Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, February 21, 2013

Projek Lantik Ku LI jadi PM BUKAN KEPUTUSAN PARTI

Semenjak cerita projek Ku Li terdedah, puak2 PERPADUANG dalam PAS telah membalas balik dengan beberapa serangan kepada orang2 macam Tulang Besi.

Antara lain serangan mereka adalah:

Orang seperti Tulang Besi ini telah mendedahkan rahsia parti dan kandungan mesyuarat AJK PAS Pusat serta mesyuarat Syura

Hakikatnya projek "Ku Li" ni tidak pernah dibincang secara rasmi dalam mana-mana mesyuarat rasmi PAS di mana-mana peringkat pun baik di Syura Ulama mahupun di AJK PAS Pusat.

Hatta, kita pun hairan atas otoriti apa Ustaz Harun Din berjumpa dgn Anwar meminta Anwar mundur dari menjadi calon PM dan memberi laluan kepada Ku Li?

Kalau pun berlaku perbincangan isu ini adalah tidak sengaja kerana telah dinaikkan dalam mesyuarat AJK sehingga berlaku perbahasan yang begitu hangat yang akhirnya membawa kepada keputusan supaya projek ini digugurkan sama sekali.

Itupun perbincangan itu bukan dalam agenda mesyuarat rasmi tetapi berbentuk soalan dari salah seorang AJK PAS Pusat.

Tok Guru Nik Aziz sendiri menafikan wujud perbincangan Majlis Syura berkaitan dengan projek perlantikan Ku Li sebagai calon PM inikan pula ada keputusan Syura.

Ia sama macam masa kontroversi berjumpa dalam gelap dengan UMNO yg didedahkan oleh Pak Lah.

Pak Lah kata telah berlaku perjumpaan dalam gelap sebanyak tiga kali yang Pak LAh hadzir sendiri. Padahal sebelum itu Presiden serta Ustaz Nasha telah menafikan pertemuan berlaku secara terbuka.

Apabila tertekan dengan pendedahan PAk Lah itu, maka alasan yg diberikan kebenaran diberikan oleh Majlis Syura Ulama PAS.

PAdahal tiada satu dokumen rasmi hatta minit mesyuarat yang merekodkan wujudnya kebenaran sebegitu. Mereka berbohong dua kali:

1.0 Berbohong mereka tidak bertemu Pak Lah dan UMNO dalam gelap
2.0 Berbohong mereka diberi kebenaran oleh Majlis Syura Ulama PAS

Pembohongan yang sama yang cuba digunakan oleh puak2 ini dalam projek PERPADUANG atau UGII ini. Kononnya ia adalah keputusan Majlis Syura Ulama PAS dan ia tidak boleh didedahkan kepada umum kerana rahsia parti.

Nah, Tok Guru Nik Aziz telah mendedahkan bahawa ini adalah satu PEMBOHONGAN yang nyata. Projek lantik Ku Li jadi PM BUKAN KEPUTUSAN MAJLIS SYURA dan BUKAN KEPUTUSAN PAS.

Ia adalah konspirasi beberapa ahli Majlis Syura yang pro UMNO.

Yang hairan tu sampai boleh pergi jumpa Anwar Ibrahim untuk bagitau Anwar tak boleh jadi PM dan mesti beri laluan pada Ku Li.

Boleh pulak Harun Din bertindak atas nama parti tanpa keputusan AJK PAS puia dan Majlis Syura pulak ye?

Yang jelasnya sekiranya AJK PAS PUsat dan Majlis Syura Ulama buat keputusan sebegini, maka keputusan itu tidak sah kerana melanggar usul di dua Muktamar yang mahukan Pakatan Rakyat diperkasakan.

TULANG BESI

10 comments:

penjual ubat said...

Manusia apa bila berbohong akan terus berbohong untuk menutup pembohongan hatta akan sampai berkali kali bohong nya.
Ia nya terjadi apabila bohong nya di ketahui orang yang dia berbohong.
Pelacur yang ihklas memberi minum anjing yang kehausan masuk syurga......
Apakah pemimpin yang di tangan nya sentiasa ada biji tasbeh akan masuk syurga walau pun berbohong?
Atau mungkin kerana mereka di gelar ulama maka mereka ada tiket untuk berbohong?
Atau juga adakah PAS(Parti Islam Semalaysia) adalah milik beberapa orang Ostad ?
Ya Allah selamatkan PArti PAS dari anasir jahat yang berselindung di balik serban dan jubah untuk menipu Ahli@ Pas yang ikhlas berjuang kerana mu !
Kau gagal kan pernacangan jahat mereka2 ini Ya ALLAH.
AMIN.

penjual ubat said...

Manusia apa bila berbohong akan terus berbohong untuk menutup pembohongan hatta akan sampai berkali kali bohong nya.
Ia nya terjadi apabila bohong nya di ketahui orang yang dia berbohong.
Pelacur yang ihklas memberi minum anjing yang kehausan masuk syurga......
Apakah pemimpin yang di tangan nya sentiasa ada biji tasbeh akan masuk syurga walau pun berbohong?
Atau mungkin kerana mereka di gelar ulama maka mereka ada tiket untuk berbohong?
Atau juga adakah PAS(Parti Islam Semalaysia) adalah milik beberapa orang Ostad ?
Ya Allah selamatkan PArti PAS dari anasir jahat yang berselindung di balik serban dan jubah untuk menipu Ahli@ Pas yang ikhlas berjuang kerana mu !
Kau gagal kan pernacangan jahat mereka2 ini Ya ALLAH.
AMIN.

C++ said...

Bhai TB...

Ahli bawahan dok kerja bermati-matian naikkan parti... tapi selalu disabotaj oleh pemimpin parti... aper ker jadahnyer buat kerja camnie..

Zab said...

Teruskan mendedahkan pengkhianat jemaah. Jangan gentar, jangan takut. Saya dan pastinya majoriti ahli-ahli PAS dan PR tak inginkan musuh dalam selimut (yang pentingkan diri dan sayangkan UMNO) di waktu kita ingin berjuang menumbangkan UMNO. Berkat doa ahli2 yang jujur dan amanah, insya-Allah kita akan dedahkan betapa busuknya hati sesetengah dari pemimpin kita sendiri. KITA PERLU TUMBANGKAN UMNO/BN!

mahaza said...

Apabila adanya munafiqun - mereka yang mengkhianati perjanjian - dengan bertopengkan serban dan tasbih, maleh nak criter dah. .

Anonymous said...

Tuan, saya sudah kurang hormat kepada insan ini semnejak dia bercerita dalam kuliahnya bahawa dia bermimpi jumpa nabi. dan ceritanya itu tersebar dalam yuo tube. orang ramai kagum. saya pula turun rasa hirmat dekat dia. - zolkharnain perlis

Tulang Besi said...

Ramai yg mimpi jumpa Nabi. ORang2 jahat pun ramai jumpa Nabi sbb Nabi nak sedarkan orang tu.

Pokoknya jumpa Nabi bukan hujjah.

Anonymous said...

Allah bayar cash kot

Anonymous said...

Hhh

Anonymous said...

Abu lahab dan abu jahal bukan setakat bermimpi, malah hidup bsama2 Nabi lagi...masuk neraka juga akhirnya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.