Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Loading...

Friday, June 8, 2012

Jadual EURO 2012

KLIK IMEJ


Read more!(Selanjutnya)

UMNO Guna Taktik Peras Ugut Untuk Bunuh Isu PTPTN

Maklumat Tulang Besi dapat adalah UMNO kepanasan dalam isu PTPTN ini. Rata-rata kepimpinan UMNO amat tidak yakin dengan sokongan golongan muda atas isu PTPTN ni. 

Malah, faktor sokongan muda mahukan PTPTN dihapuskan adalah antara faktor utama pilihanraya umum tidak jadi bulan Jun ini. 

Rupanya pucuk pimpinan UMNO kesemuanya tidak yakin mereka akan terus duduk di Putrajaya sekiranya anak2 muda berduyun2 memangkah Pakatan Rakyat kerana mahukan PTPTN dihapuskan. 

Maka, taktik peras ugut melibatkan masa depan pelajar2 UNISEL pula digunakan. Taktik ini dirangka supaya PKR dan Pakatan Rakayt dipaksa menarik balik tawaran pendidikan percuma/hapus PTPTN bagi membolehkan UMNO dan BN merasa lega sedikit untuk memanggil pilihanraya. 

Tidak hairanlah Noh Omar, Menteri UMNO yang tidak berapa cerdik itu membuat kenyataan:
Mereka mahu memaksa PKR dan Pakatan Rakyat mengaku salah dan menarik balik tawaran penghapusan PTPTN ini. 

Mereka sedar tanpa PTPTN, kroni2 mereka tidak akan mampu memberikan pendidikan tinggi yang berkualiti rendah dengan harga tiga kali ganda universiti awam. 

Jelas, isu PTPTN ini mampu menanam UMNO ke dalam lubang kubur. Mereka memerlukan sangat  Pakatan Rakyat menarik balik tawaran menghapuskan PTPTN bagi memboleh UMNO berasa konfiden memanggil pilihanraya.

Pada waktu ini, ada di kalangan pemimpin2 UMNO yang yakin 100% UMNO akan tersunggkur hasil dari isu PTPTN ini. Mereka melihat pengundi2 muda yang pro UMNO pun akan mengundi Pakatan Rakyat kerana mahukan PTPTN dihapuskan.

Tidak sangka UMNO sanggup menggadai masa depan pelajar2 Unisel hanya kerana menjaga kepentingan kuasa politik mereka yang semakin pudar itu.

TULANG BESI
Read more!(Selanjutnya)

Wednesday, June 6, 2012

SAH!!! Daftar Pemilih di Selangor KOTOR!!!!!

TIba2 Noh Omar, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor melenting. Beliau marah dan murka terhadap program "Selangorku Bersih" anjuran Kerajaan Negeri Selangor yang bertujuan untuk membersihkan daftar pemilih Selangor dari pengundi2 hantu. 

BERNAMA melaporkan Noh Omar begitu tidak senang dengan program penyiasatan rumah ke rumah anjuran Kerajaan Negeri Selangor yang bertujuan memastikan kewujudan setiap pengundi yang berdaftar dalam daftar pemilih di Selangor. 

Soalnya sekarang, apa kuasa Noh Omar untuk menolak program yang baik seperti ini? Dato Noh Omar ini sebahagian dari SPR kah? Yang lebih besar persoalannya adalah mengapa Noh Omar menentang usaha ke arah sebuah pilihanraya yang bersih? 

Sepertinya Dato Noh Omar redha dengan pilihanraya yang paling kotor yang bakal diadakan di Selangor hasil dari kerjasama SPR. Tidak hairanlah Timbalan Pengerusi SPR, yang juga seorang ahli UMNO, mengikut cakap ketuanya dan menolak program tersebut. 

Alasan Wan Ahmad adalah kononnya pegawai2 kerajaan Negeri tidak ada hak memeriksa IC. Bagi Tulang Besi, soal KAd Pengenalan tidak wujud. Ini kerana biasanya pengundi2 hantu ini akan didaftarkan di alamat2 yang tidak wujud ataupun di alamat2 premis yang bukan rumah seperti tokong, kedai, masjid, pejabat dsbnya. 

