Dia ni kita tak tau sekolah habis ke tidak. Dalam polis pun pangkat korperal je. Tu pun kena tangkap makan rasuah. Ingatkan rasuah berjuta, rupanya RM1000 aje.
Tidak mungkin orang setolol Papagomo boleh mendatangkan video2 palsu yang sebegitu kompleks kaedah pembuatannya.
Semuanya adalah hasil usaha jentera2 luar yang menjadikan blog Papagomo ini sebagai alat semata-mata.
Malahan, ada wartawan memberitahu Tulang Besi bahawa mereka pernah mendengar Papagomo berkata bahawa kandungan blog beliau itu bukan dari dia. Semuanya datang dari sumber luar. Dia pun mengaku dia dibayar oleh pihak luar untuk siarkan artikel-artikel nya itu.
Kita tak perlu soal siapa pihak luar itu kerana ramai telah maklum. Mustahil pihak luar tersebut bukan dari UMNO kerana Papagomo mendapat kebenaran khas menaiki kapal selam Scorpene yang orang biasa tidak mungkin dapat masuk.
Tulang Besi nak soal. Ada lagikah sesiapa yang akan mempercayai Papagomo selepas ini?
Selama lebih 4 tahun si Gomo ni mengulang-ulang tuduhan kononnya SAiful diliwat Anwar. Selama empat tahun dia telah membohongi semua orang.
Sekarang apabila bapa Saiful keluar dan mendedahkan konspirasi tersebut, kenapa dia diam membisu pasal Saiful? Seolah-olah pembohongan empat tahun itu tidak pernah berlaku?
Masih sedar dalam ingatan Tulang Besi dia berbohong tentang minit mesyuarat Majlis Bandaraya Petaling Jaya yang kononnya wakil2 rakyat Pakatan Rakyat menghalang penutupan Gereja DUMC.
Cuma dia tersilap taip surat kerana "minit mesyuarat" tu kata Gereja DUMC terletak di Damansara Utama sedangkan Gereja itu terletak di Seksyen 16 Petaling Jaya.
Sampai dia sanggup blok Tulang Besi dari akaun Twitter dia. Punyalah kepanasan di Gomo ni dengan komen2 Tulang Besi.
Apa pun Tulang Besi tak sabar nak tengok episod video seterusnya.
Tulang Besi tak takut video ini sama sekali.
Pertamanya, gambarnya samar-samar walaupun warna. Pelakon dlm video tersebut separuh mukanya gelap. Warna video tersebut pun pudar.
Juga suara pelakon tidak jelas dan seperti mulut pelakon bergerak lebih laju dari suara yg keluar.
Yang lebih jelas menipu adalah tiada maklumat masa dan tarikh dalam video tersebut. PAdahal dlm video pertama dulu, itulah yang dibangga kan oleh Papagomo.
Lebih banyak episod keluar lebih jelas penipuan Papagomo dan kuncu-kuncu dibelakangnya.
Tulang Besi
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete