Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, January 29, 2013

Anwarista/Parasit vs Ulama Gonggongan Najib

Itulah hakikat Ustaz Nasaruddin Mat Isa. Satu waktu dahulu, beliau adalah pemimpin kepada sebuah gerakan Islam yang disegani di seluruh dunia.

Kata-kata beliau mempunyai makna. Unjuran dan cadangan beliau mempunyai kredibiliti.

Beliau dihormati pihak kawan mahupun lawan.

Dalam bidang dakwah, suara beliau cukup disegani. Kemana sahaja beliau pergi, beliau akan ditatang, diangkat serta diangkat oleh para penyokong parti yang rata-rata ikhlas memperjuangkan Islam itu.

Di peringkat antarabangsa, beliau menjadi rujukan kepada ramai pemimpin2 Islam seluruh dunia. Beliau dianggap sebagai pimpinan contoh dan pejuang Islam yang tulin.

Namun, semua itu rupanya tidak boleh menjadi ukuran. Rupanya godaan keduniaan itu lebih kuat berbanding dengan ganjaran yang dijanjikan Allah SWT di Padang Mahsyar kelak.

Beliau telah sanggup menjadi alat kepada parti sekular lawan terutamanya sejurus selepas PRU2008. Parti UMNO berada dalam keadaan kucar kacir serta tunggang langgang.

MAsanya cukup baik bagi PAS untuk memberi pukulan maut kepada UMNO.

Namun, UMNO telah mampu menggunakan agen2 mereka di dalam PAS terus berjaya mengadakan pertemuan2 sulit bagi membincangkan penubuhan kerajaan campuran PAS-UMNO.

Seterusnya idea KERAJAAN PERPADUANG dipopularkan di kalangan pimpinan PAS Pusat demi menjayakan perancangan UMNO bagi memecah belahkan Pakatan Rakyat.

Beliau menjadi agen kepada usaha tersebut. Beliau memacu serta menebar agenda tersebut ke seluruh pelusuk Malaya. Dan, kalau tidak disebabkan penolakan mentah2 idea tersebut oleh Tok Guru Nik Aziz, nescaya PAS sekarang ini sudah pun berada dalam kerajaan campuran bersama UMNO yang dipanggil KERAJAAN PERPADUAN MELAYU.

Begitu komited and bersemangat NAsa serta rakan2 nya memacu idea perpaduang bersama dgn UMNO ini. Sedikit pun beliau tidak kesah tindakan beliau itu telah memecah belahkan PAS sekaligus memberi ruang kepada UMNO untuk membina semula kekuatan mereka.

Nama Anwar Ibrahim telah difitnah dan dicerca oleh kumpulan beliau sekalipun pada hakikatnya Anwar Ibrahim tidak pernah mengaapa-apakan Ustaz NAsaruddin Mat Isa mahupun rakan2 seperpaduang beliau. Mereka2 yang menentang idea perpaduang dengan UMNO digelar sebagai "ANWARISTA" ataupun "PENJILAT ANWAR"

Tanpa disedari Nasa dan kuncu2nya itu sendiri sebenarnya adalah gonggongan Najib dan Rosmah. Mengata orang dia yang lebih.

HUJJAH USANG DIULANG KEMBALI

Nasaruddin Mat Isa sedang mengulangi semula semua hujjah usang beliau berkaitan hubungan PAS dan DAP. Pada hakikatnya, semua hujjah beliau telah pun dijawab dan dibahas di dalam mesyuarat AJK PAS Pusat. Tiap kali Nasaruddin gagal untuk mempertahankan gagasan beliau supaya PAS meninggalkan Pakatan Rakyat dan bersama dengan UMNO.

Adapun serangan beliau kepada DAP juga menampakkan kebodohan beliau kerana DAP yang sama itu jugalah yang beliau sokong dan tatang sewaktu PAS berada dalam Barisan Alternatif. Kenapa komplen sekarang wahai Nasa dan tidak dulu?

DARI ULAMA TERSOHOR KEPADA ULAMA GONGGONGAN NAJIB


Semoga Nasaruddin Mat Isa berbahagia menjadi gonggongan Najib dan Rosmah. Hilang sudah segala kekuatan dan kegerunan musuh terhadap beliau.

Dahulu, Allah SWT bersama dengan beliau.

Sekarang ini, pelindung beliau bukan lagi Allah SWT tetapi Najib dan Rosmah.

Bahagialah kamu wahai Nasaruddin Mat Isa

TULANG BESI


6 comments:

Anonymous said...

Ada juga munafik yang tak mahu umat islam bersatu, supaya kekal berpecah dan menjadi lemah!

Anonymous said...

Baju, bojeng tukor habih doh. Bachok doh maing, kopiah tok maing doh. Tulang Besi dok diang sudoh, jangang jealous. Ambo rasi ngan Dato Najib dan Zulkifli Noording. Banyok ambik gambor di Gazo.

Anonymous said...

Ukurannya ialah kalau ikut kehendak Rahmang, kira disegani. Ada video 17 minit dengan pelacur pun masih mulia dan bersih. Tak ikut kehendak rahmang, automatik termakan godaan duniawi. Bercakap macam ganjaran di mahsyar tu awak yang tentukan.

Anonymous said...

Apakah habuan menunggu bila berjasa kepada Najib? Kucing kurap macam Zul tu boleh dapat gelaran Dato Pahang dan "lumayan" lain seperti diwarwarkan oleh Zamil KITA dan Azwanddin JMM. Kerja Zul yalah jadi penulis jemputan tetap DiUtusan Fitnah maki dan cerca PAS.

Peranan Nasha bawa Najib bergambar dengan ulama Saudi dan seiringan mengaminkan doa dengan Ismail Haniyeh memang simbolik nak bersihkan imej Najib dari debu dan belitan Altantuya.

Besar jasa itu kalau ambik kira persepsi rendah kepertengahan Melayu Islam Malaysia yang mudah diubah dengan gambar dam imej!

Anonymous said...

Spin fitnah dengan spekulasi seolah-olah sesuatu perkara mesti daripada satu sebab dan sisi. Kau cakap konon berlatar belakangkan teknikal dan berfakta, tetapi cara kau mengarut di sini jauh dari mereka cemerlang dan praktis yang dididik secara saintifik dalam memberi fakta atau hipotesis. Boleh aku tau maner universiti ko beli sijil ko ?

Anonymous said...

Faham ke atau bodoh tak faham komen kamu ni....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.