Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Loading...

Sunday, December 30, 2012

Minta PAS Jangan Layan Isu Amanat Haji Hadi

Syukur alhamdulillah setakat ini tiada pemimpin PAS yang layan sangat provokasi bodoh dari UMNO berkaitan isu amanat ini.

Tulang Besi menyeru kepada Tuan Guru Haji Hadi supaya jangan melayan provokasi2 bodoh dari UMNO berkaitan isu ini.

Hakikatnya, berlakunya krisis dan sikap bermusuhan antara orang UMNO dan PAS pada tahun 1984-85 itu adalah lantaran dari peristiwa kejam MEMALI.

Ia tiada kena mengena dengan Amanat Haji Hadi ataupun mana2 dokumen dari PAS.

Sekiranya benar Haji Hadi bersalah dan mengkafirkan orang UMNO, maka dakwalah Haji Hadi di Mahkamah Syariah.

Saya juga menyeru Haji Hadi supaya jangan melayan tuntutan JAKIM. Juga, jangan menerima jemputan JAKIM untuk bertemu secara tertutup.

Apa2 pertemuan dgn badan2 UMNO mestilah dilakukan secara terbuka dan disiarkan secara terus menerus.

UMNO sekarang ini kesempitan.

Orang2 Melayu semakin hari semakin ramai meninggalkan UMNO. Mereka perlukan kesah dongeng seperti ini untuk mempertahankan orang2 Melayu yng masih menyokong mereka.

Biarkan UMNO terjun dengan labu-labu nya.

TULANG BESI
Read more!(Selanjutnya)

Friday, December 28, 2012

Antara Nama Allah dgn Izinkan Melayu Murtad

Seperti biasa media milik UMNO memainkan kenyataan Lim Guan Eng yang meminta kaum Kristian diizinkan menggunakan kalimah Allah.

Tulang Besi sendiri pernah bekerja di Mesir dan dalam ofis Tulang Besi dulu ramai kaum Kristian Qibti. Dalam email yang ditulis oleh boss Tulang Besi yang juga seorang Kristian bernama George Noshy seringkali beliau menggunakan perkataan Inshaalah dan Alhamdulillah.

Dan Tulang Besi lihat pekerja2 yang Islam di ofis Tulang Besi tu sikit pun tak heran. Malahan, Universiti Al Azhar pun sikit tak heran. Lebih dari itu ada professor2 Al Azhar yang faqih dalam ilmu islam berkahwin dengan perempuan Kristian Qibti ini tanpa perempuan itu menukar agama kepada Islam.

Ertinya isu kalimah Allah untuk orang Kristian ini isu yang dimainkan oleh UMNO untuk mendapat publisiti murahan. UMNO perlu menampilkan imej mereka membela Islam walaupun dua tiga tahun lepas mereka menaja judi bola.

Sepatutnya para mufti lebih kuat menentang kenyataan mantan Presiden UMNO, yakni Pak Lah, yang mengizinkan kaum Melayu murtad seperti di bawah:


Walaupun Kristian di Mesir bebas menggunakan kalimah Allah, namun tidak sekali-kali kaum Kristian Mesir ini berani menyeru umat Islam Mesir untuk murtad.

Namun, mantan Presiden UMNO kata takpa kalau orang Melayu jadi murtad.

TULANG BESI
Read more!(Selanjutnya)

Monday, December 24, 2012

Video Keganasan UMNO Terhadap Rombongan ANAK


Saudara/ri saksikan sendiri betapa tidak bertamadunnya pendokong2 UMNO ini.

Read more!(Selanjutnya)

Kalau ikut UMNO, Hudud Tak Sesuai Sampai Kiamat

Hasil dari isu hudud tempohari, puak2 UMNO berada dalam kepanasan. Tujuan asalnya mahu memaksa PAS mengaku meninggalkan hudud, akhirnya menjadi senjata makan tuan bila ramai warga net bertanya kepada UMNO bilakah mereka sendiri mahu melakasanakan hudud.

Keadaan menjadi lebih buruk bagi UMNO apabila Presiden UMNO sendiri menolak perlaksanaan hukum hudud sama sekali dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh TV3, dimana Najib terus terang berkata:

Undang-undang Hudud, kita tidak akan laksanakan


 
Alasan yang Najib gunakan adalah "kalau kita hendak laksanakan mestilah berpaksi pada realiti" Ertinya, alasan yg digunakan oleh Najib dan UMNO alasan rapuh kerana realiti sekarang tidak menghalang perlaksanaan hukum hudud mahupun hukum syariah sama sekali. 
Masakan parti yang halalkan judi dan arak akan melaksanakan hudud. 
UMNO mengaku mereka adalah penghalang kepada perlaksanaan hukum hudud di Malaysia ini. 
Juak2 mereka di alam maya berhempas pulas mempertahankan pendapat Najib ini. Suka saya simpulkan alasan2 mereka sebegini serta jawapannya:
1.0 Sekarang ini susah mahu mendapat saksi atau hakim yang adil dan wara' untuk kes hudud
JAWAPAN: Kalau tiada saksi, maka kes akan dibuang. Tiada masaalaah. Di zaman Nabi SAW sendiri pun hudud zina itu sendiri berlaku atas pengakuan dan bukannnya saksi. Bagaimana pula kalau kes2 yang berkaitan dengan pengakuan si penzina? Adakah hudud tidak boleh dijalankan kerana ketiadaan saksi sedangkan si penzina itu telah pun mengaku?
2.0 Hudud yg diluluskan dalam Enakmen Syariah Kelantan dan Terengganu itu adalah hudud PAS dan bukannnya hudud Islam
JAWAPAN: Kalau begitu, kenapa Enakmen Syariah Terengganu MASIH KEKAL seperti yang asal sedangkan yang memerintah Terengganu adalah UMNO. Mengapa UMNO tak ubah Enakmen tersebut? Ertinya UMNO mengiktiraf kedua2 Enakmen Syariah Kelantan dan Terengganu
3.0 (Alasan yg Dr Mahathir guna sendiri) Hudud PAS ini akan menzalimi mangsa rogol kerana memerlukan empat orang saksi untuk membuktikan rogol
JAWAPAN : Rogol tidak diletakkan di bawah Hudud tetapi TAAZEER. Dr Mahathir menampakkan kebodohan beliau apabila menyamakan rogol dgn hudud.
4.0 Realiti Malaysia tidak sesuai untuk hudud
JAWAPAN: Alasan Najib ini digunakan oleh UMNO semenjak berpuluh-puluh tahun yang dulu. Kalau ditunggu UMNO sampai kiamat pun realiti tak sesuai untuk hudud.
Masakan parti yang halalkan judi dan arak akan melaksanakan hudud. Kalau hendak seribu daya, kalau tidak mahu seribu dalih.
5.0 Saidina Umar pernah menangguhkan hudud hanya kerana berlaku kemarau panjang di Madinah
JAWAPAN: Ini adalah fitnah yang sangat besar ke atas Saidina Umar. Hudud tidak pernah ditangguhkan sama sekali. Hanya hukum potong tangan tidak dapat dilaksanakan kerana syarat untuk hudud (tiada syubhah) tidak boleh dipenuhi dalam masa kemarau panjang. Kalau masuk mahkamah pun, akan buang kes kerana adanya syubhah Manakala, hukum2 hudud yang lain berjalan seperti biasa walaupun ada kemarau panjang.
Begitulah alasan2 dangkal yang dilayangkan oleh UMNO di media2 internet demi melindungi kesalahan UMNO yang menolak hudud dan mengutamakan MCA dari hukum Allah SWT.
TULANG BESI
Read more!(Selanjutnya)

