Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Loading...

Sunday, September 30, 2012

Pakatan PAS-DAP Rapatkan CIna dgn Islam

Hasil kajian terbaru dari UMCEDEL membuktikan keputusan PAS selama ini benar. PAS sering dimomokan oleh UMNO kononnya PAS telah mengkhianati Islam.Ijithad PAS bekerjasama dengan DAP selama ini telah dijadikan bahan serangan yang konsisten oleh UMNO.

Namun berkat PAS berpaling dari kutukan dan kata nista UMNO itu membuahkan hasil. Bukan hasil dari sudut politik pilihanraya sahaja, namun dari segi dakwah.

Kajian UMCEDEL itu juga menunjukkan sekurang-kurangnya 40% kaum Cina menyatakan hukum hudud mampu mengawal masaalah jenayah di Malaysia.

Jelas, ini bukti keputusan PAS bekerjasama dengan DAP telah mengharumkan nama baik Islam di kalangan orang Cina. 

Hubungan PAS-DAP juga berjaya mengubah persepsi kaum Cina terhadap Islam menjadikan Islam lebih jernih dan puteh di kaca mata orang Cina. 

Perkembangan ini adalah suatu perkembangan yang tiada siapa dapat terfikir 10 tahun yang lepas. Namun ia berjaya dilaksanakan hasil dari pengorbanan serta keikhlasan PAS di dalam perjuangan Islam.

Ini juga membuktikan kewujudan puak2 Perpaduang dalam PAS pimpinan Ustaz Harun Din, Ustaz Harun Taib, Nasa dan Hasan Ali ternyata bukan atas nama Islam. Agenda perpaduang UMNO-PAS ini hanya menguntungkan UMNO dan agenda assabiyyah Melayu semata-mata.

Diharap keputusan kajian ini dapat dibentangkan di AJK PAS Pusat dan juga mesyuarat Majlis Syura PAS Pusat.

Ternyata juga ijtihad Tok Guru Nik Aziz yang tidak pernah tinggal solat tahajjud itu ternyata benar dan tepat.

Kalau harap UMNO, lagi 100 tahun pun belum tentu kaum Cina di Malaysia dapat menerima hukum hudud.

TULANG BESI




42 peratus Cina yakin hudud adil untuk semua
5:39PM Sep 25 2012
Ketika masyarakat Cina dikatakan fobia dengan cadangan pelaksanaan hudud oleh PAS, tinjauan Universiti Malaya (UM) mendapati sebanyak 42 peratus responden etnik itu percaya undang-undang Islam itu mampu menjanjikan keadilan kepada semua.
Hasil tinjauan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) itu juga mendapati sebanyak 26 peratus responden India dan 62 peratus responden Melayu berkongsi pandangan sama.
"Terdapat keyakinan terhadap pelaksanaan hukum hudud dalam kalangan orang Melayu, namun masih terdapat keraguan terhadap cadangan pelaksanaannya dalam kalangan orang bukan Melayu," ringkasan kajian itu dipetik.
Dapatan mengejutkan itu dijalankan baru-baru ini melibatkan 25 peratus (385 orang) responden Melayu, sebanyak 68 peratus (1,041) Melayu dan 7 peratus (110) India.
Sebanyak 41 peratus responden masyarakat Cina pula menjawab "ya" apabila ditanya adakah perlaksanaan hudud mampu menghalang jenayah daripada berleluasa.
Bagaimanapun, sebanyak 51 peratus masyarakat itu merasakan hudud tidak boleh dilaksanakan di negara ini kerana masyarakatnya yang berbilang bangsa dan agama-Malaysiakini
Read more!(Selanjutnya)

Thursday, September 27, 2012

UMNO yang Rasmi Kilang Arak Calrsberg dan Guiness

Mantan Presiden UMNO Merasmikan Kilang Carlsberg
Pertamanya, Tulang Besi tidak suka megungkit tindakan2 mereka yang telah arwah. Tulang Besi yakin Allahyarham Tun Razak telah bertaubat sebelum pemergiannya. Seperti juga arwah Tunku yang merasmikan Kilang Guiness dulu pun, maklumat Tulang Besi terima waktu akhir2 arwah Tunku dihabiskan menyebarkan Islam kepada bukan Islam melalui PERKIM (selain melawan Dr. Mahathir). 

Cumanya, perlu diingat sewaktu Tunku merasmi kilang Guiness dan Tun Razak merasmi Kilang Carlsberg (rujuk gambar di bawah), mereka adalah pemimpin nombor satu UMNO. Dan tindakan mereka merasmi kilang2 arak ini diketahui oleh majoriti dari pemimpin2 UMNO di setiap peringkat. Namun, tiada siapa di kalangan pemimpin2 UMNO yang bangun dan membantah. 

Tiada seorang pun. Kedua-dua pemimpin tidak dipecat atau dipaksa letak jawatan oleh sesiapa pun dari UMNO.

Ini bererti, arak dan juga judi adalah halal mengikut UMNO. Arak dan judi cuma haram mengikut hukum agama Islam tetapi tidak haram mengikut UMNO.

Bayangkan sekitar tahun 70an, mantan Ahli Parlimen PAS bagi Parlimen Parit bernama Hashim Gera telah ditangkap gambar beliau berjoget di Parlimen. Dengan tiada ragu-ragu PAS telah memecat Hashim Gera (sebijik macam PAS pecat Hasan Ali).

Padahal hukum berjoget tidak lah se haram menghalalkan judi dan arak. Namun, Hashim Gera tetap dipecat kerana tidak menampakkan imej Islam yang wajib kepada seorang pemimpin yang mewakili PAS.
(NOTA: Hashim Gera ini adalah arwah bapa kepada Dato' Salehuddin Hashim, bekas SU PKR yang telah melompat keluar parti tempoh hari dan sekarang kerjanya memaki Anwar siang malam. Jadi, tak betul kalau orang kata Dato Salehuddin Hashim ini produk UMNO kerana arwah bapanya adalah mantan ahli Parlimen PAS bagi Parlimen Parit)

Maka, adakah kita hendak terus menyokong UMNO setelah UMNO terbukti menghalalkan arak dan judi? 

Sokong UMNO atau PAS bukan lagi isu politik, tetapi isu yang bakal menentukan kita mati sebagai Islam ataupun kufur. NAUZUBILLAH MIN ZALIK
 

Arwah Tunku, Mantan Presiden UMNO, Merasmi Kilang Guiness tahun 1968

Read more!(Selanjutnya)

Wednesday, September 26, 2012

Ustaz Nasa Mungkin Dapat Kerusi Parlimen Kuala Terengganu?

Sudah menjadi maklumat umum bahawa Ustaz Nasaruddin Mat Isa tidak ada kerusi di Kelantan lagi. Senarai nama calon untuk Kelantan telah pun diserahkan kepada Pusat dan nama Nasaruddin tiada. Maka terpaksalah Nasa mencari kerusi lain untuk bertanding. 

Mengikut rekod pengundian pemilihan PAS 2011 yang lepas, satu-satu nya negeri yang solid di belakang Ustaz Nasaruddin adalah negeri Terengganu. Malahan, PAS Terengganu pada satu masa dahulu amat komited kepada agenda PERPADUANG DENGAN UMNO. 

Tulang Besi seperti terasa yang PAS Terengganu mungkin akan memberi kerusi selamat Kuala Terengganu kepada Ustaz Nasaruddin Mat Isa untuk dipertandingkan.

Tapi, tak tau lah. Mungkin jugak Tulang Besi salah. 

Tujuan Tulang Besi menulis pun bukanlah Tulang Besi pasti pasal maklumat ni. Cumanya, Tulang Besi mengharap sangat Nasa tidak diberi apa2 kerusi selepas ini hatta kerusi Ahli Majlis Perbandaran ataupun Daerah.

Malahan, kalau ada pertandingan Pengerusi PIBG pun, janganlah PAS calonkan Nasa lagi.

