2 dalam UMNO meninggalkan UMNO dan menubuhkan Parti Islam Setanah MElayu (PAS) kerana sikap UMNO yang diam membisu terhadap permurtadan NATRAH itu. 

Soalan saya kepada kesemua juak2 UMNO: ADAKAH PENDEMO2 NATRAH INI JUGA KAMU ANGGAP SEBAGAI SAMSENG DAN PENGGANAS? 

Soalan yang sama saya tujukan kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bin Muhammad Iskandar Kutty. 

Bagi saya, kalau peristiwa NATRAH ini berlaku lagi sekali, dengan tiada segan silu Najib akan melabel mereka yang terlibat ini sebagai samseng dan pengganas serta mahu mengguling kerajaan. 

Lagi mahu nafi demo bukan budaya Melayu ke? Sila lihat gambar2 di bawah.
Demonstrasi Menentang Permurtadan NATRAH 1950
Read more!(Selanjutnya)

Tuesday, May 15, 2012

Konsert Sempena 66 Tahun UMNO Tiada Sambutan

Saksikan sendiri. Kita tunggu apa reaksi dari puak mereka.

Read more!(Selanjutnya)

Sunday, May 13, 2012

Tiba2 Ada Kem Tentera di Parlimen Titiwangsa

Maklumat terbaru Tulang Besi dapat, sejumlah 1500 pengundi pos telah didaftarkan di Parlimen Titiwangsa.

 Nama-nama pengundi pos tersebut didaftarkan di sebuah kem tentera yang telah dirobohkan. Ertinya di tapak kem tentera yang telah dirobohkan itu akan diletakkan lebih 1500 pengundi pos. 

Ini kerja gila SPR di bawah pimpinan Dato Wan Ahmad Wan Omar. Nama2 pengundi POS dari kem yang tak wujud pun dia boleh masukkan dalam Rang Daftar Pemilih BAru untuk Suku Tahun Pertama 2012. 

 Kita faham UMNO amat menggelabah di Parlimen Titiwangsa. Buat pertama kali semenjak 1999 penduduk Kampung Baru akan mengundi protes terhadap UMNO dan Barisan Nasional. 

Semua angkara percubaan menipu penduduk Kampung Baru untuk melepaskan tanah mereka dengan harga yang murah kepada syarikat kroni. Raja Nong Chik pula amat menyibukkan diri beliau di Parlimen Lembah Pantai sedangkan dia sepatutnya bertanding di TITIWANGSA.

KLIK IMEJ



Rasanya UMNO tahu mereka akan kalah lebih teruk di Parlimen Titiwangsa menyebabkan mereka terpaksa menipu dan mendaftar pengundi hantu berlambak2.

Inshaalah, perancangan mereka akan digagalkan Allah SWT

Tulang Besi

Read more!(Selanjutnya)

Karnival UMNO pun Tak Dapat Sambutan??

Klik Imej
Rupanya, seperti perhimpunan mereka sebelum ini, karnival UMNO sempena Sambutan Harijadi UMNO ke 66 juga tidak mendapat sambutan. Mengikut laporan FREEMALAYSIATODAY suasana di tapak karnival UMNO itu lengang dan malap.

Ini jelas menunjukkan mereka yang datang ke Perhimpunan jumaat lepas adalah mereka yang dibayar untuk hadir ataupun dibawa dari tempat yang jauh dengan bas.

Hakikatnya, sekiranya UMNO masih mendapat sokongan rakyat terbanyak, mereka tak perlu guna bas yang beratus-ratus untuk mengangkut perserta ke Perhimpunan mereka.

Yang lebih memalukan adalah Perhimpunan raksasa mereka itu pun gagal memenuhi semua kerusi di Stadium Bukit Jalil.

Dan, karnival mereka pun mendapat sambutan yang sangat dingin.

Bagi Tulang Besi, kalau tiada media berat sebelah seperti TV3 dan Utusan Meloya, sudah lama UMNO bungkus dan dihumban ke Laut CIna Selatan.






Very few people seemed interested in having fun at an entry-free UMNO-organised carnival on Saturday. BUKIT JALIL: The second day of Umno’s 66th anniversary weekend celebrations seemed a muted affair. 

Only a tiny fraction of the 70,000-strong crowd that thronged the Bukit Jalil Stadium last night were present here this afternoon. Multiple tents and stalls dotted the grounds outside the stadium,but not many people were seen going to them. 

None of the politicians that were out in full force last night could be found around today’s carnival, which probably saw less than 300 people early afternoon. According to a programme sheet, today’s entry-free carnival was supposed to start at 10am. 

Most of the action appeared to centre on the BN Youth Job Fair tent, a paintball arena and and a few outdoor futsal courts. “It’s a Saturday morning. Things are quiet. I’m sure there’ll be more people in the afternoon,” said an unnamed man after handing out brochures to people here at around 11am. This did not appear to be the case, even as inflatable castles and makeshift skateboard parks were set up. 

In fact, there were so few people attending the carnival that bored personnel handling these attractions amused themselves by playing on them instead. The carnival will end at 6pm tomorrow.
Read more!(Selanjutnya)

Saturday, May 12, 2012

Gambar2 Stadium Tak Penuh Perhimpunan UMNO

Akhbar harian hari ni memainkan slogan "Gelombang Merah". 

Ada harian nasional mengatakan kedatangan ke Perhimpunan UMNO itu sekitar 500 ribu manusia. Padahal kapasiti maksimum Stadium Bukit Jalil adalah 120k orang sahaja. 

