Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, March 19, 2013

Negara Islam Malaysia Mengekspot Daging Babi?

Tulang Besi mendapat maklumat berkaitan ekspot daging babi Malaysia dari link ini.. Mengikut laman ini, data di bawah ini diambil dari laman Bangsa-Bangsa Bersatu (FAOSTAT) (Sila rujuk geraf di akhir artikel ini)

Sekiranya maklumat ini benar, maka perkara ini amat dikesali sama sekali. Di kala ini UMNO ke sana ke mari mengaku memperjuangkan Islam. Mereka memperlekehkan PAS kerana sudah tidak memperjuangkan ISlam. Mereka menuduh PAS membuang agenda Negara Islam kerana berkawan dengan DAP.

Padahal PAS berhenti menggunakan slogan Negara Islam semenjak selepas PRU 1969 lagi di kala PAS menyertai Barisan Nasional. PAS menggunakan slogan Negara Berkebajikan pada tahun 2007, setahun sebelum PAS menubuhkan kerajaan bersama DAP.

Rupanya dalam UMNO mendabik dada mengatakan mereka memperjuang negara Islam, negara Islam yang sama juga menjadi negara pengekspot babi.

Bukankah lebih cocok kalau negara Islam UMNO menjadi pengekspot binatang ternakan lain yang dihalalkan Islam seperti lembu, kerbau, kambing, biri-biri, ayam, itik, angsa ataupun arnab?

 Tulang Besi boleh faham kalau ternakan babi di Malaysia sekadar memenuhi kehendak dan keperliuan masyarakat berbangsa Tionghua. Namun, kalau sudah diekspot bererti bilangan babi di dalam negara Islam UMNO ini sudah masuk ke dalam jutaan ekor banyaknya.

Patutlah satu masa dahulu arahan untuk menembak babi dibatalkan di Melaka. Apabila babi2 sudah diekspot ke luar negara bererti tokeh-tokeh babi ini mempunyai jumlah wang yang sangat banyak untuk membeli hati pemimpin-pemimpin orang Melayu.

Mungkin juga disebabkan berkembang pesatnya industri babi di Malaysia menyebabkan seorang bekas exco kerajaan negeri Selangor mencemar duli beliau untuk melawat kandang2 babi di negara Eropah. Padahal bukan takda exco MCA yang boleh melawat kandang2 babi tersebut.

Tulang Besi lupa nama bekas Exco Selangor tu tapi gambar dia mencemar duli dalam kandang babi tersebut ada di bawah ni.
Juga,kalau dilihat pada graf di bawah, ekspot babi di Malaysia betul2 naik di zaman pemerintahan Dr Mahathir Muhammad Iskandar Kutty. (Yakni selepas tahun 1988, 6 tahun selepas Dr Mahathir jadi PM dan Sanusi Junid menjadi Menteri Pertanian)

Dr Mahathir yang sama juga telah mengisytiharkan Malaysia sebagai negara Islam. Kebetulan atau betul betul? Saya pun tak tau.

Tapi, kalau judi dan arak bagi Dr Mahathir tak kesah haram halal, inikan pulak daging babi.

Akhir kata, seharusnya penyokong2 UMNO berbangga kerana di bawah pemerintahan "Islam" UMNO, kita telah berjaya menjadi negara pengekspot babi.

TULANG BESI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.