Too bad for UMNO, Islam is not just words but requires actions as well. Not too long ago, the DAP out-islamize UMNO by resisting UMNO's approval of the football betting license to Vincent Tan.
TULANG BESI
malaysiawaves@rocketmail.com Blog yang diilhamkan oleh Allah SWT kepada saya demi memperjuangkan kebenaran, keadilan dan kesaksamaan, selaras dengan wahyu Ilahi
KENYATAAN DARI SU POLITIK MB SELANGOR
Koordinator Barisan Nasional Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed seolah-olah cuba mendedahkan pekung Umno BN apabila menuduh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor gagal menangani isu perumahan yang didakwa akan menyebabkan masalah setinggan berulang.
Kita mempersoalkan kenyataan ini kerana Mohd Zin tidak memberi bukti kukuh walaupun beliau mendakwa BN Selangor ada membuat kajian tentang isu ini. Justeru, kita minta rakyat Selangor agar jangan mudah terpedaya dengan tipu muslihat ini yang semata-mata mahu menjejaskan nama baik kerajaan negeri Pakatan Rakyat.
Mohd Zin membuat tuduhan ini kerana beliau gusar dan iri hati dengan kejayaan-kejayaan Kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat dalam menyediakan perumahan untuk rakyat terutama kepada golongan berpendapatan rendah sehinggakan kerajaan Persekutuan terpaksa meniru seperti projek rumah mampu milik.
Umno BN Selangor terlalu bangga dengan Program Setinggan Sifar di bawah mantan Menteri Besar, Dr Mohd Khir Toyo tetapi hakikatnya program berkenaan tidak berjaya malah menimbulkan banyak masalah lain seperti kemudahan awam yang tidak lengkap, bumbung bocor, paip tersumbat, lif sentiasa rosak, bangunan usang, kemudahan jalan yang dibuat tergesa-gesa selain masalah sosial kerana suasana kediaman yang tidak selesa.
Dasar Setinggan Sifar itu tidak berniat untuk menyelesaikan masalah perumahan rakyat berpendapatan rendah di Negeri Selangor tetapi ia lebih merupakan satu kempen untuk membantu pemaju kaya yang mahu merampas tanah yang didiami dan diusahakan oleh peneroka bandar sejak beberapa dekad lalu.
Peneroka bandar ini dihalau dan rumah mereka dirobohkan tetapi rumah transit tidak disediakan secukupnya. Lebih malang lagi, rumah baharu yang dijanjikan terbengkalai kerana tiada perhatian oleh pihak kerajaan negeri pada waktu itu.
Contohnya Projek Perumahan Rakyat Berembang Indah dan Sungai Sering di Ampang yang terbengkalai dan kita berjaya menyiapkan projek itu. Begitu juga dengan Projek Perumahan Rakyat di PJS1 di Petaling Jaya sehingga hari ini berdepan masalah kerana tiada perancangan rapi oleh kerajaan negeri pada waktu itu.
Kita juga berjaya membina 1,422 unit Projek Rumah Berkembar Bukit Botak di Selayang yang kini hampir siap 100 peratus. Penduduk Bukit Botak menunggu berpuluh tahun untuk rumah ini selepas ditabur janji kosong oleh kerajaan negeri Umno BN sejak 1985.
Kerajaan negeri Umno BN terlalu lemah dan tidak tegas menguatkuasakan undang-undang apabila pemaju yang gagal membayar premium tanah masih dibenar meneruskan projek perumahan dan akhirnya rakyat yang menanggung beban.
Ini berlaku terhadap projek Alam Perdana di Kuala Selangor dan Lestari Perdana di Seri Kembangan di mana pemaju gagal menukar status tanah dan membayar premium. Masalah ini akhirnya selesai selepas campur tangan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Jika Mohd Zin mendakwa kita tidak mengutamakan kepentingan rakyat, beliau sepatutnya malu dengan kenyataan itu kerana masalah-masalah rakyat ini hasil peninggalan pentadbiran tidak telus dan tidak amanah kerajaan negeri Umno BN.
Di bawah Pakatan Rakyat, kita telah berjaya menyiapkan 14,245 unit kediaman dan perniagaan terbengkalai yang ditinggalkan oleh BN. Kita juga telah membina 6,470 unit rumah kos rendah dalam tempoh empat tahun, sebanyak 12,481 unit dalam pembinaan dan 9,990 telah mendapat kelulusan pembinaan.
Kita juga membina Rumah Mampu Milik yang berharga kurang RM100,000 yang lebih murah berbanding rumah mampu milik yang dibina kerajaan Persekutuan atau PRIMA yang dijual sehingga RM300,000 seunit.