Pokoknya mereka cuba menggambarkan perhimpunan UMNO semalam lebih ramai dari BERSIH 3.0. Tulang Besi berharap gambar2 di bawah ini dapat memberi gambaran sebenar berkaitan kedatangan perhimpunan UMNO semalam. 

HAKIKATNYA, perhimpunan semalam gagal memenuhkan Stadium Bukit Jalil, walaupun segala-galanya telah dilakukan untuk memenuhkannya. 

Rasanya kerusi kosong lagi ramai dari peserta

KLIK IMEJ
KLIK IMEJ

KLIK IMEJ
KLIK IMEJ
KLIK IMEJ
KLIK IMEJ
KLIK IMEJ
TULANG BESI
Read more!(Selanjutnya)

UMNO Sendiri Lahir Dari Demonstrasi Jalanan



Berkokok semua pimpinan UMNO seluruh pelusuk negara bahawa demonstrasi menentang ISA yang diadakan semalam adalah bertentangan dengan kepentingan awam dan merugikan negara. Tapi tahukan mereka sekiranya tiada demonstrasi, Malaysia mungkin tidak merdeka dan UMNO mungkin tidak lahir?

Nampaknya, UMNO masih tidak habis-habis dengan sikap "Mengata Dulang Paku Serpih" mereka.

UMNO Sendiri Lahir Dari Perhimpunan Haram

Perhimpunan2 menentang Malayan Union adalah menjadi penyebab kepada lahirnya UMNO. Sejarah telah merakamkan bahawa setelah orang Melayu keluar beramai-ramai dan berdemonstrasi menentang Malayan Union, mereka telah berkumpul dan menubuhkan UMNO.Sekiranya orang Melayu pada masa itu menunggu permit polis dari Kerajaan British nescaya Malayan Union tidak dapat dihalang dan UMNO tidak akan wujud.Malaya akan tetap dibawah British. Jadi demo dan himpunan rakyat untuk menyatakan ketidk puasan hati adalah budaya kita sejak dulu, budaya UMNO,budaya PAS, budaya NGO dan sebahagiaan mereka yang berprinsip dan bangun mewakili rakyaat majoriti.


Mengapa UMNO dengan tiada segan dan silu kerap kali mengungkapkan perkataan Perhimpunan Haram bagi melabel tindakan rakyat Malaysia berhimpun dan menyatakan sikap mereka? Adakah UMNO “mengata dulang paku serpih”? Sedangkan sudah berapa kali UMNO,MCA dll NGO berdemo atas isu antarabangsa serta tempatan Malah dalam filem Hati Malaya yang saya tonton video klip promosinya, dipaparkan sejarah rakyat yang celik dan berani bangun menentang kezaliman penjajah. Yang tidak mahu berdemo selain kerana keuzuran adalah mereka dari golongan pengampu,penakut dan dayus.

Malah di Kelantan himpunan anjuran UMNO didalangi Annuar Musa dalam percubaan UMNO untuk menabal sultan lain selain dari Sultan Kelantan yang ada sekarang. Mengapa UMNO boleh melakukannya sedang orang lain tidak? Jangan buat2 lupa. Himpunan rakyat mencerminkn masyarakat madani. Kini dua hero rakyat lahir dari kegelapan UMNO/BN . Hero dari Parlimen Cameron Highland YB S.K.Devamany dan YB dari Penang. Mereka sekurang2nya meminta pimpinan UMNO/BN melihat dan mengkaji mesej yang dihantar oleh para pen ‘demo’ dan rakyat yang berhimpun, bukat mengugut.
Peristiwa 1946 dibahasa di DUN Kelantan

Hujjah tentang demo dan himpunan menentang British di atas ini juga digunapakai oleh YB Nasaruddin Daud dalam Perbahasan Titah Sultan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Kelatan sebelum ini. Ia telah menyebabkan wakil-wakil rakyat UMNO seperti terkejut (sebab menafikan sejarah). Itulah sikap hipokrit dan tidak cerdiknya mereka. Berbagai-bagai alasan tidak cerdik telah cuba digunakan oleh wakil-wakil rakyat UMNO bagi membenarkan sikap “double standard” mereka.. Tidak hairanlah juga antara mereka ada seorang YB yang masih tidak cukup umur dan cukup akal. Masih duduk dalaam khayalan zaman kanak2 dimana kaki dan tangan jadi senjata bila kalah berhujah. Kesian, YB itu patut masuk PASTI untuk mula balik belajar akhlak dan kemahiran bertolak ansur.

Hujjah yang mengatakan Perhimpunan 1946 bukan perhimpunan haram kerana waktu itu tiada undang undang adalah dangkal dan buta sejarah. Mana ada negara yang tiada undang2 meskipun dijajah. Jika British menjajah, undang2 yang digunapakai adalah undang-undang British,jika pada zaman Jepun, undang2nya undang2 Jepun. Jepun lagi keras,kejam dan tidak bertolak ansur, tapi datok nenek kita dulu bangun berdemo dan berhimpun ramai2 untuk nyatakan perasaan. Kerana apa? Kerana penjajah atau pemerintah yang ada tidak mendengar dan menafikan keluhan daan ketidak puasan hati rakyat.

