Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Saturday, February 23, 2013

Ku Li Amal Islam Lebih Baik Dari Anwar?

Macam2 alasan yang diberikan kepada Anwar atas mengapa Ku Li lebih baik dari dia. Antaranya adalah tuduhan kononnya Anwar ini meminta2 jawtan Perdana Menteri. Namun, alasan itu disanggah oleh salah seorang anggota rombongan yang berkata bukan Anwar yang minta tetapi rakyat Malaysia yang minta Anwar jadi PM.

Rata-rata alasan2 yang diberikan adalah dangkal dan cetek belaka. Tiada bukti dan tiada asas kukuh.

Juga bersama alasan2 itu diberikan juga hujjah mengapa Ku Li lebih layak dari Anwar Ibrahim.

Kalau saya orang UMNO, mungkin saya boleh berhujjah demikian tapi bagi pimpinan sebuah parti Islam, pemilihan Ku Li ini sangat2 menghairankan serta melanggar hukum Islam.

Dari segi amalan Islam juga kita dapat lihat jauhnya beza antara Ku Li dengan Anwar. Isteri Anwar bertudung. Anak perempuan Anwar bertudung. Anwar sendiri jadi Imam Solat. Jadi Khatib Jumaat. Boleh bertazkirah dan berceramah agama. Rapat dengan ulama2 antarabangsa mahupun ulama nusantara.

Adakah amalan Islam sebgitu dapat dilihat dalam diri Ku Li?

Dimanakah ajaran Islam yang mengutamakan orang yang lebih hampir dengan Islam untuk dijadikan pemimpin? Mengapa tidak diamalkan oleh mereka yang mengaku diri mereka ulama serta memahami Islam?

Hanya kerana jemputan menonton video lucah tajaan Rahim Thamby Chik di Bukit Aman boleh mengubah persepsi masing2 dan menampakkan Ku Li lebih baik dari Anwar?

Padahal terdapat 1001 sebab video kabur hitam putih itu tidak boleh dijadikan hujjah lebih2 lagi Anwar sendiri menafikan menjadi orang di dalam video tersebut.

Mana pergi ajaran perlunya 4 saksi? Mana pergi hukum syariah Islam di sini?

Benarlah kata salah seroang pimpinan tertinggi. Sebab utama penolakan ke atas Anwar Ibrahim adalah hasad dengki dan dendam kesumat.

Dendam kesumat kerana menyalahkan Anwar Ibrahim di atas kegagalan projek PERPADUANG DENGAN UMNO. Maka, tak dapat nak burukkan Anwar, maka dihalang Anwar dari menjadi Perdana Menteri. Tak kira jalan apa sekalipun, namun dendam di dalam hati mesti dilayan dan dipenuhi.

Hasad Dengki pula kerana "kalau aku tak dapat, engkau pun tak boleh dapat". Dr Syed Azman sendiri mengalami perkara ini secara pribadi sewaktu PRK Kuala Terengganu. Walaupun majoriti cawangan2 mahukan Dr Syed Azman sebagai calon, namun calon lain yang dicari. Tidak kira siapa calon tersebut asalkan bukan Syed Azman.

Begitulah hendak dikenakan ke atas Anwar Ibrahim. Ambik ko Anwar. Sapa suruh ko memandai-mandai gagalkan projek PERPADUANG dengan UMNO dulu?

Pokoknya TIADA SATU ALASAN SYARIEE untuk menolak Anwar menjadi Perdana Menteri. Hanya dendam kesumat serta hasad dengki menjadi alasan serta panduan di dalam menolak Anwar Ibrahim. Juga, ada juga antara mereka itu agen UMNO menjalankan arahan dan kehendak UMNO sepenuhnya.

Tak kira bahawa Allahyarham Ustaz Fadzil Nor berulang2 kali menyatakan sekiranya Putrajaya tumbang, Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri.

Tidak kira bahawa atas pemecatan dan kezaliman Anwar barulah PAS dapat merasa kenaikkan sokongan yang tinggi dari kalangan rakyat Malaysia.

Tidak kira bahawa tindakan mereka ini bakal merugikan PAS dan mengurangkan kerusi yang PAS bakal menang akibat protes dari pengundi2 atas pagar.

Tidak kira bahawa Ku LI itu pernah mengkhianati PAS dan belot terhadap PAS. Kalau tidak disebabkan pemecatan Anwar nescaya Kelantan pasti jatuh pada tahun 1999.

Tidak kira bahawa selama 16 tahun Anwar dipecat dari UMNO, Anwar setia dengan PAS dan sentiasa menghormati PAS.

Barang diingat. Keputusan melantik Ku Li sebagai PM ini bukan keputsan Majlis Syura Ulama mahupun AJK PAS Pusat. Rata2 AJK PAS Pusat terkejut dengan berita ini.