Biarkan Nasa terjun dengan labu-labunya.

TULANG BESI
Read more!(Selanjutnya)

PAS Akan Terus Hilang Undi Kalau Nasa Tidak Dipecat!!!!!

Malaysiakini melaporkan kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaysia (UMCEDEL):
Kalau kita sedar, Nasaruddin kerap kali menaikkan isu yang dangkal di media. Sejak akhir-akhir ini Nasaruddin sering mencari gaduh dengan DAP di atas isu-isu yang telah lama selesai di peringkat parti. Saya tidak mahu mengulas panjang terhadap isu yang dinaikkan Nasa. Buang masa aje. 

Cumanya setiap kali Nasa membuka mulut mengecam DAP, Pakatan Rakyat dilihat sebagai sering bercanggah sesama sendiri oleh mereka yang berada di atas pagar. 

Imej seperti ini hanya akan mengurangkan undi kepada PAS yang banyak bergantung kepada undi orang Melayu. Bayangkan kalau PAS kalah dengan di Parlimen atau DUN dengan undi yang tipis (sekitar 1000 undi ke bawah). Ia bererti PAS kalah hasil usaha Nasaruddin Mat Isa. 

Baru lah Tulang Besi faham apa tugas Nasaruddin Mat Isa sekarang ini. Menggunakan jawatan beliau sebagai Ahli Majlis Syura untuk menyerang DAP. Apabila ini terjadi, imej Pakatan Rakyat yang sering bercanggah akan mengurangkan undi orang Melayu kepada PAS. 

Nasa sedang berusaha bersungguh2 membantu UMNO menang kerusi. Oleh kerana Harun Din masih kekal sebagai Timbalan Mursyidul Am, maka mustahil Nasa boleh dipecat dari Majlis Syura. Tiada jalan melainkan Nasa dipecat sebagai ahli PAS seperti Hasan Ali. Apabila Nasa telah dipecat dari ahli, beliau tidak boleh lagi berucap bagi pihak PAS. 

Kalau tak buat, janganlah menangis bila di kerusi-kerusi yang PAS kalah tipis. Tulang Besi dah beri amaran awal. 

Harus diingat pilihanraya yang akan datang ini bakal menyaksikan pilihanraya yang paling dekat keputusannya. Mungkin, dengan undi yang beberapa ratus itu sahaja sudah mencukupi untuk menumbangkan Barisan Nasional. 

Ertinya, setiap undi adalah berharga. Dan usaha Nasa ini walaupun dilihat kecil tapi mampu mengurangkan undi PAS di setiap kerusi dalam kadar ratusan. Ia bererti PAS mungkin akan hilang banyak kerusi tetapi dengan majoriti yang kecil hasil dari usaha gigih Nasaruddin Mat Isa menyerang DAP ini.

Pecatlah Nasa ni dari PAS, wahai pimpinan PAS sekelian. Nanti kita juga yang akan menyesal.

Tulang Besi
Read more!(Selanjutnya)

Monday, September 24, 2012

KONSPIRASI DR. MAHATHIR & YAHUDI

NOTA:Artikel di bawah amat popular sewaktu zaman reformasi dulu. Dipersilakan kepada saudara/ri membuat penilaian. Cumanya, yang saya hairan adalah bagaimana mudah Dr Mahathir meminta maaf kepada Soros pada tahun 2006 padahal pada tahun 1997 begitu garang dan bengis sekali Dr Mahathir memaki Soros. 


Sekarang ini Dr Mahathir cuba memaki Soros sekali lagi dengan menuduh  Soros sekali lagi. Boleh percaya ka ini orang lagi?

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


KONSPIRASI DR. MAHATHIR & YAHUDI
 Kronologi hubungan Dr. Mahathir dengan Yahudi

 1964 : Mahathir dilatih oleh CIA selama beberapa bulan di Harvard, Amerika Syarikat dalam seminar anjuran Asia Foundation oleh Dr. Henry Kissinger, Setiausaha Negara Amerika dan pakar strategi Yahudi. Hubungan Mahathir sangat akrab dengan Kissinger lebih-lebih lagi sejak beliau berjaya dilantik sebagai Perdana Menteri/Presiden UMNO (pada 16 Julai 1981) sehingga sekarang.

Bahkan perlantikan 'luar biasa' Dr. Mahathir ke jawatan TPM oleh Dato' Hussein Onn pada Mac
 1976 juga menimbulkan pelbagai tandatanya. Sebelum itu, ketika berkrisis dengan Tunku Abdul Rahman dahulu dan kerana takut ditangkap, Mahathir melarikan diri ke Thailand dan kemudiannya mendapat perlindungan 'asing' di Australia. Dr. Mahathir bekerja di sana di samping menulis dalam akhbar luar negeri mengecam Tunku. Mahathir hanya kembali setelah Tun Razak jadi PM. Dengan strategi licik pihak-pihak tertentu (termasuk mereka yang dikaitkan dengan agen perisikan asing) akhirnya Tun Razak terpedaya untuk menerima semula Mahathir dan memberikan tempat kepadanya dalam Kerajaan walaupun sudah diingatkan oleh orang-orang yang mengetahui identiti sebenar Mahathir. Ajal telah menghalang Tun Razak dari bertindak terhadap Mahathir setelah beliau menyedari kesilapannya kerana terpedaya dengan perancangan licik Mahathir untuk menguasai UMNO dan Kerajaan.

10 September 1982: Mahathir bercakap panjang lebar menafikan beliau dan Setiausaha Politiknya adalah ahli dan penyokong gerakan sulit Yahudi iaitu Freemason. Ini juga merupakan ucapan dasar sulung Mahathir di Perhimpunan Agung UMNO ke-33 selaku Presiden. Dikatakan bahawa ahli Freemason telah menjadi pekerja sukarela pilihanraya UMNO sejak 1974 lagi. Pertubuhan Freemason di Malaysia adalah didaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966. Pada tahun 1977 ia mempunyai 55 perkumpulan (lodges) dan 2,984 ahli. Malah ketika menjawab soalan Tuan Guru Nik Abdul Aziz (PAS-Pengkalan Chepa) di parlimen pada 25 Oktober 1978, Datuk Husein Onn berkata Kerajaan hingga kini tidak bercadang untuk mengharamkan pertubuhan (Freemason) itu walaupun mengakui ianya bercanggah dengan aqidah Islam dan ramai golongan elit dan berpengaruh dari kalangan umat Islam negara ini yang menyertainya.

1986: Mahathir/UMNO membayar berjuta-juta ringgit kepada sebuah Syarikat Yahudi, Satchi & Satchi untuk membantu Mahathir/UMNO merangka strategi pilihanraya umum 1986. Sebelum itu, syarikat terbabit telah membantu kempen pilihanraya Margaret Thatcher di Britain dan Ronald Reagan di Amerika Syarikat. (Dr. Kissinger, orang besar Yahudi dan rakan karib Mahathir juga merupakan penasihat belakang tabir Presiden Reagan). Pada tahun ini, Mahathir mengambil sikap membisu di atas keputusan Singapura mengundang ketua negara Israel Chaim Herzog sambil membiarkan pesawat Israel itu melintasi ruang udara Malaysia untuk ke Singapura. Segala tentangan umat Islam di Malaysia tidak diendahkan oleh Mahathir.

1986: Mahathir mengadakan pertemuan sulit dengan Dr. Kissinger di New York. Ini disahkan sendiri oleh Ketua Pengarah ISIS yang juga merupakan 'anak didik Kissinger'. 6 Mac

1987: Dr. Henry Kissinger mengadakan perbincangan tertutup sehari di pejabat Perdana Menteri. Perbincangan ini dikendalikan oleh ISIS dan dikenali sebagai "Perbincangan Meja Bulat Kuala Lumpur". Menurut Ketua Pengarah ISIS, Dr. Noordin Sophie, Dr. Mahathir dan Kissinger merasa perlu bagi para 'intelek' Amerika yang terkemuka dan ulung memahami dengan lebih mendalam masalah yang dihadapi oleh negara-negara Asean.

