Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, January 29, 2013

Dengan Wang, Yang Bergelar Ustaz Pun Boleh Gugur

Akhirnya NAsaruddin Mat Isa digugurkan dari Majlis Syura Ulama PAS. Sudah empat tahun Tulang Besi mendedahkan bagaimana Nasa serta kuncu2 nya berusaha membawa PAS keluar dari Pakatan Rakyat dan berpadu dengan UMNO.

Ketahuilah wahai pembaca sekelian. Fitnah wang ringgit serta keduniaan ini bukannya satu fitnah yang kecil.

Dan tidak kira siapa kamu, samada kamu penjual surat kabar, peniaga barang pasar, pembuat bakul, pekedai runcit, petani, nelayan dsbnya kamu pasti lemah apabila wang ringgit dilayangkan di hadapan kamu.

Bukan setakat orang biasa sahaja, tapi mereka yang bergelar alim ulama yang mempunyai ijazah dari Jordan serta fasih berbahasa Arab juga boleh lemah gemalai apabila wang dilayangkan di hadapan mata mereka.

Janganlah kita ingat apabila seseorang itu lulus dari Timur Tengah maka orang itu kebal dari segala fitnah dan godaaan syaitan.

Kadang-kadang orang cacat yang kerja meminta sedekah dan menjual pensil serta tisu adalah lebih mulia dari seorang yang mempunyai PhD dari Al Azhar.

Tulang Besi mendapat maklumat sewaktu Tan Sri Khalid Ibrahim bertanding dalam pilihanraya kecil Ijuk, ahli PAS yang menjadi wakil calon beliau telah didatangi beberapa orang dari parti lawan.

Orang-orang itu menawarkan wang yang banyak serta sebuah helikopter yang akan membawa beliau kemana sahaja. Janji beliau tarik diri dari menjadi wakil calon. Apabila beliau tarik diri, maka secara otomatik pencalonan Tan Sri Khalid Ibrahim terbatal dan calon BN menang tanpa bertanding.

Namun, pakcik yang cacat itu menolak sama sekali dan memberitahu beliau lebih rela hidup cacat dan miskin dari menerima wang rasuah tetapi kelak dibakar api neraka.

Seorang lagi contoh adalah bekas ADUN Wakaf Baru, Hj Ramli. Pada waktu S46 baru sahaja melompat dalam UMNO, datang orang ke rumah beliau tengah2 malam buta. 

Datangnya untuk menawarkan kepada Haji Ramli wang sejuta atau dua juta cash supaya beliau melompat kepada UMNO sekaligus runtuh kerajaan PAS di Kelantan.

Namun, Haji Ramli telah menghalau orang itu kerana beliau takutkan balasan Allah di akhirat kelak. Tulang Besi telah bertanya sendiri dgn Haji Ramli tentang peristiwa itu.


IMAN ADALAH MUTIARA

Iman itu adalah mutiara. Yang dapat menghadapi ujian dan cabaran seperti ini adalah mereka yang benar-benar beriman kepada ALlah dan Hari Akhirat.

Tidak kira orang itu penjual kacang putih ataupun pemegang PhD dari Al Azhar. Yang penting adalah imam bukan kelulusan.

Kalau hati penuh dengan iman, maka kamulah yg layak diberi amanah kepimpinan.

Atas sebab itu Tulang Besi rasa amat kesal sewaktu Pemilihan Pemuda PAS tahun lepas. Label ulama dijual dengan sebegitu murah sekali demi memenangkan calon2 dari kem pro PERPADUANG. Sedangkan yang digelar ulama itu bukan layak pun digelar ulama. Tapi mereka tidak kira. Terus menerus menggunakan label ulama untuk menipu perwakilan pemuda bagi mengundi calon mereka.

DIlaporkan oleh orang2 yang rapat dengan arwah Presiden PAS dahulu, bahawa arwahnya pernah berkata di dalam PAS ini, golongan ulama lah yang lebih banyak belot kepada perjuangan Islam.