Malahan, kalau tidak ditanya dalam mesyuarat AJK PAS PUsat, nescaya perkara ini tidak masuk ke dalam pengetahuan AJK2 PAS Pusat.

Ini adalah konspirasi beberapa kerat pimpinan Majlis Syura Ulama dan AJK PAS Pusat yang juga pro kepada PERPADUANG. Mereka menggunakan nama PAS untuk mensabotaj Pakatan Rakyat.

Sama seperti waktu mereka berjumpa dengan Pak LAh dan UMNO dalam gelap dulu.

TULANG BESI

9 comments:

Joeking said...

Alhamdulillah..syukur pada Allah kerana membuka pintu hati para ulamak ini untuk menghalang peliwat tegar negara untuk diangkat menjadi PM. Sememang tanah bertuah ini dalam lindungan Allah.

Yong said...

Salam Tulang Besi

Sedih bila dengor cerita ada pemimpin PAS yang masih nak buat UG. Nak lantik KuLi pulak.

Yong minta ulama PAS citer sikit pasal keluarga KuLi. Ini penting sebab PM kena ada keluarga yang baik dan Islamic.

Citer. jangan tak citer.

Tulang Besi said...

Alhamdulillah..syukur pada Allah kerana membuka pintu hati para ulamak ini untuk menghalang peliwat tegar negara untuk diangkat menjadi PM. Sememang tanah bertuah ini dalam lindungan Allah.

Setelah mahkamah membuktikan sumpah SAiful itu sumpah palsu, ada lagi orang sakit otak yg percaya pada sumpah si Saiful tu

otakbesi said...

TB,
ketawa aku sampai terkeluar ketut, bila kau cerita geng perasan pergi jumpa Anwar dan menyatakan hasrat mahu gantikannya dengan Ku Li. Tak sangka geng perasan boleh berfikir ketahap berfikir dengan kepala lutut.
Durian masak belum lagi luruh, geng perasan pimpinan maharaja Jin&Saka dah sibuk nak hadiahkan kepada musang.
Kalau berhasrat nak serah jawatan tersebut kepada ayah Pin (kerajaan langit) ada sedikit terlekat kepada logik akal. Ini tidak, hasrat nak serahkan kepada Ku Li, bukan sahaja budak yang keluar U kata ideal ini bodoh, bahkan budak yang keluar tadika pun kata ideal seperti ini teramat bengong.
Bukankah Ku Li dengan Najib adalah sama dan serupa dari segi ideologi dan salah guna kuasa. Kedua-duanya adalah UMNO, dan PAS pula sedang berjuang untuk tukar kerajaan UMNO. Ibaratnya, berjuang untuk rebut daging dari mulut singa, hasrat untuk masukkan kedalam mulut harimau. Bukankah kerja begini bodoh dan bengong peringkat plus.
Aku rasa sudah sampai masa, didedahkan geng siang bermesra dengan ahli PAS, malam tidur sekain selimut dengan UMNO. Subuh pula mencari akal untuk berfikir, bagaimana nak bergaduh dengan mentua.
Geng inilah Tuan Guru Nik Aziz gelar sebagai kemucuk dalam perjuangan PAS. Kalau dibuang bila melekat, membuang masa. Kalau dibiarkan, tidak selesa terasa gatal.

Anonymous said...

UMNO/BN da tak mampu nak halang PR dari mengambil alih Putrajaya. Mereka cuba gagal kn Anwar utk menjadi PM pulak! Nama saja ulamak tp sanggup di perkakas kan!!

Anonymous said...

Bila dia berkata dia bohong; bila berjanji dia mungkir; bila diberi amanah dia khianat; bila bermusuh dia kejam.
adakah ciri2 diatas ada pada geng ug?
Asabiyah bukan dr ajaran Islam.

Anonymous said...

Puak-puak UG masih mahu mensabotaj PR dengan mencadangkan Ku Li sebagai PM. Bila Ku Li menjadi PM, dia akan mencadangkan PAS dan PKR dibubarkan dan semua sekali menyertai UMNO atau PAS menyertai BN. Ini agenda jangka panjang yang sudah tersurat.

Anonymous said...

aikkkk pakatan yg buat keja macam nak gilerrr...
apahal plak kuli yang jadi PM
bila dia turun ke jalan main gas pemedih mata...

alrawa said...

Puak2 yang mencadang agar Ku Li jadi PM sebenarnya hendakkan Pas bergabung dengan Umno kerana Ku Li tidak akan meninggalkan Umno.
Olih yang demikian, puak2 ini wajar meninggalkan Pas kerana sebahagian besar ahli Pas tidak rela parti Pas bergabung dengan Umno semula.
Cukup lah sekali ditipu. Dimanakah keupayaan mental puak2 ini untuk menganalisa keadaan semasa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.