UMNO Buat Masjid Dgn Duit Judi?

Sudah lebih 10 tahun UMNO menggunakan isu kononnya PAS Kelantan tidak membina masjid. Sedarkah anda bahawa hasil judi yg dikutip kerajaan Malaysia adalah berjumlah lebih RM2.3 billion setahun?

Hasil judi ini dimasukkan dalam satu kantung dan dibelanjakan untuk setiap perbelanjaan kerajaan termasuk membina masjd.

Ertinya setiap masjid yang kerajaan UMNO Pusat bina, pasti ada bahagian nya dari hasil judi RM2.3 billion setahun yang mereka kutip itu.

Kelantan mungkin tidak mampu untuk bina masjid kerana dikekang dan ditindas oleh kerajaan Pusat. Namun, kerajaan Kelantan mengharamkan SEMUA AKTIVITI JUDI di Kelantan.

Berbanding UMNO yang mencampur aduk hasil judi dgn hasil lain sekaligus membina MAsjid dgn hasil judi itu.

TULANG BESI
RM2.3 bilion wang judi dalam akaun Kerajaan Pusat?
Sabri Said


PULAU PINANG, 31 Okt: Para pemimpin Umno perlu menjelaskan hasil judi bernilai RM2.3 bilion yang terdapat dalam akaun hasil yang disatukan di Kementerian Kewangan pada tahun 2009.

Hasil inilah yang telah digunakan oleh kerajaan Pusat untuk membayar gaji kepada seramai 1.2 juta penjawat awam dan semua projek pembangunan termasuk untuk manfaat masyarakat Islam.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mendesak perkara ini ekoran tuduhan bahawa kerajaan negeri menggunakan wang dari hasil judi untuk diberikan kepada warga emas di negeri ini.

Lim menegaskan sekali lagi, kerajaan negeri Pulau Pinang tidak menggunakan wang judi untuk diberikan kepada warga emas di negeri ini sebagaimana dakwaan Umno.

"Sebenarnya ia dari hasil penjimatan yang kita lakukan. Sudah dua kali kerajaan negeri mendapat pengiktirafan dari Ketua Audit Negara tentang pengurusan kewangan yang terbaik dalam negara ini disamping mendapat pujian dari badan anti-rasuah antarabangsa iaitu Transparency International," tegasnya lagi.

Sehubungan itu, katanya, pihaknya tidak akan terpengaruh dengan tekanan dan kempen Umno kononnya kerajaan negeri menggunakan wang judi untuk membantu rakyatnya.

"Kita tidak akan tunduk kepada mana-mana pihak yang cuba menakut-nakutkan Kerajaan Negeri melalui apa jua cara yang mereka persembahkan. Sebagai sebuah kerajaan negeri yang bertanggungjawab kita akan terus membela dan memberi penghargaan kepada warga emas sebagai mengenang jasa mereka yang berusia lebih dari 60 tahun," katanya.

Lim Guan Eng berkata demikian ketika berucap semasa majlis penyampaian sumbangan kepada 153 waris warga emas yang telah meninggal dunia dalam daerah Seberang Perai Utara di Sungei Dua pagi tadi.

Dalam majlis tersebut sumbangan sebanyak RM153,000 telah diberikan kepada waris sebagai membantu meringankan kos pengurusan jenazah yang telah digunakan oleh mereka selepas kematian keluarga mereka.

"Walaupun terdapat ugutan dan usaha bagi menakutkan kepimpinan kerajaan negeri dengan pelbagai fitnah dan dakyah, kita tidak akan tunduk kepada mana-mana pihak.

"Bagi warga emas yang beragama Islam, janganlah terpedaya dengan tohmahan parti pembangkang di Pulau Pinang iaitu Barisan Nasional (BN) yang cuba mempengaruhi warga emas dengan menuduh ianya dari sumber yang haram," katanya.

Tambahnya lagi selagi Kerajaan Negeri diterajui oleh Pakatan Rakyat (PR) maka usaha murni yang dilaksanakan seperti penghargaan kepada warga emas dengan sumbangan sebanyak RM100 seorang serta sumbangan sebanyak RM1000 kepada waris warga emas yang meninggal dunia akan tetap diteruskan.

"Yang jelas di sini pembangkang seperti Umno dan BN di Pulau Pinang telah mulai merasa gerun dengan kebangkitan rakyat di Pulau Pinang apabila melihat kejayaan yang berjaya dicapai dalam sasaran kita memberi pembelaan kepada mereka yang memerlukan.

"Ekoran itulah Umno-BN akan terus membuat pelbagai fintah dan tohmahan bagi mengaitkan Kerajaan Negeri supaya dipandang serong oleh masyarakat khususnya orang Islam dan sekaligus memberi kredit dan sokongan kepada mereka, " ujarnya lagi.

Turut hadir dalam majlis penyampaian sumbangan tersebut ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Rosidi Hussain dan kepimpinan Pakatan Rakyat tempatan.(Malaysiakini)
Read more!(Selanjutnya)

Sunday, December 23, 2012

Mengapa UMNO Perasan Mereka KAFIR?????

Seperti semalam, masih tergiang di dalam telinga saya ucapan Arwah UStaz Fadzil yang berbunyi:

"Kita tak kata depa (mereka) kafir. Depa (mereka) yang perasan depa (mereka) kafir"

Kononnya "Amanat Haji Hadi" mengkafirkan UMNO. Padahal, bahagian "Amanat" yang merujuk kepada hukum kafir itu berbunyi:

Tak sebut pun nama UMNO dalam ayat di atas.