Maka, di situ sudah cukup untuk kerajaan negeri MEMBONGKAR ratusan ribu pengundi hantu yang telah didaftarkan oleh UMNO. Dan kita lihat sendiri bagaimana eratnya hubungan UMNO dengan SPR. 

Apabila UMNO/Noh Omar membuka mulut, SPR pun sambut dengan gembira. Maklumlah, SPR itu adalah salah satu biro di dalam UMNO.

TULANG BESI
Read more!(Selanjutnya)

Tuesday, June 5, 2012

Pernyataan Kepada Cyberuk2 UMNO


Tulang Besi ingin menyatakan kepada semua cyberuk2 UMNO, berhentilah mengacau blog Tulang Besi. Sungguh banyak komen2 tak laku kamu telah pun Tulang Besi delete. HAHAHAHA

Blog ini untuk orang bertukar2 pandangan serta maklumat. Bukan untuk pengacau2 cyberuk UMNO yang carik makan dengan sebar fitnah dan buat dosa besar.

Lebih-lebih lagi Cyberuk2 UMNO ini memusuhi hukum Allah dengan menyokong parti yang anti hudud dan menghalalkan judi serta arak.

Adalah lebih baik Cyberuk2 UMNO ni berhenti buat kerja haram ni dan cari kerja yang halal. Cuba kaji mengapa syarikat2 tidak mahu ambil kamu kerja.

Cuba kaji kenapa kamu lama sangat menganggur sampai terpaksa cari makan dengan buat kerja haram ni.
Jangan takut. Semua komen2 tak laku kamu tu Tulang Besi akan delete. Melepas lah korang nak kacau blog Tulang Besi ni.

Inshaalah, balasan Allah SWT yang pedih akan turun ke atas kamu semua sekiranya kamu tidak berhenti buat kerja haram ni.

AMIN!!!!


 TULANG BESI

ps lagi satu nasihat, pastikan Tun Faisal bayar gaji kamu on time tiap2 bulan. Kalau tidak sesia korang buat kerja haram, duit tak dapat.

Read more!(Selanjutnya)

Monday, June 4, 2012

JATI Bergantung Pada Jentera PERKASA dan Pemuda UMNO?

Tulang Besi terserempak dengan seorang kenalan dari zaman Tulang Besi aktif di dalam Perhubungan PAS Selangor. Setelah berborak panjang lebar, dia pun buka kesah Hasan Ali. 

Rupanya, di awal penubuhan JATI oleh Hasan Ali, beliau antara yang yang diharap oleh Hasan Ali untuk menyokong usaha Hasan Ali.

Pada mulanya beliau mahu juga menolong Hasan Ali. Namun, pada suatu hari, beliau mendapat telefon dari salah seorang barua Hasan Ali meminta beliau menganjurkan ceramah Hasan Ali. Beliau lantas bertanya jentera manakah yang beliau harus gunakan untuk menganjurkan ceramah itu. 

Beliau diberitahu untuk bekerjasama dengan PERKASA dan Pemuda UMNO kawasan beliau. Pada saat itu, beliau terus insaf dan sedar. 

Segala usaha Hasan Ali ini rupanya didalangi UMNO. Patutlah Hasan Ali dalam masa yang begitu pendek boleh menganjurkan ceramah seluruh Malaysia.

Juga, Hasan Ali mengharapkan Anwar Ibrahim didapati bersalah atas tuduhan meliwat Saiful Bukhari Al Kazzab. Ini kerana beliau mensyaratkan semua penyokong beliau dalam usaha JATI ini memperjuangkan kononnya Anwar Ibrahim adalah seorang peliwat.

Dengan kata lain, antara syarat menjadi aktivis JATI adalah melakukan dosa Qazaf dengan mempercayai dan berkempen Anwar Ibrahim meliwat.