Mei 1994: Parlimen telah meluluskan Akta Larangan Import (pindaan bil.7) yang menarik balik sekatan import terhadap barangan Israel dan Afrika Selatan.

6-9 Julai 1994 : Mahathir mengadakan pertemuan sulit dengan PM Israel, Yithzak Rabin dan Menteri Luarnya, Shimon Peres yang sama-sama menginap di Hotel De Crillion, Perancis. Pertemuan ini dilaporkan oleh TV Israel dan dipetik oleh AFP. Bila berita ini sampai ke Malaysia, Mahathir seperti biasa segera menafikannya dengan alasan beliau ke sana semata-mata kerana lawatan rasmi ke Perancis, lagipun katanya beliau tinggal di tingkat 3 manakala Rabin berada di tingkat 2. Akhirnya Mahathir mengakui bahawa beliau ada juga berhubung dengan Rabin, tetapi hanya melalui surat!.

16 Julai 1994: Pengerusi Kumpulan Melewar Corporation Bhd. dan MBf, Tunku Abdullah Tuanku Abdul Rahman yang juga proksi perniagaan terpenting UMNO dan rakan karib Mahathir telah membuat pengakuan bahawa beliau telah berkunjung ke Israel pada bulan Jun 1994. Sebenarnya Malaysia di bawah Kerajaan Perikatan/BN telah lama mempunyai hubungan dagang dengan negara haram Israel. Dalam tahun 1967, import Israel dari Malaysia meningkat lebih sekali ganda dari 272 ribu dolar Amerika dalam tahun 1966 kepada 565 ribu dolar Amerika dalam tahun 1967. Dalam waktu yang sama eksport Israel ke Malaysia bertambah hampir-hampir dari 1.1 juta dolar Amerika kepada hampir 1.7 juta dolar Amerika.

17 Julai 1994: Berita Harian melaporkan Tunku Abdullah sebagai berkata :"Ketika di sana, saya dijemput menemui Rabin dan Peres". ..."Kita juga mengenalpasti potensi pelancongan terutama bagi rakyat Malaysia mengunjungi Masjid al-Aqsa".

13 Oktober 1994: Far Eastern Economic Review melaporkan: "Perdana Menteri Malaysia telah memberitahu bahawa pengiktirafan (Israel) tersebut adalah bergantung kepada sejauh mana rakyat Palestine dan negara-negara Arab telah berpuas hati terhadap perlaksanaan perjanjian damai dengan Tel Aviv. Israel telah pun menghantar pemerhati khas ke Kuala Lumpur sejak awal tahun ini dalam rangka menjalinkan perhubungan diplomatik."

Disember 1996 : Mahathir menyeru supaya Negara-negara Arab tidak berperang dengan Israel bagi menyelesaikan masalah di Timur Tengah. Kenyataan Mahathir ini cuba meminta Umat Islam seluruh dunia supaya ditutup seruan jihad dari kamus umat Islam dan ia juga dipercayai ada hubungkaitnya dengan ura-ura Kerajaan Malaysia mahu mengiktiraf Israel melalui proses damai anjuran Amerika.

 Januari 1997: Mahathir menghadiri satu majlis yang dianjurkan oleh Mayor (Datuk Bandar) berbangsa Yahudi, Tom Levyn dan turut dihadiri oleh 'masyarakat Yahudi' yang terdiri daripada tokoh hiburan dan karyawan filem di Beverly Hills, Los Angeles. Dalam pertemuan tersebut Mahathir meminta supaya diwujudkan taman hiburan/perkampungan industri perfileman ala Hollywood yang dimonopoli oleh Yahudi di Amerika itu di tapak MSC, Sepang. Penubuhan MSC di Malaysia juga sebenarnya telah dicadangkan dan diilhamkan oleh pihak asing kepada Mahathir. Perancangan Mahathir/Yahudi/kuasa asing ini akhirnya berjaya direalisasikan apabila Mahathir pada 9 Julai 1999 setelah mengadakan perbincangan dengan Panel Penasihat Antarabangsa (IAP) untuk projek MSC, bahawa Perkampungan 'Hollywood' akan diwujudkan di Cyberjaya.

21 Mac 1997: Mahathir membenarkan pasukan kriket Israel datang ke Malaysia untuk menyertai kejohanan kriket antarabangsa (ICC). Umat Islam yang membantah kehadiran pasukan Israel di bumi Malaysia ini diganyang, ditangkap dan didakwa di mahkamah oleh regim Mahathir. Mahathir berkata tujuan beliau membenarkan pasukan Israel datang ke Malaysia adalah untuk menunjukkan bahawa umat Islam di Malaysia bersikap 'terbuka'. Tahun 1997 juga digemparkan dengan pengakuan terbuka Mahathir, bahawa beliaulah yang membenarkan rombongan pelajar-pelajar Israel untuk melawat negara kita dan bertukar-tukar fikiran dengan pelajar-pelajar di beberapa buah sekolah di ibunegara. Sebelum ini, lawatan pelajar Israel yang diaturkan secara sulit oleh Kementerian Pendidikan ini, telah didedahkan sehingga memaksa Mahathir untuk membuat pengakuan dan mengatakan bahawa ianya bertujuan untuk 'menginsafkan' pelajar Israel betapa baiknya umat Islam (terutama di Malaysia) yang boleh hidup dengan harmoni dengan rakyat berbilang kaum dan agama. 1998: Mahathir mengambil syarikat dan spekulator matawang Yahudi, Solomon Smith & Barney sebagai penasihat kewangan negara dan bon Malaysia dijual kepada pelabur Yahudi di Amerika / Eropah.

September 1999 : Menteri Luar Malaysia iaitu Datuk Syed Hamid Albar, telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar negara haram Israel iaitu David Levy di New York. Di dalam pertemuan tersebut juga, Mahathir telah mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Israel iaitu Ehud Barak kerana kejayaannya menjadi Perdana Menteri baru Israel. OLEH : Penulis Siber ( Penulisan asal oleh Wak Reformasi - terdapat sedikit pengubahsuaian)
.
Read more!(Selanjutnya)

Video Cara Najib Nak Menang Pilihanraya Umum

Read more!(Selanjutnya)

Contoh Janji UMNO Yang Ditepati (BERGAMBAR)

Bukan main sekarang ni tuduh kerajaan Pakatan Rakyat tak tepati janji. Rupanya, dia lagi teruk. 

Kuasa Allah SWT, papan tanda yang mengandungi janji UMNO masih gagah bersiri serta jelas kelihatan walaupun sudah hampir 10 tahun berdiri.

Papan tanda di bawah telah dinaikkan semenjak sebelum pilihanraya 2004 lagi. Kononnya UMNO mahu mendirikan sebuah sekolah agama di tapak di bawah.

Bagi saya, gambar2 di bawah ini adalah contoh jelas perangai UMNO yang suka mungkir janji.


                          Papan Tanda Naik Semenjak Sebelum Pilihanraya 2004 Lagi



                                   Inilah Sekolah Agama yang Dijanjikan UMNO


                                      Agaknya Tak Sempat Nak Naikkan Kayu2 tu
Lain kali jangan pandai-pandai tuduh orang lain tak tunai janji. Cermin dulu diri sendiri  sebelum nak maki orang lain.

Bukan ke sekarang dah malu?

TULANG BESI



Read more!(Selanjutnya)

Friday, September 21, 2012

Kalau Tidak Mau Tol, Buang Barisan Nasional

Tak payah nak bincang2 lagi. Kalau nak tengok tol hapus, undilah Pakatan Rakyat dan tolak Barisan Nasional
KLIK IMEJ



Read more!(Selanjutnya)

UMNO Halalkan FREEMASON di Malaysia

NOTA: Di dalam sebuk-sebuk Mahathir dan UMNO melabel Anwar sebagai agen Yahudi dan Barat, mungkin lebih elok kita lihat sendiri pendirian rasmi UMNO dan Barisan Nasional terhadap pertubuhan FREEMASON di Malaysia.