Tuan Guru Haji Hadi kata sesiapa yang mengamalkan "Politik Suku Agama Suku" dia adalah kafir. TG Haji Hadi kata sesiapa yang menganut fahaman SEKULARISMA itu menjadi kafir. 

Semua ulama dalam dunia mengakui bahawa menganut ajaran sekularisma menjadikan orang itu kafir.

Tak sebut langsung nama UMNO?????

Mengapa UMNO perasan mereka kafir ni???? Adakah UMNO mengaku mereka penganut SEKULARISMA?

Kalau UMNO tak kafir, kenapa nak marah kenyataan Tuan Guru Haji Hadi ni?

Kenapa sampai guna khidmat Mufti yang tiada ijazah untuk menyerang Tn Guru Haji Hadi yang ada Masters dari Al Azhar?

Para pembaca akan nampak mengapa sampai hari ini UMNO tidak mampu mendakwa Tuan Guru Haji Hadi di mana-mana mahkamah syariah atas isu ini.

Ia adalah kerana tiada silap dan salahnya kenyataan Tuan Guru Haji Hadi tersebut.

Ditakuti kalau dibawa ke Mahkamah Syariah maka akan terbuktikan KEKAFIRAN UMNO itu???

TULANG BESI
Read more!(Selanjutnya)

Tuesday, December 18, 2012

Ada Kaitan Amanat Haji Hadi dengan Yahudi?

KLIK IMEJ
Dari 1985 sampai hari ini, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dinista dan ditohmah berkaitan dengan "Amanat Haji Hadi".

Namun, sehingga ke saat posting ini ditulis, TIADA PENDAKWAAN DI BUAT KE ATAS HAJI HADI di mana-mana Mahkamah Syariah.

Ini bererti dokumen yang dikatakan sebagai "Amanat Haji Hadi" ini adalah SELARI DENGAN ISLAM!!!!!

Tulang Besi mempunyai satu teori. Bahawa isu "Amanat Haji Hadi" ini adalah hasil buah fikiran syarikat perunding Yahudi bernama "Saatchi and Saatchi".

Sememangnya Tulang Besi tiada bukti yang nyata tapi sebab itulah ia dipanggil teori dan bukan fakta.

MAHATHIR DAN SYARIKAT KETURUNAN YAHUDI IRAQ

Untuk pengetahuan pembawa sekelian, sewaktu isu ini mula timbul, Dr Mahathir Muhammad telah mengambil khidmat perunding dari sebuah syarikat Yahudi yang berpengkalan di New York bernama "Saatchi and Saatchi".

Syarikat ini diambil Dr Mahathir untuk memberi nasihat dan tunjuk ajar dalam hal berkaitan membina imej politik dan pilihanraya kerana ia pakar dalam memenangkan parti-parti atau calon-calon pilihanraya.

Ertinya, dalam Dr Mahathir kuat menghentam dan memaki Yahudi, perkara pertama yang dilakukan oleh Mahathir sewaktu masuk ke Pejabat PM adalah mengambil penasihat bangsa Yahudi.

Kalau Mahathir ada "Saatchi and Saatchi" sebuah syarikat Yahudi Iraq, maka Najib ada APCO, sebuah syarikat Yahudi Israel.

Maka, Tulang Besi berteori bahawa syarikat Yahudi inilah yang memberi saranan supaya "Amanat Haji Hadi" dijadikan isu politik.

Mengapa?

Kerana untuk membawa perhatian orang Melayu Islam dari isu yang sebenar, yakni :
          PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI DI MEMALI

Kalau kita ingat balik, titik sebenar isu AMANAT HAJI HADI dimainkan adalah apabila RTM mula2 memainkan rakaman peristiwa Memali di TV.

Di 5 minit terakhir rakaman tersebut, ditunjuk  satu poster yang dijumpai di dalam madrasah milik Ustaz Ibrahim Libya yang tertulis di atas nya perkataan "Amanat Haji Hadi".

Selepas itu, orang Melayu Islam seluruh Malaysia berhenti berbincang pasal pembunuhan kejam Memali dan hanya bercakap pasal "Amanat Haji Hadi" yang kononnya mengkafirkan orang UMNO.

Padahal arwah Ustaz Fadzil pernah berkata:

"Kita tak pernah kata depa (UMNO) kafir, tapi mereka dok rasa mereka kafir"

Kita tak boleh marah "Saatchi and Saatchi" pasal diorang tu carik makan. Simpati orang umum berubah sama sekali hasil dari kempen fitnah "Amanat Haji Hadi" ini.

Orang umum yang asalnya mula mahu simpati pada PAS rata-rata termakan dengan kempen jahat ini.

Padahal sampai hari ni tiada satu orang pun berani mendakwa Haji Hadi Awang di atas "Amanat" nya ini.

Lebih2 lagi, Haji Hadi sendiri tak pernah memberi amanat ini. Ia hanyalah ucapan beliau sahaja menghurai ayat-ayat 44-49 Surah Al Maaidah. 

Di kala itulah, dalam PAS menghadapi fitnah yang sebegitu buruk dan jijik itu, PAS telah mengarahkan semua ahli dan penyokong untuk membaca doa Qunut Nazilah supaya Allah SWT menghancurkan serta memecah belahkan UMNO.

Elok PAS mula baca doa pada tahun 1985, pada tahun 1987 UMNO pecah belah teruk menjadi 2 team dan kemudian dua parti.

Dan semenjak 1985 sampai ke saat ini, UMNO TIDAK BERHENTI BERPECAH.

UMNO menghadapi bala terus menerus dari doa penyokong dan pendokong PAS pada tahun 1985, yakni UMNO tidak berhenti-henti berpecah belah.

"Tak payah cerita perpaduan dgn PAS la, ko pegi bersatu dalam parti ko dulu" kata seorang penceramah yang bercakap pasal gagasan Perpaduang Melayu UMNO-PAS yang Tulang Besi pernah dengar.

Akhir kata, usaha UMNO menggunakan Mufti yang tiada ijazah menyerang Haji Hadi dan menghidupkan isu yang telah lapuk adalah amat dikesalkan.

TULANG BESI

ps fatwa UMNO kafir ini sudah bermula semenjak PAS belum ditubuhkan lagi. Antara yang berfatwa UMNO adalah kafir adalah Arwah Ustaz Abu Bakar Baqir dari Gunung Semanggul yang sepanjang hayat beliau tidak pernah menyertai PAS.
Itu tidak termasuk Tok2 Guru Pondok dari Kedah dan Kelantan yang terus menerus berfatwa bahawa parti UMNO itu kafir.

