Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, January 17, 2013

SPR Menangkan UMNO di Sabah

Mengikut maklumat yang Tulang Besi dapat, kenyataan ini dikeluarkan oleh salah seorang pemegang jawatan tinggi dalam Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia sendiri.

Bahawasanya tugas SPR tidak dapat tidak wajib memastikan kemenangan Barisan Nasional dalam pilihanraya ke 13 kelak.

Kebetulan di dalam sessi pendengaran umum Suruhanjaya Menyiasat Pemberian IC Sabah adalah dilaporkan:
1.0 Bekas pegawai Jabatan Pendaftaran Negara, Mohd Nasir Sugip, melaporkan telah mengeluarkan IC kepada pendatang2 Filipina dan SAbah untuk menjadi pengundi di Sabah.

2.0 Tambah beliau lagi, IC tersebut dikeluarkan atas arahan Suruhanjaya Pilihanraya bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional dan UMNO di Sabah.


3.0 Ketua beliau pada masa itu, Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Encik Ramli Kamaruddin, telah mengesahkan laporan Encik Mohd Nasir Sugip.


4.0 Malahan, Ramli menyatakan tindakan beliau adalah atas arahan Megat Junid Megat Ayub.


5.0 Beliau diarahkan mengeluarkan IC berdasarkan nama-nama yang ada dalam daftar pemilih tetapi tidak akan mengundi.
Puak UMNO cuba menyerang Mohd Nasir Sungip kononnya beliau pernah ditangkap ISA kerana menjual IC.

Hakikatnya, tahanan di bawah ISA tidak boleh dikira bersalah. Ini kerana mereka tidak pernah dibicarakan di mana-mana mahkamah.

Mereka yang ditangkap ISA ditahan tanpa bicara dan tidak diletak bersama-sama banduan yang dihukum penjara oleh mahkamah. Tempat tahanan mereka pun asing dan berbeza dgn mana-mana penjara.

Jadi,berentilah kamu cuba menjual cerita palsu kamu berkenaan Mohd Nasir Sungip.

Kesimpulannya:
1.0 Khabar angin SPR akan melakukan apa sahaja untuk memastikan kemenangan BN pada PRU ke 13 ada asasnya.

2.0 SPR telah memain peranan penting bagi memastikan kemenangan BN di Sabah dengan menggunakan bantuan Menteri Dalam Negeri pada masa itu serta Jabatan Pendaftaran Negara.

3.0 Jangan sekali pun kita ragu bahawa SPR akan membantu UMNO menang dalam PRU yg akan datang. Tugsa kita semua adalah memastikan pengundi2 hantu dihalang dari mengundi.

TULANG BESI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.