 Syukur kenalan Tulang Besi ini terus istiqamah dalam PAS. Beliau amat aktif dalam PAS Kawasan dan mungkin akajn jnaik lebih tinggi lagi selepas ini, inshaalah. Pada Hasan Ali, berhentilah jadi penipu. 

Video "Murtad" yang beliau tunjukkan kepada umum tu pun tiada siapa yang percaya. Akhirnya, Hasan Ali berjuang untuk menaikkan parti yang memusuhi Islam, yakni UMNO. 

TULANG BESI
Read more!(Selanjutnya)

Parti PPP Juga Hancur Kerana Sertai Barisan Nasional

Rupanya, bukan hanya PAS yang hancur kerana menyertai Barisan Nasional, tapi Parti Progresif Rakyat (People's Progressive Party atau PPP) juga menghadapi nasib yang sama dengan PAS. 

Ini berdasarkan temuramah bekas Presiden PPP bersama FREEMALAYSIATODAY. Mengikut SI RAJAH, mantan Presiden PPP, populariti serta pengaruh PPP menjunam jatuh selepas mereka menyertai BArisan Nasional. 

Sebelum ni, saya ingatkan hanya PAS sahaja yang tersiksa dan terbahana akibat meneyertai Barisan Nasional. Rupanya2 PPP pun menghadapi nasib yang sama dengan PAS. 

Bagi PAS, kemasukan PAS ke Barisan Nasional menyebabkan PAS BERHENTI menggunakan isu "Negara Islam". Akibat dari penyertaan PAS ke dalam BArisan Nasional, pemimpin2 PAS telah berhenti menggunakan isu NEgara Islam sama sekali. 

Dengan kata lain, kali terakhir PAS menggunakan isu Negara Islam adalah pada pilihanraya 1969.Kemasukan PAS ke dalam Barisan Nasional menyebabkan PAS hilang kredibiliti untuk menaikkan isu Negara Islam.

Sama seperti PPP yang sudah tidak boleh membawa agenda sosialisma dan imej pembela orang miskin mereka akibat masuk ke Barisan Nasional.

Hasan Ali tidak tau sejarah ini. Dia ke sana ke mari menjaja kononnya PAS telah membuang agenda Negara Islam. Hakikatnya, PAS berhenti menggunakan isu Negara ISlam LAMA sebelum PAS bersama dengan Pakatan Rakyat.

Cumanya segala sokongan kepada PPP di Perak itu telah berpindah kepada DAP. Sokongan kepada PAS sebelum masuk BN telah berpindah balik kepada UMNO selepas PAS ditendang dari BN.

Juga, ada cyberuk2 UMNO kerap meninggalkan komen kononnya dulu mereka sokong PAS kerana memperjuangkan Negara Islam. Hakikatnya, mereka ini cyberyuk2 UMNO yang dibayar oleh UMNO untuk berbohong. Mereka2 ini juga penganggur kerana tiada siapa mahu mengambil mereka bekerja dan terpaksa cari kerja dengan menipu.

Syukur alhamdullillah, usaha geng perpaduang dalam PAS gagal. Rupanya ramai veteran2 PAS masih tidak boleh lupa peristiwa pahit PAS menyertai Barisan Nasional ini.


