Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, January 23, 2013

Ulama2 Digongong UMNO Wajib Haramkan Penggunaan Nama Nabi2 Allah

Idris Jala adalah CEO kepada PEMANDU, sebuah unit di bawah Jabatan Perdana Menteri. Dari nama "Idris" itu ramai yang menyangka beliau adalah seorang Islam. Hakikatnya, sudah berapa keturunan beliau menganut agama Kristian di Sarawak. Keturunan beliau tidak pernah menganut agama Islam walaupun beliau dinamakan Idris.

Nama Idris dipilih untuk beliau kerana bible2 Melayu di Sarawak menggunakan nama Idris apabila merujuk kepada Nabi Idris. Bukan nama "Enoch" seperti yang terkandung di dalam Bible versi Inggeris.

Ini kerana Nabi2 dan Rasul2 dalam Al Quran itu adalah Nabi Allah ataupun Rasul Allah. 

Sekiranya diizinkan kaum Kristian menggunakan nama mereka bererti nabi2 dan rasul2 Allah ini terpalit dan terkait dengan ajaran TRINITI. Dengan kata lain, boleh berlaku orang Islam terpedaya untuk mempercayai fahaman triniti kerana dilihat orang2 Kristian bebas menggunakan nama2 Nabi dan Rasul. Contoh terbaik adalah Idris Jala sempena Nabi Idris yang juga seorang Rasul Allah.

Ulama2 gonggongan UMNO ini tidak mementingkan kebenaran. Mereka lupa sekiranya diharamkan nama Allah SWT maka banyak lagi benda lain wajib diharamkan dari penggunaan orang Kristian. Misalnya, nama2 Malaikat, nama2 Nabi, cerita2 berkaitan hari kiamat dan hari akhirat yang mempunyai persamaan yang banyak dengan yang di dalam Al Quran dan sebagainya.

Malahan, beberapa peristiwa yang diceritakan dalam Al Quran juga diceritakan dalam Bible.

ULAMA2 GONGONGGAN UMNO PERJUANG ISU KALIMAH ALLAH CARI MAKAN

Hasil dari usaha serta gerakkerja ulama2 yang digonggong UMNO ini maka isu penggunaan kalimah Allah oleh orang Kristian menjadi terlampau besar.

Ulama2 gonggongan UMNO ini juga senyap sunyi apabila Najib melancarkan judi bola tempohari.

Mereka sanggup memaksa mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS semata-mata mahu memangkah Presiden PAS yang telah pun mengeluarkan kenyataan berkaitan isu ini. Semuanya dilakukan demi kehendak dan kemahuan UMNO.

Yang heranya ulama2 yang sama ini tidak pula berani mengeluarkan fatwa kafir ke atas Najib Tun Razak kerana menghalalkan judi bola tetapi berani mengkufurkan mereka yang mengizinkan penggunaan kalimah Allah.

Maka, seeloknya diisytiharkan seluruh ulama2 Universiti Al Azhar selama lebih 1000 tahun sebagai kafir kerana tiada seorang pun yang telah mengharamkan penggunaaan kalimah Allah dalam upacara ibadah kaum Kristian "Church of Alexandria" di Mesir.

Apabila UMNO menjadi rujukan, maka hukum Islam jadi berubah-ubah. Yang halal jadi haram dan yang haram jadi halal.

Judi jadi halal manakala penggunaan kalimah Allah jadi haram.

Agaknya ulama2 gongonggan UMNO ini dalam kerangka mahu mengadakan syariat baru yang lebih serasi dan sesuai dengan kehendak serta kepentingan UMNO.

Betapa hinanya ulama2 serta NGO2 ini yang sanggup memperjuangkan isu yang tidak releven dan tidak signifikan berbanding dengan projek judi bola tajaan Najib Tun Razak.

Heran. Mana suara Dato Harun Din pada masa Najib lancarkan judi bola tempohari. Mana fatwa kufur dari Dato Harun Din pada masa itu??

TULANG BESI

6 comments:

Anonymous said...

Kenapa Harun Din seorang yg anta kritik. Yg lain dlm majlis syura tu tungul kayu ke. Masing2 ada hujjah dan yg paling kuat diterima pakai. Pas bukan main pakai veto je.

C++ said...

Bhai TB...

Harun Din masa tue tengak sebok merawat pesakit lar... hahaha... pasai tue dier miss tak perasan benda nih.. hahahaha

Anonymous said...

apa pandangan tuan pnulis blog.pada pandangan yg ditulis disini www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2011/06/04/siapa-berkuasa-dalam-pas-erdogan-atau-ulama/

Anonymous said...

injauan ke atas 1,409 responden oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) menunjukkan BN mempunyai peluang 42 peratus untuk mengekalkan Putrajaya, manakala Pakatan mendapat 37 peratus peluang – dengan 21 peratus lagi "tidak pasti".

Anonymous said...

Hujah cam gampang. Penaakulan mantik atau kritikal analisis cam budak sekolah rendah. Sekali budak bukan Islam buat komen simpati "sebab bias kutuk Ulama Islam Malaysia" terus Tulang Besi gonggong. Ada hati nak sindir orang lain munafik sedang sendiri takde adab kurang ajar dan terserlah perangai munafik. Kalau aku jumpa species cam kau ni memang aku serang hujah takpun bila dah bosan buang masa aku penampar terus.

Anonymous said...

aku mulanya ingatkan si idris jala ni org islam guna nama orng islam atau arab.

rupanya dia org kristian selepas terbaca berita dia dlm newspaper di panggil kenduri jiran Islam, mengaku dirinya orng kristian, tak layak bersama dalam kenduri orng Islam.

Sbb musabab kekeliruan ini jugak lah kalimah Allah jangan sekali kali di guna pakai dan permainkan oleh orang bukan Islam!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.