Biasanya golongan bukan ulama atau professional lah yang paling setia dan istiqamah dalam PAS.

Lihatlah contoh seperti Haji Subky Latif (wartwawan professional), Tn Syed Ibrahim ( peguam), Salahuddin Ayub, Haji Mat Sabu, Haji Mahfudz Omar, Haji Husam Musa, Arwah Dr Abbas Alias, Dr. Hatta Ramli, Dr Lolo Ghazali, Dr Mariah Mahmud bapanya, Hj Muhsinun Tahir, Zulkifli Sulong dan banyak lagi.

Kalau ada professional dalam PAS yang belot pun adalah Haji Suhaimi Said yg sekarang ni dah masuk PKR, Malek Husin yg belot pada PAS tapi skrg ni jadi aktivis PKR, Hasan Ali yg kena tendang dari PAS, Zin Mahmud yg jadi penulis di Utusan.

Malahan L Mankadir Syamsi pun sudah aktif semula dalam PAS walaupun pada satu masa dia berehat sebentar dan menumpu perhatian kepada pembuatan drama. Tulang Besi pernah berdemo dengan L Mankadir Syamsi di Masjid Bangsar satu masa dahulu.

Akhir kata, jadikanlah pemergian Ustaz Nasa ini satu iktibar. Bahawa godaan dunia ini satu godaan yang cukup besar. Sesiapa sahaja boleh kalah dengan godaan dunia tak kira dia tok guru, ustaz lulusan Jordan, pemain bola sepak, artis dsbnya.

Jangan kita pandang remeh dengan godaan dunia walau satu saat. Atas sebab itu lah Allah SWT dalam Al Quran memberi penerangan yang jelas tentang bagaimana dunia ini akan dihancurkan oleh Allah SWT pada Hari Kiamat kelak.

Ia sebagai peringatan kepada kita bahwa dunia yang kita tatang dan agungkan ini akan Allah SWT jadikan leper seperti lempeng dan akan hilang selama-lama nya.

Pada Ustaz Nasa, ingat lah. Bukan 10-15 orang yang kamu khianati. Malahan, ratusan ribu penyokong dan pendokong perjuangan Islam akan mengutuk dan memaki kamu serta mendoakan kebinasaan kamu.

Jgn lupa tu, wahai Nasa.

Dunia ini hanya sementara. Akhirat jua yang kekal selama-lama.

TULANG BESI

3 comments:

Anonymous said...

Ulamak skrg ramai yg wala pada dunia. Sbb tu skrg org ramai da x respek golongan ulama. Lepas tu salahkan orang lain atas kelalaian.padahal golongan ulama ni la yg patut membimbing dan mengasuh org ramai untuk tidak melakukan kemaksiatan dan kemungkaran

Ulamak = Ular Dalam Semak

Anonymous said...

Saya berpendapat bahwa yang menjadikan seseorang ulama kepada pengkhianat tu banyak berpunca dari mereka yang berijazah. Kertas ijazah tulah yang membongkakkan diri mereka dan melemahkan iman mereka. Ia cukup berkesan digunakan sebagai topeng untuk menyembunyikan akhlak sebenar mereka. Kertas ijazah tulah digunakan sebagai lesen untuk mencari kesenangan dunia dan untuk kepentingan sendiri, bukannya untuk membimbing umat Islam kearah jalan betul yang membawa kemuliaan dan keagungan kepada agama Islam. Memang betul, mereka ni dianggapkan ULAR DI DALAM SEMAK yang patut dihancurkan.

Anonymous said...

Ular dalam semak satu hal. Kambing yang bongkak lagi bodoh lagi parah. "Kertas Ijazah menyebabkan bongkak" apa la lemahnya kesimpulan main serkap sahaja. Kalau orang yang benar-benar berilmu dan melalui kesukaran disiplin mendapatkan ijazah dan mempraktikkannya takkan membuat kesimpulan lekeh macam ni. Cuba ambil Phd dulu baru berani nak cakap (jangan beli sijil macam Fazley pulak atau ambil Phd dari sri lanka)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.