How PPP lost its gloryG Vinod | May 29, 2012
SI Rajah, a former president of the party, talks about its heyday as an opposition party and its subsequent slide towards political irrelevance. INTERVIEW KUALA LUMPUR: It may surprise some Malaysians—especially those younger than 50—to learn that the People’s Progressive Party (PPP) used to be one of the country’s most dynamic political organisations.
Those glory days started fading with the demise of the Seenivasagam brothers, according to SI Rajah, a former president of the party. Speaking to FMT in his modest law office in Jalan Hang Jebat, Rajah couldn’t hide the glint in his eyes as he reminisced on the good old days, talking proudly about how strong PPP was before it became part of Barisan Nasional.
The party was formed in 1955 and the Seenivasagams were among its founders. Darma Raja, the younger of the brothers, was its first president. Rajah said PPP was “formidable” as an opposition party in Perak under Darma’s leadership.
“In those years, we had local council elections and PPP controlled the Ipoh Municipality. We almost formed the state government after the 1969 general election.” The young Rajah, although a PPP member, was working as a legal assistant to an MIC leader, Athi Nahappan, who later became a cabinet minister. Rajah said the party then derived its support from the poor masses and Darma was famous for championing the causes of petty traders and hawkers in Perak.
“He also provided free legal assistance for them and many marvelled at his convincing arguments in the courts.” However, Darma died suddenly a few months before the infamous May 13 riots in 1969, and his elder brother, Sri Padhmaraja, popularly known as SP, took over the party presidency.
“After the riots, prime minister Tun Razak decided to approach the opposition parties to persuade them to join the greater Alliance, named Barisan Nasional,” said Rajah. At first, he said, SP and many others were opposed to the idea of joining BN. Rajah was part of this group. “We knew that our base in the Kinta Valley would be eroded if we joined BN.
Perak was then an opposition fortress. If Darma was alive, he would have rejected Razak’s offer outright.” Persuasion But Razak sought the assistance of a Perak high court judge named Fred Arulanantham, who was known to the prime minister as a man of great persuasive skills. Razak, Arulanantham and SP were in fact old friends. All three were alumni of Britain’s Middle Temple University. SP eventually caved in.
However, according to Rajah, sentiment had little to do with his change of mind; he decided that PPP should join BN for the sake of national unity in the aftermath of May 13. “We joined as equal partners,” Rajah said. “Razak even promised SP that he would be made a cabinet minister, but SP died in 1975.
“The party was never the same again after that.” But Rajah added that the party had started to weaken even before SP’s death. It went through several stages of infighting after joining BN, and many loyal supporters were abandoning it, with the result that it won only one parliamentary seat in the 1974 election, whereas it had four as an opposition party.
Furthermore, he said, Umno was using the divide-and-conquer strategy to weaken PPP’s influence in Perak. “Although we controlled the Ipoh Municipality by a large majority, Umno always appointed an MCA member to be its chairman.”
Asked whether he ever felt cheated by Razak, Rajah was non-committal, but he said the former premier had let the party down. Asked why he did not try to take PPP out of BN when he became its president in 1978, he said he and other party leaders were concerned about national unity; the 1969 riots were still fresh in their memory.
He claimed that he managed to miminise the infighting during his presidency, but was unable to restore the glory that PPP had under the Seenivasagam brothers. “I was known as a general without soldiers,” he said with a chuckle.
However, he insisted that PPP contributed to nation building despite losing popular support. “Although we were weak, the BN leadership always consulted component party leaders before coming up with any policy.
So we also contributed in that sense.” Low morale PPP’s slide towards political irrelevance was fastest and its morale was at its lowest during the time that Dr Mahathir Mohamad was in power, Rajah said. He recalled an incident in 1982 to illustrate Mahathir’s recalcitrance.
As BN chairman, he refused to allocate parliamentary seats to PPP for that year’s election, reneging on promises he had made. “He only offered two states seats, Pantai Remis and Pasir Badamar, which were DAP’s strongholds.
I approached Mahathir on the matter, but he stuck to his decision.” Subsequently, Rajah resigned as PPP president in protest against Mahathir’s decision. “Musa Hitam and Ghaffar Baba, who were vice-presidents in Umno, told me to reconsider my decision. (Former MIC president) S Samy Vellu even offered the Chemor state seat to me,” he said.
“But I felt it was a disgrace for a party president to contest in a state seat, without even being guaranteed an exco seat. So I stuck to my decision.”
On why he did not pull out PPP from BN at that point in time, Rajah said his resignation was strong enough as a statement of his opposition to BN’s policies.
“Besides I had nothing to lose. I just went back to my legal practice and continued working at the grassroots level.”
Read more!(Selanjutnya)

Sunday, June 3, 2012

SESUNGGUHNYA, Orang Melayu Bersama PAS, bukan UMNO

Para pembaca sekelian dipersilakan untuk melihat sendiri suasana "Himpunan Hijau" PAS yg diadakan di Alor Setar baru-baru ini. 

