Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Loading...

Tuesday, February 26, 2013

Aqidah Harun Din dan Mustafa Ali Adalah Assabiyyah Melayu

Penolakan Ketua Dewan Ulama PAS terhadap projek lantik Ku LI sebagai Perdana Menteri membuat TUlang Besi berfikir panjang.

Mengapa dalam hal ini, tiba2 Ustaz Harun Taib berubah arah dan tidak bersama2 dengan puak perpaduang yang lain?

Kepada yang mengenali Ustaz Harun Taib ini, beliau seorang yang suka menampilkan diri sebagai pejuang Islam ataupun pengamal Islam.

Beliau juga berimej seorang yang iltizam dengan Islam. Dengan kata lain, apa sahaja yang beliau lakukan adalah di atas nama Islam.

Walaupun acuan Islam yang diikuti oleh Harun Taib ini lebih kepada realiti beliau di Terengganu dan secara khas nya di DUN Manir. Apabila ada realiti lain dari apa yang beliau biasa, maka terus itu dianggap tidak islamik.

Maka, Ustaz Harun Taib menolak Anwar Ibrahim kerana beliau anggap Anwar tidak cukup Islam nya seperti acuan yang beliau fahami.

Adapun orang-orang seperti Ustaz Harun Din serta Mustafa Ali ini hati mereka masih tebal dengan aqidah assabiyyah Melayu.

Walaupun Islam lekat di mulut Ustaz Harun Din sepanjang masa, tapi ia hanya setakat kerongkong beliau sahaja. Di dalam hati Ustaz Harun Din hanya ada ruang untuk assabiyyah atau kebangsaan Melayu.

Ini kerana sepanjang perbincangan beliau menolak Anwar Ibrahim tidak sekali pun Islam itu dijadikan rujukan atau asas. Mana mungkin Islam boleh dijadikan asas. Kalau dibandingkan amal islami Anwar Ibrahim berbanding Ku LI adalah ibarat langit dengan bumi. Kalau dibuka apa sahaja kitab pun pasti Anwar Ibrahim itu lebih baik dari Ku Li.

Maka, pencalonan Ku Li sebagai PM itu tidak lain berasaskan sebab musabbab berkaitan dengan assabiyyah Melayu semata-mata.

Amat malang nasib ahli2 PAS yang mempunyai kepimpinan yang tidak beraqidah kepada Islam tetapi kepada kebangsaan Melayu.

Isu Kalimah Allah tu pun mendedahkan sikap Ustaz Harun Din yang menebal fahaman beliau kepada assabiyyah Melayu. Ini kerana Islam sendiri tidak pernah mengharamkan orang Kristian menggunakan kalimah Allah. Hanya orang2 dan kepimpinan UMNO sahaja yang tidak suka dan mengajak rakyat jelatan ikut sama.

Tempat yang paling layak bagi setiap pejuang kebangsaan Melayu adalah dalam UMNO dan bukannya dalam PAS. Seeloknya Mustafa Ali dan Ustaz Harun Din isytihar masuk UMNO terus.

Syukur alhamdulillah majoriti rakyat Melayu sudah boleh menilai dengan baik. Mereka tidak sanggup dipimpin oleh perompak atau penyamun walaupun perompak atau penyamun itu berbangsa Melayu tulin. Mereka mahu MElayu yang memimpin mereka itu Melayu yang amanah lagi fathanah.

TULANG BESI

14 comments:

Anonymous said...

You PAS people should stop arguing about who will be PM you will make people angry at PAS and lose votes especially among the non Malays
Anwar is the best choice Look how hard he works going around the country campaigning for pakatan Nobody can match that Ku Li is not even pakatan member He does nothing and he is very old Even his blog is not updated How can anybody even consider him since he is umno member
Listen to the people-they like anwar

Anonymous said...

Dont worry....

Kalau Harun Din & Mustafa Ali or Harun Taib tak mahu, rakyat akan tetap mahukan DSAI sebagai PM.

Apakah kerana isu Kalimah Allah yang hanya bersifat perasaan wasangka buruk pada kau yang menganut agama kristian maka mereka menolak DSAI?

Apakah kerana telah termakan umpan dpd Umno mengenai kes liwat maka DSAI mereka terus nak buang.?

Sorry ye.....!!!!

Rakyat diluar tidak akan menolak DSAI, malah akan menghumbankan "petualang2" yang akan merosakkan perpaduan dalam Pakatan.