Di bawah adalah jawapan rasmi Perdana Menteri Malaysia pada masa itu (Tun Hussein Onn) kepada soalan di Parlimen dari mantan Ahli Parlimen Pengakalan Chepa, YB Tuan Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sumber ini adalah datang dari Hansard Parlimen, bermakna ianya sahih. Ia juga adalah sumber yang rasmi, maka tiada lagi alasan yang boleh dibuat oleh UMNO.

Selepas Tun Hussein turun, PM2 selepas Tun Hussein meneruskan keputusan Tun Hussein ini dengan tidak mengharamkan FREEMASON sama sekali.

Antara PM yg tidak mengharamkan Freemason adalah Tun Dr Mahathir sendiri yang begitu lantang memaki serta mengutuk Amerika dan Yahudi.

Yang jelasnya, UMNO secara rasmi tidak mahu mengharamkan pertubuhan FREEMASON walaupun pemimpin2 mereka berkokok siang malam kononnya Anwar adalah agen Yahudi dan Israel.

Selamat membaca

PENYATA RASMI PARLIMEN
PARLIAMENTARY DEBATES


DEWAN RAKYAT

House of Representatives

PARLIMEN KELIMA

Fifth Parliament

PENGGAL PERTAMA

First Session

FREEMASON

Perdana Menteri: Tuan Yang di-Pertua, saya faham. Benarkan saya menjawab Sungguhpun ada asal usul berkaitan dengan Nabi Allah Sulaiman, apabila Ahli Yang Berhormat membangkitkan samada ada hubungan dengan Zionism dalam hubungan sekarang ahli-ahli Freemason tak ada bukti yang menunjukkan mereka yang ada sekarang ini ada hubungan dengan kumpulan Zionism itu.

4. Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat bertanya kepada Perdana Menteri menyatakan secara lengkap:


(a) apakah jenayah yang dilakukan oleh seorang ahli Freemason, yang memerlukan ia bertaubat dan menjauhkan diri dari kumpulan itu; dan


(b) samada pihak yang berkenaan baru saja sedar berkenaan dengan jenayah-jenayah itu setelah selesai kajian dibuat

oleh Bahagian Ugama di Jabatan Perdana Menteri. Jika kesedaran itu telah lama diketahui mengapa baru sekarang orang ramai dinasihatkan supaya bertaubat dan menjauhkan diri dari pertubuhan itu.

Perdana Menteri:

Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab soalan (a), seseorang Islam yang memasuki pertubuhan Freemason akan melibatkan dirinya dalam perkara-perkara yang boleh merosakkan akidahnya sebagai orang Islam. Oleh yang demikian, ia adalah melakukan amalan yang menyalahi ajaran ugama Islam.

Mengenai soalan (b), Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam pada bulan Ogos tahun ini telah melantik sebuah jawatankuasa untuk mengkaji tentang kegiatan-kegiatan Freemason. Setelah menjalankan kajiannya, Jawatankuasa itu berpendapat bahawa kegiatan Freemason pada keseluruhannya adalah bertentangan dengan akidah Islam.

Selepas ada pengesahan dari Jawatankuasa itu, maka barulah orang-orang Islam dinasihatkan supaya menjauhkan diri dari pertubuhan itu, atau sekiranya telah melibatkan diri supaya menarik diri dan bertaubat.

Tuan Yang di-Pertua, molek juga saya mengambil kesempatan ini memberi keputusan-keputusan Jawatankuasa yang saya sebutkan itu. Berdasarkan kepada kajian yang teliti dan mendalam oleh Jawatankuasa itu mengenai Freemason, maka keputusannya adalah seperti berikut:


(1) Freemasonry adalah suatu kepercayaan yang berdasarkan ketuhanan.

(2) Ugama bagi Freemasonry adalah hak peribadi.

(3) Freemasonry tidak mengakui nama sebarang Tuhan tetapi mempercayai adanya suatu Kuasa iaitu Supreme Being.

(4) Konsep ketuhanan Freemasonry adalah berdasarkan konsep rubu-riak, iaitu mempercayai adanya Tuhan tetapi tidak mengikut syariat mana-mana ugama.

(5) Amalan dalam Freemasonry terbahagi dua. Pertamanya amalan upacara (ritual) dan kedua, amalan kemasyarakatan di antara ahli-ahli. Amalan upacara mengikut mereka adalah amalan berpunca dari adat-istiadat di zaman Nabi Allah Sulaiman seperti sewaktu bersumpah dengan berkaki ayam, menyinsing kaki seluar sebelah kanan, meletakan seutas tali di leher, menghunus pedang ke dada dan sebagainya. Amalan sosial ialah memberi pertolongan kepada ahli-ahlinya sahaja dengan menggunakan code rahsia atau pertolongan kepada sebarang pertubuhan yang difikirkan sesuai oleh mereka. Freemasonry juga mengadakan upacara perjumpaan yang berkala diantara ahli-ahlinya untuk meyakinkan ahli-ahlinya bahawa ajaran Freemasonry adalah yang paling tinggi mengatasi segala ajaran ugama.

(6) Matlamat Freemasonry mewujudkan satu fahaman yang dapat mengatasi segala konsep ugama yang bertujuan membentuk kekuasaan sejagat tanpa ugama yang tertentu.


Dengan berdasarkan kesimpulan di atas maka Jawatankuasa itu berpendapat bahawa Freemasonry pada keseluruhannya bertentangan dengan akidah Islam.



Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat:

Oleh kerana memandangkan bahawa Freemason itu begitu bahaya dan menyentuh akidah Islam, maka apakah satu cara bertaubat yang perlu diberikan kepada orang ramai supaya orang ramai sedar bahawa dengan cara bertaubat ini sahajalah ia akan bersih daripada dosa yang begitu besar?

Yang kedua, bagaimanakah pandangan Kerajaan bahawa terdapat di antara pemimpin-pemimpin tanahair kita khususnya pemimpin-pemimpin setengah-setengah badan dakwah yang menjadi ahli Freemason.

Perdana Menteri:

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan soalan pertama, Kerajaan telah menerangkan pendapat Jawatankuasa ini dan mana-mana ahli samada orang-orang dalam Kerajaan ataupun di luar Kerajaan, dengan keterangan yang diberi oleh Jawatankuasa yang saya sebutkan tadi iaitu pertubuhan Freemason itu adalah bersalahan dengan akidah ugama kita, maka itulah diminta kalau belum tercebur di dalamnya supaya jangan tercebur dan jika telah tercebur di dalamnya hendaklah bertaubat dan cara bertaubat itu kita mengikutlah cara yang biasa kita bertaubat.

Datuk Haji Abu Bakar bin Umar:

Soalan tambahan. Adakah Kerajaan bercadang untuk mengharamkan dari segi undang-undang terhadap pertubuhan Freemason yang ada di dalam negara kita sekarang?

Perdana Menteri:

Tuan Yang di-Pertua, masalah itu pun dikaji juga daripada segi undang-undang dan didapati tidak ada sebab-sebab yang boleh mengharamkan pertubuhan seperti ini, kerana yang dikatakan salah ini ialah salah daripada segi merosakkan akidah bagi orang Islam, tetapi bagi yang bukan Islam dia tidak menjadi soal dan tidak ada kelihatan sebab-sebab yang kita boleh mengharamkan dari segi undangundang pertubuhan ini.

Tuan Haji Mohd. Idris bin Haji Ibrahim:

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya hendak bertanya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di dalam kajian Jawatankuasa Bahagian Ugama mengenai masalah Freemason ini, dapatkah atau tidak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menjelaskan:

Pertama, sejauh manakah pengaruh Freemason ini wujud di dalam negara kita?