Projek rumah mampu milik pertama dibina oleh PKNS di Bandar Baru Bangi sebanyak 124 unit dan telah habis dijual manakala di Sg Long, Kajang sebanyak 136 unit masih dalam pembinaan.
Kita juga benarkan pemaju menukar projek kepada rumah mampu milik jika kawasan itu tidak sesuai dibina rumah kos rendah. Hampir 1,500 unit rumah mampu milik telah diluluskan pembinaannya tahun depan di Shah Alam, Klang, Damansara, Gombak dan Kajang.
PKNS juga merancang membina lebih banyak rumah mampu milik pada tahun hadapan iaitu Fasa 1 sebanyak 1,200 unit di Shah Alam, Gombak, Sepang, Kuala Selangor dan Hulu Selangor, manakala Fasa 2 sebanyak 9,000 unit antara tahun 2014-2018 di Shah Alam, Klang , Selayang dan Hulu Selangor.
Kita akan memastikan rumah kos rendah yang dibina PKNS serta Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dijual dengan harga tidak lebih RM42,000 seunit manakala rumah mampu milik tidak melebihi RM100,000 seunit.
Segala perancangan dan statistik ini menunjukkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat komited untuk memastikan setiap rakyat Selangor memiliki rumah yang selesa.
Umno BN perlu terima hakikat bahawa Pakatan Rakyat lebih baik dalam menangani isu perumahan untuk rakyat kerana kami bekerja untuk rakyat dengan telus dan bertanggungjawab bukan seperti sesetengah pemimpin Umno BN yang membolot kekayaan untuk kaum keluarga dan kroni.

![]() |
| Klik di sini untuk melihat keseluruhan manifesto BN 2008 |
"Kalau boikot McDonalds, maka perlulah kita boikot Facebook atau Intel juga"
1.0 Harakah telah mengecam Dr Hasan Ali dan Nasaruddin Mat Isa. Inilah hujjah pertama yang dibentangkan wakil Pemuda Wilayah, Kamaruzzaman Mohammad.
2.0 Harakah melebihkan berita Pakatan Rakyat berbanding berita dalam PAS sendiri
3.0 Harakah melaporkan berita-berita yang pro Syiah dan tidak berpihak kepada pemberontak Syria yang menentang Bashar Al Assad
4.0 Harakah juga dilihat akhbar yang sering mengambil berita-berita daripada blog-blog picisan, sumber yang tidak kuat dan artikel disalin bulat-bulat tanpa disunting.
5.0 Harakah menerbitkan beberapa artikel yang me"rugi" kan Jemaah (tanpa dinyatakan dengan jelas artikel yang mana satu serta bagaimana artikel itu merugikan PAS)
1.0 Kemarahan Pemuda ini sama seperti kemarahan HAsan Ali yang menuduh HArakah berat sebelah dan tidak mahu menyiarkan kenyataan2 beliau. Tampak jelas kemarahan Pemuda kepada HArakah adalah kerana HArakah tidak mahu jadi jumud seperti Pemuda PAS.
2.0 Hakikatnya, kemarahan Pemuda kepada Harakah bermula dengan sikap Harakah yang bermusuh dengan Hasan Ali dan Nasaruddin Mat Isa. Ia ditunjukkan sendiri dengan posting Timbalan Ketua Pemuda yang mengecam Harakah dalam Facebook berkaitan salah satu karikatur Harakah yang mengecam Nasaruddin Mat Isa Disember 2011
3.0 Semua kita maklum bahawa sewaktu Pemilihan PAS 2011, Dewan Pemuda PAS adalah penyokong kuat kepada Nasaruddin Mat Isa serta HAsan Ali. Walaupun demikian, sokongan Pemuda tidak mencukupi untuk menghalang kemenangan Abang Mat Sabu. Tak hairanlah Nik Abduh marah benar dgn karikatur mengecam Nasaruddin Mat Isa
4.0 Sehingga hari ini, tidak kedengaran suara lantang Pemuda PAS mengecam kelancangan Nasaruddin Mat Isa dan Hasan Ali? Soalnya sekarang mengapa Pemuda lebih berminat maki Harakah dan membiarkan Nasaruddin Mat Isa serta Hasan Ali memfitnah PAS? Padahal tindakan Hasan Ali dan Nasa itu jauh lebih merugikan jemaah berbanding Harakah.
