Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, February 20, 2013

Daripada Tengku Razaleigh, Baik Salahuddin Ayub Jadi PM

Saya pun hairan. Kenapa nak ambik sangat TEngku Razaleigh sebagai calon Perdana Menteri? Ku Li ni dalam parti dia sendiri dia tak cukup pencalonan untuk merebut jawatan Presiden UMNO.

Kenapa tiba-tiba nak ambil Ku Li sebagai ganti kepada Anwar Ibrahim?

Adakah hati2 puak ini semuanya telah menjadi hitam seperti arang sehingga hasad dengki serta nafsu syaitan sudah melebihi pertimbangan akal yang waras serta iman kepada Allah SWT?

Lupakah mereka bahawa Tengku Razaleigh yang sama juga pernah mengkhianti PAS serta menista Tok Guru Nik Aziz secara terbuka? Lupakah mereka Tengku Razaleigh yang sama pernah mengatakan Tok Guru Nik Aziz ni nyanyuk dan tidak pandai memerintah?

Bagi Tulang Besi, dari mengambil Tengku Razaleigh jadi calon, adalah lebih aula sekiranya PAS mengkedepankan Salahuddin Ayub. Beliau tiada kes, setia kepada parti, dipuja dan disukai ramai, UMNO Johor sedang runsing dengan beliau yang dicalonkan sebagai calon MB Johor dan dia mendapat sokongan padu dari ahli2 serta akar umbi PAS.

Dia calon yang seratus kali lebih baik dari Ku Li. Soalnya mengapa tidak Salahuddin Ayub? Mengapa Ku Li?

Yang jauh lebih penting adalah Salahuddin Ayub adalah anak tarbiyyah PAS kerana ulama2 PAS sering menuduh orang macam saya bukan hasil tarbiyyah PAS. Jadi, adakah Ku Li itu juga hasil tarbiyyah PAS jugak skrg ni?

Apa yg Tulang Besi nampak dari perancangannya adalah seperti berikut:

Kalau ditakdirkan UMNO kalah:
1.0 Ku Li dinobat sebagai Perdana Menteri
2.0 Sebulan selepas menjadi PM, Anwar Ibrahim akan ditangkap dan disumbat dalam penjara
3.0 Pakatan Rakyat akan pecah lapan
4.0 Setelah menjadi PM, Ku Li akan merebut jawatan Presiden UMNO
5.0 Selepas Pakatan hancur, PAS dan UMNO akan bergabung di dalam satu barisan
6.0 UMNO kekal selamat dan hidup sejahtera
7.0 Apabila UMNO kuat semula, PAS akan ditendang keluar mcm anjing
Salahuddin Ayub tidak mungkin dapat menghidupkan semula UMNO. Hanya Ku Li yang boleh melakukannya.

Bertaubatlah dari hasad dengki serta tamak haloba. Mengikut maklumat Tulang Besi dapat, motivasi utama mereka sekarang ini adalah "Kalau aku tak dapat, engko pun tak buleh dapat"

Inikah perjuangan yang diberkati Allah SWT?

Inikah yang hendak dibawa ke Padang Mahsyar kelak?

Lupakah amanat Arwah Ustaz Fadzil yang terang jelas menamakan Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri sekiranya Putrajaya tumbang.

Acap kali arwah Ustaz Fadzil berkata demikian dalam ceramah2 beliau. Secara terbuka arwahnya membuat pernyataan sebegitu.

Di saat genting sebegini, seharusnya kita memikirkan bagaimana untuk menghapuskan UMNO, bukannya untuk memberi nafas baru kepada UMNO.

Tulang Besi tahu. Harapan UMNO adalah Anwar akan melatah seterusnya menunjukkan seolah2 Anwar ini gila kuasa dan kemaruk untuk jadi Perdana Menteri.

Tulang Besi menyerahkan segala-galannya kepada Allah SWT. Dia Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui.

AMIN!!!

Tulang Besi

ps cerita pasal tarbiyyah, busuk2 Anwar iBrahim tu pernah lah ikut tarbiyyah ABIM dan Ikhwan Muslimin. Ku Li ikut tarbiyyah sapa?

5 comments:

Penjual obat said...

Dalam malaysia barat Ada 4 bangsa yang tulang besi wajib faham,
1, melayu
2 cina
3, India
4, Trengganu
Sebab tu lah kemuncak perjuangan mereka Akan sebut untuk kepentingan Islam Dan bangsa Trengganu .
Pandai mu la gang ganu ooi, kamu Dah besar Dah.
Tak cerdik tak leh nak di ajar, cerdik dia nampak jelas bangang Nya.

Anonymous said...

Pas tak pergi jauh selagi di pimping puak2 ganu NIH.

Anonymous said...

...pokoknya betulkah spekulasi ni? atau kita pun jenis menjaja fitnah... subhanallah!

Anonymous said...

Pas Akan jadi macam pas ganu

Anonymous said...

i like your PS...so true..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.