Kedua, berapa banyakkah orang-orang atau berapa ramaikah orang-orang yang betul-betul terlibat dalam gerakan Freemason ini?

Perdana Menteri
:


Tuan Yang di-Pertua, Freemason sudah wujud di negara kita selama 150 tahun mulai di Pulau Pinang dan tak ada bukti-bukti yang menunjukkan iaitu dengan tertubuhnya pertubuhan itu ia mengancam negara kita samada dari segi sosial ataupun keselamatan. Itulah yang saya katakan tadi tak ada sebab yang kita boleh mengharamkan pertubuhan itu dari segi undang-undang.

Berkenaan dengan bilangan orang-orang yang terlibat iaitu orang-orang Islam, saya tak dapatlah memberi butirnya dan saya berkehendakkan notis.

Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat:

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Kalau tak silap saya dalam bulan Julai yang lepas, satu jawapan diberi oleh pihak Kerajaan bahawa Freemason ini tidak ada hubungannya dengan Zionism tetapi daripada jawapan yang kita dengar hari ini timbul nama Nabi Allah Sulaiman yang dengan sendirinya ada hubungan dengan Yahudi. Soalnya manakah di antara satu jawapan yang boleh dipegang?

Tuan Yang di-Pertua:

Yang terbaru sekali, yang dahulu itu belum selesai lagi penyiasatan oleh Jawatankuasa yang berkenaan.

Perdana Menteri:

Tuan Yang di-Pertua, saya faham. Benarkan saya menjawab Sungguhpun ada asal usul berkaitan dengan Nabi Allah Sulaiman, apabila Ahli Yang Berhormat membangkitkan samada ada hubungan dengan Zionism dalam hubungan sekarang ahli-ahli Freemason tak ada bukti yang menunjukkan mereka yang ada sekarang ini ada hubungan dengan kumpulan Zionism itu.

Datuk Haji Abu Bakar bin Umar:

Soalan tambahan. Dalam kajian Jawatankuasa berkenaan Freemason ini dapatkah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menerangkan kepada Dewan ini kenapakah kalau kita tengok senarai ahli-ahli Freemason itu keseluruhannya terdiri daripada orang-orang besar, gajinya mahal ataupun negarawan pun ada dan tidak ada pula termasuk orang-orang yang kecil-kecil macam saya.

Tuan Yang di-Pertua:

Ini kecil badankah atau kecil apa?

Datuk Haji Abu Bakar bin Umar:

Pangkatnya besar. Kenapakah orang-orang yang mempunyai kedudukannya yang tinggi dalam masyarakat dan dalam mencari ahli tak mahu pula mengambil ahli yang tidak ada kedudukan dalam masyarakat.

Perdana Menteri:

Itu wallahualam bissawab (Ketawa).

Tuan Haji Mohd. Idris bin Haji Ibrahim:

Soalan tambahan. Saya hendak bertanya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengikut kajian kita tahu Freemason telah wujud dalam negara kita lebih dari 100 tahun, setakat pengetahuan dalam kajian, adakah pergerakan ini pernah mengancam keselamatan negara dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua:

Sudah dijawab oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tadi.

Tuan Mohd. Nakhai bin Haji Ahmad:

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Oleh kerana di dalam Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah menasihatkan angkatan muda supaya jangan mudah terpengaruh dengan fahaman asing yang menyekat kebebasan, tidakkah menerusi pergerakan Freemason ini dapat dijadikan oleh setengah golongan sebagai saluran untuk menyebarkan fahaman asing yang berbahaya itu? Kedua, tidakkah Kerajaan mencurigai bahawa dengan mempengaruhi orang-orang atasan sebagai anggotanya, ini boleh menimbulkan ataupun boleh mempengaruhi dan dapat dijadikan saluran untuk mempengaruhi pentadbiran dan dasar-dasar dalam negeri walaupun dengan secara tidak langsung.

Perdana Menteri:

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan soalan pertama, saya katakan tak ada bukti yang menunjukkan iaitu pertubuhan ini ada pengaruhnya dan boleh mendakyah atau influence dasar luar atau polisi luar negeri di dalam negara kita.

Berkenaan dengan ahli-ahlinya, kita juga tak ada bukti yang menunjukkan ahli-ahli ini adalah terpengaruh sampai boleh terkeluar daripada tanggungjawab dan taat setianya kepada negara kita ketika dia menjalankan tugasnya. tidak ada. Jikalau ada, tentu tindakan akan diambil atas seseorang itu, bukan atas pertubuhan itu.

Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat:

Bolehkah pihak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bersetuju dengan saya bahawa bila seseorang berkeyakinan bahawa tidak ada Tuhan yang bernama Allah bahkan Tuhan itu begitu sahaja—self-free, maka kita berkeyakinan ini boleh mempengaruhi hidupnya dan hidup orang yang di bawahnya dengan cara menyiarkan fahaman atheist atau fahaman ilhak, free thinker dan sebagainya.


Tuan Yang di-Pertua:

Ini soalan Tauhid. Mengikut Standing Order 23 (i) tak bolehlah tanya fikiran. Saya bacakan:

"Sesuatu pertanyaan tidak boleh dikeluarkan dengan tujuan hendak mendapatkan buah fikiran " dan panjang lagi. Saya bacakan setakat itu.

Puan Shariffah Dorah binti Mohammed:

Soalan tambahan. Bolehkah Yang Amat Berhormat. Perdana Menteri menerangkan bahawa adakah benar Lions Club dan Rotary Club ini di mana tempat kegiatan Freemason ini berselindung?

Tuan Yang di-Pertua: "Ini sudah terkeluar daripada Freemason. Rotary Club dan Lions Club sudah berlainan."


Tuan Yang di-Pertua:

Ini sudah terkeluar daripada Freemason. Rotary Club dan Lions Club sudah berlainan.

~TAMAT~

Read more!(Selanjutnya)

Wednesday, September 19, 2012

Senarai Dosa2 Besar yang Dihalalkan UMNO

Sudah lebih 20 tahun kita asyik dengar orang bercakap pasal keruntuhan akhlak di kalangan umat Islam dan Melayu. Di bawah ni mungkin dapat menjawab mengapa akhlak Melayu runtuh dan hancur.

Mana tak hancur, kalau pemimpin2 orang Melayu sendiri jadi agen peruntuh akhlak

Lantaran itu, saya terpanggil menulis senarai beberapa dosa besar yang di halal kan oleh UMNO. Semoga senarai ini dapat menyedarkan ahli-ahli dan aktivis-aktivis PAS betapa jahilnya pemikiran sedemikian rupa.
 
a. QAZAF : UMNO secara terbuka menuduh Dato Seri Anwar Ibrahim meliwat tanpa membawa 4 saksi yang utama. Sehingga hari ini perbuatan ini tidak pernah dihentikan atau ditegur oleh kepimpinan-kepimpinan UMNO seluruhnya termasuk mufti kegemaran mereka, Harussani Zakaria (yang tak fasih cakap Arab).

b. JUDI : UMNO sejak penubuhan telah meluluskan “Loteri UMNO” yang telah dijual dan dijadikan aktiviti ekonomi untuk UMNO. Yang terbaru adalah Najib Tun Razak meluluskan lagi 10 lesen “Special Draw”/Judi tidak berapa lama dahulu. Dengan kata lain, aktiviti-aktiviti judi ini sudah menjadi darah daging UMNO dan mereka tidak melihat akviti ini sebagai haram.


c. ARAK : UMNO yang mendokong polisi “menjual arak untuk keuntungan”. Dalam negara-negara Scandinavia, yang tiada peruntukan “Islam sebagai Agama Persekutuan” dalam perlembagaan mereka, arak tidak diizinkan dijual untuk tujuan mencari keuntungan. Arak hanya dibenarkan dijual hanya untuk memenuhi keperluan dalam negeri semata-mata.

