Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, January 10, 2013

Gejala Murtad Disebabkan KEMISKINAN, bukan kerana NAMA ALLAH (NGONG!!!)

Sejurus selepas terbongkarnya cerita bahawa ramai orang Islam menerima bantuan dari Gereja2 sekitar Petaling Jaya, barulah kelam kabut pihak Lembaga Zakat menjalankan usaha mencari fakir miskin seperti yang ditunjuk dalam gambar.

Kalau tidak pada kebiasaannya permohonan bantuan zakat hanya akan dijawab dengan alasan tiada peruntukan.

Sepanjang Tulang Besi tinggal di kawasan sekitar Seksyen 14, 15, 16 Petaling Jaya sekitar 10 tahun lebih, inilah pertama kali pihak berwajib mencari dengan gigih orang2 Islam yang miskin di sekitar kawasan PJ seperti ini.

Bunting di atas diletak di Seksyen 14 Petaling Jaya dan kalau berjalan kaki dari bunting ini ke Gereja DUMC hanya mengambil masa tidak sampai 15 minit.

Hakikatnya, hanya orang yang mereng dan terencat akal sahaja yang boleh tertipu dan masuk Kristian kalau kaum Kristian menggunakan nama Allah.

Selagi orang Islam itu masih siuman dan akalnya berfungsi baik, inshaalah, orang itu tidak akan masuk Kristian hanya kerana kaum Kristian menggunakan nama Allah SWT.

Fakta menunjukkan, baik di Indonesia, Pakistan, benua Afrika dan sbgnya, faktor utama murtadnya orang Islam kepada Kristian adalah kerana kemiskinan.

Apabila datang mubaligh2 kristian menghulur bantuan kemanusiaan, maka akhirnya ramai orang ISlam yang terpengaruh dan termakan dan akhirnya masuk mereka ke dalam agama Kristian.

Dalam konteks Selangor, peranan Lembaga Zakat Selangor amatlah dikesali. Akibat kegagalan mereka berfungsi maka ramailah orang2 Islam yang memerlukan terpaksa menagih bantuan dari pihak Gereja yang membantu tanpa mengenakan apa-apa syarat.

Secara ringkasnya, amatlah simplistik hujjah puak2 pro UMNO bahwa pengizinan penggunaan kalimah Allah kepada Kristian hanya akan menambah jumlah murtad.

Teori2 juak UMNO ini hanya benar sekiranya ramai orang Islam menjadi terencat akal dan sewel.

TULANG BESI


1 comment:

Captain Barbossa said...

Pengguanaan nama allah dikhuatiri akan disalahertikan dan digunakan untuk menggelirukan umat islam di semenanjung malaysia, bkn bkaitan soal akidah je. Tp soal mjga kesucian nama allah itu. Nampk sgt admin bfkiran sempit, pkrla kesan jgka pnjg..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.