Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, February 26, 2013

Mana Lebih Untungkan Melayu: Perpaduan vs Persaingan?

Mufti Perak menuduh PAS lebih teruk dari kafir kerana menolak perpaduan dgn UMNO. Anak Ustaz Fadzil pula meminta PAS dna UMNO bersatu. Hasan Ali, Nasha dan geng2 Perpaduang mahukan PAS dan UMNO bersatu sehingga sanggup mencalonkan Ku Li sebagai Perdana Menteri.

Mereka2 ini mahukan PAS bergabund dengan UMNO tidak kira samada UMNO itu dipenuhi dengan penyangak dan penyamun. Dengan kata lain, mereka ini masih tertipu dengan idea kononnya apabila Melayu bersatu maka Melayu akan gagah dan kuat. Mereka2 ini masih hidup dalam alam fantasi dan masih tidak mampu membuka tempurung yang selama ini menutup minda mereka.

Soalannya cukup mudah. Adakah selama lebih 40 tahun UMNO memerintah dalam keadaan UMNO menguasai majoriti 2/3 di Parlimen maka Melayu telah jadi kaya dan kuat?

UMNO telah gagal membangunkan orang Melayu. Pasaran saham Malaysia masih dikuasai orang bukan Melayu dan orang Melayu masih duduk dalam kalangan yang berpendapatan rendah di Malaysia.

Ekonomi negara masih belum dikuasai bangsa Melayu dan Melayu masih majoriti di penjara serta pusat2 serenti.

Mengapa berlaku demikian? kerana UMNO sememangnya sudah lama gagal membangun orang Melayu. Dan orang Melayu pula kerap membalas kegagalan UMNO dengan undi mereka. Hasilnya UMNO tidak perlu risau untuk berbuat benar dan baik kerana bangsa Melayu akan terus menyokong mereka.

Setiap saing mereka seperti PAS akan ditindas, ditangkap ISA, di buang daerah, di fitnah, dinista dsbnya menyebabkan UMNO tidak ada saingan di peti undi.

Dengan kuasa mutlak seperti ini UMNO tidak perlu risau untuk meembangun bangsa melayu. Mereka cuma membangunkan kroni2 mereka serta anak beranak mereka sahaja.

MAjoriti ornag Melayu dibiarkan merempat dan ketinggalan sama sekali.

Maka datanglah Pakatan Rakyat dengan darah baru, konsep baru, kaedah baru dan pegangan yang baru. Pakatan Rakyat mampu berbuat lebih baik lagi dari UMNO sekaligus membangunkan bangsa Melayu supaya menjadi lebih terhormat dan terpelajar.

Bukankah lebih baik kita gantikan UMNO sahaja kerana UMNO telah usang dan bersawang. UMNO sudah tidak lagi membela bangsa Melayu hanya kroni2 dan anak beranak mereka sahaja.

Orang2 seperti Harun Din dan Mustafa Ali tidak mampu memahami konsep bersaing dalam membangungkan orang Melayu.

Mereka tidak faham bahawa persaingan itu lebih berkesan di dalam membangunkan orang Melayu. Setiap parti melayu yang gagal akan dibuang dan dilontak keluar digantikan oleh parti bangsa Melayu yang lain yang lebih baik.

Tulang Besi tak faham bagaimana Harun Din dan Mustafa Ali mahu membawa PAS bersatu dan berpadu dengan penyangak dan penyamun. Adakah penyangak dan penyamun seperti ini boleh diharap untuk membangunkan bangsa Melayu?

Misal yang paling mudah adalah projek NFC. Bayangkan, duit yang mereka guna untuk beli kondo tu berapa ramai bangsa Melauyu yang mampu mendapat manfaat membela lembu dan kambing?

TULANG BESI

3 comments:

Anonymous said...

Stopa Ali dan Harun Din tak kisah pasal Melayu atau Islam.Depa ada agenda peribadi -Stopa Ali nak jadi menteri dan Harun Din memang sukakan kekayaan,ulamak jenia hibbul dunia.Perpaduang tu nak jilat bontot UMNOlah - dua manusia ni dah banyak termakan BRIM UMNO.Lihat Nasha,hidup senang lenang.

Anonymous said...

tuan..
apa komen tuan mengenai fawaz.anak kpd almarhum ust fadhil nor.

ust.taib azamudeen lbh bijak.pro UG tapi sembunyikan kuku

Anak Perelih said...

Saya rasa Anwar pun setuju dgn Ku Li ni.. sebab Anwar dulu pun ex Timbalan presiden UMNO.. dan Ku Li pun pernah lawan Mahathir.. The enemy of my enemy is my friend.... dalam PKR tu ramai ex UMNO/BN... tak puas hati sikit dalam UMNO/BN... masuk PKR.. dalam PKR tak puas hati .. join UMNO/BN balik.. coontoh si Zaid tu... yg bezakan PKR dgn UMNO/BN ialah mereka yang dari NGO dan tak pernah masuk parti mana mana - org muda... kalau mereka ni tak ada.. sama je... org tu jugak...

saya pernah terbaca pendapat yang kerajaan BN akan menang PRU 13 dengan tipis... (SPR dan undi hantu ni terlalu kuat) tetapi akan tumbang selepas Pemilihan UMNO kerana akan berlaku pepecahan yang ketara didalam UMNO dan ramai yang akan keluar UMNO utk bergabung dengan PR (masuk PKR atau tubuh parti baru)... dan projek 16 september dahulu akan menjadi kenyataan... Dikatakan juga Ku Li akan lompat sama (kalau dia lawan Najib/Mohyidin or org pujuk) dan jadi PM atas persetujuan semua...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.