Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, April 8, 2013

Hashim Jasin Lebih Rela UMNO Menang di Perlis

Kerusi Parlimen Kangar telah ditandingi PKR/KEadilan sejak tahun 1999 lagi. Sepanjang yang saya ingat, Parlimen Kangar telah menjadi milik PKR sejak dulu lagi.

Namun, pada tahun ini tiba-tiba sahaja Ustaz Hashim Jasin mengumumkan Parlimen Kangar akan ditandingi calon PAS. Pengumuman Hashim Jasin tidak merujuk kepada PKR Negeri, PAS Pusat mahupun sesiapa sahaja. Ia adalah keputusan beliau semata-mata.

Alasan yang diberikan oleh beliau adalah calon PKR di Parlimen Kangar, yakni Dr Juanda Jaya, itu adalah seorang Wahabbi.

Maka, demi menghalang seorang Wahabbi dari bertanding Hashim Jasin sanggup melanggar akhlak persahabatan dan mencuri kerusi Parlimen Kangar dari PKR. Tindakan Hashim Jasin juga menunjukkan PAS adalah sebuah parti yang tamak haloba.

Tak padahal nya berapalah sangat bilangan kerusi yang PKR Perlis tandingi. Kerusi yang seciput tu pun Hashim Jasin nak sabotaj.

Tindakan Hashim Jasin sangat menggembirakan UMNO. Malahan, UMNO menyesal mendedahkan anak Hashim Jasin memiliki kereta Porshe dengan menggunakan AP milik Hashim Jasin.

Ini kerana Hashim Jasin telah mengambil tindakan yang bakal menyelamatkan UMNO Perlis dari kecundang.

Dr Juanda itu mampu menaikkan tahap sokongan kepada PAS dan akhirnya akan membawa PAS ke kerusi MB Perlis.

Kalau dulu, tindakan Harun Din menarik diri di saat akhir dengan alasan2 yang tidak munasabah telah menggagalkan usaha PAS memerintah PERLIS.

Tahun ini apabila kemenangan sudah cukup hampir, Hashim Jasin pula bertindak seperti itu.

Kedua-dua Hashim Jasin dan Harun Din sangat besar jasa mereka kepada UMNO Perlis.

Seharusnya UMNO Perlis pergi sujud di kaki mereka dan berterima kasih dengan kedua2 tokoh PAS ini kerana menyelamatkan kerajaan UMNO Perlis.

TULANG BESI

ps si Suwardi Yaakob, pembantu Hasan Ali tu pun dari PAS Perlis jugak.

6 comments:

Pak Mat said...

Tau tak pa... Belum menang dah buat perangai kalau menang tak tau la... Jadilah pemimpin yang ikhlas, bertolak ansur dan berlapang dada dalam berkawan apatah lagi mempunyai matlamat yang sama...Imej Parti Islam yang kita bawa tu kena LA JAGA....

Anonymous said...

ko bukan duduk perelih ko tak tau la... memang PAS tanding ke tiga tiga kerusi parlimen.. tapi ini adalah hasil tukaran dengan kerusi dun... tahun ini PAS hanya bertanding 8 kerusi dun sahaja... PKR 5 dan DAP 2.... perlis ada 15 dun .. jadi kerusi DUN PKR bertambah dan dari 2 yg DAP tu mungkin satu boleh dapat kat PKR dan pengaruh PKR (titi tinggi kerana lebih sesuai ditanding oleh PKR) PKR di perlis tidak begitu kuat dibandingkan dengan PAS... ada antara bakal calon (kuala perlis) adalah org kuat shahidan dahulu...(dr suraya sudin)... utk pengetahuan tbm.. shahidan tu maha jahat dan merupakan musuh yang patut dihapuskan kerana berlaku zalim terutama kepada penyokong pas masa jadi MB dahulu....

Anonymous said...

BTW... kesepakatan kedudukan kerusi ni dah dipersetujui sejak 2011 lagi antara pas dan PKR serta PAS dan DAP.. cuma antara DAP dan PKR tgh dok runding sikit lagi kut kut PKR dapat 1 lagi kerusi yg diperuntukan kpd DAP - sebab melayu 70%... dan kawasan luar bandar - org melayu luar bandar tak boleh terima - maklumat tak sampai sangat....

perlis era baru said...

FItnah nyata...aku org perlis aku tau apa terjadi, press conference pengumuman calon dibuat dgn kebenaran pas pusat..dr juanda masih 50/50 belum memberi kepastian... (rupanya orang pakatan rakyat sendiri suka membuat fitnah, x ubah macam UMNO...diulang macam UMNO!!!!)

Anonymous said...

malaysiawaves ni agen UMNO ke...????

Anonymous said...

beza jika pas lwn umno ialah yg kalah pas, tp jika pkr lwn umno yg kalah pkr. umno ttp menang. lol.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.