Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Loading...

Wednesday, January 23, 2013

Ahli Majlis Syura Ulama PAS Ulama Gongonggan Najib

Mula2 dulu waktu Tulang Besi mendedahkan konspirasi membawa PAS masuk BN, nama Nasaruddin Mat Isa telah Tulang Besi dedahkan sebagai salah seorang pemacu kepada agenda ini.

Waktu itu semua orang memaki dan mengutuk Tulang Besi dengan tuduhan seperti tidak wala' kepada ulama, memfitnah pimpinan dsbnya.

Hari ini, Ustaz Nasa sentiasa berada di sisi Najib Tun Razak apabila Najib pergi ke Timur Tengah. Yang terbaru adalah seperti dalam gambar di atas.

Untuk pengetahuan saudara/ri sekelian, simpatisan dan penyokong Nasa dalam Majlis Syura, dalam Pemuda PAS dan dalam AJK PAS Pusat masih ramai. 

Misalnya apabila Harakah menyerang Nasaruddin Mat Isa di atas kenyataan2 beliau yang menguntungkan UMNO, Ustaz Nik Abduh di dalam lama Facebook beliau telah terkehadapan mempertahankan tindakan Nasaruddin yang menguntungkan UMNO itu.

Dan, Majlis Syura yang sama yang Nasa adalah ahlinya telah membatalkan keputusan yang dibuat Presiden bagi memastikan pendirian PAS selari dgn UMNO.

Bagi mereka yang faham dengan situasi dalam PAS, mereka akan tahu bahawa selagi Harun Din masih berkuasa dalam Syura, kedudukan Nasa adalah selamat.

Malahan, Nasa akan terus dilantik Ahli Syura walaupun Nasa pergi berkempen untuk UMNO dan menentang PAS secara terbuka. Harun Din akan terus mempertahankan Nasaruddin Mat Isa.

Tulang Besi sendiri sedang menunggu saat dan ketika Ustaz Harun Din sendiri akan keluar bersama2 Najib dan Nasa di dalam mana-mana majlis rasmi. 

Hakikatnya, Harun Din amat dipuja dan dipuji oleh juak2 UMNO. Kalau tak percaya sila layar mana-mana blog UMNO dan saudara/ri pembaca akan melihat betapa Harun Din dipuja dan dipuji. 

Tidak hairanlah sewaktu Najib melancarkan judi bola tempohari, kedua2 Nasa, Harun Din serta Hasang A/L Ali diam membisu seribu bahasa.

Sepertinya judi bola Najib itu hukum nya halal dan kalimah Allah digunakan Kristian hukumnya haram.

Semoga Allah SWT melindungi PAS dari kaum dan golongan munafiqeen.


AMEEN


TULANG BESI

3 comments:

otakBesi said...

tulisan kau mungkin betul dan mugkin silap. Namun aku yakin kau betul, dan orang kata silap adalah silap.
bermula dengan isu perpaduang, Ust.Nasha nampak lebih sayang kepada UMNO dari parti sendiri. Kemudian kalah kepada Mat Sabu, Nasha tidak lagi sayang kepada PAS, dan mula bermain cinta kepada UMNO.
Kekalnya, Nasha sehingga hari ini sebagai ahli majlis syura adalah kerja paling gila dan ijtihad paling bodoh bagi sebuah parti dan gerakan Islam.Macamana, seorang agen musuh boleh berada dalam majlis paling tinggi dalam parti.
Kdudukan Nasha sbagai ahli majlis syura adalah suatu tindakan memperbodoh atau meng-anjingkan ahli-ahli PAS. Musuh PAS skarang bukan sahaja dalam selimut, bahkan dalam seluar dalam.
Tiada suatu pun dalil, sama ada dari Nas atau ijtihad yang memihak kepada majlis syura untuk mengekalkan Nasha sebagai salah seorang drpd ahli syura.
Mngenai komen TB tentang Tim. Mursyid am, aku terasa sangat TB tepat dan betul. Beliau adalah seorang yang "pencari makan". Kemasukan beliau ke dalam PAS pun pada asas yang sama, tindakan beliau pun atas asas yang sama. Mana mungkin beliau bertindak keras kepada musuh (UMNO), sedangkan UMNO adalah lubuk. Hal ini sama dengan Hasan Ali, bergelumang dngan kemasyhuran dan kekayaan UMNO, tiba-tiba hidup tidak menentu atas nama perjuangan. Mana mungkin ahli PAS sanggup bayar RM beribu untuk mendapat semangat dan berkat "air liur".

md rodzi md yakim said...

Bagi diri aku tetap menyokong kenyataan kamu.Cuma tentang timbalam musyudul pas.Aku tak setuju.Kita sebagai ahli gerakan islam haruslah berbaik sangka......TM,tak mempunyai apa-apa egenda.Bagi aku,dia ikhlas dlm perjuangan

Anonymous said...

Kenapalah dangkal sangat pemikiran kita..adakah kita bercakap dlm kontek yg adil. Adakah islam sendiri memusuhi sesama islam..disebabkan idealogi kita terus menghukum. Yg pasti kemungkaran umno perlu disanggah atas dasar politik. Penglibatan ulamak pas utk negara disalah tasfir. Ideologi yg berbeza tapi utk perpaduan ummah sejagat bersatu. Apa sumbangan kita..sekadar tulisan dan pendapat yg mungkin betul dan tak betul...bila isu negara je kita melatah. Kita sendiri yg menghukum sedangkkn ilmu kuta tak sampai sejengkal...bagaimana pua pemimpin yg menyokong syria tidakkah dihukum..bagaimana pulak pemimpin pas yg lain bersam bn atas dasar urusan negara tidak diisukan...jika hanya memikirkan satu sudut...menghukum mengikut nafsu bukan dalil. Kita tak bercakap di dalam kerangka yg adil. Kita membbnci umno tapi tidak pada islam. Kita pula sokong puak yg menolak islam disebabkan rakan politik. Pikirkkan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...