Ke hulu ke hilir media2 milik UMNO mencanangkan kononnya Kerajaan PR tidak penuhi janji di Selangor. Dalam Dewan Undangan Negeri pun dicanangkan perkara yang sama. Kononnya PR tidak tunai janji pilihanraya dahulu.
Ada seorang tu dengarnya nama dia akan naik jadi MB Selangor. Diangkutnya makcik2 dan orang tua ke SUK untuk menyaman MB Selangor.
Tulang Besi pun membuat sedikit kajian.
Rupa-rupanya:
2.0 Hanya 7 janji PRU 2008 masih belum tertunai. Janji2 tersebut adalah:
a. Memberikan pendidikan percuma pra sekolah
b. Subsidi hantar anak2 ke nurseri RM50-RM100 sebulan
c. Elaun kepada surirumah dan wanita yang tidak bekerja
d. Perubatan percuma serta pengangkutan awam percuma kepada warga emas umur 65 tahun ke atas
e. Mengurangkan cukai pintu 20%
f. Mengganti sistem rukun tertangga dgn sistem lain
g. Satu keluarga satu rumah
3.0 Janji2 tersebut terpaksa diganti dengan 6 program lain yang lebih diperlukan rakyat pada masa ini:
a. Skim 20m padu air percuma (skim ini telah memakan hasil negeri paling banyak sekali. Terima kasih SYABAS)
b. Skim mikrokredit untuk miskin bandar dan luar bandar (MIMBAR dan SKIMSEL)
c. Tabung Anak Pekerja Ladang,
d. Program Tuisyen Rakyat,
e. Skim Perumahan Pekerja Ladang
f. Bantuan pengurusan bangunan.
g. Program bina insan seperti SPIES dan GEMS untuk rakyat Selangor seluruhnya
4.0 Adapun program rumah untuk semua rakyat Selangor tergendala kerana di Selangor sekarang ini tanah tidak mencukupi. Waktu BN/UMNO memerintah tanah2 yang berharga ini diberikan kepda kroni dan pemimpin2 UMNO. Hasilnya tanah2 itu menjadi mahal dan tidak mampu dibeli untuk membuat perumahan rakyat. Maka, masaalah tanah ini memakan masa bertahun-tahun untuk diselesaikan.
5.0 Apa yang dilakukan kerajaan negeri adalah menyiapka projek2 rumah rakyat yang dibiarkan terbengkalai oleh kerajaan dahulu. Misalnya rumah rakyat di Subang Bestari telah terbengkalai selama 10 tahun lebih telah dihidupkan sekaligus menjadikan ramai penduduk2 setinggan kaya raya.
6.0 Kalau lah pengurusan air ditadbir oleh Kerajaan Negeri secara direct, nescaya kesemua janji2 diatas telah pun dipenuhi, Namun, wang dari kerajaan negeri itu terpaksa digunakan untuk mengkayakan kroni2 yang mempunyai kepentingan dalam penswastaan air.
Kesimpulannya, halangan terbesar untuk melaksanakan janji2 Pakatan Rakyat adalah kroni2 UMNO itu sendiri. Kalau tidak disebabkan oleh lintah2 darat ini nescaya Selangor cukup wang untuk menyelesaikan semua masaalah rakyat Selangor.
Juga, semua program2 di atas TIDAK WUJUD sewaktu BN memerintah dahulu. Walaupun hanya 90% janji ditunaikan ianya JAUUHHHHH lebih baik berbanding dengan kerajaan dahulu yang hanya tahu menggunakan kekayaan negeri untuk mengkayakan kroni.
Lihatlah sendiri. Dalam 4 tahun yang lepas hanya pemimpin2 UMNO Selangor sahaja yang disumbat ke dalam penjara kerana rasuah dan salah guna kuasa. Seorang pun pemimpin PR tidak didakwa.
TULANG BESI
ps rujuk gambarajah di bawah:
No comments:
Post a Comment