5.0 Hakikatnya, Harakah bukan sahaja dibeli oleh ahli2 PAS tetapi juga rakyat umum yang tidak berparti. Maka, kandungan Harakah haruslah seimbang antara berita parti, berita Pakatan Rakyat serta berita umum. Kalau jualan Harakah merudum, adakah Pemuda mahu menampung kerugiannya? PEmuda PAS sendiri tak mampu naikkan gaji guru2 PASTI yang berada di bawah tanggungannya.
6.0 Pemuda PAS tidak harus bersikap bongkak dan sombong memandangkan rekod PEmuda PAS yang pro kepada agenda perpaduang dengan UMNO. Sepatutnya Pemuda PAS muhasabah diri dan menilai mengapa mereka mandum dan tidak mendapat sokongan dari golongan muda.
Perdana Menteri:
Tuan Yang di-Pertua, masalah itu pun dikaji juga daripada segi undang-undang dan didapati tidak ada sebab-sebab yang boleh mengharamkan pertubuhan seperti ini, kerana yang dikatakan salah ini ialah salah daripada segi merosakkan akidah bagi orang Islam, tetapi bagi yang bukan Islam dia tidak menjadi soal dan tidak ada kelihatan sebab-sebab yang kita boleh mengharamkan dari segi undang-undang pertubuhan ini.
PENYATA RASMI PARLIMEN
PARLIAMENTARY DEBATES
DEWAN RAKYAT
House of Representatives
PARLIMEN KELIMA
Fifth Parliament
PENGGAL PERTAMA
First Session
FREEMASON
Perdana Menteri: Tuan Yang di-Pertua, saya faham. Benarkan saya menjawab Sungguhpun ada asal usul berkaitan dengan Nabi Allah Sulaiman, apabila Ahli Yang Berhormat membangkitkan samada ada hubungan dengan Zionism dalam hubungan sekarang ahli-ahli Freemason tak ada bukti yang menunjukkan mereka yang ada sekarang ini ada hubungan dengan kumpulan Zionism itu.
4. Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat bertanya kepada Perdana Menteri menyatakan secara lengkap:
(a) apakah jenayah yang dilakukan oleh seorang ahli Freemason, yang memerlukan ia bertaubat dan menjauhkan diri dari kumpulan itu; dan
(b) samada pihak yang berkenaan baru saja sedar berkenaan dengan jenayah-jenayah itu setelah selesai kajian dibuat
oleh Bahagian Ugama di Jabatan Perdana Menteri. Jika kesedaran itu telah lama diketahui mengapa baru sekarang orang ramai dinasihatkan supaya bertaubat dan menjauhkan diri dari pertubuhan itu.
Perdana Menteri:
Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab soalan (a), seseorang Islam yang memasuki pertubuhan Freemason akan melibatkan dirinya dalam perkara-perkara yang boleh merosakkan akidahnya sebagai orang Islam. Oleh yang demikian, ia adalah melakukan amalan yang menyalahi ajaran ugama Islam.
Mengenai soalan (b), Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam pada bulan Ogos tahun ini telah melantik sebuah jawatankuasa untuk mengkaji tentang kegiatan-kegiatan Freemason. Setelah menjalankan kajiannya, Jawatankuasa itu berpendapat bahawa kegiatan Freemason pada keseluruhannya adalah bertentangan dengan akidah Islam.
Selepas ada pengesahan dari Jawatankuasa itu, maka barulah orang-orang Islam dinasihatkan supaya menjauhkan diri dari pertubuhan itu, atau sekiranya telah melibatkan diri supaya menarik diri dan bertaubat.
Tuan Yang di-Pertua, molek juga saya mengambil kesempatan ini memberi keputusan-keputusan Jawatankuasa yang saya sebutkan itu. Berdasarkan kepada kajian yang teliti dan mendalam oleh Jawatankuasa itu mengenai Freemason, maka keputusannya adalah seperti berikut:
(1) Freemasonry adalah suatu kepercayaan yang berdasarkan ketuhanan.
(2) Ugama bagi Freemasonry adalah hak peribadi.
(3) Freemasonry tidak mengakui nama sebarang Tuhan tetapi mempercayai adanya suatu Kuasa iaitu Supreme Being.
(4) Konsep ketuhanan Freemasonry adalah berdasarkan konsep rubu-riak, iaitu mempercayai adanya Tuhan tetapi tidak mengikut syariat mana-mana ugama.