Di Malaysia, UMNO menyokong penjualan arak untuk tujuan keuntungan sehingga saham-saham Calrsberg dan Guiness-Anchor adalah antara saham kualiti tinggi (“blue-chip”) di KLSE.

Begitu semangat UMNO menyokong aktiviti arak di Malaysia sehingga ada 3 orang Melayu duduk di dalam LEmbaga Pengarah Calrsberg dan 2 orang Melayu duduk dalam lembaga Pengarah Guiness-Anchor. Sepatutnya, Kementrian Kewangan boleh campur tangan menghalang perlantikan ini, tapi UMNO membiarkannya sahaja. Mengapa? Kerana industri arak ni halal bagi UMNO.

d. PENOLAKAN HUKUM SYARIAH ISLAM: Tak payah komen la. Sampai hari ni, UMNO tidak mahu mengubah Perlembagaan Malaysia membenarkan hukum Syariah Islam dijalankan dengan sepenuhnya di Kelantan dan Terengganu.

Menarik untuk disebut: dalam forum di Kelantan baru-baru ini, wakil UMNO telah mencabar PAS untuk membentangkan “Private Bill” bagi memudahkan perjalanan hukum Syariah. Ustaz Nik Amar menjawab, wakil UMNO itu tak pernah masuk Parlimen. Maka dia tak tau.

Setiap “Private Bill” harus mendapat lampu hijau dari Menteri yang bertanggungjawab (dalam isu hukum Islam, Menteri tersebut adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri – Zahid Hamidi).

Setakat ini, UMNO tidak pernah bagi apa-apa lampu hijau untuk mana-mana Undang-Undang seperti ini dibenarkan.

Pokoknya mudah. Kalau UMNO sanggup menyokong hukum Islam terlaksana di Malaysia, siapa yang boleh menghalang? DAP pun takkan menentang kerana pada waktu itu, MCA pun terpaksa sokong hukum Islam. Lebih2 lagi hukum Islam hanya tertakluk kepada orang2 Islam sahaja.

Tak jadi isu walau sedikit pun. Isunya adalah UMNO MENOLAK HUKUM SYARIAH ISLAM

e. FITNAH : Agen fitnah UMNO adlaah media-media mereka i.e. Utusan Meloya, Berita Hairan, TV3 Suku dsbnya. Dah berapa kali diorang ni kena saman. Baru2 ni Sdr Mahfuz sendiri menang saman terhadap media2 milik UMNO ini. Namun UMNO tetap meneruskan aktiviti memfitnah dan menista mereka terhadap sesama Islam

Secara pribadi, saya telah berhenti membaca dan mempercayai Utusan Meloya dan Berita Hairan semenjak peristiwa Memali lagi. Sah PENIPU dan PEMBOHONG.

f. PENIPU : Tak payah komen la. Benda yang maklum

g. KORUPSI : Lagi tak payah komen. Dalam UMNO sekarang ni, sapa tak korupsi tu yang dipandang serong. Sedangkan korupsi ni HARAM mengikut IJMAK ULAMA. Tapi, bagi UMNO, makan duit haram tu tak jadi masaalah. Dalam UMNO ni, hanya BABI sahaja yang haram. Yang lain, kao bedal la

h. SIHIR : Rujuk kes Mona Fendi. Tanya la sesiapa sahaja dalam UMNO pasal amalan sihir dalam UMNO. Semua akan akui betapa meluasnya amalan sihir dalam UMNO.

i. BEKERJASAMA DENGAN MUSUH ISLAM :Rujuk artikel saya berkenaan Ucapan Najib Tun Razak di Heritage Foundation di mana Dato Najib berbangga membantu usaha Amerika dalam memerangi “keganasan” (Baca: memerangi Islam).

Sebagai penutup, janganlah termakan dengan kata-kata seperti “Bekerja dengan UMNO lebih Syariee berbanding dengan DAP”. Perkataan macam ini datang dari ulama-ulama yang menjual agama untuk kepentingan dunia. Bukan datang dari ulama yang “mukhliseen”.

Apa bezanya DAP dengan UMNO? Yang saya tahu seorang pemimpin DAP terpaksa merengkok dalam penjara kerana mempertahankan seorang gadis yang diperkosa salah seorang pemimpin UMNO. Itu sahaja.

TULANG BESI>
Read more!(Selanjutnya)

Tuesday, September 18, 2012

Najib Menggalakkan Judi di Malaysia

Baru sebulan jadi Menteri Kewangan, perkara pertama beliau buat adalah meluluskan 10 lesen "Special Draw:

BERNAMA pula telah melaporkan ucapan Najib sewaktu melawat mendiang Lim Goh Tong. Najib dilaporkan berkata:
"Mendiang merupakan contoh unggul bagi seseorang yang datang ke sini tanpa apa-apa tetapi menerusi azam yang kuat dan prinsip dan nilai yang teguh, beliau mampu mencipta kejayaan besar dan menjadi satu warisan.

"Bukan sahaja membangunkan perusahaan yang akhirnya menjadi konglomerat terkemuka antarabangsa, tetapi mendiang telah mewajudkan satu warisan di sini di Genting (Highlands)," katanya kepada pemberita selepas memberikan penghormatan terakhir kepada hartawan itu di kediamannya di Gohtong Villa
Lepas tu Najib telah meluluskan Judi Bola untuk Tokeh Judi, Vincent Tan. "Revenue" yang dianggarkan didapati dari Judi Bola ini maksima RM1.7 billion sehari sepanjang Piala Dunia.
Maka, saya rasa Najib Tun Razak paling layak digelar sebagai Bapa Judi Malaysia. Baru dua tahun jadi PM, dah macam-macam aktiviti judi dia perkembangkan.

Kita jangan lupa judi ini bukan sahaja diharamkan oleh Islam tapi semua agama dalam dunia.

Tak heranlah orang2 Melayu Islam kita yang pakai tudung pun berjudi:


Kalau Najib terus menerus jadi PM siap sedialah anak cucu kita kelak jadi taik2 judi

Tulang Besi
Read more!(Selanjutnya)

Anwar Agen IMF kerana Menolak Selamatkan Kroni2 Mahathir

Semua orang maklum, pada tahun 1997, semua kroni2 UMNO dan Mahathir (termasuk anak Mahathir sendiri) mengalami kerugian yang dahsyat. Ramai kroni2 Mahathir telah berada diambang bangkrupsi termasuk lah anak Mahathir sendiri, si Mirzan. 

Sebelum krisis 1997, kroni2 ini sebuk membahagi2 kekayaan negara sesama mereka. Sedikit pun rakyat Malaysia tidak merasai nikmat keuntungan yang dirasai oleh kroni2 ini. Namun, selepas mereka mengalami kerugian yang dahsyat pada tahun 1997, mereka telah merangkak dan menyembah kerajaan Malaysia untuk menyelamatkan mereka dari kerugian dan bangkrupsi. 

Dengan kata lain, waktu senang mereka lupakan rakyat. Waktu susah, mereka suruh rakyat selamatkan mereka. Inilah rahsia di sebalik kejayaan tokoh2 korporat Malaysia. Syabas!!!

Sebagai contoh ‘bail-out”-bantuan luar biasa kerajaan ini adalah anak Mahathir, Mirzan, yang pada masa itu mengalami kerugian yang dahsyat kerana saham syarikat beliau, Konsortium Perkapalan Berhad (KPB), jatuh menjunam. 

Maka, Mahathir telah mengarahkan Petronas membeli KPB dengan harga RM1.8billion walaupun adalah jauh lebih murah bagi Petronas untuk membeli KPB pada harga pasaran. Namun, Petronas terpaksa membazir wang rakyat hanya kerana ia adalah kemahuan Dr Mahathir Muhammad Iskandar Kutty. Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan adalah antara yang menentang usaha ini. 