Adapaun TG Haji Hadi tidak pernah berfatwa bahawa UMNO itu kafir








Read more!(Selanjutnya)

BIla Mufti Tiada Ijazah Maki Haji Hadi yg Ada Masters AlAzhar

Alkisah, setelah seorang Mufti melawat markaz besar UMNO, maka bersembur-sembur Mufti tu maki Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Kononnya, Tuan Guru Haji Hadi tu buat bidaah dan menyeleweng dari Islam.

Diberitakan Mufti tu berkata:

"Selagi seseorang Islam itu mengucap dua kalimah syahadah, melaksanakan amalan, bagaimana boleh dikatakan kafir. "Itu hanya pendapat melulu dan tidak berasas," kata Mufti Perak.
Ada beberapa aspek isu ini yang Mufti tu tak sebut:

1.0 Mufti yang bersembur-sembur maki TG Haji Hadi tu sendiri ilmu dia dipersoalkan. Ini kerana Mufti tu tiada sekeping ijazah pun dari mana-mana universiti dalam dunia ini. Berbanding TG Haji Hadi yang ada Masters dari Al Azhar.

2.0 Isu "Amanat Haji Hadi" ni dimainkan semenjak 1985, yakni selepas peristiwa berdarah Memali. Kalau TG Haji Hadi bersalah, mengapa sampai hari ini TG Haji Hadi tidak didakwa di mana-mana Mahkamah Syariah dalam negara ini?

3.0 Tiada pendakwaan di mana-mana Mahkamah Syariah seluruh Malaysia membuktikan "Amanat Haji Hadi" itu SELARI DENGAN ISLAM.

4.0 Mufti2 yang baru keluar dari PWTC itu tidak lebih bermain politik semata-mata menaikkan isu yang sudah terbukti fitnah dan basi.

5.0 Kalau betul TG Haji Hadi bersalah, ayuh kita selesaikan di Mahkamah Syariah.

6.0 Mengikut arwah Ustaz Fadzil dulu, "Kita tak sebut depa kafir. DEpa yang terasa depa kafir"

7.0 Isu "Amanat Haji Hadi" dipopularkan untuk menutup isu pembunuhan beramai2 di Memali. Itu sahaja.

Pendeknya, UMNO sudah kehabisan modal. Presiden mereka tak berani berdebat.

JAdi, mereka lacurkan institusi mufti di Malaysia pulak.

TULANG BESI


.
Read more!(Selanjutnya)

Mufti Pun Jahil Islam.........

Semalam, seorang Mufti telah melangkah ke PWTC dan bersalam serta bermesra dengan beberapa pemimpin UMNO. Setau Tulang Besi, mufti tersebut adalah salah seorang mufti dalam negara ini yang tiada kelulusan dari mana-mana universiti dalam dunia ini. Tapi, bercakap lebih hebat dari orang-orang yang ada Phd dalam bidang agama.

Selepas berjumpa dgn juak2 UMNO keluar dari mulut mufti tersebut supaya Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menarik semula amanat yang dikeluarkan pada tahun 1981 (atau lebih dikenali sebagai Amanat Haji Hadi)

Kemudian Mufti yang tiada ijazah ini berkata:

"Selagi seseorang Islam itu mengucap dua kalimah syahadah, melaksanakan amalan, bagaimana boleh dikatakan kafir. "Itu hanya pendapat melulu dan tidak berasas," kata Mufti Perak.

Alamak!!!!!!

Apalah nasib rakyat Malaysia dapat Mufti jahil Islam!!!!!!!!

Woiii Mufti, ko lupa ke? Orang2 yang tak bayar zakat zaman Saidina Abu Bakar dulu DIPERANGI oleh SAidina Abu Bakar. Maksudnya, lebih teruk dari dikafirkan, mereka dibunuh dan darah mereka ditumpahkan.

Semua itu berlaku dalam keadaan MEREKA MASIH MENGUCAP KALIMAH SYAHADAH!!!!!

Apa lepas ni Mufti ni nak maki Saidina Abu Bakar jugak ke????

Dalam peperangan Nahrawan, Saidina Ali telah membunuh 1800 orang yang mengucap dua kalimah syahadah.

Adakah Saidina Ali kita boleh kata sesat jugak ke??????

Kenapalah orang yang benar2 alim dan arif dalam hal agama tidak dilantik sebagai Mufti?

Kenapalah di bangang dan si bahlol yg dilantik sebagai Mufti?

Woiii Mufti, ko pegi minta maaf pada mangsa2 Memali yang ko fitnah sebagai "BUGHAH" dulu la sebelum ko nak bukan mulut pasal perpaduan Melayu.

Ko tak payah bising2 pasal isu "Amanat Haji Hadi" la sbb dah lebih 30 tahun isu tu dinaikkan, sampai hari ni tiada satu pendakwaan pun dilakukan ke atas Haji Hadi di mana-mana mahkamah syariah dalam Malaya.  

Ertinya Amanat Haji Hadi itu benar dan selaras dgn Islam. 

Tapi, apa ko reti sebab engko sendiri pun bukan faham ISlam sangat pun.

TULANG BESI


Read more!(Selanjutnya)

Ulama Muda UMNO Dah Hilang Kewarasan

Tampaknya, pemimpin ulama muda UMNO, Fathul Bari, telah hilang kewarasan sama sekali. Kejadian ini berlaku hasil dari ideologi wahabbi mereka yang sempit lagi mengelirukan.

Mula2 geng beliau menafikan berlaku jihad di Palestine. Sekarang ini, Fathul Bari cuba melabel Yusuf Qardhawi sebagai Khawarij.

Patutlah aliran Wahabbi ini rata-rata ditolak di mana sahaja mereka pergi. Mereka ini golongan yang sempit pemikiran serta memberi ketaatan yang membuta tuli.

Dulunya, Wahabbi di Mesir menolak sama sekali sistem pilihanraya. Bagi mereka sistem pilihanraya ini haram dan asalnya dari BArat. Asas kepada fahaman ini adalah tidak senangnya Keluarga Saud di Saudi dengan sistem demokrasi berparlimen. Keluarga Saud tidak suka kuasa merake dicabar. Lebih2 lagi sistem demokrasi boleh menyebabkan Keluarga Saud hilang kuasa. Maka, demi ketaatan mereka kepada Keluarga SAud ini, ulama2 Wahabbi telah mengeluarkan fatwa menolak sama sekali sistem berpilihanraya.

