Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, March 27, 2013

Jasa UMNO Pada Industri Babi Malaysia

Sekitar tahun 2007, berlaku kebangkitan kecil di Melaka terutamanya di kawasan sekitar Kuala Sungai Baru. Kemarahan penduduk di situ berpunca dari penternakan babi yang telah hilang kawalan sama sekali.

Maka, untuk mengendurkan kemarahan orang kampung yang rata2 Melayu Islam, sekumpulan penembak telah dihantar untuk menembak babi2 yg dikatakan dibela secara haram.

Namun, beberapa jam sebelum upacara menembak bermula, tiba2 datang arahan baru membatalkan arahan awal. Penembak2 tersebut pulang tanpa melepaskan walau satu das tembakan.

Ramai yang marah, tapi amarah mereka cuma setakat dlm hati. Datang PRU 2008, DUN Kuala Sungai Baru tetap kekal di tangan Barisan Nasional.

Kalau ditakdirkan pengusaha2 babi itu meletakkan daging-daging babi dalam rumah orang Islam di Kuala Sungai Baru itu, mereka tetap akan mengundi Barisan Nasional

BABI LEBIH PENTING DARI ORANG MELAYU?

Tahukah anda mengapa Kerajaan BN lebih mengutamakan babi dari orang2 Islam di Melaka itu?

Satunya, kerajaan BN tak perlu takut dengan orang Melayu Melaka. Kalau dihantar babi2 masuk rumah mereka pun, tetap orang2 Melayu Melaka ini akan terus mengundi BN.

Keduanya, tanpa pengetahuan ramai orang, daging babi itu adalah salah satu bahan ekspot Malaysia. Semenjak tahun 1988 lagi Malaysia telah menjadi pengeksport daging babi.

Yang menghairankan ramai, Malaysia tidak mampu menjadi pengekspot daging yang halal seperti daging kambing, lembu, biri-biri, arnab, rusa dan sebagainya.

Tetapi, di bawah UMNO yang mengaku parti Islam dan memperjuangkan Islam, mereka telah mengimarah industri babi di Malaysia.

SUMBER STATISTIK DARI BANGSA-BANGSA BERSATU

Tulang Besi mendapat sumber graf di bawah dari laman web FAOSTAT, sebuah agensi di bawah Bangsa Bangsa Bersatu yang berkaitan dengan pertanian dan sumber makanan sedunia. Graf ini boleh didapati secara terus di sini.


Dari graf di atas, kita dapat belajar:
1.0 Eksport babi meningkat secara DRASTIK pada zaman Tan Sri Sanusi Junid menjadi Menteri Pertanian
2.0 Eksport babi meningkat secara drastik pada zaman Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri
3.0 Sebelum Sanusi Junid, babi cuma dipelihara untuk kegunaan tempatan semata-mata
4.0 Apabila menjadi bahan eksport, ini bererti bilangan babi di Malaysia adalah dalam jutaan ekor
5.0 Dr Mahathir juga menjalankan program mengecilkan sektor pertanian, contohnya tukar tanah2 sawah kepada kilang dan perumahan dsbnya
6.0 Proses mengecilkan sektor pertanian bermula tahun 1982 menyebabkan tiada eksport daging2 lain yang halal. Mcmana nak eksport daging kambing kalau semua tanah dah ditukar jadi kilang dan rumah
MENTERI PERTANIAN TAK PERNAH TIDAK ISLAM



Yang lebih menghairankan semenjak Merdeka, tidak pernah walau sekalipun Menteri Pertanian dari mereka yang bukan beragama Islam. Mungkinlah Effendi Nawawi tu bukan bangsa Melayu tapi dia tetap mengaku Islam. Kita tau sebab masa dia kahwin dng Tiara Jacquline upacara pernikahan tu dalam tatacara agama Islam.




Sila lihat gambarajah di bawah:






PENUTUP

Inilah Islam yang dibangga2kan UMNO. Berjuang kalimah Allah tapi rupanya jadi pengeksport daging babi.

Tulang Besi minta jugalah UMNO menafikan geraf yang TUlang Besi ambil dari laman FAOSTAT itu. Manalah tau Bangsa-Bangsa Bersatu tersilap lapor

Sanusi Junid pula sejak akhir-akhir ini sebuk mengadakan program2 kononnya ada kuasa asing mahu menguasai Malaysia. Dia juga antara yang menuduh Anwar Ibrahim cuba menggoda isteri orang. Ingat lagi tak?

Orang yang sama juga bertanggungjawab menjadikan Malaysia negara pengeksport babi

Lepas ni kalau ada anak babi tersesat masuk rumah kita, harus diingat anak babi itu lebih berharga kepada UMNO berbanding kita

TULANG BESI

2 comments:

Anonymous said...

Apalah nak jadi dengan prinsip perjuangan UMNO yang selama ini diwawarkan oleh arwah2 pejuang UMNO terdahulu??? Pasti nya mereka semua meratap menangis dengan sikap2 anakcucu mereka yang sekarang ini menerajui UMNO terpesong dari prinsip asal penubuhannya.

MELAYU YANG LAYU DAN MUDAH LUPA....DAN TAK MUSTAHIL SEJARAH HITAM AKAN BERULANG !!!

Anonymous said...

OINK OINK OINK..........

ALAMAK...AKU NAK PEGI KE BULANLAH. JOM RERAMAI KE BULAN, NANTI KAT SINI TERKENA PULAK PENYAKIT BAWAAN BABI.
DAH RAMAI BABI TERSESAT DAH TU !!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.