Sepanjang Anwar menjadi Menteri Kewangan, Malaysia telah berjaya membayar balik hutang negara serta mencatatkan lebihan di dalam bajet negara. Semua ini adalah hasil dari sikap dan tindakan beliau yang berjimat cermat dan bersih di dalam pentadbiran. 

Penentangan Anwar telah membawa kepada kemarahan Dr Mahathir. Sikap Anwar yg tidak mahu melibatkan wang rakyat di dalam menyelamatkan syarikat2 kroni Mahathir ini mendapat pujian seluruh dunia terutamanya IMF. 

Prestasi Anwar sebagai Menteri Kewangan juga mendapat pujian yang melangit dari seluruh badan2 dunia yang bersangkut paut dengan kewangan negara2. 

Maka, Dr Mahathir telah menggunakan peluang ini dengan melabel Anwar sebagai agen IMF. Kononnya IMF mahu menghapuskan kemerdekaan negara. Padahal, kalau betul2 benci pada IMF, sepatutnya Malaysia keluar dari menjadi negara anggota IMF. Tapi, sehingga hari ini Malaysia kekal sebagai negara anggota IMF.

Faktor sebenar label agen IMF dikenakan ke atas Anwar adalah percubaan Anwar menghalang wang rakyat dari digunakan untuk menyelamatkan kroni2 Mahathir ini. 

Dan tindakan Anwar yang paling dibenci oleh Mahathir adalah apabila Anwar cuba menghalang wang Petronas dari digunakan untuk menyelamatkan Mirzan. 

Segala fitnah yang dirancang dan dilancarkan terhadap Anwar adalah bertitik tolak dari tindakan Anwar untuk menghalang Petronas dari menyelamatkan Mirzan. 

Harap kesemua pembaca dapat sedar siapakah sebenarnya agen asing di sini 

TULANG BESI
Read more!(Selanjutnya)

Monday, September 17, 2012

UMNO Telah Halalkan Judi Semenjak Penubuhannya Lagi

Tahukah anda bahawa antara projek ekonomi UMNO yang pertama adalah “LOTERI UMNO 1951”. Sila rujuk surat di bawah untuk melihat bukti sejarah : 

KLIK IMEJ
HASILNYA, Judi sudah jadi sebahagian dari budaya orang Melayu di Malaysia. Sebelum UMNO, judi adalah asing kepada orang2 Melayu Islam. Akibat dari tarbiyyah UMNO, judi dah jadi amalan dan budaya orang Melayu Islam sekarang ini.

Suka juga Tulang Besi ingatkan judi ini bukan sahaja diharamkan oleh agama Islam tetapi diharamkan oleh SEMUA AGAMA DALAM DUNIA. Tapi selamba je UMNO halalkan di Malaysia. Jadi tak heranlah sekarang ni gambar2 seperti ini keluar di alam siber:
1) Ada makcik pakai tudung ditangkap gambar sedang beratur untuk beli tiket judi : Pakai Tudung tapi Berjudi 2) Seorang Melayu pakai baju Melayu tapi pegi beli tiket judi:




















Perlu juga Tulang Besi memberi beberapa maklumat berkaitan rekod UMNO dalam memupuk industri judi:
1) Di bawah pemerintahan Dr Mahathir/Daim, judi telah diswastakan serta ditambah lesen dari dua kepada 11.
2) UMNO telah memberi sebuah gunung kepada Lim Goh Tong untuk membina sebuah kasino sedangkan pada masa itu, Singapore dan negeri China mengharamkan kasino sama sekali.
3) Perkara pertama yang dilakukan oleh Najib sewaktu menjawat jawatan Menteri Kewangan adalah meluluskan 10 lesen “Lucky Draw” yang baru.
4) Pada tahun 1988, Pegawai Daerah Hulu Langat telah ditukar secara mendadak kerana beliau telah menutup semua kedai judi di dalam daerah Hulu Langat
5) Antara perkara terakhir yang dilakukan oleh Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri adalah meluluskan lesen judi bola kepada Vincent Tan
6) Najib Tun Razak telah menganugerahkan lesen judi bola kepada Vinsetan sekali lagi sempena Piala Dunia: Tahniah Najib Luluskan Lesen Judi Bola
7) Kalau ikut Raja Petra Kamaruddin, semua syarikat judi di Malaysia adalah milik UMNO. Nama2 seperti Vinsetan dan Ananda Krishnan hanyalah proksi kepada UMNO semata-mata. Kalau UMNO jatuh, rahsia2 ini akan terbongkar dan UMNO akan hilang sokongan orang Islam buat selama-lamanya
KESIMPULAN
Selepas ni masih adakah orang Melayu Islam yang mahu menyokong UMNO lagi? Kalau saudara/ri tidak beriman dengan Allah dan Rasul, silalah terus sokong UMNO 
TULANG BESI
Read more!(Selanjutnya)

13 Mei Salah Siapa? UMNO atau DAP?

Heboh sekarang ini isu filem "Tanda Putera" yang berkaitan 13 Mei. Orang bodoh pun boleh nampak bahawa filem tersebut adalah bertujuan memburukkan DAP supaya orang Melayu tidak mengundi Pakatan Rakyat.

Namun, adakah DAP begitu kuat dan berpengaruh sehingga mampu mengerah orang Melayu dan CIna berperang sesama sendiri? Hebat sungguh DAP ni ye.

Hakikatnya, peristiwa 13 Mei ini adalah berpunca dari keadaan ekonomi orang Melayu di bandar2 yang begitu melarat dan tertindas. Dicampur dengan sikap UMNO yang tidak mengendahkan kesengsaraan orang Melayu di bandar-bandar.

Saya ada membaca sebuah artikel yang kemungkinan ditulis untuk sebuah jurnal yang membincangkan hal ehwal ekonomi orang Melayu di Malaysia. Saya rasa artikel ini amat jitu dan tepat di dalam menerangkan kenapa orang Melayu masih jauh ketinggalan dalam ekonomi Malaysia walaupun DEB telah berjalan lebih 30 tahun.

Saya nukil:
After independence in 1957, while the Malaysian Constitution did stress that the socio-economic development of the Malay was to be promoted, active government intervention in the economy to help the Malay was not implemented immediately.

The ruling Alliance government continued the laissez-faire economic policy of the colonial government. The laissez-faire approach nevertheless resulted in rapid economic growth.
Real GDP growth rate was 4.1% in 1956-1960 period, 5.0% in the
1961-1965 period and 5.4% in the 1966-70 (Bank Negara 1994, p.4). However, despite the rapid growth, the trickle down process did not appear to work as expected.

Towards the end of 1960s, about half the population was living under poverty as indicated in the incidence of poverty (see Table III.1).
Ini bererti selama 12 tahun selepas Merdeka, ekonomi Malaysia telah membangun amat pesat sekali.

Namun, UMNO telah tidak membuat apa-apa usaha untuk membangunkan ekonomi orang Melayu. Tiada usaha serius membantu orang Melayu dengan meningkatkan taraf pendidikan mereka, taraf ekonomi mereka, taraf kebolehan mereka, latihan kepada orang Melayu dan sebagainya.

Selepas merdeka UMNO telah meneruskan dasar ekonomi peninggalan penjajah, yakni “laissez-faire” yang secara otomatik telah meminggirkan orang Melayu itu sendiri. Itu adalah sebab utama orang Melayu hidup miskin dan melarat sebelum 1969. Bukan sebab orang Cina.

Dalam keadaan ekonomi Persekutuan Tanah Melayu sentiasa berkembang dan tidak mengalami apa-apa kemelesetan sepanjang 12 tahun pemerintahan Perikatan/UMNO pada masa itu.