Sila banding dengan perhimpunan UMNO yang diadakan kira2 dua minggu sebelum itu. 
Tanpa menyediakan bas atau membayar wang, berpusu-pusu rakyat Melayu terutamanya menghadiri perhimpunan anjuran PAS ini. 

Sememangnya layaklah PAS menggantikan UMNO sebagai teraju orang Melayu di Malaysia. Sudah tiba masanya orang Melayu menghumban UMNO ke Laut Cina Selatan. AMIN!!!!
   
TULANG BESI
Read more!(Selanjutnya)

Saturday, June 2, 2012

Ibarat Guna Duit Zakat untuk Beli Babi

Jamil Khir, seorang Menteri UMNO, sanggup guna wang zakat untuk membela para pelaku dosa Qazaf. Dosa Qazaf ini jauh lebih besar dari makan babi. Kalau seseorang tu makan babi seekor, dosanya jauh lebih kecil berbanding menuduh zina tanpa empat saksi satu kali. 

Perumpamaan yang paling mudah adalah Jamil Khir telah mengguna wang zakat untuk beli babi.

Perumpamaannya seperti Jamil Khir membelanja wang zakat untuk membuka sebuah rumah pelacuran.

Pertamanya, Saiful adalah pelaku dosa Qazaf. Dosa Qazaf adalah dosa besar. Cukup besar dosa Qazaf ini, lebih baik seseorang itu makan babi berbanding melakukan Qazaf.

Menteri UMNO, Jamil Khir, telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menghalang kes Qazaf Saiful dari dibicarakan di Mahkamah Syariah.

JAWI, Jamil Khir dan Mufti Wilayah Persekutuan pula telah memperkenalkan satu asnaf baru, yakni, menghalang perlaksanaan hukum Allah.

Dengan kata lain, selepas ni mana-mana orang Islam hendak melanggan pelacur, beli beer atau wiskey, beli tiket Sports Toto, dipersilakan untuk membuat permohonan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Mengapa tidak boleh? Saiful yang melanggar hukum Allah dengan jelas dan terang dibela oleh JAWI sampai ke tahap menggunakan duit zakat.

Kalau Jamil Khir seorang Islam yang benar, sudah tentu dia pastikan kes Saiful berjalan dengan lancar dan cepat.

Pentingnya Saiful dibicarakan di Mahkamah Syariah kerana untuk menghalang dosa Qazaf dari dilakukan oleh jutaan umat Islam di Malaysia.

Tapi, Jamil Khir melakukan sebaliknya.

Beliau menggunakan duit zakat ke arah MENGGALAKAN dosa Qazaf di kalangan umat Islam.

Atas sebab itu, saya nak cabar Mufti Wilayah untuk tunjukkan kitab mana yang izinkan penggunaan wang zakat bagi penyebaran amalan Qazaf di kalangan umat Islam?

Adakah jihad skrg ni termasuk menghalang perlaksanaan hukum Allah?

Tuan/puan, inilah yang kita panggil sebagai "AGAMA UMNO".

Perumpamaannya seperti Jamil Khir membelanja wang zakat untuk membuka sebuah rumah pelacuran.

Laknat Allah ke atas semua yang terlibat dalam salah guna wang zakat ini.

Tulang Besi
Read more!(Selanjutnya)

Cerita Dongeng Konon Kuota Haji Malaysia akan Dikurangkan

Selepas juak2 UMNO terkejut beruk kerana berlaku demo BERSIH di kedua-dua kota Mekah dan Madinah, tiba2 timbul cerita kononnya Kerajaan Arab Saudi hendak mengurangkan kuota haji Malaysia.

Kesah dongeng ini datang bukan dari KEtua UMNO Bahagian tetapi datang dari Pak Menteri sendiri. Sebelum itu telah ditimbulkan kesah dongeng kononnya Kerajaan Arab Saudi marah dengan berlakunya demo tersebut. Juga, kononnya kerajaan SAudi sedang mencari rakyat Malaysia yang terlibat dalam demo tersebut. 