Namun, apabila dilihat Ikhwan Muslimin mampu menguasai lebih 60% dari kerusi Parlimen, maka tiba2 Wahabbi Mesir berubah pendapat mereka. Tiba2 perkara yang selama ni mereka haramkan menjadi halal.

Itulah dia agama puak2 Wahabbi ini. Agama mereka ditentukan oleh kemahuan serta kehendak kaum keluarga Saud.

Tulang Besi tak heran bila puak2 Wahabbi maki Palestine, maki Yusuf Qardhawi seperti yang dilakukan oleh puak2 ulama muda UMNO.

Ini kerana kaum keluarga Saud benci dengan Ikhwan Muslimin, benci dgn Hamas, benci dengan Yusuf Qardhawi. Maka, berpusu-pusu lah juak Wahabbi ini mengeluarkan pendapat dan fatwa menyerang sesama Islam.

Oleh kerana puak Saud sudah tak marah dengan Yahudi, maka puak2 Wahabbi pun kurang bercakap pasal jahatnya Wahabbi.

Manusia macam Fathul Bari ni bakal dilaknat oleh Allah SWT kerana menjual agama dengan harga yang murah.

Apa hebatnya agama di Fathul Bari apabila dia boleh jadi pendokong parti yang menghalalkan judi bola, menghalalkan arak, menghalalkan judi dan sbgnya?

Apa gama Fathul Bari dan Ulama UMNO sebenarnya? Agama Islam atau agama UMNO atau Agama Keluarga Saud?


TULANG BESI
Read more!(Selanjutnya)

Sunday, December 16, 2012

Apa Cerita UMNO Nak Roboh Masjid Pudu Jail?

Di Kedah, heboh anak Mahathir serta UMNO Kedah memaki kerajaan Negeri. Kononnya PAS hendak merobohkan Madrasah Islahiah Dinniah yang berumur 100 tahun. Walaupun, pada hakikatnya tapak surau yang berumur 10+ tahun itu akan dibina sebuah kompleks dan surau yang sama akan ditempatkan di lantai bawah Kompleks tesebut.

Baru2 ini, satu solat hajat telah diadakan di Masjid Pudu selepas solat jumaat. Diberitakan UDA (yg dikawal UMNO 100%) mahu merobohkan Masjid Pudu Jail (nama sebenar Surau An Nur Pudu) atas nama pembangunan.

Sekaligus perobohan ini dapat meramaikan jemaah di masjid Syed Mokhtar Bukhari yang satu jalan dgn masjid ini.

Punyalah parti munafik UMNO ni. Konon begitu hebat nak pertahan Madrasah Islahiah, rupanya dia sendiri pegi roboh masjid yang sudah lebih 40 tahun digunakan. Masjid Pudu Jail ini bukan sahaja tempat ibadah tapi juga salah satu tempat bersejarah di Malaysia.

WOIII!!!! Anak Mahathir. Apa cerita ni? Woi UMNO2 sekelian. Apa cerita ni????

Madrasah Islahiah tu takda solat jumaat. Jemaah Maghrib dgn Isyak pun takda. Masjid Pudu Jail ni semua waktu ada jemaah ramai dan solat jumaat sejak berpuluh tahun yg lepas.

Kalau tak menipu, bukan UMNO namanya.





TULANG BESI


Surau An Nur Penjara Pudu akan di ROBOH kan
25/05/2012 By heypakya




Penjara Pudu dan kawasan sekitar akan dirobohkan. Menurut imam surau AnNur kerja-kerja perobohan akan bermula dalam bulan Jun ni. Atas nama pembangunan ni juga surau An Nur akan menjadi mangsa dan akan dirobohkan. Hari ini 25hb Mei , selesai solat Jumaat saya berkesempatan menunaikan solat hajat, memohon kepada Allah agar surau ni dikekalkan. AJK bertindak mempertahankan surau ni menceritakan asal usul kewujudan surau AnNur.. surau ni didirikan pada tahun 1963, pada tahun1965 kerajaan Selangor telah beri tauliah kepada surau ni untuk solat Jumaat. Surau ini memberi kemudahan kepada warga kerja & kariah sekitar untuk solat Jumaat. Hari ini kali kedua solat hajat diadakan.


DOA yang dibaca imam

YA ALLAH YA TUHAN KAMI

KAMI MEMOHON KEPADA ENGKAU YA ALLAH

DIDALAM TEMPAT RUMAH MU YANG MULIA INI YA ALLAH

KAMI MEMOHON KEPADA ENGKAU DENGAN KEKUATAN DAN KEKUASAAN ENGKAU YA ALLAH

YANG TIADA TANDINGAN , TIADA BANDINGAN

KAMI MEMOHON YA ALLAH DENGAN KASIH SAYANG, DENGAN KEKUASAAN MU YA ALLAH

AGAR JADIKAN TEMPAT IBADAH INI TEMPAT YANG SENTIASA BERDIRI DIATAS TANAH INI SAMPAI DATANG HARI KIAMAT MU YA ALLAH

KAMI MEMOHON KEPADA ENGKAU YA ALLAH

ENGKAU BERIKAN KEPADA KAMI YA ALLAH

ORANG2 YANG DAPAT MENGASIHI KAMI

ORANG2 YANG DAPAT MENJAGA KAMI

ORANG2 YANG DAPAT MENJAGA TEMPAT IBADAH INI

KAMI MEMOHON KEPADA ENGKAU WAHAI TUHAN KAMI

DENGAN SEGALA KEIKHLASAN HATI KAMI AGAR TEMPAT IBADAH INI SENTIASA ADA SAMPAI HARI KIAMAT DATANG YA ALLAH

YA ALLAH YA TUHAN KAMI

KAMI MEMOHON KEPADA ENGKAU

AMPUN KAN DOSA2 KAMI

PERBAIKI KEADAAN KAMI

ENGKAU PERMUDAHKAN URUSAN KAMI,

ENGKAU KABULKAN DOA2 KAMI

DAN ENGKAU SAMPAIKAN HAJAT2 KAMI

WAHAI ALLAH WAHAI TUHAN KAMI

JADIKAN KAMI ORANG2 YANG SENTIASA MEMBAWA KEBAIKKAN

ORANG2 YANG SENTIASA MENDAPAT RAHMAT

YA ALLAH

JAUHKAN KAMI DARI SEGALA MACAM MUSIBAH BENCANA YANG ADA DIDUNIA

DAN MUSIBAH BENCANA YANG ADA DI AKHIRAT KELAK

AMIN YA ROBBAL ALAMIN
Read more!(Selanjutnya)

Saturday, December 15, 2012

UMNO Terus DIbelenggu Doa Laknat PAS Tahun 1985


Sejurus Peristiwa Berdarah MEMALI, seluruh jentera kerajaan dan UMNO telah digunakan untuk memburukkan mangsa2 peristiwa tersebut.

