Inilah prediksi keramat yang telah dibuat oleh pemimpin2 UMNO sewaktu PAS mula2 ambil tampuk pemerintahan Kelantan pada tahun 1990.
Seluruh jentera propaganda BN pada waktu itu diselia supaya menyiarkan prediksi propaganda ini. Ramai rakyat Malaysia terpengaruh dan termakan dengan cerita ini.
Tidak kurang rakyat Malaysia yang tertunggu-tunggu pengakhir 100 hari tersebut untuk melihat negeri KElantan bangkrup dan terpaksa gulung tikar.
Betapa marahnya UMNO dalam tahun 1990 itu kerana pertama kali dalam sejarah Malaysia, UMNO kalah di semua kerusi di Kelantan, baik Parlimen mahupun DUN.
Semua calon UMNO yang bertanding di Kelantan pada tahun 1990 kalah jatuh tersembam menyembah bumi.
Barangkali di atas kemarahan itu, prediksi yang di atas diungkapkan oleh ramai pemimpin2 UMNO pada masa itu.
Malahan, mantan Presiden UMNO pada masa itu pun membuat kenyataan yang sama yakni kerajaan Kelantan akan bankrap dalam 100 hari pertama.
Namun, pada hari ini dalam tahun 2013, PAS masih memerintah Kelantan dan negeri Kelantan tidak pernah bangkrup walau sekali pun
KALAU PR PERINTAH NEGARA BANGKRAP
Sekarang UMNO mengulangi modal yang sama tetapi ditujukan kepada Pakatan Rakyat. Mantan Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Muhammad mengeluarkan kenyataan :
Soalan saya pada Dr Mahathir adalah tidak serikkan Dr Mahathir membuat jangkaan yang seringkali salah sebegini?
Dr Mahathir boleh membantu menyelamatkan kewangan negara dengan memberi semula RM1.8 billion + kos inflasi dari 1998 kepada PETRONAS.
Jangan hanya pandai cakap, buat dulu. Baru orang respek
Tulang Besi nampak Dr Mahathir adalah Perdana Menteri yang telah menjahanamkan negara dan kehidupan rakyat Malaysia.
TULANG BESI
No comments:
Post a Comment