HAKIKATNYA, kuota haji ditentukan di Persidangan Negara2 Islam atau lebih dikenali sebagai OIC. Kalau hendak mengurangkan atau menambah kuota haji mestilah dilakukan dengan persetujuan Persidangan OIC, bukan setakat kehendak Kerajaan Arab Saudi. 

Dan Kerajaan Arab Saudi ni bukan kerajaan yang bodoh. Kalau negara Iran yang jelas mereka musuhi itu pun tidak pernah kuota haji mereka dikurangkan, inikan pula Malaysia. Seeloknya UMNO berhenti buat cerita palsu. 

Rakyat bukan bodoh. Rakyat sekarang ini sudah boleh menilai dengan baik. 

Yang lebih penting untuk rakyat tahu adalah mengapa Jamil Khir sanggup guna wang zakat untuk melindungi para pelaku dosa qazaf. Apa yang Jamil Khir dah buat adalah umpama mengguna wang zakat untuk membeli dan menternak babi. Sila jawab, wahai Jamil Khir laknatullah. 

 Tulang Besi
Read more!(Selanjutnya)

Wahai UMNO. Begini Rupa Stadium yang Penuh!!!!!

UMNO telah mengadakan Perhimpunan besar2an sempena sambutan 66 tahun (walaupun UMNO cuma berumur 24 tahun).

Beginilah rupanya kedatangan perhimpunan UMNO itu
Ke hulu ke hilir, juak2 UMNO  menjaja kononnya kedatangan ke perhimpunan mereka berjumlah lebih setengah juta manusia. Namun, gambar2 yang keluar dari perhimpunan UMNO itu membuktikan kedatangan ke Perhimpunan UMNO itu tidak mampu memenuhkan Stadium Bukit Jalil.

 Namun, berbeza dengan perhimpunan anjuran PAS semalam. Stadium Darul Aman telah dibanjiri manusia semenjak pukul 4 petang. 

Dan tidak ada satu bas pun disediakan penganjur untuk peserta. Semua yang datang itu datang dengan sukarela dan fisabillilah.

Terbuktilah tuduhan UMNO kononnya PAS sesat adalah bohong. Tidak mungkin ratusan ribu rakyat yang hadir itu adalah sesat.

Saksikan sendiri bilangan kehadiran ke Perhimpunan PAS semalam.


Gambar dari sebelah kanan stadium

Read more!(Selanjutnya)

Friday, June 1, 2012

Shahrizat Dilepaskan. Azmin Pula Hendak Disiasat Buat Kali Kedua

Raja Petra Kamaruddin sedang melakukan apa sahaja untuk melindungi bos beliau yang baru. Siapa bos baru beliau? Tidak lain adalah Dato Najib Tun Razak serta Rosmah Mansur.

 Kes Scorpene semakin hangat diperkatakan. Dokumen2 mendedahkan rasuah Scorpene sudah didedahkan kepada umum. Terdapat bukti bertulis yang mengaitkan Dato Najib dengan amalan rasuah.

 Maka, Raja Petra Kamaruddin menaikkan semula kes yang telah lama disiasat dan ditutup oleh BPR. Semuanya bertujuan untuk menutup kes Scorpene Dato' Najib Tun Razak itu.

Yang lebih menghairankan adalah pembebasan Dato Shahrizat Jalil berkaitan kes NFC serta pemberian lembu.

Tak perlu orang pandai, orang bodoh pun boleh nampak. Mustahil keluarga Shahrizat boleh diberikan soft loan RM250 juta sekiranya Shahrizat bukan orang besar UMNO.

Tapi, sayangnya, SPRM buta mata dan buta hati. Terbuktilah SPRM seperti juga Raja Petra, telah menjadi alat kepada UMNO dan Dato Najib. 

Jelaslah UMNO ni parti yg dipenuhi koruptor dan pemakan duit rakyat. Dan segala kuasa yang mereka ada digunakan untuk melindungi para koruptor dan pemakan duit rakyat.


Tulang Besi
Read more!(Selanjutnya)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...