Hujjah yang menyatakan Demonstrasi sekarang ini tidak dibenarkan kerana ianya membawa kepada keganasan juga tidak berpijak dibumi nyata. Kalau sejarah 13 Mei yang dijadikan sandaran, ramai orang sudah tahu fakta sejarah bahawa yang menyebabkan peristiwa 13 Mei adalah kerana provokasi melampau dari penyokong2 UMNO dan faktor ketidak adilan sosial daan ekonomi padaa masa tersebut. Selepas itu ’Bloody Sunday” yang terkenal, mereka yang cedera parah adalah para demonstran kerana campur tangan dan provokasi polis. Bayangkan rakan2 antara bangsa saya rasa sangat kelakar bila ada demonstran yaang dikasari kerana demonstrasi membantah kenaikan harga barang. Tak logik betul polis Malaysia ni. Peristiwa Batu Burok pula bukan program demo tetapi ceramah di laman rumah individu yg tak perlu permit. Berpuluh kali dah ceramah diadakan disitu tanpa sebarang insiden. Jelas kepada kita baahwah demo dan perhimpunan menjadi ganas hanya apabila berlaku campur tangan serta tindakan biadap pihak polis terhadap ahli perkumpulan. Apabila tiada campur tangang pihak polis, semua perhimpunan tersebut menjadi aman.

Hujjah seterusnya,Perhimpunan tersebut menjadi haram kerana tiada permit ( yakni bertentangan dengan undang-undang negara). Ia tiada permit kerana UMNO/BN tidak mahu memberi permit tanpa alasan yang kukuh. Hanya kerana perhimpunan-perhimpunan ini merugikan UMNO dari segi politik sahaja dan ia juga mendedahkan kebobrokan, kepincangan dan kemungkaran UMNO dan BN kepada rakyat. PM Malaysia pun sama, dia hanya mahu dengar yang muluk2 sahaja. Tutup mata, tutup telinga. Yang dia dengar cakap menantu, anak dan menteri penyangak macam Nazri tu. Cuba sekali bagi permit, misalnya untuk himpunan bersih di negeri2, kami akan buktikan kemahiran kami mengawal ahli dan penyokong2 kami dengan syaarat tiada provokasi SB yaang terancang.

Salah seorang pimpinan UMNO mengatakan bahawa perhimpunan Bersih itu adalah anjuran parti politik dan bukannya anjuran rakyat Malaysia. Adakah ahli dan penyokong parti pembangkang ini bukan rakyat Malaysia? Ada pula yang cabul mulut menyatakan tiada siapa yang akan keluar ramai2, ada yang kata 2,3 puluh ribu pendemonstran tidaak mewakili rakyat. Cuba baca tulisan Zainul Arifin (NST 28 Nov muka 13). 

Jika berpuluh ribu boleh digerakkan untuk turun kejalan raya, apalagi beratus ribu, boleh dikatakan dengan yakin bahawa jumlah ini sebenarnya mewakili beberapa kali lipat. ”The silent majority” yang sering disebut2 sebenarnya duduk kem mana? Keputusan pilihanraya membuktikan sokongan kepada BN? Itulah yang Bersih pertikaikan.

Harus diingat bahawa permit diberikan oleh Polis manakala Polis diletakkan di bawah Kementerian Dalam Negeri yang dikawal oleh UMNO/BN. Sekiranya pihak polis menolak permit mana-mana pihak bererti ianya adalah penolakan dari UMNO/BN.

Polis Adalah Alat Barisan Nasional Untuk Terus Berkuasa


Pihak Polis di Malaysia tidak lebih dari biro di dalam UMNO bertanggung-jawab mengekalkan kuasa Barisan Nasional di Malaysia. Mereka hanya mengikut arahan UMNO dan bertindak dengan begitu rakus menggagalkan sesiapa sahaja yang dikhuatiri merugikan Barisan Nasional. Ini dibuktikan dalam soal siasat terhadap tahanan2 ISA. Yang ditanyakan soalan2 politik dan pimpinan politik parti2 selain BN, soalan2 tentang keselamatan negara langsung tidak popular.

Pihak Polis lebih sanggup menjalankan sekatan-sekatan jalanraya di dalam usaha menggagalkan perhimpunan rakyat berhari2 dari berusaha mencegah jenayah. Tidak pernah lagi kita dengar polis menyuraikan himpunan Mat Rempit yang di kala rakyat Malaysia hidup dalam ketakutan angkara penjenayah serta perogol. Sampai sekarang pembunuh kejam Nurin belum ditangkap. Devamany budak India 9 tahun pula jadi mangsa. Mengapa tak kerah seluruh kekuatan polis untuk menangani jenayah yang makin menggerunkan?? Polis sanggup menumpukan tenaga dan usaha mereka ke arah menjayakan agenda politik Barisan Nasional, tapi tidak bersungguh untuk jaga keselamatan rakyat..

Jelas kepada kita bahawa Polis Diraja Malaysia sudah hilang komitment mereka kepada rakyat Malaysia. Biarlah perogol adik Nurin terus menerus memangsa kanak-kanak, tidak apa asalkan tugas mereka menjaga kepentingan Barisan Nasional dan UMNO tidak terhalang.

Penutup

Kasihan rakyat Malaysia seolah-olah tiada tempat lagi untuk berteduh dan berlindung. Kerajaan dan pihak berkuasa hanya mahu melindungi kepentingan dan kekayaan beberapa kerat kroni dan UMNO Putra dan rakyat terpaksa bersusah payah dan menderita. Apabila rakyat bersuara tidak puas hati, Polis digunakan untuk bertindak kasar dan zalim kepada rakyat. Media pun sama, sanggup jadi pelacur murah yang melacurkan habis etika kewartawanan mereka.