(5) Amalan dalam Freemasonry terbahagi dua. Pertamanya amalan upacara (ritual) dan kedua, amalan kemasyarakatan di antara ahli-ahli. Amalan upacara mengikut mereka adalah amalan berpunca dari adat-istiadat di zaman Nabi Allah Sulaiman seperti sewaktu bersumpah dengan berkaki ayam, menyinsing kaki seluar sebelah kanan, meletakan seutas tali di leher, menghunus pedang ke dada dan sebagainya. Amalan sosial ialah memberi pertolongan kepada ahli-ahlinya sahaja dengan menggunakan code rahsia atau pertolongan kepada sebarang pertubuhan yang difikirkan sesuai oleh mereka. Freemasonry juga mengadakan upacara perjumpaan yang berkala diantara ahli-ahlinya untuk meyakinkan ahli-ahlinya bahawa ajaran Freemasonry adalah yang paling tinggi mengatasi segala ajaran ugama.
(6) Matlamat Freemasonry mewujudkan satu fahaman yang dapat mengatasi segala konsep ugama yang bertujuan membentuk kekuasaan sejagat tanpa ugama yang tertentu.
Dengan berdasarkan kesimpulan di atas maka Jawatankuasa itu berpendapat bahawa Freemasonry pada keseluruhannya bertentangan dengan akidah Islam.
Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat:
Oleh kerana memandangkan bahawa Freemason itu begitu bahaya dan menyentuh akidah Islam, maka apakah satu cara bertaubat yang perlu diberikan kepada orang ramai supaya orang ramai sedar bahawa dengan cara bertaubat ini sahajalah ia akan bersih daripada dosa yang begitu besar?
Yang kedua, bagaimanakah pandangan Kerajaan bahawa terdapat di antara pemimpin-pemimpin tanahair kita khususnya pemimpin-pemimpin setengah-setengah badan dakwah yang menjadi ahli Freemason.
Perdana Menteri:
Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan soalan pertama, Kerajaan telah menerangkan pendapat Jawatankuasa ini dan mana-mana ahli samada orang-orang dalam Kerajaan ataupun di luar Kerajaan, dengan keterangan yang diberi oleh Jawatankuasa yang saya sebutkan tadi iaitu pertubuhan Freemason itu adalah bersalahan dengan akidah ugama kita, maka itulah diminta kalau belum tercebur di dalamnya supaya jangan tercebur dan jika telah tercebur di dalamnya hendaklah bertaubat dan cara bertaubat itu kita mengikutlah cara yang biasa kita bertaubat.
Datuk Haji Abu Bakar bin Umar:
Soalan tambahan. Adakah Kerajaan bercadang untuk mengharamkan dari segi undang-undang terhadap pertubuhan Freemason yang ada di dalam negara kita sekarang?
Perdana Menteri:
Tuan Yang di-Pertua, masalah itu pun dikaji juga daripada segi undang-undang dan didapati tidak ada sebab-sebab yang boleh mengharamkan pertubuhan seperti ini, kerana yang dikatakan salah ini ialah salah daripada segi merosakkan akidah bagi orang Islam, tetapi bagi yang bukan Islam dia tidak menjadi soal dan tidak ada kelihatan sebab-sebab yang kita boleh mengharamkan dari segi undangundang pertubuhan ini.
Tuan Haji Mohd. Idris bin Haji Ibrahim:
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya hendak bertanya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di dalam kajian Jawatankuasa Bahagian Ugama mengenai masalah Freemason ini, dapatkah atau tidak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menjelaskan:
Pertama, sejauh manakah pengaruh Freemason ini wujud di dalam negara kita?
Kedua, berapa banyakkah orang-orang atau berapa ramaikah orang-orang yang betul-betul terlibat dalam gerakan Freemason ini?
Perdana Menteri:
Tuan Yang di-Pertua, Freemason sudah wujud di negara kita selama 150 tahun mulai di Pulau Pinang dan tak ada bukti-bukti yang menunjukkan iaitu dengan tertubuhnya pertubuhan itu ia mengancam negara kita samada dari segi sosial ataupun keselamatan. Itulah yang saya katakan tadi tak ada sebab yang kita boleh mengharamkan pertubuhan itu dari segi undang-undang.
Berkenaan dengan bilangan orang-orang yang terlibat iaitu orang-orang Islam, saya tak dapatlah memberi butirnya dan saya berkehendakkan notis.
Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat:
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Kalau tak silap saya dalam bulan Julai yang lepas, satu jawapan diberi oleh pihak Kerajaan bahawa Freemason ini tidak ada hubungannya dengan Zionism tetapi daripada jawapan yang kita dengar hari ini timbul nama Nabi Allah Sulaiman yang dengan sendirinya ada hubungan dengan Yahudi. Soalnya manakah di antara satu jawapan yang boleh dipegang?
Tuan Yang di-Pertua:
Yang terbaru sekali, yang dahulu itu belum selesai lagi penyiasatan oleh Jawatankuasa yang berkenaan.
