Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, January 22, 2013

Ulama2 Dalam PAS Mahu Ulangi Tragedi PRU 2004

Imbas kembali tahun 2004 di mana PAS kalah teruk. Negeri Terengganu yg diperintah PAS pun hilang dari tangan PAS sehingga PAS cuma tinggal 4 kerusi DUN. Semua kerusi2 Parlimen dan DUN di pantai barat Semenanjung hilang kecuali kerusi DUN Pengkalan Pasir serta beberapa kerusi di Kedah. Media Malaysia mahupun antarabangsa meraikan kekalahan PAS dengan sebegitu bangga sekali.

Sebelum itu perlu diingat bahawa kerajaan Terengganu pada masa itu diwarwarkan sebagai kerajaan yang diperintah ulama. Malahan Ketua Dewan Ulama pada masa itu mengisytiharkan bahawa Ikhwan Muslimin tidak dapat menikmati kemenangan seperti di Terengganu kerana Ikhwan tidak dipimpin oleh ulama.

Yang lebih menyeddihkan, hanya setahun selepas PRU 1999, kaum Cina telah pun menunjukkan sokongan mereka kepada pembangkang dengan memenangkan calon PKR di dalam pilihanraya kecil Lunas pada tahun 2000.

Sewaktu itu kaum CIna dan mungkin India sudah mula menunjukkan kesediaan bersama dengan Barisan Alternatif. PAda waktu yang sama, pada masa itu kaum Melayu majoriti berada di pihak Barisan Alternatif pada masa itu.

Namun, atas kehendak golongan ulama, Enakmen Hudud Terengganu diperkenalkan pada tahun 2002. Sewaktu Enakmen hudud Terengganu itu diperkenalkan, semua dalam PAS maklum bahawa Enakmen itu tidak mungkin dapat dilaksanakan berdasarkan pengalaman di Kelantan.

Seharusnya Terengganu tak perlu memperkenalkannya dalam penggal yang pertama. LEbih baik diperkenalkan dalam penggal kedua selepas pemerintahan Pusat diambil alih.

Tapi, golongan2 ulama dalam PAS tidak kira. Mereka buat apa yang mereka mahu buat tidak kira samada tindakan itu membantu perjuangan Islam atau menjauhkan golongan bukan Islam dari dakwah Islamiyyah.

Tidak cukup dgn Enakmen hudud yang penuh kontroversi dan tidak dibentang dengan baik itu, golongan ulama telah memacu usaha untuk mengeluarkan DOKUMEN NEGARA ISLAM.

Penulis dokumen ini tidak lain dari Dr Harun Din sendiri.

Akibatnya adalah penolakan golongan bukan islam secara total terhadap Barisan Alternatif. KEtua Pembangkang yang sebelumnya di tangan PAS, terpaksa diserahkan semula kepada DAP.

ULAMA PAS MAHU SABOTAJ PAS SEKALI LAGI?

Sejurus selepas 2008, golongan ulama jugalah yang memacu usaha mahu memadukan PAS bersama UMNO. Dr Harun Din sendiri telah menulis dan membentang kertas kerja yang kononnya dibentang dalam Majlis Syura tetapi tidak.

Kertas kerja itu ditulis dan dibentang hanya selepas sebulan kerajaan Pakatan Rakyat ditubuhkan. Kertas kerja tersebut mahukan PAS bercakap dan berdialog dengan UMNO. Bukan Pakatan Rakyat tetapi hanya PAS.

Lagi sekali aktor utama nya adalah Dr HArun Din.

Hasil dari kertas kerja tersebut telah memecah belahkan PAS kepada geng PERPADUANG dan Anti Perpaduang. Di waktu yang sama, UMNO mempunyai masa untuk bersatu dan membina semula kekuatan mereka.

Dr Harun Din juga pada tahun 1999 menarik diri dari menjadi calon pilihanraya menyebabkan peluang PAS memerintah negeri Perlis hancur berkecai.

ULAMA MAHU PAS SELARI DGN UMNO DALAM ISU KALIMAH ALLAH

Saya hairan. Tidak pernah berlaku dalam sejarah PAS Majlis Syupra berbincang membatalkan pendirisan Presiden PAS secara terbuka seperti yang berlaku tempohari.