40% pegawai atasan boleh didakwa keranaa hidup mewah melebihi pendapatan, perlantikan hakim yang diatur melalui panggilan talipon, pesalah rasuah yang masih bergelar YB dalaam DUN dan Parlimen, Jenaayah yang masuh dalam rumaah dan kejiraanan kita, harga baraang dan sara hidup yang berlipat kali ganda naik, bangunan yang bocor dan runtuh. Rumah, masjid, surau, kuil rakyat yang diroboh pihak penguasa atas nama pembangunan.

Saya tidak tahu bagaimanakah nasib anak-cucu serta keturunan saya selepas ini jika UMNO/BN terus menipu, memerintah dan menghancurkan Msia. Sekarang rakyat kena cepat bertindak dan lakukan apa yang betul bukan ikut nafsu yang hanya pentingkan keselesaan diri dan keluarga masing2 sahaja. Ramai yang perlukan pembelaan anda.
Read more!(Selanjutnya)

Majlis Fatwa Sanggup Halalkan Daging Babi Kalau.....

Bagi Tulang Besi, Majlis Fatwa Kebangsaan telah membuktikan diri mereka ulama2 upahan UMNO. Mereka sanggup menjual beli agama Islam demi kepentingan dunia mereka. 

Mereka menjadikan UMNO sebagai rujukan untuk fatwa mereka, bukannya Al Quran dan SUnnah mahupun ulama2 muktabar. 

 Mereka akan melacurkan diri mereka demi kepentingan politik UMNO dan Barisan Nasional. Atas sebab itulah mereka sanggup menjual agama dengan mengeluarkan fatwa berat sebelah yang kononnya BERSIH itu haram. 

Tulang Besi tak terkejut satu masa nanti kalau UMNO minta Majlis Fatwa menghalalkan daging babi pun sudah tentu Majlis Fatwa Kebangsaan sanggup berbuat demikian. 

Ahli2 Majlis Fatwa bukan ahli agama tapi pelacur politik semata-mata. 

 Laknat Allah SWT ke atas mereka kerana menjual agama Islam demi kepentingan dunia.

Tulang Besi
Read more!(Selanjutnya)

Friday, May 11, 2012

Tak Penuh Pun Stadium Bukit Jalil Tu....

Kalau tengok di bawah ni, nampaknya Stadium Bukit Jalil telah gagal dipenuhi oleh penyokong dan pendokong UMNO walaupun telah mendapat sepenuh kerjasama dari pihak Polis Malaysia. Maknanya,

 Himpunan BERSIH jauh lebih ramai dari himpunan UMNO malam ini. Syukur alhamdulillah.

Kalau peserta BERSIH kelmarin dihimpunkan dalam Stadium Bukit Jalil, Tulang Besi percaya kedatangan akan melimpah sampai luar stadium sehingga penganjur terpaksa buat screen di luar. Walaubagaimanapun, UMNO masih bergantung kepada pengundi hantu dan pengundi bangla/myammar/indon untuk menang pilihanraya. 


Tulang Besi
Read more!(Selanjutnya)

Thursday, May 10, 2012

SPR Cuba Tegak Benang Basah Dgn Nafi Pengundi Hantu

Di bawah adalah penafian dari SPR dari makalah mereka yang terbaru yang boleh didapati dari laman web mereka, www.spr.com.m:


Namun, Tulang Besi ingin membawa sedikit bukti untuk membuktikan SPR telah berbohong. Di bawah adalah kenyataan seorang "PENGUNDI HANTU" yang berjaya ditahan oleh petugaas2 PAS sewaktu Pilihanraya 1990 di Parlimen MARANG. 



Mengikut laporan itu, pengundi2 hantu ini telah dibawa dari sebuah kilang ISUZU yang terletak di Pekan, Pahang.

Mustahil nama mereka boleh berada dalam daftar pemilih yang diwartakan kalau tiada kerjasama dari pihak Suruhanjaya Pilihanraya.

 Pengakuan tersebut dibuat oleh Encik Syukur seperti di bawah: 
Sebelum SPR berwenang-wenang menafikan wujudnya pengundi hantu, jawab dulu kes ini. Bagaimanakah beratus2 pekerja kilang ISUZU yang tidak pernah duduk di Marang boleh mengundi di Marang pada tahun 1990?

Untuk membaca lagi berkenaan dengan tertangkapnya pengundi2 hantu di Parlimen Marang serta bagaimana penangkapan pengundi hantu ini membawa kepada menangnya PAS di Parlimen Marang pada tahun 1990 dengan majoriti 141 undi, bolehlah klik di sini

TULANG BESI






Read more!(Selanjutnya)

Wednesday, May 9, 2012

SPR Nafi Wujud Pengundi Hantu, tapi.........

Di bawah adalah penafian dari SPR dari makalah mereka yang terbaru yang boleh didapati dari laman web mereka, www.spr.com.m:


Namun, Tulang Besi ingin membawa sedikit bukti untuk membuktikan SPR telah berbohong. Di bawah adalah kenyataan seorang "PENGUNDI HANTU" yang berjaya ditahan oleh petugaas2 PAS sewaktu Pilihanraya 1990 di Parlimen MARANG. 



Mengikut laporan itu, pengundi2 hantu ini telah dibawa dari sebuah kilang ISUZU yang terletak di Pekan, Pahang.

Mustahil nama mereka boleh berada dalam daftar pemilih yang diwartakan kalau tiada kerjasama dari pihak Suruhanjaya Pilihanraya.

 Pengakuan tersebut dibuat oleh Encik Syukur seperti di bawah: 
Sebelum SPR berwenang-wenang menafikan wujudnya pengundi hantu, jawab dulu kes ini. Bagaimanakah beratus2 pekerja kilang ISUZU yang tidak pernah duduk di Marang boleh mengundi di Marang pada tahun 1990?

