Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Sunday, March 10, 2013

Lima Tahun PAS Hanya Serang Kawan Tak Serang UMNO

NOTA: Sebenarnya tak perlu terkejut. Pemimpin2 PAS yang berkuasa sudah kemaruk nak bersedudukan dengan UMNO. Dari atas sampailah ke bawah. Kalau tidak takkan lah baru sebulan PR ditubuhkan, Harun Din terus buat kertas kerja minta PAS buat hubungan belakang dengan UMNO. Terus pergi jumpa UMNO dalam gelap. Terus tipu kata tak jumpa tapi rupanya jumpa.

Hakikatnya, puak2 Pro UMNO ini telah menyebabkan PAS menjadi parti mandum parti tak boleh pakai lima tahun kebelakangan ini. 

Cuba bayangkan, Chua Soi Lek maki Islam pun, pemimpin2 atasan PAS tak buat apa2 pun. Senyap sunyi je. Kot la nak buat report polis jumpa YDP Agung ke. Yelek. Hapah pun tarak. Sbb nak jaga UMNO takut UMNO runtuh kot?

Di bawah ada sebuah email yg tak tau dari mana tetiba masuk inbox Tulang Besi. Email yg keras kepada salah seorang Ahli Majlis Syura Ulama PAS.

Selamat membaca:

Salam Dato Ustaz Nik Muhammad Zawawi,

Saya ada beberapa pertanyaan dan pandangan. Maaf sekiranya bernada agak kasar tapi saya mewakili pengundi di bawah letih melihat karenah dan telatah beberapa pemimpin dari Terengganu yang berada di dalam Majlis Syura Ulama :-

1. Saya minta Dato' buat penjelasan dan sidang akhbar dalam masa terdekat tentang 2 gambar ini dan beberapa kenyataan Dato yang boleh menjejaskan sokongan pengundi ketika pilihanraya sudah semakin hampir. Ia bagi menjernihklan kekeliruan yang bersarang dikepala pemerhati2 politik Malaysia.

2. Boleh tak Dato yang mewakili majlis syura ulama buat kenyataan yang boleh menggugat BN dan bukan kenyataan2 yang boleh merosakkan semangat pakatan rakyat dan mengelirukan pengundi2 diketika pilihanraya semakin hampir. Sedang DSAI dan PKR seperti Sdr Rafizi terus-menerus menyerang dan melumpuhkan kekuatan BN, Dato dan ahli majlis syura macam tak ada kerja lain selain berbalah dengan DAP. Buat kerja lain yang menyerang musuh la Dato, bukan menyerang kawan...

3. Boleh tak Dato dan rakan-rakan Dato' dalam Majlis Syura Ulama menyedari tentang siapa PAS ketika Anwar dalam UMNO. Berapa banyak kerusi Parlimen PAS ketika itu. Dan selepas Anwar keluar UMNO berapa kerusi PAS ada di parlimen. Dan sekarang kejayaan Pakatan menembusi Sabah dan Sarawak atas kekuatan PAS atau disebabkan pengaruh Anwar. Lihat Ahli Majlis Syura contoh seperti Ustaz Harun Taib pergi ceramah ke pelusok negara, bilangan penonton yang hadir dan bandingkan dengan Anwar macam langit dengan bumi. Dan ujian Allah kepada Anwar jauh mengatasi sebahagian besar ulama dalam PAS. Kalau Ahli Majlis Syura benar-benar hebat, hantar ulama2 hebat dalam majlis syura kempen ke Sabah dan Sarawak yang menjadi penentu sama ada Pakatan boleh menawan Putrajaya atau tidak.

4. Boleh tak Ahli Majlis Syura belajar membezakan antara prioriti siasah dalam peperangan. Saya rasa Dato dan barisan ulama lebih arif tentang hal ini. Belajar menerima kehebatan orang lain dan buang ego title ulama tu jauh-jauh. Ustaz Fadhil yang hebat dahulu pun bersikap terbuka dan memahami siasah dan keperluan mengikut keadaan. Jangan sampai rakyat hilang kepercayaan kepada ulama seperti majlis syura PAS. Kes Ustaz Nasha yang begitu mudah sampai bertahun tak boleh selesai. Padahal dengan sangat jelas di melanggar akhlak berjemaah. Hukum mana yang Majlsi Syura gunapakai simpan Ustaz Nasha begitu lama sampai keliru semua orang dengan pendirian PAS. Kalau DAP lama dah pecat ahli macam tu. Nampak mereka sangat professional dalam membuat keputusan.

