Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Sunday, March 17, 2013

ARUS BARU (ISMA) Tajaan JASA (UMNO)???

(*NOTA: Baru sekejap tadi wakil ISMA ini telah membalas permintaan sumpah Tulang Besi ini dengan lafas seperti di bawah:

"Wallahi Wabillahi Wattallahi dana kami dari poket ahli kami"


Sama-samalah kita lihat akan kesannya nanti)

Tulang Besi dapat maklumat secara lisan dari beberapa orang. Bahawa ISMA yang bercadang untuk meletak calon di beberapa kawasan di bawah panji BERJASA adalah tajaan JASA.

JASA adalah sebuah jawatankuasa yang terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri yang sekarang ini dipimpin oleh FUad Dato HAsan bekas ADUN Hulu Kelang. 

Fuad Dato Hasan adalah Ketua Pengarah JASA, yakni Bahagian Hal Ehwal Khas Kementerian Penerangan. 



Kalau berita ini benar, maka ia bererti ISMA adalah alat UMNO kerana Kementrian Penerangan adalah di bawah kawalan dan penguasaan UMNO.

Maka, di TWITTER, TUlang Besi telah bertanya kepada salah seorang ahli ISMA. Secara ringkasnya dia menafikan khabar ini. 



Tetapi yang menghairankan adalah apabila Tulang Besi meminta dia bersumpah "Wallahi, Wabillahi, Watallahi" sebagai jalan pintas untuk menyelesaikan isu ini, terus sahaja wakil ISMA ini senyap sunyi.

Di bawah adalah rakaman gambar "conversation" antara wakil ISMA dgn Tulang Besi. Para pembaca boleh lihat sendiri dan membuat penilaian.



Dalam politik Malaysia, biasanya khabar angin itu betul. Sudah banyak cerita kita dengar dan lihat terutamanya selepas Anwar Ibrahim dipecat dan dimalulkan oleh Dr Mahathir.

Tulang Besi tidak terkejut ISMA adalah tajaan UMNO.

Kalau dilihat dari strategi yang ISMA war war kan, mereka bercadang bertanding di kawasan2 yang pertandingannya antara calon bukan Islam sahaja. Sebagai contohnya Parlimen Subang di mana Sivarasa Rasiah dari PKR akan bertanding lawan seorang calon MIC.

Strategi rahsia yang Tulang Besi dengar adalah ISMA bercadang untuk menarik undi orang2 Islam untuk menghalang mereka dari mengundi parti2 pembangkang. Kalaupun ISMA boleh tarik 1 hingga 3% sudah cukup untuk memberi kemenangan kepada Barisan Nasional kalauy pertandingan itu amat rapat keputusannya.

Diberitakan ISMA akan bertanding lebih 20 kerusi Parlimen bagi tujuan memecah undi seterusnya memenangkan Barisan Nasional. 

Tapi ini semua khabar yang tidak dapat Tulang Besi bawa bukti.

Tidak masuk akal sebuah kumpulan akan membelanjakan ratusan ribu malahan mungkin jutaan ringgit hanya untuk kalah. Tidak masuk akal sama sekali kecuali lah puak2 ISMA ini juga sudah tidak masuk akal.

Ketidakmahuan wakil ISMA di Twitter di bawah menyambut cadangan Tulang Besi untuk bersumpah memberi kredibiliti kepada khabar angin yang Tulang Besi dengar ini.




TULANG BESI

3 comments:

Anonymous said...

Tulang Besi,
I ada keluarga yg belajar di Jordan. Keluarga suaminya semuanya Umno. Dia orang skrg ni di sana tengah kempen untuk ISMA. Dikatakan beberapa pemimpin UMNo berkopiah putih telah beberapa kali menemui pemimpin2 pelajar di sana dan berkempen utk ISMA. Kononnya utk menyaingi PAS. Kononya PAS tidak seprti dulu lagi bekerjsama dgn PKR & DAP. Itu alasan mereka. Inilah racun yg saya nampak utk memecahbelahkan undi penyokong PAS.

Tolong sebarkan.

Anonymous said...

Dalam fiqh islami sepatutnya org yg menuduh wajib kemukakan bukti. Bila yg menuduh tak mampu kemuka bukti maka penuduhlah yg penipu. Untuk membersihkan tertuduh mahkamah boleh perintahkan tertuduh bersumpah. Ingat kalau benar sumpah tertuduh maka sipenuduh yg akan kena azab kalau tak didunia pasti di akhirat. Rasulullah bersabda

البينة على المدعي واليمين على من انكر

Kalau method tuan benar iaitu desas desus dan dengar2 itu benar, cerita DSAI yg me***** itu benar? Sbb ceritanya berulang2 dlm pelbagai kes? Tapi muslim yg takut neraka takkan menghebohkan satu dunia cerita yg tak pasti.

Anonymous said...

Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.