Untuk membaca lagi berkenaan dengan tertangkapnya pengundi2 hantu di Parlimen Marang serta bagaimana penangkapan pengundi hantu ini membawa kepada menangnya PAS di Parlimen Marang pada tahun 1990 dengan majoriti 141 undi, bolehlah klik di sini

TULANG BESI






Read more!(Selanjutnya)

SPR Mengaku Daftar Pemilih TIDAK Beralamat Lengkap

Di bawah diambil dari risalah yang baru diterbitkan oleh SPR di laman mereka www.spr.gov.my:
Di atas adalah pengakuan bertulis dari SPR bahawa mereka akan mendaftar pemilih yang beralamat tidak lengkap. 

Sesiapa sahaja yang boleh berfikir akan tahu sekiranya seseorang itu tidak boleh membuktikan alamat beliau, maka ia bererti seseorang itu PASTI boleh diragui kedudukannnya sebagai pengundi. 

Sepatutnya sesiapa yang tidak ada bukti alamat yang jelas harus ditolak oleh SPR, bukannya didaftarkan sebagai pemilih yang sah. 

Di sini sahaja jelas SPR berdalih kerana biasanya pengundi hantu adalah mereka yang tidak boleh membuktikan kediaman mereka di satu-satu tempat yg mereka mahu daftar. 

Terima kasih SPR atas pengakuan kamu. Terbukti kamu telah menipu. 

TULANG BESI
Read more!(Selanjutnya)

Pakatan Rakyat: Kebajikan Sehingga Akhir Hayat(VIDEO)

Berbeza dengan Barisan Nasional yang lebih mementingkan kebajikan kroni serta anak beranak. 

UNDILAH PAKATAN RAKYAT - PAS, DAP atau PKR. 



TULANG BESI
Read more!(Selanjutnya)

Tuesday, May 8, 2012

Majlis Fatwa Kebangsaan Dipenuhi Ulama Jahat (Ulama Su')

Apa lagi yang boleh dikatakan. Majlis Fatwa Kebangsaan dipenuhi ulama2 yang menjadi hamba kepada parti yang menolak perlaksanaan hudud di Kelantan dan Terengganu. Jelas bagi Tulang Besi, anggota2 Majlis Fatwa Kebangsaan ini rata-rata adalah ulama jahat (ulama su') sebagaimana yang digelarkan oleh Imam Ghazali rhm.

Janganlah terkejut dengan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan. Kalau dulu Ustaz Ibrahim Libya yang tidak berdosa dibunuh secara kejam di Memali. Majlis Fatwa Kebangsaan boleh keluar menyokong 100% tindakan itu dan sekaligus memfitnah arwah Ibrahim Libya dengan memanggil beliau sebagai "Bughah" (penderhaka). 

Tulang Besi berani bercakap berkaitan dengan kes Asy Syahid Ibrahim Libya kerana Tulang Besi telah merujuk Ustaz Ahmad Awang yang menganggotai mesyuarat JK Majlis Fatwa tersebut sebelum beliau telah dihalau keluar. Kalau ada sesiapa yang tidak percaya dengan Tulang Besi, sila rujuk kepada Ustaz Ahmad Awang sendiri. 

 Sudahlah arwah dibunuh secara kejam, Majlis Fatwa Kebangsaan tolong fitnah pula beliau.
 Tanggunglah dosa kesemua yang memfitnah mangsa kezaliman itu. 

Yang harus dipuji adalah Tuanku Sultan Kedah yang turun sendiri menziarahi pusara Ustaz Ibrahim Libya.

 DAULAT TUANKU!!! 

Jadi, bila Majlis Fatwa Kebangsaan keluar fatwa mengharamkan demonstrasi ini, Tulang Besi sedikit pun tak terkejut. Tanggunglah mereka akan dosa mengharamkan perkara yang Allah SWT tidak haramkan. 

Tulang Besi pula merujuk kepada Fatwa Sheikh Yusuf Qardhawi yang menyokong amalan demonstrasi jalanan demi menentang kezaliman dan penyelewengan. Rasanya ilmu Dr Yusuf Qardhawi jauh lebih tinggi dari keseluruhan ahli2 Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia. 

Akhir kata, masa sebelum Mubarak jatuh dulu, Universiti Al Azhar sendiri mengeluarkan fatwa supaya orang2 Mesir pulang ke rumah dan berhenti berdemo.

Akhirnya yang malu adalah Universiti Azhar sendiri kerana fatwa mereka sudah tidak diperdulikan rakyat Mesir.

Perkara yang sama bakal berlaku kepada Majlis Fatwa Kebangsaan yang membiarkan diri mereka digunakan untuk kepentingan politik murahan UMNO dan Barisan Nasional.

TULANG BESI
Read more!(Selanjutnya)

Monday, May 7, 2012

SPR Masih Taja Pengundi Hantu????


KLIK IMEJ
Sepanjang bulan yang membawa kepada BERSIH 3.0, SPR rupa2nya sibuk menyediakan daftar pemilih baru. Waktu sekarang ini, daftar2 pemilih baru ini sedang dipamirkan di seluruh negara. 

Dari maklumat awal yang saya dapat, terdapat lebih 15ribu nama yang diragui di Selangor sahaja.

Dan di kawasan Shah Alam sahaja, bagi 3 bulan pertama 2012, terdapat pertambahan pengundi berjumlah 4500 orang. Begitu tinggi pertambahan pengundinya hanya bagi sebuah kawasan Parlimen. 