Media2 milik UMNO seperti Utusan Malaysia dan TV1+2 telah melabel Ustaz Ibrahim Libya sebagai pengganas Islam yang mahu mengamuk dan menjahanamkan Malaysia secara berdarah.

Musa Hitam, Menteri Dalam Negeri pada waktu itu mengubah lebel kepada mangsa2 Kg Memali dari penjenayah pada paginya, pengganas komunis pada tengahari dan akhirnya kepada pelampau agama.

Secara ringkasnya, Peristiwa Memali itu boleh di baca di akhir posting ini.

Pada waktu itu, PAS mendapati masyarakat Melayu tiada lansung simpati kepada mangsa2 Memali. Malahan, majoriti Melayu samada berdiam diri ataupun turut sama menyebarkan fitnah ke atas Asy-Syahid Ustaz Ibrahim Libya serta 13 syuhada lagi.

Seluruh jentera kerajaan digunakan untuk menguatkan fitnah ke atas mangsa2 Memali.

Hatta, Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Fatwa Negeri Kedah turut sama dilacurkan oleh UMNO untuk menguatkan fitnah mereka ke atas Syuhada2 Memali.

Bayangkan Ustaz Azhari Abdul Razak serta Pak Ya Junid yang mulanya Ahli Majlis Fatwa Negeri Kedah telah dipecat kerana mengeluarkan fatwa Ustaz Ibrahim Libya itu syahid.

Hatta, 3 kali batu nesan di pusara para Syuhada' itu dibuang oleh pihak2 berkuasa sampailah TUanku Sultan Kedah sendiri mencemar duli dan menziarahi pusara Syuhada' Memali tersebut

TINDAKAN SUSULAN PAS

Di kala itu, dalam keadaan PAS yang sebegitu lemah dan daeef, Tok Guru Nik Aziz telah mengajar ke semua ahli PAS untuk membaca Qunut Nazilah seperti di atas.

Perhatikan bahagian doa qunut nazilah yang ini:
 

Di kala itu puluhan malahan ratusan ribu ahli2 dan penyokong PAS mengamalkan doa ini di dalam solat sunat, solat witir, solat duhha malahan solat fardhu kerana membalas kezaliman dan fitnah yang dihambur ke atas para Syuhada' Memali. Kalau mereka tak baca lafaz ini, berdetik dalam hati mereka meminta Allah SWT menurunkan bala pada UMNO./

Peritiwa Memali berlaku pada tahun 1985, tidak sampai lima tahun setelah PAS mengamalkan doa ini, UMNO telah porak peranda dan pecah kepada Semangat 46 serta UMNO (Baru).

Malahan, UMNO tidak berhenti berpecah selepas itu:

1.0 Sebelum pecahnya UMNO kepada Team A dan Team B, Musa Hitam sendiri letak jawatan kerana berkrisis dgn Mahathir.

2.0 UMNO mulanya pecah kepada Team A dan Team B dan hampir2 Mahathir kalah di dalam pemilihan Presiden UMNO pada tahun 1987. Nyaris Mahathir diselamatkan oleh Najib Tun Razak yang mengubah pendirian beliau di saat akhir

3.0 Kemudian, UMNO diharamkan dan Team B tadi telah menubuhkan Semangat 46 yang seterusnya membawa kepada kejatuhan Negeri Kelantan kepada Angkatan Perpaduan Ummah dan PAS

4.0 Tan Sri Annuar Musa dalam banyak ucapan beliau menegaskan kegagalan UMNO merampas Kelantan adalah kerana perpecahan UMNO yang begitu serius.

5.0 Selepas itu, UMNO berpecah pula apabila Ghaffar Baba disingkirkan dari jawatan Timbalan Presiden UMNO serta Timbalan Perdana Menteri

6.0 Selepas itu UMNO berpecah lagi apabila Dato' Seri Anwar Ibrahim diaib dan difitnah serta ditendang dari UMNO. Tertubuhlah Parti Keadilan Nasional atau KeAdilan.

7.0 Selepas itu, Dr Mahathir terpaksa letak jawatan bagi menyelamatkan UMNO. Juga bukti UMNO sedang bergolak pada masa itu.

8.0 Kemudian apabila Pak LAh menjadi PM, UMNO berpecah lagi apabila Mahathir berang dengan Pak Lah yg membawa kepada kekalahan UMNO paling besar pada tahun 2008

9.0 Dalam Persidangan UMNO yg terbaru ini, Najib Tun Razak lebih banyak bercakap pasal sabotaj terhadap parti berbanding topik-topik lain. Ini tanda jelas UMNO sedang retak menanti belah.

Sorotan peristiwa2 di atas menunjukkan doa laknat PAS 1985 itu terus menerus dialami oleh UMNO tanpa henti.

Ia juga petanda bahawa doa laknat PAS tahun 1985 itu dimakbulkan Allah serta terus menerus dimakbulkan Allah SWT. 

UMNO tidak akan dapat menyelesaikan masaalah perpecahan mereka kerana mereka sebenarnya sedang ditimpa bala dari Allah SWT di atas kezaliman mereka serta natijah dari doa ahli2 dan penyokong PAS tahun 1985

Sekarang, doa laknat sekali lagi diungkapkan serta diaminkan oleh puluhan ribu rakyat Kelantan sera ratusan ribu ahli dan penyokong PAS seluruh Malaysia tempohari. Kalau dulu doa untuk pecah belahkan mereka. Sekarang doa minta UMNO dihapuskan terus.

TULANG BESI







Sepasukan polis yang terdiri daripada Pasukan Polis Hutan, Senoi Praaq, Polis Anti-Pengganas Unit Tindakan Khas (UTK berpakaian Komando 69), Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) serta Tugas Am bertindak melakukan serbuan di madrasah tersebut. Dalam serbuan tersebut, seorang pegawai kanan Pasukan Polis Hutan, seorang anggota pangkat rendah dan seorang konstabel tertembak. Mengikut sumber dalaman, mereka yang terkorban terkena peluru sesat dari pasukan tersebut itu sendiri semasa serbuan dibuat.[perlu rujukan] Tiada penduduk yang pernah dibicara kerana memiliki senjata api selepas kejadian tersebut.

