Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, March 5, 2013

SPR akan Pastikan UMNO Rampas Selangor

Di dalam kita membincangkan siapa pengkhianat dalam trajedi Lahad Datu Sabah tu, mari kita bincang juga pengkhianatan SPR terhadap rakyat Malaysia.

Tan Sri Khalid melaporkan:

Tan Sri Khalid juga melaporkan terdapat lebih 130 ribu pengundi2 baru yang tidak dikenal pasti kewujudannya. Ertinya, 130 ribu orang hantu ini akan menentukan siapa yang akan memerintah Selangor kelak.

Tulang Besi mendapat laporan pegawai2 SPR telah diarahkan untuk membenarkan sesiapa sahaja yg mempunyai MyKad untuk mengundi tidak kira orang itu mukanya seperti Bangla, Pakistan, Indonesia, Myanmmar, Vietnam dsbnya.

Ertinya SPR juga adalah pengkhianat kepada negara dan rakyat Malaysia. Tak perlu bincang panjang2 pasal apa yang berlaku di Sabah, pengkhianat ada depan mata kita.

Tulang Besi rasa peluang untuk PR menang di Selangor adalah amat tipis memandangkan SPR akan berusaha keras memenangkan UMNO di Selangor.

Patutlah pemimpin2 UMNO begitu konfiden untuk merampas Selangor kembali. Mereka ada bantuan dari SPR rupanya.

TULANG BESI


Projek Pendemokrasian Selangor mendapati ada kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) mempunyai jumlah pengundi lebih ramai dari penduduk.

Ini sekaligus menguatkan dakwaan terdapat keraguan di dalam daftar pemilih yang akan digunakan di dalam pilihan raya akan datang.

Semakan Kerajaan Selangor di Bestari Jaya Utara contohnya, mendapati kawasan yang mempunyai penduduk seramai 1,788 itu mempunyai pengundi seramai 3,589 orang.

Kawasan Ijok pula yang diwakili Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, turut mencatatkan penambahan seramai 721 pengundi baru yang tidak dapat dikenalpasti.

Pendedahan ini dibuat Khalid pada Persidangan Antarabangsa Pilihan Raya Umum Malaysia ke-13 di sini, hari ini.

“Kerajaan negeri mengambil berat hak demokrasi rakyat negeri ini. Sebab itulah kerajaan negeri mengambil langkah mengenal pasti pengundi di Selangor bagi memastikan hak rakyat menentukan kerajaan,” katanya dipetik MediaSelangorku.

Laporan sama turut menunjukkan sehingga suku tahun keempat 2012, terdapat 497,084 pemilih baru di Selangor dari jumlah 1,924,281 pemilih berdaftar.

Daripada 497,084 pemilih baru yang disemak itu pula, 134,675 atau 28 peratus darinya tidak dapat dikenal pasti.

Menurut Khalid, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mengendahkan gesaan kerajaan negeri untuk mengenalpasti lebih 134,000 pengundi ragu itu.

Hadir sama persidangan itu, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Adun Batu Buruk, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi; Ketua Cabang Kelana Jaya, Syed Shahir Mohamud dan Penyelaras Hal Ehwal Parlimen Pejabat Ketua Pembangkang, Abd Malek Hussin.

1 comment:

Anonymous said...

Alhamdullillah, kejahatan takkan menang untuk selama2nya, betul la tu kalau dah ada mykad, polis pun tak boleh nak tangkap, jadi pengkhianat sebenar adalah pembuat mykad dan juga spr sendiri, kalau betul la tuduhan para macai mengatakan org PR yg buat mykad untuk sabotaj Umno BN, bring up the proof, buktikan kebenaran jangan serkap jarang, bukak mata besar2 negara Malaysia ni dah hampir jadik hak milik warga asing, tido lagi ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.