Ingat...!!!
Kuasa di tangan rakyat. Kalau kamu bertiga tidak mahu DSAI, maka, kamu lebih baik berdiam diri atau keluar sahaja dpa pakatan dan istihar memasuki Umno. Itu lebih baik.

Ingat....!!!
Kuasa rakyat akan menentukan kamu di PRU-13 nanti.

dino.yp@gmail.com said...

Ingat! kuasa Allah melebihi kuasa rakyat!

Anonymous said...

Sistem menetapkan calun dalam PAS,mesti diluluskan oleh Majlis Syura Ulamak.Khabarnya 5-6 ahli Majlis Syura akan jadi calun PRU akan datang.Terkecuali TGNA,Harun Taib dan YB Zeela - yang memang menjadi wakil rakyat sekarang,yang lain tu baru nak jadi calun.Soalnya macam mana dan bagai mana Majlis Syura ni nak buat kerja "penapisan" kerana yang terlibat adalah ahli-ahli Syura sendiri?Timbul soal keikhlasan,kejujuran dan ketelitian dalam kerja "penapisan" termaklum yang ditapis adalah "geng" sendiri.Satu delima bagi PAS.

matABU said...

Ada desas-desus menganginkan sekiranya Ku Li tak diterima untuk jadi PM(ikut kehendak kabilah anti-DSAI) 2-3 pemimpin PAS ini akan keluar dari PAS.Ini satu cadangan yang amat baik.Biarlah anai-anai ni meninggalkan PAS,InsyaAllah PAS tidak akan rugi apa-apa malah akan bertambah solid dan ampuh.Hassan Ali dah meninggalkan PAS,tak ada pengikut pun.Nasha dah terkeluar dari Majlis Syura,tak ada ribut pun.PAS kepunyaan ahli-ahlinya bukan kepunyaan Hadi Awang,Stopa Ali mahu pun Harun Din.

Anonymous said...

Kau ni Tuhankah nak menilai keislaman orang tinggi atau rendah? U think u know everything ?

Anonymous said...

waktu kecederaan mcm2 bolih jadi, dulublogger pr skrng tali barut umnu pon bolih jadi so apa pun ABU..kalau pr pon jdi mcm umnu kita sumua humban mangkok pr balik pru 14

penjual ubat said...

As Salam
Rupanya cempedak dah jadi nangka!
Kalau bahasa di utara orang melayu memanggil gerok untuk memasukan buah cempedak muda yang sedang membesar untuk di selamatkan dari buruk dan serangan makhluk perosak,
Gerok lazimnya dari daun kelapa di buat cuma untuk ukuran buah cempedak.
Tapi kalau buah cempedak bertukar menjadi nangka,maka gerok akan pecah berderai kerana saiz nangka lebih besar.
Sebab tu lah kata kata bidalan orang tua terlalu dalam dan bermakna buat kita untuk memahaminya.
Kalau lah perihal Ku Li nak jadi perdana menteri ini di teruskan agendanya nya tunggulah saat hancur gerok cempedak,terbarai lah pakatan rakyat yang sudah menjadi harapan baru rakyat malaysia!
Apakah kepimpinan tertinggi terlalu daif untuk mememikirkan bacaan politik semasa?
Apakah kita menganggap kita menang banyak dalam PRU 12 lalu adalah kekuatan kita tanpa sokongan rakyat jelata yang bangun bersama dengan faktor anwar ? Lalu kita menjadi merak yang sebelum nya ayam togel yang hanya punya separuh bulu di badan!
Dulu dalam isu kerajaan perpaduan yang termeterai di dalam gelap,berbagai tohmahan terkena pimpinan seperti husam,khalid samad untuk mengiyakan kerja2 tak berapa cerdik pimpinan. Husam di tuduh terlibat politik wang,khalid di tuduh tidak wala' kepada pimpinan sehingga ianya di gantung jawatan sebagai YDP shah alam, hanya semata mereka inilah yang menjadi penghalang kepada kerajaaan perpaduan tersebut.
Dan dalam isu KU LI kita bimbang rakyat akan memberontak kepada PAS atas sikap flip flop pimpinan PAS.
Kalau ini terjadi Pimpinan PAS tak seharusnya menyalahkan ahli2 dan rakyat seluruhnya kerana sikap bebal dan idea gila tersebut.
Mana mungkin alasan untuk mencari lonjakan 3% undi melayu dengan kemasukan KU LI dalam PAS? Di dalam UMNO sendiri KU LI cuma mendapat 2 pencalunan untuk jawatan presiden UMNO.
Kalau iya pun mengharap 3% jangan nanti masyarakat kaum lain yang hampir 70% menolak kita.Dan kita waktu itu mungkin cuma akan tinggal Kelantan atas faktor Tok guru Nik Aziz yang menolak cadangan gila itu.
Ya Allah ,berilah kesihatan dan kekuatan yang sebaik mungkin kepada Tok Guru ku NIK AZIZ untuk menerajui PAS menghadapi PRU 13 nanti,kerana tok guru lebih memahami sepak terajang musuh dan orang dalam Parti sendiri yang coba menjual Parti dengan harga terlalu murah,
Kalah menang,susah senang kita bersama PAKATAN RAKYAT.
PAKATAN RAKYAT HARAPAN RAKYAT MALAYSIA.
Sesiapa yang di dalam PAS yang merasa tak senang denga pakatan elok lah undur secara terhormat,Jangan kita di depan pakatan kita bercakap nada yang sama dengan pimpinan PKR,DAP tapi apabila berada di luar atau di belakang kita berbincang dan berpakat dengan orang lain untuk jawatan perdana menteri.
Runcing di luar tapi pepat di dalam.
Ampunkan aku Ya Allah kerana menulis begini.