Tulang Besi juga tau Tok Guru Nik Aziz tidak memanggil mesyuarat tersebut. Yg memanggilnya adalah geng2 pro UMNO di dalam Majlis Syura Ulama PAS.

Kalau Tok Guru tidak panggil, maka orang yang paling berkuasa dalam Syura selepas TOk Guru adalah Dr Harun Din sendiri. Dan kita semua tahu betapa selarinya pendirian geng2 Perpaduang ini dengan pendirian UMNO.

Puak yang sama yang telah mencalonkan Presiden PAS sebagai Perdana Menteri telah menggunakan Majlis Syura Ulama untuk membatalkan kenyataan Presiden PAS hanya kerana mahu selari dengan pendirian UMNO.

KESIMPULAN

Tidak habis-habis golongan ulama dalam PAS mahu mensabotaj PAS. Mereka tidak sedar bahawa majoriti pengundi adalah mereka yang tidak solat, tidak mendengar kuliah, jahil dan tidak mengaji.

Mereka mahu PAS Pusat berlagak seperti PAS Terengganu yang terus menerus mengikut telunjuk ulama tanpa menghiraukan realiti setempat. Hasilnya berpuluh2 tahun berjuang, PAS Terengganu tetap tidak dapat menawan hati rakyat Terengganu kecuali sekali yakni atas faktor Anwar Ibrahim.

Kasihanlah Salahuddin Ayub, PAS Johor, PAS Negeri Sembilan, PAS Melaka dsbnya yang bakal melihat kerusi2 potensi mereka hilang dan disambar UMNO dan BN.

BArangkali itulah kehendak serta kemahuan Dr Harun Din serta geng2 PERPADUANG mereka.

TULANG BESI

ps Perlu diingat yang dimaksudkan "ulama" oleh Tulang BEsi dalam artikel ini adalah mereka2 yang dilabel ulama dalam PAS. Tidak semestinya mereka ini diiktiraf sebagai ulama sebenar dari kacamata Islam. Ini kerana keahlian dalam Dewan Ulama sahaja tidak sepatutnya dijadikan asas kepada identiti ulama mengikut syariat Islam.

9 comments:

C++ said...

Bhai TB...

Gua stuju dengan pandangan lu... betul... gua sendiri nampak dan perasan benda nih... tapi biler kita cakap... diorang akan pusing mengatakan kita nih parasit la...

Sedangkan kita tetap mau PAS kekal menjadi parti dominan... tapi dalam kes yang sekarang nih... nampak sangat puak-puak perpaduang nih nak mampuskan PAS dan biarkan PAS kekal ditakuk lama...

Anonymous said...

1.daripada tulisan abdul rahmang diatas dan beberapa entry yang lepas dapat dirumuskan bahawa:

1.1: abdul rahmang ni jahil tentang agama,cuma dia rasakanlebih alim dari orang lain.
1.2: bagi abdul rahmang,politik lebih tinggi dari agama...orang macam abdul rahmang ni akan sanggup gadaikan agama untuk kepentingan politik...biar islam dihina,dipedajaikan oleh puak kafir,orang macam abdul rahmang ni akan biarkan sahaja....malah agaknya kalau disuruh puak kristian gua masjid pun..dia sanggup lakukan..jelas sekali orang macam abdul rahmang ni amat bahaya pada umat islam dimalaysia.
2.orang macam abdul rahmang ni mesti diperangi habis-habisan oleh umat islam tak kira mana-mana parti dimalaysia.
3.diakhir zaman islam akan digadai..dijual macam barang dagangan...tanda-tanda itu jelas kelihatan pada abdul rahmang ni.
4.kadang-kadang terfikir jugak...beribu wang habis digunakan untuk tunaikan umrah atau haji...last sekali sia-sia saja bagi abdul rahmang ni.
5.siannnnnnn.

Anonymous said...

Salam Bro,

Sedikit ilham tambahan, kalau bro sudi terima.

