Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, April 24, 2013

Bila Presiden PAS Nak Mula Serang UMNO?

Alkesah sekarang ini video Presiden PAS menuduh calon PKR jual pil kuda dan calon PSM penyokong komunis dimainkan sepanjang masa di TV oleh media UMNO.

Kalau hanya kenyataan pemimpin UMNO sahaja membuat tuduhan kesannya hampir tiada kerana cakap2 pemimpin BN sudah tidak dipercayai.

Namun, kerana ia video Presiden PAS dan ianya video bukan gambar, maka kesannya amatlah buruk kepada PAkatan Rakyat terutamanya PAS.

Kenyataan Presiden PAS itu akhirnya akan menyebabkan calon2 PAS di Johor terutamanya jatuh sokongan Melayu nya.

LEbih2 lagi, tuduhan jual pil kuda itu adalah fitnah memandangkan ia hanyalah fitnah tajaan UMNO. Calon PKR yang mengoperasi sebuah farmasi itu telah pun disiasat oleh pihak Polis dan akhirnya terbukti dia tidak bersalah. Tidak cukup bukti pun untuk didakwa di mahkamah. Ianya hanyalah fitnah tajaan UMNO semata-mata.

TUlang Besi dengar khabar calon tersebut mahu menyaman malu terhadap Presiden PAS tetapi dihalang oleh Anwar Ibrahim.

Soalnya sekarang bilakah PResiden PAS mahu mula menyerang UMNO?

Atau dalam PRU ini Presiden PAS hanya mahu menumpukkan usaha beliau menyerang sesama PAkatan Rakyat?

Mungkin inikah lanjutan dari agenda PERPADUANG yang kita selama ini tidak sedar?

TULANG BESI

ps Dato HArun Din hari ni dilapor kenyataan beliau oleh media2 UMNO sebagai berkata akan melaksana hudud. Kenyataan yang jelas merugikan PAS dari segi undi kaum India dan Cina.

Kedua2 Harun Din dan Presiden PAS adalah tokoh2 yang terbabit dalam agenda perpaduang dan projek melantik Ku Li sbg PM.

Kalau ditakdirkan PAS dapat kerusi paling sikit dalam PR, maka berterima kasihlah kepada Presiden, Mursyidul AM serta SU Agung (video).


23 comments:

C++ said...

Bhai TB...

Dier maksum bhai... maksum... hahaha... pasai tue la dier tibai PR bukannyer BN.... hahaha

Anonymous said...

Agak sedih seorang kepimpinan tinggi PAS boleh menjadi pemimpin dengan hanya mempunyai standard pemikiran half-past-six dan lemah.

Kenyataannya amat tidak membantu Pakatan Rakyat lansung malah hanya menikam belakang perjuangan Kepimpinan PKR dan DAP.

Negeri pimpinan PAS bukanlah penyumbang besar dalam ekonomi negara keseluruhan , menunjukkan kepimpinan PAS hanya kerja makian gaji saja.

Anonymous said...

Fakta

[1] Presiden UMNO - Pembunuh orang Melayu lagi ISLAM di MEMALI;
[2] Ketua Menteri UMNO - Perogol anak orang Melayu, dan Lim Guan Eng lah satu-satu pemimpin pembangkang yang berani menentang kezaliman oleh seorang Pemimpin UMNO yang tega merogol anak bangsa sendiri
[3] Naib Presiden UMNO lah yang telah menjual warga FELDA sebagai HAMBA ABDI abad ke 21 apabila dia menjual kepentingan orang Melayu dalam Felda
[4] Presiden UMNO lah yang telah mengeluarkan perintah atas saran orang dalam UMNO supaya ditutp dan dibubarkan kesemua Sekolah Agama Rakyat untuk menghalang kebangkitan ISLAM
[5] Presiden UMNO yang sekarang punya ATOK yang menjual tanah di Genting Highland untuk dibina CASINO terbesar dinegara ASEAN
[6] Menteri Besar Negeri Sembilan lah yang menjadikan Malaysia pengeluar BABI eksport terbesar di Asia
[7] Presiden UMNO lah yang memberikan lesen untuk CARLSBERG membangun kilang beer terbesar di Asia, dan tidak pernah bertindak untuk menghancurkan satu bentuk kezaliman yang nyata pada umat Islam;
[8] Presiden UMNO juga lah yang menjaja lesen perjudian yang menjadikan orang Isalm porak peranda

Begitulah juga Presiden UMNO lah yang menghabiskan simpanan negara sejumal RM7billion ke Cayman Island

Mudahan-mudahan Presiden dan orang UMNO ini membawa bekal yang cukup membayar tuntutan diakhirat kelak dari mereka yang dizalimi.