Dua helikopter polis digunakan bagi membawa pegawai polis yang terkorban. Mangsa yang cedera dan mati dihantar ke Hospital Sungai Petani dan Hospital Alor Star. Dianggarkan seramai 13 penduduk Memali terbunuh dalam serbuan tersebut termasuk Ibrahim Libya. Menurut sumber, beliau ditembak berpuluh kali di dadanya oleh anggota Unit Tindakan Khas (UTK), dan sempat mengucapkan kalimah syahadah dipangkuan seorang pegawai kanan polis yang memangkunya sebelum beliau meninggal dunia. Jenazah Ibrahim serta pengikutnya dikebumikan dalam kubur panjang tanpa dimandikan kerana dipercayai tergolong sebagai para syuhada. [4] Sultan Kedah sendiri turun mencemar duli untuk mengunjungi makam tersebut.

Kawasan Memali pada keseluruhan hari itu adalah mendung & gelap mengikut penduduk disitu. Tiada sebarang aktiviti harian dijalankan dan banyak kedai ditutup berikutan insiden ini.

Status mereka sebagai syahid disahkan oleh ahli Majlis Fatwa Kerajaan Negeri Kedah, Tuan Guru Haji Yahya Junid dan Ustaz Azahari Abd Razak berdasarkan mereka yang mempertahankan diri dan harta mereka adalah syahid. Bagaimanapun mereka yang mengeluarkan fatwa berkenaan disingkirkan daripada menganggotai badan fatwa berkenaan. [5]
Read more!(Selanjutnya)

Papagomo Anjing Peliharaan Zahid Hamidi?

Bayangkan. Manusia bernama Papagomo ni boleh palsukan dokumen kerajaan tempatan Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Kononnya ada minit mesyuarat MBPJ yang menunjukkan beberapa kepimpinan Pakatan Rakyat seperti Nik Nazmi, Khalid Samad dsbnya yang menghalang penutupan Gereja DUMC.

Malangnya, Papagomo (dan kawan2) telah tidak cermat apabila beliau telah tersalah letak Gereja DUMC di Damansara Utama sedangkan Gereja DUMC terletak di Seksyen 16 Petaling Jaya, Selangor. Maka, jelas terdedah pemalsuan dokumen rasmi kerajaan di situ.

Namun, kerana Papagomo anjing peliharaan orang2 besar, sedikit pun Polis tidak turun menyiasat.

Sedangkan kita lihat Malaysiakini dan teman saya sdr Wan Ji tersilap tulis dalam laman Facebook yang dikatakan menyinggung Tuanku, terus sahaja dipanggil ke IPK serta telefon dirampas.

Padahal, apa yg ditulis dan dilaporkan Malaysiakini itu tidak membahayakan negara. Mungkin hanya sekadar sediikit keras tapi tidak sampai ke tahap melakukan jenayah.

Antara nama2 pembesar UMNO yg menjadi tuan kepada anjing bernama Papagomo ini adalah Zahid Hamidi, Menteri Pertahana Malaysia.

Ini kerana bagaimanakah Papagomo dapat masuk serta berlayar di dalam kapalselam Scorpene. Ertinya di balaknang Papagomo ini adalah pemmpin2 UMNOI yang bertaraf tinggi, Dlam kes Scorpene ini, harusnya datang dari Menteri Pertahanan sendiri.

TIdak hairanlah Husam Musa bakal memangggil Zahid Hamid bagi tujuan mengecam Papagomo di mahkamah nanti.

Ini kerana, seperti rakan2 blogger UMNO yang lain, Papagomo bermati-matian menafikan blog miliknya sendiri. Bermatian dia berkata itu bukan blog dia. Padahal itu adalah blog dia dan jelas blog dia.

Taktik bachul dan penakut Papagomo ini bukti bahawa Papagomo tidak lebih dari anjing salakan pemimpin2 UMNO bagi tujuan menjalankan fitnah dan penipuan mereka terhadap pemimpin2 Pakatan Rakyat.

Tulang Besi tidak menyalahkan manusia2 macam Papagomo dan rakan2 nya. Ini kerana mereka hanyalah anjing peliharaan sahaja. Yang menanggung semua dosa besar dari fitnah dan qazaf ini adalah pemimpin2 yang membela anjing2 upahan ini.

Tulang Besi harap Zahid Hamidi akan turun ke mahkamah dan mengecam Papagomo supaya Husam boleh membangkrapkan Papagomo sama sekali.

Itu tak termasuk kesalahan jenayah memalsukan dokumen kerajaan yang dilakukan oleh beliau dan rakan-rakan.

Ada seorang pembaca Tulang Besi berkata pernah terlibat dalam satu majlis yg Papagomo dan BigDog hadir sama. Mengikut beliau selamba sahaja mereka ni tinggal solat asar dengan maghrib.

TUlang Besi tak tau samada maklumat ini benar atau tidak tapi kalau benar pun kita tidak terkejut. Hanya orang2 yang tak semayang sahaja yang sanggup buat kerja kotor mereka ni.

Merujuk kepada rakan2 reporter Tulang Besi, mereka kata Papagomo biasa mengaku yang beliau hanya penulis upahan. Orang-orang atasan menyuruh dia menulis benda yand dia siarkan.

Tulang Besi


Read more!(Selanjutnya)

Friday, December 14, 2012

PAPAGOMO Terbukti Menipu Sekali Lagi!!!




Di atas adalah gambar PAPAGOMO bersama beberapa blogger fitnah UMNO yang lain. Papagomo sedang disaman di Mahkamah Kota Baru.

Yg terbaru PAPAGOMO bawa satu rakaman video kononnya untuk buktikan Anwar Ibrahim terlibat dalam pendedahan2 yang dibuat oleh Deepak Jailani.


Dan sememangnya sepatutnya keseluruhan rakaman patut disiarkan. Tetapi kerana tujuan PAPAGOMO hanyalah mahu memfitnah Anwar Ibrahim, maka video itu diedit dan disiarkan sebahagian sahaja.

Standard blogger UMNO memang dasar pengecut baling batu sembunyi tangan.

Di dalam mahkamah tempohari, bersungguh-sungguh Papagomo menafikan blog nya. Bermatian dia kata blog papagomo.com itu bukan miliknya.

Dengan kata lain, Papagomo ini manusia yang tiada agama. Ini kerana orang beragama tidak akan menyebar fitnah dan akan sentiada bertanggungjawab di atas percakapan dan pertuturan mereka.

