Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, April 3, 2013

Bubar Parlimen,Siap Sedia Hadapi Penipuan Piliharaya?

Tulang Besi mengikuti sebahagian dari ucapan Najib Tun Razak. Heran juga Tulang Besi Perdana Menteri bersyarah begitu panjang hanya kerana mahu membubarkan Parlimen.

Sebelum2 ini, biasanya kenyataan seperti ini pendek aja. Tak da meleret-leret.

Najib juga dengan jelas menyuruh semua ketua2 kerajaan Ngeri untuk membubarkan DUN masing-masing supaya pilihanraya diadakan secara serentak

Sempat juga dalam ucapan Najib diselitkan peringatan secara tersirat supaya rakyat jangan menggunakan amalan jalan raya sekiranya tidak puas hati dengan keputusan piliharaya.

Bagi Tulang Besi, ini signal jelas dari UMNO/BN bahawa mereka akan menipu secara borong dalam PRU yang akan datang ini.

Mengapa Tulang Besi berkata begini? Ia adalah kerana:

1) Najib tak perlu suruh pun ketua2 kerajaan negeri membubarkan dewan. Perkara itu adalah otomatik dan akan dilakukan dengan rela oleh semua kerajaan2 negeri.

2) Najib dan UMNO secara jelas menentang cadangan kerajaan2 Negeri PR untuk membubarkan DUN secara berasingan dahulu, kalau kita masih ingat

3) Ini adalah kerana lebih mudah menyorok penipuan dan pembohongan undi sekiranya pengundian dilakukan serentak di Negeri dan Pusat. Kalau diadakan secara berasingan, maka rakyat boleh nampak pembohongan tersebut.

4) Kenapa nak bagi amaran kepada rakyat supaya jangan mempersoalkan keputusan pilihanraya? Kalau pilihanraya itu telus dan adil tiada siapa yang akan marah. Betul tak?

Interpretasi Tulang Besi adalah UMNO sedang nampak kejatuhan mereka. Harapan terakhir mereka adalah dengan bantuan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) (dan juga beberapa video seks palsu). Perkara ini telah pun berlaku di Sabah tempohari, mengapa tidak boleh berlaku di Semenanjung dan di Selangor amnya.

Secara pribadi, Tulang Besi menyambut pengisytiharan pembubaran Parlimen oleh Najib ini dengan perasaan hati yang berat dan amat risau.

Marilah kita semua berdoa kepada Allah SWT supaya segala penipuan dan pembohongan UMNO dan Barisan Nasional digagalkan oleh Allah SWT.

AMIN.

TULANG BESI



5 comments:

juragan 69 said...

Hahaha...umum salah,tak umum salah...knp lu org suka sngt jdkn hidup ini serba salah...knp lak dun pr nk bubar asing...bhai jika umno rampas negeri pr...maka penipuan tu ujud. Jika pr rampas negeri umno...maka itu kesedaran rakyat hahaha...baik tak payah buat pru...kita buat sistem sms atau lu org buat jew huru hara sbb 100,000 atau 700,000 org yg hadir bershit atau hkr adalah suara rakyat 27 juta org...

Anonymous said...

Bersiap sedia dengan taktik kotor UMNO untuk fasa akhir PRU13 ni :-

a) Video lucah direka oleh blogger upahan mereka perasuah tegar Papagomo dan disambut olih PK, Flying Kick, MIM, AIDC dll, ada dengan perut buncit, ada dengan badan tegap tampan dan muda, ada pakai drama odioje

b) NGO berbayar UMNO dari ex-PKR seperti Jaringan Melayu, GAPS, KITA akan berfungsi sebagai agen UMNO untuk membayar calun-calun PR tak hadir hari pencalunan khabarnya 5juta. Azwanddin dan Zamil akan buat banyak komisen dari duit haram ini.

c)SPR dah siap nak terbalikkan Selangor kepada UMNO dengan kehadiran ramai pengundi hantu yang akan mengundi UMNO. Inilah hasil usaha special task force yang diwakili Wan Ahmad SPR untuk guarantee UMNO ambik balik Selangor

d) Huru-hara dan keganasan yang lebih berat dab terancang akan dicetuskan semasa kempen PR oleh barua2 berbayar UMNO Perkasa, JMM, GAPS, JATI, TIBAI dengan penuh bantuan PDRM

Mohd Hafez said...

Wahai saudara tulang besi.agaknya kau ni robot kot.sebab 2 bodoh xberakal.kalau kau 2 dah bodoh jgn hasut org lain supaya jd bodoh mcm kau.lu memang bebal la.

Mohd Hafez said...

Buka minda la sikit.jgn jd bebal mcm si tulang besi.dia ni robot mana ada akal.

Anonymous said...

Hj Najib got d date wrong ....instead of 2013....He Said 2012...
hahahaha..... gabraaa beb... mcn tau2 yg BN/UMNO akan ditalkinkan oleh rakyaat.
ABU BIN ABCD

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.