Anonymous said...

Tuan TB, saya menyokong tindakan tuan menerang permasalahan yang dihadapi oleh PR disebabkan kehadiran golongan UG semasa kempen pilihanraya ke 13. Jelas puak UG yang diketuai oleh Hj Hadi dan Hj Haron Din telah mensabotaj PR. Tindkan dan ucapan Hj Hadi dan Hj haron Din tidakmenunjukkan tanggungjaawab bersama yan sepatut ada dalam sesuatu jemaah. Sepatutnya kedua-dua yang tinggi ilmu agamanya tidak melakukan sedemikian.
Saya percaya majoriti ahli PAS tidak bersetuju dengan kedua-duanya dan geng2 UG yang lain. Saya boleh bandingkan puak BN, ramai yang bersetuju dengan Najib tetapi lebih bertanggungjawab menjaga parti mereka. Mungkin dikecualikan kamelia, Mat Taib dll. Mereka tidak sabotaj Parti BN. Tetapi Hj Hadi dan Hj Haron Din pulak ambil peranan BN untuk menyerang PR secara halus. Saya minta Hj Hadi dan Hj Haron Din bermuhasabah diri tentang adab berjemaah yang begitu di war-war oleh ahli PAS.
Contohilah perjuangan Nabi Muhammad yang begitu menepati janji dan tidak mengada fitnah walaupun berjanji dengan kafir quraish. Untuk tuan TB, teruskan perjuangan mendedahkan kebobrokan sesiapa, walau parti sendiri yang melakukan. Jasa tuan akan dikenang apabila mereka mengetahui. Semuga PR akan berjaya menawan PutraJaya dan membentuk negara telus, berwibawa dan mendukung ajaran islam yang sebenar.
Wassalam

Anonymous said...

Lepas ni apa lagi kerenah geng KERAJAANG PERPADUANG

Malaysiabaru said...

Salam

Kami terpaksa mohon mAaf kpd DSAI , pakatan hya dpt 95 keruzi. Terima kasih kpd hrm jdh mulut celupar tok guru yg d bantu ahli keluarga dan kenalan rpt yg bahlol....

Dulu tok guru ni jugA yg kata paklah tak solat jenazah ibu dia.soal org mt pun nak buat kecoh. Ustad paz perangai huduh mulut jahak.

Anonymous said...

Selagi orang tua ni jadi presiden PAS, selagi tu lingkup

Anonymous said...

perang kali ke 13 akan meletus. tidak dapat tidak, ia akan bermula bila2 masa sahaja dari sekarang. kelihatan di dataran tinggi malaysia, dengan berkekuatan penuh berbatalion askar bersetentang dengan musuh dalam 1 baris panjang ala movie the brave heart. gendang perang dipalu dan hanya menunggu detik dan ketika sahaja sebelum laungan 'serang!!' bermula...

Pak general Anwar mengepalai kedudukan paling hadapan pihak tentera pakatan manakala general hadi mengetuai di sayap kanan dan general lim mengetuai ketumbukan tentera di sayap kiri.

Sayup2 di hadapan, kelihatan tentera musuh dengan kekuatan dan kelengkapan perang sedang bersiap sedia di garisan mereka. diketuai oleh general najib yang kadang2 kelihatan menoleh beberapa kali kebelakang, seolah2 menunggu isyarat dari rosmah, sniper lagenda tentera barisan walaupun timbalannya, general muhyidin ada di sebelah.

pak general Anwar dengan suara yang lantang, bergerak diatas kuda dari hujung sayap kiri ke hujung sayap kanan sedang memberi ucapan terakhir untuk menaikkan semangat tenteranya sama seperti yang dilakukan oleh aktor Mel gibson dalam the brave heart. sekali sekala, ucapan general anwar akan di sambung oleh general hadi dan general lim dengan penuh emosi dan semangat!

masa terus berlalu. setiap detik dipenuhi dengan perasaan yang tegang. masing2 setiap pihak, tidak sabar untuk bertempur menegakkan kepercayaan masing2. jerit pekik tentera diselangi dengan paluan gendang menaikkan lagi semangat untuk menewaskan pihak lawan.

Tiba2, tercetus peristiwa yang tidak disangka2 oleh tentera pihak pakatan. tiada angin, tiada ribut, general hadi dengan tiba2 saja menembak brigadier general Nasir di kepala menyebabkan brigadier general Nasir terus terjatuh dari atas kuda dengan baju berlumuran darah. tentera pakatan menjadi kelam kabut dengan keadaan itu. berisan tentera yang tadi tersusun kemas menjadi huru hara bak kampung dilanggar garuda.

