Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Loading...

Friday, March 8, 2013

Bapa Saiful Bukhari Mohon Maaf Pada Anwar. Akui Wujud Konspirasi

NOTA: Ini bukti jelas bahawa sumpah yang dilakukan oleh Saiful Bukhari di Masjid Wilayah tempohari adalah sumpah palsu.

Antara point yang perlu kita amati adalah:
1.0 Ia adalah konspirasi jahat.
2.0 Dalang utama konspirasi ini datang dari pejabat Perdana Menteri yakni Najib Tun Razak
3.0 Permohonan maaf ini dilakukan secara terbuka

OLEH MD IZWAN
MARCH 08, 2013

KUALA LUMPUR, 8 Mac — Bapa kepada Saiful Bukhari Azlan tampil ke hadapan hari ini mengakui kes liwat kedua yang melibatkan anaknya dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sebuah “konspirasi politik jahat” untuk memburukkan nama pemimpin utama Pakatan Rakyat (PR) tersebut.

Azlan Mohd Lazim, 60, dalam satu sidang media tertutup juga mendedahkan kes liwat tersebut telah dirancang rapi oleh seorang pegawai khas di Pejabat Perdana Menteri sejak awal pendedahan kes liwat kedua tersebut.

“Ini adalah konspirasi politik jahat untuk membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk kali kedua,” kata Azlan (gambar).

“Saya memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarganya.Beliau dan keluarganya telah banyak menderita dan sengsara akibat fitnah ini,” tambah beliau.

Azlan yang ditemani oleh dua rakannya juga menolak pengakuan yang dibuatnya hari ini adalah kerana desakan ataupun tekanan mana-mana pihak, sebaliknya dilakukan dengan rela hati.

Apabila ditanya mengapa menunggu hingga hari ini baru tampil untuk membuat pengakuan, Azlan berkata ia adalah kerana selepas membuat penilaian sendiri dan menerusi maklumat yang disampaikan oleh orang terdekat, beliau mula dapat melihat kebenaran disebalik kes melibatkan anaknya tersebut.

4 comments:

Zack T said...

Cukup-cukup lah Anwar nak tutup cerita Lahad Datu ni. Dah tak boleh nyanyi karaoke dekat ceramah sekarang tup2 bapa saiful lak buat pengakuan. Rakyat malaysia tak terpedayalah Bro Azlan. Sakit hati kerana pembangkang mempermainkan keselamatan dan maruah rakyat dan negara satu isu yang amat-amat besar tak mungkin terubat la.

Ini trik lama la bro, dari Raja petra ke Bala etc dan sekarang ini pulak. Berapa banyak Anwar bayar ni, almaklumlah bapa Saiful ni banyak hutang dan nak hidup tak berapa hari lagi. So Anwar letak RM5 juta depan mata, apa lagi terkedip-kedip la mata orang tua tu. Tak ada angin dan ribut nak dekat2 pilihanraya ni tiba-tiba lak bersemangat nak jadi penyelamat anwar ek.

Tak gentle la bro, bagi la gempak sikit bawa saiful sendiri dan biar dia yang nyatakan depan "open PC". Ataupun lu cari modal lain lah nak bagi gempak. Bab ni nampak sangat la bapa Saiful ni kemaruk. Kalau tak pun suruh je bapak si saiful ni angkat sumpah masa open PC. Amacam ada brani... hehehehehe. Dengar Khabar Anwar la ni menerima rawatan kerana terberak-berak kena jangkitan kuman "Lahad Datucephilis"...Sesiapa ada maklumat tolong update ek...

Anonymous said...

Tapi point yang tak di sebut ialah
1. Kenapa Saiful tak ada disisinya semasa press conference?
2. Kenapa Saiful nafikan dakwaan bapanya?
3. Kenapa tak ada bukti-bukti yang disertakan?
4. Kenapa yang empunya badan tak turut kata yang sama?
5. Kenapa orang yang tak ada kena mengena dengan kes itu, selain dari menjadi bapa yang hanya muncul disaat-saat akhir yang berkata-kata?

Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Anonymous said...

Payah..memang payah. Kalo nak hujah pendedahan bapa Saiful nak cover Anuar kes Lahat Datu, Anuar boleh kata peristiwa Lahat Datu nak sorok bawah karpet PENDEDAHAN BALA SD1nya. Apa macam?. Belum pendedahan Deepak. Camnilah. Kita serahkan kepada keputusan mahkamah. Takut kerja kita dok tokok tambah cerita karut menambah dosa fitnah jer.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...