UMNO kekal sebagai parti “feudal” selepas Merdeka. Jadi, mereka tak nampak keperluan untuk membangunkan orang Melayu. Lebih-lebih lagi

Melayu Jadi Miskin dan Melarat Sebelum 1969 Bukan Sebab Orang Cina tapi Sebab Kelemahan UMNO yang Ketara

Orang Cina sebelum 1969 ada yang kaya dan ramai yang miskin dan melarat. Sampai ke tahap ada di antara mereka yang menyerahkan anak-anak mereka untuk menjadi anak angkat kepada orang Melayu. Kita dah lupa ke? Dalam keluarga saya sendiri ada anak-anak angkat dari keluarga Cina yang diserahkan kepada keluarga saya untuk dibela.
Malahan, rupa-rupanya kejayaan orang Cina dalam ekonomi Malaysia pada masa itu bukan kerana orang Cina ada konspirasi untuk menindas serta menjatuhkan orang Melayu. Orang Cina lebih maju dalam ekonomi kerana mereka rata-rata terlibat dalam sektor ekonomi yang moden dan berproduktiviti tinggi:
“The professional, technical, sales and managerial jobs were predominantly held by the Chinese, while about three-quarter of the Malays were agricultural workers mostly involved in small, subsistence farming and fishing activities (Klitgaard and Katz, 1983: p. 335). Thus, not only were the Malays found to be poor, but also they were primarily associated with agriculture, a low productivity sector. On the other hand, the non-Malays were associated with mining,manufacturing and construction, a high productivity sector.”












 


Jelas sepanjang 12 tahun pemerintahan UMNO itu, tiada usaha yang serius dari UMNO untuk membangunkan orang Melayu. Orang Melayu menunggu janji-janji UMNO seperti menunggu buah tak jatuh.

Macamana nak berharap pada UMNO sedangkan pemimpin-pemimpin UMNO pada masa itu berlagak lebih British dari British. Mereka tak perlu fikirkan pasal orang Melayu kerana mentaliti feudal mengajar mereka bahawa majoriti orang Melayu sepatutnya tunduk kepada tuan-tuan feudal mereka, yakni pemimpin-pemimpin UMNO.

Maka, apabila kemarahan orang Melayu memuncak, majoriti Melayu telah menolak UMNO dalam pilihanraya 1969. UMNO hilang 2/3 kerusi Parlimen dan hilang beberapa negeri. Dato’ Harun Idris sendiri berada dalam keadaan kritikal

Peristiwa 13 Mei 1969 dicipta bagi menyelamatkan kerajaan UMNO. Majlis Gerakan Negara ditubuhkan dan Timbalan Perdana Menteri, Tun Razak, menjadi ketua MAGERAN. Tunku Abdul Rahman telah dipinggirkan dan tak lama dari itu Tunku letak jawatan.

Kesan Kekalahan 1969 Kepada UMNO

Kesan utama kekalahan mereka 1969 adalah UMNO mula menyedari orang Melayu boleh berfikir dan sudah mula keluar dari kepompong feudal. Maka, mereka terpaksa mengambil langkah drastik untuk mengekalkan pemerintahan mereka dan mengembalikan keyakinan orang Melayu terhadap mereka.

Maka, langkah utama yang mereka ambil untuk mengembalikan keyakinan orang Melayu terhadap mereka adalah menubuhkan kerajaan bersama dengan PAS. PAS adalah alat utama UMNO di dalam mengembalikan keyakinan orang Melayu kepada UMNO.

Dan, kemasukan PAS juga adalah berdasarkan janji-janji Tun Razak untuk melaksanakan program-program yang membantu menaikkan taraf socio-ekonomi orang Melayu. Maka, masuklah PAS dalam kelambu UMNO.

Cumanya, lepas 3 tahun, apabila UMNO sudah 100% yakin tahap sokongan terhadap mereka telah kembali, maka diciptalah situasi yang telah menyebabkan PAS ditendang.

Membangun Ekonomi Orang Melayu Bukan Agenda UMNO

Ertinya, UMNO tidak pernah menjadikan agenda membangun orang Melayu sebagai agenda utama mereka. Tindakan mereka memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru adalah atas dasar mahu mengekalkan kuasa mereka semata-mata dan bukannya niat mereka hendak membantu ekonomi orang Melayu sangat.

Tujuan UMNO adalah semata-mata untuk menjaga kepentingan ekonomi kaum elit orang Melayu (yang lebih dikenali sebagai UMNOPUTRA).

Ini kerana sepanjang 1957 sehingga 1970, keadaan ekonomi majoriti orang Melayu semakin melarat. Namun, kalangan yang kaya dalam kelompok Melayu telah menjadi semakin kaya dan semakin kaya. Sila lihat carta di bawah:



















Sehingga ke saat ini, jurang antara yang kaya dan miskin di kalangan orang Melayu SEMAKIN MENINGGI walaupun ada program DEB.

Ini bererti, walaupun UMNO memperkenalkan DEB, ia cuma wayang sahaja. UMNO masih mengekalkan polisi utama mereka, yakni mengkayakan UMNOPUTRA dan elit-elit Melayu.

Tidak dinafikan DEB banyak membantu orang Melayu, tetapi kenapa pada hari ini ramai orang Melayu yang mengeluh? Malahan, ramai yang sanggup meninggalkan tanahair untuk bekerja di luar. Mengapa?

Jawapannya adalah kerana DEB telah ditukar untuk menjadi sebuah program untuk mengkayakan UMNOPUTRA. UMNOPUTRA ini ada berbagai bentuk, tapi bentuk yang biasa kita jumpa adalah kontraktor2 Orang Kuat UMNO (OKU).

 Dan ada lagi jeghaung2 di atas mereka yang mengaut kekayaan negara atas nama DEB dan membiarkan orang Melayu yang tidak berkemampuan hidup susah dan melarat.

Maka, dari kontraktor2 OKU ini dapatlah kita hasil seperti ini:















dan ini:

















Boleh baca di sini.

Mereka yang tak layak terima kontrak dan projek tapi diberikan juga sebab koneksi mereka dengan UMNO. Semua kerana mahu mengkayakan UMNOPUTRA atau ELIT-ELIT MELAYU.

Kegagalan UMNO Yang Sepatutnya Telah Membunuh UMNO

UMNO ni sepatutnya dah mati lama dah. Selepas 1969 sepatutnya UMNO sudah kita kuburkan. Mereka adalah parti nasionalis sekular yang bertujuan untuk menjaga kepentingan tuan-tuan feudal Melayu serta meneruskan polisi serta program ekonomi penjajah British.

Tapi, PAS telah datang menyelamatkan UMNO dan memberi nafas baru kepada UMNO selepas 1969. Sedih saya.

Marilah kita orang Melayu keluar dari kepompong ekonomi UMNO. Selagi orang Melayu duduk bawah UMNO selagi itu orang Melayu akan hidup untuk mengkayakan UMNOPUTRA dan elit-elit Melayu tajaan UMNO.

Nama kata nak bangunkan orang Melayu menjadi bangsa yang berdaya saing, moden, berwawasan jauh hanya boleh dilakukan kiranya orang Melayu menghumban UMNO ke Laut Cina Selatan. Selagi kita duduk bawah UMNO, selagi itu kita hamba UMNOPUTRA.

Saya berharap Dr Mahathir membaca artikel saya ini dan memberi sokongan beliau kepada artikel saya.

Tulang Besi

ps Kepada yang berminat untuk membaca artikel jurnal karangan AH Roslan ini, bolehlah muat turun artikel tersebut dengan klik di sini.

pps saya tak percaya orang Melayu malas. Pada yang tidak pernah bersawah dan bertani jangan mudah-mudah tuduh orang Melayu malas. Cubalah bersawah dulu baru tahu malas tak malas.

ppps Saya masih tak boleh lupa raut muka N. Gobalakrishnan bila saya bagitau dia yang pendapatan per kapita orang India di Malaysia lebih tinggi dari orang Melayu. Oleh sebab itu, dia kena belanja saya teh tarik




Read more!(Selanjutnya)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...