Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, January 14, 2013

HKR112 Terasa Seperti Perhimpunan Reformasi 1998

MULANYA KEBANGKITAN BANGSA MELAYU MENOLAK UMNO
Sepanjang berada di dalam HKR112, Tulang Besi merasakan suasana yang sama sewaktu perhimpunan2 Reformasi sebelum PRU 1999 dahulu.

Antara sebab utamanya adalah kehadiran perhimpunan yang hampir 70% Melayu Islam. Ia juga menandakan bermulanya KEBANGKITAN BANGSA MELAYU MENOLAK UMNO!!!.

Kita semua tahu, lantaran dari perhimpunan2 Reformasi sejurus selepas Anwar dipenjara, PAS telah menang dua negeri Melayu - Kelantan dan Terengganu. Juga, di semua kerusi UMNO, berlaku peningkatan undi Melayu yang begitu tinggi menyebabkan majoriti UMNO di semua kerusi menurun dengan begitu banyak sekali.


Malahan, pada PRU 1999, UMNO telah diselamatkan oleh undi kaum Cina dan India yang mengundi mereka dengan sebegitu banyak sekali. Tanpa sokongan kaum Cina dan India pada waktu itu, UMNO sudah tentu sudah kalah tergolek dan menyembah bumi.

Namun, pada hari ini, keadaan sudah berubah sama sekali.

Kedatangan kaum Cina dan India yang tidak begitu ramai adalah kerana BERSIH/Ambiga tidak berkempen untuk mereka turun. Alasannya adalah ini adalah perhimpunan anjuran partai2 politik dan bukannya majlis yang bersifat kerakyatan.

NAMUN, ia tidak bermakna kaum Cina dan India telah berubah angin dan menyokong UMNO/BN. Mengikut kajian2 saintifik yang terbaru, sokongan kaum Cina kepada BN hanyalah di tahap 20% (maksudnya, dari 100 orang Cina, hanya 20 orang yang akan mengundi BN) dan dari kaum India mungkin tinggi sikit yakni 40%.

Dengan kajayaan HKR112 ini membawa maksud bangsa Melayu juga sudah bangkit menolak UMNO. Majoriti yang datang ke HKR112 adalah Melayu dan majoriti dari mereka itu adalah di bawah 40 tahun.

Kehendak generasi muda Melayu untuk membuang UMNO telah ditunjukkan dengan kejayaan HKR112.

Inshaalah akan berlaku perubahan besar dalam PRU ke 13 kelak. AMIN!!!!

TULANG BESI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.