Perdana Menteri:
Tuan Yang di-Pertua, saya faham. Benarkan saya menjawab Sungguhpun ada asal usul berkaitan dengan Nabi Allah Sulaiman, apabila Ahli Yang Berhormat membangkitkan samada ada hubungan dengan Zionism dalam hubungan sekarang ahli-ahli Freemason tak ada bukti yang menunjukkan mereka yang ada sekarang ini ada hubungan dengan kumpulan Zionism itu.
Datuk Haji Abu Bakar bin Umar:
Soalan tambahan. Dalam kajian Jawatankuasa berkenaan Freemason ini dapatkah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menerangkan kepada Dewan ini kenapakah kalau kita tengok senarai ahli-ahli Freemason itu keseluruhannya terdiri daripada orang-orang besar, gajinya mahal ataupun negarawan pun ada dan tidak ada pula termasuk orang-orang yang kecil-kecil macam saya.
Tuan Yang di-Pertua:
Ini kecil badankah atau kecil apa?
Datuk Haji Abu Bakar bin Umar:
Pangkatnya besar. Kenapakah orang-orang yang mempunyai kedudukannya yang tinggi dalam masyarakat dan dalam mencari ahli tak mahu pula mengambil ahli yang tidak ada kedudukan dalam masyarakat.
Perdana Menteri:
Itu wallahualam bissawab (Ketawa).
Tuan Haji Mohd. Idris bin Haji Ibrahim:
Soalan tambahan. Saya hendak bertanya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengikut kajian kita tahu Freemason telah wujud dalam negara kita lebih dari 100 tahun, setakat pengetahuan dalam kajian, adakah pergerakan ini pernah mengancam keselamatan negara dan sebagainya.
Tuan Yang di-Pertua:
Sudah dijawab oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tadi.
Tuan Mohd. Nakhai bin Haji Ahmad:
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Oleh kerana di dalam Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah menasihatkan angkatan muda supaya jangan mudah terpengaruh dengan fahaman asing yang menyekat kebebasan, tidakkah menerusi pergerakan Freemason ini dapat dijadikan oleh setengah golongan sebagai saluran untuk menyebarkan fahaman asing yang berbahaya itu? Kedua, tidakkah Kerajaan mencurigai bahawa dengan mempengaruhi orang-orang atasan sebagai anggotanya, ini boleh menimbulkan ataupun boleh mempengaruhi dan dapat dijadikan saluran untuk mempengaruhi pentadbiran dan dasar-dasar dalam negeri walaupun dengan secara tidak langsung.
Perdana Menteri:
Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan soalan pertama, saya katakan tak ada bukti yang menunjukkan iaitu pertubuhan ini ada pengaruhnya dan boleh mendakyah atau influence dasar luar atau polisi luar negeri di dalam negara kita.
Berkenaan dengan ahli-ahlinya, kita juga tak ada bukti yang menunjukkan ahli-ahli ini adalah terpengaruh sampai boleh terkeluar daripada tanggungjawab dan taat setianya kepada negara kita ketika dia menjalankan tugasnya. tidak ada. Jikalau ada, tentu tindakan akan diambil atas seseorang itu, bukan atas pertubuhan itu.
Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat:
Bolehkah pihak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bersetuju dengan saya bahawa bila seseorang berkeyakinan bahawa tidak ada Tuhan yang bernama Allah bahkan Tuhan itu begitu sahaja—self-free, maka kita berkeyakinan ini boleh mempengaruhi hidupnya dan hidup orang yang di bawahnya dengan cara menyiarkan fahaman atheist atau fahaman ilhak, free thinker dan sebagainya.
Tuan Yang di-Pertua:
Ini soalan Tauhid. Mengikut Standing Order 23 (i) tak bolehlah tanya fikiran. Saya bacakan:
"Sesuatu pertanyaan tidak boleh dikeluarkan dengan tujuan hendak mendapatkan buah fikiran " dan panjang lagi. Saya bacakan setakat itu.
Puan Shariffah Dorah binti Mohammed:
Soalan tambahan. Bolehkah Yang Amat Berhormat. Perdana Menteri menerangkan bahawa adakah benar Lions Club dan Rotary Club ini di mana tempat kegiatan Freemason ini berselindung?
Tuan Yang di-Pertua: "Ini sudah terkeluar daripada Freemason. Rotary Club dan Lions Club sudah berlainan."
Tuan Yang di-Pertua:
Ini sudah terkeluar daripada Freemason. Rotary Club dan Lions Club sudah berlainan.
~TAMAT~