Yang jelasnya PAS Kawasan Shah Alam akan membantah pertambahan yg gila ini. Yang Tulang Besi risaukan adalah kawasan lain dari Shah Alam. Apakah mereka juga aktif membantah pertambahan pengundi yang menggila ini? 

Kalau PAS2 Kawasan seluruh Selangor masih duduk diam dan membisu, jangan haraplah kamu akan menang apa-apa kerusi di kawasan kamu.

 Satu lagi, jelas SPR tidak menghiraukan suara rakyat. Walaupun mereka tahu yang rakyat akan berkumpul dengan begitu ramai pada 28 May 2012, tapi mereka terus menerus membiarkan kekotoran berlaku di dalam Senarai Daftar Pemilih.

Juga, bagaimanakah UMNO boleh melakukan pendaftaran pemilih berjumlah puluhan ribu nama sedangkan semua orang maklum UMNO begitu pasif di dalam aktiviti pendaftaran pemilih baru. 

Sepanjang duduk di Selangor, jarang kita lihat UMNO membuka kaunter bagi tujuan mendaftar pemilih baru di mana-mana tempat. Tak nampak pun mana-mana kumpulan UMNO melakukan pendaftaran pemilih baru di sekitar Selangor. 

Namun, apabila mendaftar nama pengundi2 baru, UMNO boleh bawa puluhan ribu nama. 

Hairan hairan. 

TULANG BESI
Read more!(Selanjutnya)

Putri Dr Mahathir Juga Mahu Guling Kerajaan?

Di bawah ini adalah temuramah yang diberikan oleh Marina Mahathir, putri kepada Dr Mahathir Mohammad. 

Beberapa hari ini dilaporkan mantan Perdana Menteri Malaysia itu membuat tuduhan bahawa BERSIH 3.0 ini adalah percubaan untuk mengulingkan kerajaan Barisan Nasional pimpinan Barisan Nasional. 

Namun, mengikut putri nya sendiri, tuduhan itu adalah meleset sama sekali. Malahan, apabila ditanya kepada Marina berkenaan berlakunya beberapa insiden keganasan, Marina menyatakan sekiranya Polis tidak bertindak kasar nescaya kejadian ganas ini dapat dielakkan.

Selamat menonton:

   

 TULANG BESI
Read more!(Selanjutnya)

Dulu, Majlis Fatwa Sokong Pembunuhan Ibrahim Libya

Janganlah terkejut dengan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan. Kalau dulu Ustaz Ibrahim Libya yang tidak berdosa dibunuh secara kejam di Memali. Majlis Fatwa Kebangsaan boleh keluar menyokong 100% tindakan itu dan sekaligus memfitnah arwah Ibrahim Libya dengan memanggil beliau sebagai "Bughah" (penderhaka). 

Tulang Besi berani bercakap berkaitan dengan kes Asy Syahid Ibrahim Libya kerana Tulang Besi telah merujuk Ustaz Ahmad Awang yang menganggotai mesyuarat JK Majlis Fatwa tersebut sebelum beliau telah dihalau keluar. Kalau ada sesiapa yang tidak percaya dengan Tulang Besi, sila rujuk kepada Ustaz Ahmad Awang sendiri. 

 Sudahlah arwah dibunuh secara kejam, Majlis Fatwa Kebangsaan tolong fitnah pula beliau.
 Tanggunglah dosa kesemua yang memfitnah mangsa kezaliman itu. 

Yang harus dipuji adalah Tuanku Sultan Kedah yang turun sendiri menziarahi pusara Ustaz Ibrahim Libya.

 DAULAT TUANKU!!! 

Jadi, bila Majlis Fatwa Kebangsaan keluar fatwa mengharamkan demonstrasi ini, Tulang Besi sedikit pun tak terkejut. Tanggunglah mereka akan dosa mengharamkan perkara yang Allah SWT tidak haramkan. 

Tulang Besi pula merujuk kepada Fatwa Sheikh Yusuf Qardhawi yang menyokong amalan demonstrasi jalanan demi menentang kezaliman dan penyelewengan. Rasanya ilmu Dr Yusuf Qardhawi jauh lebih tinggi dari keseluruhan ahli2 Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia. 

Akhir kata, masa sebelum Mubarak jatuh dulu, Universiti Al Azhar sendiri mengeluarkan fatwa supaya orang2 Mesir pulang ke rumah dan berhenti berdemo.

Akhirnya yang malu adalah Universiti Azhar sendiri kerana fatwa mereka sudah tidak diperdulikan rakyat Mesir.

Perkara yang sama bakal berlaku kepada Majlis Fatwa Kebangsaan yang membiarkan diri mereka digunakan untuk kepentingan politik murahan UMNO dan Barisan Nasional.

TULANG BESI
Read more!(Selanjutnya)

Polis Memukul Peserta BERSIH Di Luar Kawasan Larangan Mahkamah

Para pembaca sekalian. Lihatlah sendiri. Kesemua aksi dan kejadian tembakan gas serta pemukulan peserta BERSIH sebenarnya berlaku di luar kawasan yang telah dilarang oleh perintah mahkamah.

Segala cerita kononnya Azmin menyuruh peserta merempu dsbnya rupa2 nya tidak releven.

Segala kejadian yang kita lihat di video2 tu rupanya berlaku jauh dari kawasan yang dilarang mahkamah. Rakyat Malaysia sekali lagi telah ditipu hidup2 oleh UMNO dan Barisan Nasional.