Dipihak sana, tentera barisan makin bersemangat dan bersorak gembira menyaksikan kejadian itu. general najib yang tadinya asyik ingin terkencing, tiba2 mendapat semangat baru. dia mengenyitkan mata ke arah rosmah, si jaguh sniper. general najib sudah mendapat semangat baru.

dalam hatinya berkata " ini kali la!!"" sambil menjerit "serang!!!!".......

Anonymous said...

Ikut suka hangpa la . Kalau semua benda buat ikut kepala hangpa itu namanya balaci. Pemimpin kena buat apa yg patut dibuat. Hangpa tak setuju itu hangpa punya pasai. Cara masing2.

Anonymous said...

aku memang harap dua dua ni kalah dlm PRU13.lbh mudah utk pakatan ke putrajaya tanpa makhluk maksom berdua ni.

Juragan 69 said...

Bhai TB...adakah pakatan rakyat mmng sebnrnya berpakat...atau pakat2 jew... Macam2 lh lu org ni

Anonymous said...

selalu jadi mcm nih...aku cukup meluat prangai presiden mcm nie...
aku orang jamaah lama dlm Pas...
dekat sangat dah nak pemasuk gol...dia 'main kotoq'...dulu pun mcm nie gak ! tidak dah lama PR pegang putrajaya !!dia yg cucuk MP Pas jngn undi di p'lmen !??
Islam hadi kat serban jer !?? melayu asabiyyah dia cukup kuat ! dia tak tunjuk sangat ! hang tengok laa bhai ! teganu rasanya tungging kali nie !...aku bukan nak dos....tapi prangai depa...!!??

Anonymous said...

Ye ler. X dgr pun dia serang umno/bn. Asyik pakatan rakyat sendiri saje dia complain. Ada apa2 ke?

Anonymous said...

Zizan kata takyah ceramah kat kedah..kat adik beradik nak ceramah buat apa katanya..nampak sangat ini jenis pimpinan tidak beefikir cuma.rajin hafal ayat sahaja..maksud ayat dia tatau atau buat tatau..lepas pilihanraya sila tukar pemimpin atasan parti politik semua..

Anonymous said...

Menunding jari mencari kesalahan org lain memang mudah.Tuduh pimpinan PAS menolong kemenangan bn adalah sesuatu yg tak masuk akal.PAS berjuang sejak 1951 tentsng umno pastu bn.Cuba tanya wskil rakyat parti mana yg lacurkan diri hingga jatuh kerajaan pakatan d perak.Di kedah. Penang. Wakik rakyat mana yg lompak katak.Tak sorang pun dr PAS yg ada.Kerajaan PAS D kelantan walaupun lebih sorang WR tapi dapt bertshan 5 tahun.Muhasabah juga puak kamu semua

kahkahkah said...

Wey pas bongok...ini crta pru13 bukan pru12 ngok!! lu undur belakang sebab tu lu jd jumud dn bebal...

Anonymous said...



Salam Anon 7.03am,

Hassan Ali & Ust Nasha tu bukan PAS ke? diorang ni tak dikira katak ke? Pemimpin Parti pulak tu parti lain yg lompat bukanle pemimpin atasan, tp PAS ni pemimpin atasan yg main peranan.

Aku tak faham org yg kata ahli PAS tu tak lompat, klu UG tu jd, skali ngan Presiden dia akan lompat. Time tu hang nak komen apa?

Anonymous said...

Pas di KD amat mengecewakan.......gila kuasa

Anonymous said...

Sungguh kartun la hujahnya kaum melayu..patutlah masih tak mampu nak bergerak kemas ke depan....aku nak gelak tengok melayu punya logik dan faham dengan apa yang diperjuangkan...merapu

Anonymous said...

Sebab ko lupa sejarah la,selalu wakil rakyat pkr kena beli.Org yg jumud adalah org yg guna bahasa tak beradab.Prangai n akhlak tak cermin peribadi manusia yg baik langsung.Prangai macam ameno gak.Bekas ahli dulu ameno.Sbb tu masih x ubah. Insaflah.....

Anonymous said...

Nasha n hassan tidak mnyebabkan jatuh kerajaan pakatan pun.

Anonymous said...

Xsah mohong jemaah lama dlm pas konon... kata2 x tunjuk mcm org pas...

Anonymous said...

Depa xlompat... sorang dipecat dan sorang lagi x menjadi ahli syura saja. Dan dua2 tu pun x kata jd mesra bn....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.