Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Sunday, February 17, 2013

Insiden Nick Xenophon Petanda SPR akan Menipu Besar-Besaran

Malaysia sekrang berlagak seperti negara dunia ketiga. Senator Nick Xenaphon adalah senator yang dipilih oleh rakyat Australia. Menghantar pulang Nick Xenaphon bererti Malaysia tidak menghormati negara Australia mahpun rakyat Australia yang telah memilihnya.

Apakah dosa dan kesalahan Nick Xenaphon? Beliau datang ke sini kerana mahu memerhati proses pilihanraya serta berjumpa Kerajaan Selangor berkaitan dengan wujudnya 170ribu orang pengundi hantu.

Maka, Nick Xenaphon telah ditahan di LCCT. Begitu rendah diri Senator ini sehingga sanggup naik AirAsia sahaja untuk datang ke Malaysia.

SPR dan UMNO takut dan kecut Senator Nick akan pulang ke Australia dan mendedahkan betapa UMNO bergantung kepada ratusan ribu pengundi hantu untuk menang pilihanraya.

Ia menjadikan taraf UMNO sama dengan rejim2 dunia ketiga di Afrika dan Asia Tengah.

SPR antara badan yang paling awal menyokong kebiadapan Malaysia terhadap Senator Nick Xenaphon menandakan SPR amat takut dengan kehadiran beliau ke Malaysia.

SPR memang telah bersumpah akan memastikan kemenangan UMNO dan BArisan Nasional di PRU ke 13 kelak. SPR juga telah bertanggungjawab memenangkan BN di Sabah dgn cara kotor dan jijik. Perkara sama akan dilakukan di Semenanjung.

Tugas setiap rakyat Malaysia adalah menangkap dan menghalang setiap pengundi hantu dari mengundi. Setiap pengundi hantu wajib ditangkap dan dihantar ke Balai Polis pada hari mengundi nanti.

Kalau tidak, Malaysia akan jadi seperti negara2 dunia ketiga kdi Afrika elak.

TULANG BESI
And here is the rest of it.

5 comments:

Anonymous said...

kalau benar sptmana yg dikata..mmg haramjadah SPR....pengkhianat ugama,bangsa dan negara..hukuman bg pengkhianat negara adalah hukum mati..

Anonymous said...

Adakah PDRM akan membantu jika pengundi hantu diserahkan ke balai? Apa yang akan berlaku ialah pengundi hantu yang ditangkap akan diberi perlindungan untuk terus mengundi

Anonymous said...

Lepas tangkap pengundi hantu kepada Polis, maka Polis akan lepaskan pengundi hantu tersebut untuk mengundi di 5 tempat lain pula.... Kerana? Kerana? Kerana? Kerana Polis dan SPR pun 2 x 5 aje. Masing-masing makan gaji dari hasil cukai dan pendapatan rakyat, tetapi sanggup mereka mengkhianati orang kampung mereka, kehidupan rakyat dan masa hadapan anak-anak mereka dengan bersekongkol bersama parti korupsi UMNO. Kalau Orang No. 1 dan 2 SPR tak apalah mereka dah kenyang dengan sogokkan jutaan wang oleh para pemimpin parti korupsi tersebut. Nak bukti? Berikan PR kemenangan di dalam PRU13 dahulu, confirm kamu semua akan dapat buktinya.....

Anonymous said...

1.bila dok asyik salahkan SPR!!memang jelas ketakutan yang amat sangat disebelah Pr!!
2.orang yang akan kalah selalunya akan mencari berbagai-bagai alasan untuk menutup kelemahan diri sendiri!!
3.nak tenguk setakat mana pencacai dap ini boleh hidup dalam pru 13!!!

Anonymous said...

kalau dalam darah pun sudah ada cap keris cakap apa pun tak kan dengar punya... itulah kita bangsa melayu(UMNO) tak akan buka minda masih mcm zaman melaka..tak nak berubah...kalau majoriti melayu berfikiran waras SPR pun tak larat nak tipu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.