Gambar Ehsan Malaysiakini
TULANG BESI
Read more!(Selanjutnya)

Friday, May 4, 2012

BERSIH Di "HIJACK" Adalah Fitnah Paling JAHAT

Tulang Besi mencadangkan kepada blogger2 dan individu2 yang sibuk menyebarkan cerita kononnya AZMIN hijack BERSIH, Anwar Hijack BERSIH, parti2 politik hijack BERSIH.........SILA MASUK UMNO!!!!.

Usaha dan kata2 kamu itu telah DIGUNAKAN oleh SEMUAAAAAA media UMNO untuk MEMBURUKKAN IMEJ BERSIH. 

Hakikatnya:
1.0 Tiada salahnya kalau Azmin suruh rakyat berjalan ke Dataran Merdeka kalaupun betul.
2.0 Yang kejam dan zalim bukannya Azmin. Bukan Azmin yang tembak gas, bukan Azmin yang pukul peserta
3.0 Undang2 yang menghalang rakyat pergi ke Dataran itu hanyalah Undang2 Kecil DBKL sahaja.
4.0 BERSIH tidak akan berjaya kalau tiada sokongan dari parti2 politik seluruh Malaysia.
5.0 Sampah sebenarnya adalah kamu kerana menjadi alat kepada UMNO dan BArisan Nasional. Bukan Azmin dan bukan Anwar Ibrahim.
Blogger2 dan individu yang terus memainkan isu ini hanya akan memecah belahkan BERSIH. Eloklah kamu isytihar masuk UMNO.

 
TULANG BESI
Read more!(Selanjutnya)

Thursday, May 3, 2012

BUKTI: Bagaimana PTPTN Menguntungkan Kroni UMNO

NOTA EDITOR: Bayangkan. Sebuah syarikat milik seorang ADUN UMNO bagi kawasan PERMATANG bernama Sulaiman Abdul Razak boleh dapat “duit percuma” (duit free) selama 33 tahun. 

Jumlah “duit free” yang dia dapat adalah RM15.4 juta setahun selama 33 tahun

Wang yang bakal digunakan untuk membayar keuntungan atas angin ADUN UMNO ini datangnya dari PTPTN. KUIS pula tidak boleh menurunkan kadar yuran pelajar kerana perjanjian berat sebelah ini

Pada waktu yang sama, pelajar2 KUIS terpaksa menanggung hutang PTPTN sehinggalah mereka mati kelak hanya kerana mahu memberi keuntungan besar atas angin kepada KRONI UMNO.  

PATUTLAH UMNO BERMATIAN PERTAHAN PTPTN
Kontrak KUIS: Syarikat Umno untung atas angin
Mohd Rafizi Ramli, 02 Mei 2012
Ekoran polemik mengenai pemansuhan PTPTN dan tawaran pendidikan percuma yang dibuat KEADILAN dan Pakatan Rakyat, ada pihak yang cuba menempelak kerajaan Pakatan Rakyat kononnya supaya yuran pengajian dihapuskan di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) milik kerajaan negeri.
Hari ini, KEADILAN tampil dengan jawapan kepada hujah tersebut dengan memberi contoh bagaimana penyelewengan dan ketamakan pimpinan Umno yang mengambil kesempatan sepenuhnya dari dasar memperniagakan pendidikan yang dibawa Umno menjadi punca yuran pengajian yang tinggi dan membebankan pelajar.
Salah sebuah institusi utama yang dimiliki Kerajaan Selangor adalah Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS). Pada tahun 2007, sebuah syarikat bernama Redha Resources Sdn Bhd (RRSB) telah dianugerahkan kontrak untuk membina asrama dan pusat pelajar bagi menampung keperluan 6,000 pelajar KUIS.
Perjanjian yang ditandatangani oleh Kerajaan Selangor pimpinan Dato’ Seri Khir Toyo menetapkan bahawa RRSB akan diberikan konsesi untuk membina dan menyewakan kembali kemudahan itu selama 33 tahun kepada KUIS.
RRSB ialah sebuah syarikat yang dikuasai oleh Sulaiman Abdul Razak, seorang pemimpin Umno Selangor yang juga ADUN Permatang.
Beliau memiliki saham sebanyak 7,200,000 saham bersamaan 51% pegangan di dalam RRSB, sementara isteri beliau, Jamaliah Kamarudin pula memiliki 800,000 saham bersamaan 6% pegangan. Baki 43% pegangan dimiliki oleh Bina Puri Holdings Bhd iaitu syarikat sub-kontraktor yang menjalankan sepenuhnya operasi pembinaan dan penyenggaraan asrama.

(Sila lihat carian syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang dilampirkan sebagai bukti pegangan saham)
RRSB disokong sepenuhnya oleh Kerajaan Selangor di bawah Umno. Malah, Dato’ Seri Khir Toyo menjadi saksi pemeteraian perjanjian pinjaman sebanyak RM125.8 juta di antara RRSB dan bank-bank pembiaya pada 3 Ogos 2007 untuk membiayai pembinaan asrama pelajar KUIS ini.
 