Sebenarnya, pendirian geng pro-Umno dalam PAS ini hendak diselaraskan bukan dengan pendirian Umno tetapi dengan pendirian propaganda Umno untuk memecah belahkan PAS seperti yang disuarakan oleh "ulama-ulama Umno" seperti Harussani, Fathul Bari, Hasan Ali termasuk Bro kita Nasarudin.

Kita tahu pendirian Umno adalah seperti keputusan kabinet Najib pada tahun 2010 membenarkan impot Bible Melayu dari Indonesia yang mempunyai kalimah Allah. Malah Umno telah tutup mata mengizinkan penggunaan kalimah Allah secara bebas oleh kristian Sabah dan Sarawak bertahun-tahun tanpa batasan. Klimaksnya yalah, KDN dibawah Menteri Umno kalah kes mahkamah mengenai hak perlembagaan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dan kes ini masih dalam rayuan. Semua "ulama-ulama Umno" diam membisu mengenai perkara ini, protes jauh sekali malah jangan harap hendak mentakrif tindakan Umno sebagai boleh murtad seperti disuarakan oleh Gadot keatas Hadi.

Jelas dalam polemik terbaru, Umno diam macam lembu kenyang sebagai pihak yang paling beruntung melihat pasukan pro-Umno dalam PAS berjaya
dipengaruhi oleh propaganda Umno sehingga boleh menyanggah Presiden. Harussani memuji pendirian Majlis Syura dan Harun Din dijemput kemasjid Negeri Selangor berceramah mengenai isu kalimah Allah. Utusan kepala fitnah Umno memberi penghormatan khas kepada Harun Din.

Saya sangat bersetuju rumusan Bro mengenai implikasi musuh dalam selimut ini.

Saya derdoa Allah memberi ilham dan kebijaksanaan kepada Presiden untuk mengatasi cabaran ini secepat mungkin dan meneruskan wadah perjuangan Islam menjatuhkan kezaliman dan kemunfafikan Umno ini.






Umno menikus kelu

Anonymous said...

Akhibat dari insider akhir2 ini, saya seorang bukan Islam yang menyokong PR, telah memutus tidak akan mengundi PAS pada pilihanraya ke13. Saya juga berpendapat anasir anasir ulama yang pro UMNO ini akan melompak masuk UMNO jika terdapat hung parlimen selepas pilihanraya. Jadi sukar nak trust PAS.

Akuujugak said...

Bro, while you at this topic can you check and confirm news about Perlis' ustaz Hashim Jasin with his porsche. Dah heboh kat blog2 pro umno

Anonymous said...

Nasihat sahabat lama; fikirlah kaedah utk terangkan kpd org bukan Islam apa yg diputuskan oleh majlis syura. Jgn asyik kritik dan ungkit segala mcm perkara lalu. Kalau nak marah pimpinan sendiri kena adil la. Marah juga sesiapa yg bangkitkan isu ni.Yg bagkitkan isu tidur lena. depa tak sensitif. Apasal kita terlebih sensitif dgn parti sendiri.
Nasihat kpd bukan Islam yg sokong PR tapi tak nak sokong Pas sebab isu ini, itu adalah hak anda. Mudah2an ada kewarasan.

ben othman said...

Anonympus, jangan begitu.Sokonglah PAS walau apa pun.PAS dan ulama akan membawa perubahan dari segi pendtadbiran--itu pun kalau DAP tidak membantah.Sebab dalam DAP pun banyak kaki seleweng dan korup.

Anonymous said...

Macammana PAS boleh tak perasan ada musuh dalam selimut...bukan dlm jwtnkuasa tp dalam majlis syura!!

Anonymous said...

dulu masa harun taib lawan nasarudin....marah sakan org pas ke ustaz harun...sebelum tu dia sokong ustaz hasan masa lawan nasa....leni nasa jadi mcm umno.....dewan ulamak gak disalahkan.....kata pro umno pulak....pelik2.....leni abg mat pulak jadi timbalan..nok bukan ulamak pulak..mngkin lepas ni tukar presiden pulak supaya bukan ulamak.....molek2...
setahu hamba nik aziz dan hj hadi hidup xmewah......molek gok tukar dengan hok yg lebih mewah dan bergaya....nanti memalukan negara jika jadi pm or mb......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.