Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, January 30, 2013

Ahli PAS Wajib Belajar Dari Kesilapan Nasa dan Jangan Hanya Kutuk

Adapun Nasaruddin Mat Isa telah meninggalkan perjuangan Islam dan rela menjadi gonggongan golongan sekular terutamanya Najib Tun Razak serta Rosmah.

Asalnya Ustaz Nasa itu dihormati dan dipertahan oleh semua rakyat yang sayangkan Islam.

Sekarang ini, Nasa sudah tiada apa-apa lagi. Beliau hanyalah seorang yang bergantung harap dan kasihan dari UMNO atau dari Najib Tun Razak.

Kalau dahulu, Ustaz Nasa boleh bergantung harap kepada kerajaan di langit. Sekarang, Ustaz Nasa terpaksa bergantung harap dengan kerajaan UMNO Barisan Nasional.

Yang lebih menyedihkan adalah pada masa ini Nasa sudah tidak berguna seperti dahulu lagi.

Dahulu Nasa berjawatan penting. Mengetahui segala rahsia2 parti serta selok belok dalaman parti.

Sekarang ini, Nasa cuma ahli PAS biasa, tiada beza Nasa dengan Tulang Besi.

Maka, apa perlu lagi UMNO dan kuncu2 nya terus membela dan menanggung Nasaruddin Mat Isa.

Akhirnya nanti Nasa hanya akan menjaddi pengemis di pintu masuk UMNO atau di PWTC sahaja.

Kalau ditakdir Allah SWT UMNO kalah dalam PRU nanti, Nasa kemungkinan terpaksa menjadi pensyarah sambilan di kolej2 swasta yang bersepah di seluruh negara.

PAda masa ini, gerakan Ikhwan Muslimin sedunia pun pasti sudah mengecop Nasa sebagai pengkhianat.

Pada masa ini, tiada lagi simpati yang Ustaz NAsa dapat raih dari ahli2 PAS yang rata-rata nya ikhlas dalam memperjuangkan Islam.

NASA KALAH DENGAN GODAAN SYAITAN

Allah SWT berfirman di dalam Al Quran:


Firman Allah:

الشَّيْطَانُ يَعِدُكُمُ الْفَقْرَ وَيَأْمُرُكُمْ بِالْفَحْشَاءِ وَاللَّهُ يَعِدُكُمْ مَغْفِرَةً مِنْهُ وَفَضْلًا وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Maksudnya;
“Syaitan menjanjikan (menakut-nakuti) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (kikir); sedang Allah menjadikan untukmu ampunan daripada-Nya dan karunia. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengatahui”

(Surah Al-Baqarah : 268)


Maklumat yang saya dapat hubungan Nasa dgn UMNO ini sudah bermula sebelum PRU 2008 lagi. Di waktu itu keesemua parti2 pembangkang menghadapi penurunan aktivis dan ahli dengan begitu murung dan buruk sekali.

Di waktu itu, PKR seperti hidup segan mati tidak mahu. Boleh dikatakan banyak bahagian PKR tutup kedai kerana yang tinggal hanya 5 atau 6 aktivis sahaja.

Dalam PAS pun begitu juga. Ramai yang lari dan tidak mahu aktif lagi di dalam PAS.

BEzanya adalah pada masa itu, golongan2 yang digelar sebagai ERDOGAN terus istiqamah membina PAS semula.

Maka, di kala itu diperkenalkan konsep "NEGARA BERKEBAJIKAN", "PAS FOR ALL", "PAS UNTUK SEMUA" dan sebagainya.

PAS pula menjalin hubungan dgn Hindraff, NGO2 yang membina BERSIH, kumpulan2 yang tidak puas hati dgn Pak Lah dan banyak lagi.

Di kala itu, Nasa sudah tiada jawatan dalam Parlimen kerana beliau telah kalah di Besut pada tahun 2004.

Maka, tidak hairanlah pada masa itu Syaitan telah menggoda Nasa dengan godaan seperti yang dalam ayat di atas.

Dan pada masa yang sama datang pula janji2 dunia dari parti sebelah sana.

Dan janji habuan itu datang dengan lebih agresif apabila PAS dan PKR menang dengan gemilang pada tahun 2008.

Akhirnya, jadilah apa yang terjadi pada Nasa sekarang ini.