(Sila lihat keratan akhbar BERNAMA bertarikh 3 Ogos 2007)
Kontrak pembinaan ini kemudiannya diberikan kepada Bina Puri Holdings Bhd dengan RRSB hanyalah menjadi orang tengah. Dalam Laporan Tahunan 2006, Bina Puri Holdings Bhd melaporkan telah mendapat kontrak berjumlah RM96.1 juta untuk membina asrama dan pusat pelajar, yang dianugerahkan oleh RRSB.
Malangnya, dengan kos hanya sebanyak RM96.1 juta, RRSB yang dimiliki ADUN Permatang ini telah dianugerahkan konsesi asrama pelajar KUIS oleh kerajaan Umno di bawah pimpinan Dato’ Seri Khir Toyo selama 33 tahun pada kadar tahunan RM15.4 juta setahun.
Maka, bagi sepanjang tempoh 33 tahun, RRSB milik ADUN Permatang akan mendapat durian runtuh sebanyak RM508 juta walaupun kesemua urusan hanyalah “atas angin” dan kosnya sekadar berjumlah RM97 juta sahaja iaitu keuntungan 524%.
Konsesi sewa asrama yang mahal dan berat sebelah ini membebankan pengurusan KUIS. Anggaran kadar sewa yang dikira berpatutan adalah lebih separuh dari kadar sekarang, iaitu sebanyak RM6 juta setahun.
Oleh kerana terikat dengan konsesi sewa asrama yang berat sebelah dan dimeterai semata-mata untuk menguntungkan pimpinan Umno, maka sehingga kini KUIS tidak dapat menurunkan yuran apatah lagi menanggung yuran secara percuma.
Pada prinsipnya juga, kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat tidak wajar menanggung yuran selagi konsesi berat sebelah berbau penyelewengan dan rasuah ini tidak ditamatkan serta merta. Jika yuran ditanggung, ia bermakna mengkayakan lagi pemimpin Umno yang sudah jelas bermewah atas kesengsaraan rakyat.
Oleh itu, saya mencabar supaya pimpinan Umno mengarahkan YB Sulaiman Abdul Razak menarik diri dari konsesi itu dengan sukarela agar kadar sewa asrama lebih adil dan tidak menindas pelajar di KUIS, sebelum pimpinan Umno ghairah menuding jari mendesak kerajaan Selangor melaksanakan pendidikan percuma. Seperti yang ditegaskan KEADILAN, jika rasuah dan penyelewengan dibanteras, kerajaan mempunyai dana yang mencukupi untuk menyediakan pendidikan percuma.
--------------------------------------------------------------------
Penulis adalah Pengarah Strategi PKR.
Read more!(Selanjutnya)

Wednesday, May 2, 2012

Pemandu Kereta Polis SOGO Berbohong?(Kemaskini)

Mengikut pemandu kereta polis di SOGO yang telah melanggar lebih lima orang peserta BERSIH dalam satu temuramah:
Dengan kata lain, mengikut kenyataan Mohammad Kamil Paimin itu:
1.0 Dia dalam keadaan tidak sedarkan diri sewaktu merempuh
2.0 Kepala nya tercedera sehingga berdarah
3.0 Beliau telah berdarah begitu banyak sehingga tidak sedarkan diri
Video yang dirujuk oleh Tulang Besi boleh dilihat di sini.

 Mari kita nilai kenyataan Mohammad Kamil Paiman ini:
1.0 Gambar di bawah menunjukkan Mohd Kamil dalam keadaan sedar dan boleh keluar sendiri dari kereta tanpa perlu diangkat oleh orang ramai. Kiranya benar dia tidak sedarkan diri, sudah tentu dia perlu diangkat keluar dari kereta:
KLIK IMEJ
2.0 Kalau benar kepala beliau berdarah, sudah tentu baju dan tengkuk Mohammad Kamil dipenuhi darah. Tapi, gambar di bawah menunjukkan yang sebaliknya: 

KLIK IMEJ 
3.0 Gambar di bawah menunjukkan bahagian belakang kepala Muhammad Kamil. Jelas, tiada kesan darah atau luka seperti yang didakwa oleh beliau: 
KLIK IMEJ
Dengan kata lain, segala dakwaan Mohd Kamil Paiman sehari selepas kejadian itu tidak dapat disokong dari video kejadian yang dapat ditonton oleh semua rakyat Malaysia. 

Dari video tersebut, Mohammad Kamil didapati dalam keadaan sedar, tidak cedera dan tidak berdarah.

Bagi Tulang Besi Mohammad Kamil Paiman telah berbohong.

Adakah Mohammad Kamil Paiman telah diberi skrip untuk diungkapkan kepada seluruh rakyat Malaysia. Skrip yang mengandungi 1001 pembohongan dan penipuan.

 Syukurlah ini zaman Youtube dan Facebook.  Segala pembohongan terdedah dengan mudah.

KERETA TERSEBUT TELAH DIPANDU DENGAN CARA BAHAYA

Mengikut seorang kawan Tulang Besi yang berada di tempat kejadian, kereta polis tersebut dipukul dan ditendang kerana telah dibawa laju dalam keadaan jalan di depan SOGO itu dipenuhi manusia. 

Sebelum itu, banyak kereta polis lain yang melalui kawasan SOGO itu namun tidak dikacau oleh para peserta BERSIH.

Dengan kata lain, kalau kereta tersebut dipandu oleh Anwar Ibrahim sendiri pun pasti akan ditendang dan disepak sebegitu rupa.

Isunya bukan kereta polis tetapi kereta yang dipandu dengan cara bahaya dalam kawasan yang dipenuhi manusia. 

Tujuan mereka mahu pemandu kereta tersebut memperlahankan kereta beliau dan berhenti membahayakan para pejalan kaki.

Soalnya yang paling penting adalah mengapa sanggup berbohong sebegini rupa? Apa yang hendak disorok oleh pihak berwajib ini?

TULANG BESI
.
Read more!(Selanjutnya)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...