Anonymous said...

Yang jadi kacang hantu dalam PAS ni tak ramai cuma 2-3 ekor aje.2 ekor dah senyap tinggal 2-3 ekor aje lagi.Nama-nama TB dah dedahkan.Kalau PAS kelak ,dlm PRU akan datang dapat kurang dari 23 kerusi parlimen,2-3 orang nilah yg akan dipertanggung- jawabkan kerana mereka membuat lobang dikapal Pakatan Rakyat yg sedang belayar menuju Putrajaya.

Anonymous said...

dari dulu dah aku dah cakap ...pecat je gang perpaduan ni....akan menimbulkan kekacauan...kpd PAS dan PR...rasanye aku tahu semua geng perpaduang ni..banyak mula dengan H..
agak=-agak berapa orang pimpinan mula dgn H...hasan aje dah beberapa orang. ... h,.h yg lain.....

otakBesi said...

TB,
tak pernahkah kau tanya benak hati kau, apakah hebatnya Harun Din?.
Hebatnya harun Din hanya satu, halau jin dan buang saka.
Kehebatan inilah menyebabkan beliau dilantik menjadi tim. Mursyid PAS, nombor 2 selepas TGNA.
Selain kehebatan ini, tiada lagi kehebatannya yang boleh dibanggakan oleh PAS dan ahlinya.
Kehebatan yang beliau rasakan ini jugalah, beliau merasakan seorang manusia yang penting bagi menentukan PM Malaysia.
Kali ini beliau tersilap, sepatutnya beliau mencalonkan Najib sebagai PM, bukannya Ku Li.
Kesilapan kedua beliau adalah menafikan Anwar sebagai PM, sepatutnya beliau menafikan TGNA sebagai mursyid am.

Anonymous said...

Allah berfirman, maksudnya:-

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”. [Al Hujurat : 6].

Anonymous said...

Allah berfirman, maksudnya:-

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”. [Al Hujurat : 6].



Dalam ayat ini, Allah melarang hamba-hambanya yang beriman percaya kepada berita angin. Allah menyuruh kaum mukminin memastikan kebenaran berita yang sampai kepada mereka. Tidak semua berita itu benar, dan juga tidak semua berita yang disampaikan ada faktanya. Ingatlah, musuh-musuh kamu senantiasa mencari kesempatan untuk menjatuhkan kamu. Maka wajib atas kamu untuk selalu berwaspada, hingga kamu boleh kenal pasti orang yang hendak menyebarkan berita yang tidak benar.

Anonymous said...

Kah kah kah...

Hebak hang nih TB...

Hang bulih nampak Islam orang sampai setakat kerongkong aje...

Hang bulih pulak nampak sampai ke dalam hati orang...

Kalau hang nih penchachai Dr. M nescaya hang faham apa yang Dr. M ucapkan lebih dari Dr. M sendiri memahaminya...

Kah kah kah...

Tulisan berdegar-degar ni...

Maksud assobiyah tu dah tahu ke?

Ce cite ce cite...

Kah kah kah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...