PERLU YAKIN ALLAH AKAN BERI KITA REZEKI

Kita sebagai orang Islam perlu yakin dan percaya Allah SWT akan memberi kita rezeki dan menyelamatkan kita dari kefakiran.

Apabila kita tertipu dengan janji2 syaitan, maka jadilah kita seperti Nasaruddin Mat Isa.

Wahai Nasa, apa akan jadi pada kamu apabila UMNO merasakan kamu sudah tidak bernilai tinggi seperti dahulu lagi?

Adakah UMNO akan terus memberikan kamu ganjaran seperti yang telah kamu nikmati sebelum ini?

Lebih2 lagi kamu sekarang ini sudah tiada jawatan mahupun pengaruh di dalam PAS?

Dan kenyataan2 kamu sebelum ini pun tidak memberikan apa2 kesan kepada PAS walaupun sedikit.

Penghabisan nanti, UMNO akan menyoal diri mereka, apa guna lagi kami membela Nasa?

Di kala itu, bagaimanakah nasib kamu, wahai Nasa?

TULANG BESI

ps tadi saya lihat sendiri raut wajah Tok Guru Nik Aziz dalam TV apabila memberi komen berkaitan Nasaruddin Mat Isa. Jelas Tok Guru sudah membina kebencian terhadap Nasa hasil dari pengkhianatan beliau. Pengalaman Tulang Besi sendiri memperlihatkan bahawa Tok Guru Nik Aziz amat sayang dengan Nasa satu masa dahulu. Tok Guru amat bangga Nasa bertanding di Kelantan kerana dapat menaikkan imej PAS di sana. Ertinya, pengkhianatan Nasa ini terlampau besar sehingga telah membuat Tok Guru membenci beliau.


5 comments:

Anonymous said...

Nak jadi pensyarah kolej swasta pun tak tentu lagi. Kalau pr menang semua kolej swasta tentu perlu berubah juga. Sekarang kolej swasta diketuai oleh oleh manusia yang pentingkan wang( kroni kot). Hasilnya banyak student(melayula) tak berkualiti dihasilkan. Bila pr memerintah, tentu kolej swasta pun kena buat perubahan. Takkan nak ambil pensyarah yang tak berkualiti kot.

Anonymous said...

Ambo kabor doh kang, ambo rasi ngan Dato Najib. Ambo dok amboh doh Bachok ke, kopiah ke, serbang ke.Dok payoh nangis ke ambo lah. Ambo gi tempat hok molek lg. Ambo dok kacau orang laing.

Kite kena bersatu sesama Islang kite, demi perpaduang ummah, dok pahang2 lg ke? Banyok kerje dakwah ambo buleh buat ler ni, duit tak dok hal, tv radio tak dok hal, dewang, PWTC,permit semua tak dok hal. Ambo napok belake doh, mase depang ambo ceroh sunggoh. Syukur alhamdulillah.

Anonymous said...

Kita ni menghabiskan masa komen hal orng drpd usaha perbaiki diri dan parti. Apa yg TB bimbang sgt dgn Nasha sampai bimbang apa nak jadi kat dia lepas ni. Biarkan dia dgn peel dia tu. Lagi banyak isu dia disentuh lagi bertambah publisiti dia dapat. Sejahat2 manusia pun kalau bertaubat dan Allah terima maka selamat dia. Yg takutnya org yg perasan dia ok tapi sebaliknya.

Libang Libu said...

Tuan Tulang Besi,
Amatlah saya berbesar hati sekiranya dapat tuan memautkan blog saya http://libanglibu.blogspot.com/ dgn blog tuan yang masyhur seantero bumi Malaya ini.

T/kaseh.

Anonymous said...

Eh, ambo dok keluar PAS lg deh (Tengok laporang Bernama ari ni). Jangang maroh ke ambo kalu hidup dua alam pun. Sabor je ler.

Ambo sayang ke PAS dan suke perpaduang, jadi buleh masuk dua-dua. Sahabat pun lg banyok skg...Dato Najib, Dato Hassang Ali, Dato Zul Noording, Dato Braheng Ali.

PAS telah mencairkan perjuangan dgn menjadi pak turut DAP dan PKR. Ambo terpaksalah memekatkan perjuangan berpadu dgn UMNO dan bermadu dgn MCA dan MIC. Ini sumbangang ambo kepada ummah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.