5. Sehingga ke hari ini, tak ada satu peluru hebat pun yang PAS pernah tujukan kepada UMNO/BN untuk melumpuhkan kekuatan BN. Kalau ada pun semua peluru kapur yang habis di tengah jalan. Serangan seperti tak ada homework. Lagi kalau dari Majlis Syura Ulama PAS atau Dewan Ulama PAS. Kadang2 macam orang dah ketinggalan kapal. Cuba lihat semua isu besar yang melemahkan UMNO BN siapa yang lepaskan. Semua PKR. Contoh Scorpene siapa yang study detail, ISU PTPTN siapa yang buat paperwork, Turun Harga Kereta, siapa yang study. Isu Lembu siapa yang Champion, PKR. PAS asyik bergaduh dengan DAP lepas tu isu Kalimah Allah yang memeningkan orang biasa. PAS nasib baik ada Dr Zul MP Kuala Selangor yang brilliant tu. Kalau tak malu dengan PKR yang buat kerja sungguh.

6. Saya harap PAS ubah lah style dan pemikiran. Pastikan dahulu Terengganu menang. Walau pun kerusi PAS paling banyak nanti tapi lihat pilihanraya lepas, menang kerusi Parlimen paling sikit. Cawangan banyak diseluruh negara bukan bermakna PAS kuat sebab berapa percent ahli PAS berbanding bilangan pengundi sesuatu kawasan. Kerusi Parlimen paling sikit, lepas tu mengaku parti paling kuat. Macam tak logik langsung.

Saya harap Dato ada masa membaca tulisan saya orang bawah yang tak tinggi kelulusan dan tak ada title macam Dato.

Harap maaf sekiranya terkasar bahasa.

PAS dulu kini dan selamanya. Saya sayang PAS terutama PAS era Ustaz Fadhil. Tak pernah lepas dari mendengar Ucapan Dasar Ustaz Fadhil di Muktamar.

Ikhlas,

8 comments:

Waris said...

Pemimpin otai pas aku anggap macam budak baru lulus SPM tapi dah rasa diri macam profesor

Anonymous said...

Nice article n worth reading tpi brpa kerat PAS top gun can swallow truth nie....PAS bernasib baik aura TGNA yg mampu membuat PAS msih gah....jika tidak apa yg disebut dlm email ini memang bukn mudah i.e.ust haron taib or din bole kupas dengan hujjah...ana ahli PAS marhean tpi kecewa dgn pimpinan PAS...

Anisan Che mat said...

Kawe dak musk dgn pas......
Baik doling DAP drpd sokonh geng perpaduang
Puak2 kopiah berpusing

Anonymous said...

1.najib sedang mencari pengaruh untuk mengatasi rekod kemenangan Pru 2008 zaman pak lah....halangannya adalah puak cina jee.
2.Pas tidak lebih dari macai dap jee...layak sebagai tukang kerabat tiang untuk pasang bendera dap..itu je nilai pas.
3.hairan jugak..lebih 50 tahun doa ulama Pas...tidak diperkenankan oleh Allah...sebabnya jelas...pas tidak lebih dari macai dap dan golongan yang menjual agama.
4.kalau menang sorak..juaranya adalah Pas...selamanya.....

Anonymous said...

Good one SteelBone.Keep it up.Dah tunggu lama benor komen/article macam ni.Makin dekat dengan finish line makin pukul sama sendiri.tak nak menang ke dia orang ni?Nasib baik ada TGNA.Kawe dok alek demo Tulang Besi weh

Anonymous said...

Gunting dalam lipatan PR. Pemimpin yang oportunis dan tidak boleh dipercayai oleh sekutu

Mattamam said...

Kawe pun ltih dgn puak2 bengong dlm PAS..org skrg fokus pd ABU..apa2 hal pun ABU! ABU! ABU wlupun siapa sj jd PM,apa dasar skalipun yg akn dperkenal,,yg peting ABU..kcian sgt doh ke negara dbwh krajaan skrg,tak sanggup nk teruskan 5 thn lg..
cukuplah wahai pemimpin PAS dok layan tipudaya UMNO yg sibuk cr ruang memecahbelahkan PR..

Mattamam said...

Kawe pun ltih dgn puak2 bengong dlm PAS..org skrg fokus pd ABU..apa2 hal pun ABU! ABU! ABU wlupun siapa sj jd PM,apa dasar skalipun yg akn dperkenal,,yg peting ABU..kcian sgt doh ke negara dbwh krajaan skrg,tak sanggup nk teruskan 5 thn lg..
cukuplah wahai pemimpin PAS dok layan tipudaya UMNO yg sibuk cr ruang memecahbelahkan PR..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.