Sifat pondan dan bachul Papagomo ini melambangkan sikap bachul dan pengecut pemimpin2 UMNO juga. Ini kerana antara di belakang beliau adalah Zahid Hamidi sendiri.

Kalau Zahid Hamidi bukan penyokong Papagomo, mengapa si Papagomo ni boleh masuk dan belayar di dalam Scorpene baru-baru ini?

Pemimpin2 UMNO semua kecut dan bachul tidak berani berhadapan mata dengan mata dengan pemimpin PKR. Mereka menggunakan manusia hina dan penakut seperti PAPAGOMO untuk menyebarkan ffitnah mereka.

Tak hairanlah kalau Presiden UMNO sendiri BACHUL dan PENAKUT tidak berani berdebat dengan ANWAR IBRAHIM.

TULANG BESI

ps Tulang Besi pernah mendoakan kecelakaan dan kehancuran kepada PAPAGOMO serta beberapa blogger2 UMNO yang lain. Klik di sini


Read more!(Selanjutnya)

Thursday, December 13, 2012

Kalau Benar, Sila Debat Dengan Anwar Wahai Najib

Hairan bin ajaib. UMNO guna segala media dalam TV, Radio, Akhbar Harian serta cyberuk2 upahan mereka untuk menyebarkan serangan mereka terhadap Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.

Pada waktu yang sama, UMNO begitu yakin sekali dengan tuduhan-tuduhan yang mereka lemparkan kepada Pakatan Rakyat. Antara tuduhan2 jahat tersebut adalah:
1.0 Anwar Ibrahim adalah seorang peliwat
2.0 Anwar Ibrahim adalah seorang penzina
3.0 Anwar Ibrahim adalah seorang agen Yahudi
4.0 Anwar Ibrahim adalah agen Amerika dan Barat
5.0 PAS telah membuang hukum Islam kerana takutkan DAP
6.0 PAS telah membuang agenda Negara Islam demi DAP
7.0 PAS telah membuang hudud demi DAP
8.0 DAP anti Melayu dan Anti Islam
9.0 Nurul Izzah sokong hak untuk murtad
10.0 PAS Kelantan tak bina masjid
11.0 Pakatan Rakyat tidak tepati janji
Sekiranya semua tuduhan2 ini benar maka tiada alasan untuk Najib untuk berdebat dengan Anwar Ibrahim.

Namun, sehingga hari ini Najib Tun Razak diam membisu. Yang kita dengar hanyalah alasan-alasan dangkal serta dalih-dalih basi yang datang dari jentera UMNO dan Barisan Nasional.
Kata orang tua-tua, "Berani Kerana Benar. Takut Kerana Salah".

Kata orang tua-tua juga, "Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih"
Bagi Tulang Besi, selagi Najib takut untuk berdebat dengan Anwar, selagi itulah semua serangan-serangan UMNO dan Barisan Nasional kosong semata-mata.

TULANG BESI

Read more!(Selanjutnya)

Papagomo Bohong Lagi. Deepak Tidak Sebut Anwar Ibrahim

Tuduhan Papagomo kononnya Deepak Jaikishan membuat beberapa pendedahan berkaitan Najib Tun Razak serta Rosmah Mansur kerana beliau ditaja oleh Anwar Ibrahim. Papagomo juga menyiarkan satu rakaman video yang kononnya menunjukkan Deepak menyebut nama Anwar Ibrahim.

Namun Deepak menafikan tuduhan Papagomo ini sama sekali. Mengikut laporan Freemalaysiatoday
antara hujjah Deepak adalah beliau tidak menyebut nama Anwar Ibrahim pun dalam rakaman video yang disiarkan.

Dan kalau kita lihat rakaman video tersebut pun, yg meletakkan nama Anwar Ibrahim adalah Papagomo (yakni di dalam tulisan berwarna kuning). Deepak sendiri tak sebut Anwar Ibrahim.


Deepak juga berkata rakaman ini dibuat di rumah seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO sewaktu beliau bertemu.

Jelas dari rakaman tersebut, Deepak menyebut berkenaan kes beliau dan bagaimana peguam2 beliau menyuruh beliau memberi keterangan2 yang akan menguntungkan beliau.

Apa yang kita boleh harap dari Papagomo ni? 

Blog dia sendiri pun dia tak mau mengaku. Boleh ke kita percaya cakap2 kotor si Papagomo ni?

TULANG BESI

Deepak: Anwar is not behind me

KUALA LUMPUR: Carpet dealer Deepak Jaikishan today denied that his recent revelations about Prime Minister Najib Tun Razak and wife Rosmah Mansor were engineered by Opposition Leader Anwar Ibrahim, saying that his mention of the latter in a video footage was taken out of context.

Speaking to FMT today, he claimed that his detractors cooked up a story from the video footage that showed him mentioning several PKR leaders, including Anwar.

The footage (photo: below) has been widely circulated by pro-Umno bloggers.

“I did not say that I met Anwar,” he said. “What I said and what was written (in the blog) are two different things.”

He challenged the person who recorded the video to release the entire footage and the transcript of what he had said.

Last week, pro-Umno blogger Papa Gomo posted a two-minute clip in which Deepak is seen speaking to a few people off camera.

Aside from Anwar, Deepak also mentioned Subang MP R Sivarasa and PKR vice-presidents N Surendran and Nurul Izzah in the video.

“So he said I give you the place, whatever you want to do I help you, but you have to help me lah. Of course it is understood lah,” said the man in the video.

The video, according to Papa Gomo, was proof that Deepak had met with Anwar before he began his attacks against Najib and his wife Rosmah Mansor on Nov 27.

Video take at Umno leader’s house

Responding to the allegations, Deepak said he was not working with anybody but was merely “seeking justice” for himself.

“I didn’t know Anwar. And Sivarasa only came in for my court case at the last juncture. I never met Anwar in regard to this matter.”

The 40-year-old businessman also told FMT that the video was recorded at the house of an Umno supreme council member who, he claimed, had tried to “silence” him.

Without disclosing his name, Deepak claimed that the Umno leader was the one who met him on Nov 30 and asked him not to make any further statement until Umno’s annual general assembly was concluded on Dec 1. Deepak had made his first exposé on Nov 28.

He said he was not a member of any political party and that his only interest was business.

He claimed the government had caused a lot of disruption to his business after a land dispute involving him and Umno senator Raja Roopiah Abdullah.
Read more!(Selanjutnya)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...