Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, January 25, 2013

UMNO Benci Komunis sbb Komunis Haramkan Judi?

Tahukah anda bahawa regim komunis Cina di bawah Mao Tze Tung telah membuat ketetapan yang tegas bahawa segala aktiviti judi dalam negara China ADALAH DIHARAMKAN SAMA SEKALI.

Pengharaman judi ini dibuat oleh Mao Tze Tung semenjak tahun 1949 lagi dan pengharaman ini kekal sehingga hari ini.

Dengan kata lain polisi rasmi kerajaan Komunis China bahawa judi adalah diharamkan di negeri China.

CUmanya pada tahu 1987, kerajaan Cina telah melancarkan dua loteri kebajikan bagi tujuan meraih wang untuk membina infrastruktur serta kemudahan awam.

Itupun, pembelian loteri dikawal serta rakyat umum tidak dibenarkan membeli loteri sehingga ke tahap kerugian yang besar. Hanya sekadar bersantai2.

Berbeza dengan UMNO. Di satu segi, UMNO mengaku sebagai partai Islam. UMNO mengaku sebagai partai yang mempertahankan ISlam.

Namun, semenjak tahun 1951 lagi UMNO telah menghalalkan aktiviti judi dengan projek "Loteri UMNO 1951".

Setelah Merdeka, Loteri UMNO ditukar kepada Loteri Kebajikan Masyarakat. Selain itu diteruskan juga judi lumba kuda serta Empat Nombor Ekor.

Pada hari ini terdapat lebih 11 syarikat judi beroperasi dengan 11 lesen yang sah diberikan oleh kerajaan Islam UMNO.

Hanya kerana hubungan rapat antara PAS dan DAP menggagalkan lesen judi yang ke 12 yang sepatutnya diberikan kepada Ascot Sports milik Vincent Tan. Judi yang dipanggil sebagai "Judi Bola".

Tidak lupa pula UMNO memberikan sebuah gunung kepada Lim Goh Tong di Genting Highland untuk pembinaan sebuah kasino.

Sedangkan kerajaan komunis China tidak mengizinkan walau sebuah kasino pun beroperasi di negara komunis mereka.

PAda waktu yang sama, negara komunis Soviet Union dulu pun mengharamkan judi sama sekali. Kesemua rumah2 dan kedai2 judi telah ditutup dan dimansuhkan sama sekali semenjak tahun 1927. (Baca di sini)

Maka, salahkah kalau Tulang Besi mengatakan hakikat sebenar kebencian UMNO kepada komunis adalah kerana negara2 Komunis terbesar, Soviet Union dan Russia, begitu tegas mengharamkan judi di negara mereka?

UMNO juga giat melabel DAP sebagai komunis. Mungkinkah ia berpunca dari tindakan DAP bersama2 PAS menentang pemberian lesen judi bola kepada VInsetan?

Pada Tulang Besi, Islam UMNO ini hanya Islam lakonan dan sandiwara semata-mata. Sekiranya benar UMNO ikhlas memperjuangkan Islam, nescaya mereka tiada ragu2 untuk mengharamkan judi di Malaysia sama sekali.

Berhentilah kena tipu dengan UMNO.

TULANG BESI



And here is the rest of it.

4 comments:

Anonymous said...

1.Beginilah abdul rahmang..ada hikmah disebalik keputusan Pru 12 dulu dimana perak,selangor,penang dan kelantan jatuh pada Pr.
2.kalau dahulu Pas atau PR hanya bercakap melalui teori mengenai hudud,hukum islam,judi dll...tapi bila diserahkan kuasa...praktikalnya...HAMPAS!!!!
3.Tambahan lagi nasib Pas didalam Pr umpama malukut ditepi gantang jee...malah pemimpin-pemimpin pas seperti nik aziz dan hadi awang sekarang kekenyangan sebab duk minum ludah sendiri terutama mengenai hukum hudud,isu kafir,kalimahh Allah dll.
4.nasibla ada dr harun din dll..kalau tidak Pas ni sentiasa menjadi hamba pencacai kalpal singh dan guan eng sahaja.

Anonymous said...

pru nanti ubah pemerintah dah sampai masanya untuk berubah tak perlu lagi duk bawah payung hapak 50++

Anonymous said...

Islam itu dipandang tinggi
tp kat Mesia ni... Islam tu di letak serendah2nya
Untuk melaksanakan sebarang hukum perlu serata
Skrg Majlis Agama Islam Negeri pun tak sekata
Sepatutnya selaras seluruh Mesia sama

Anonymous said...

HIDUP BANGSA UMNO (agama melayu)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.