Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, April 11, 2013

Kedah Sudah Selamat Dalam Tangan UMNO

Sesungguhnya TUlang Besi amat berat hati hendak menulis perkara di bawah ini. Namun, Tulang Besi terpaksa tulis kerana apabila jatuhnya negeri Kedah kelak, pembaca akan kembali pada blog Tulang Besi dan membaca amaran yang telah diberikan oleh Tulang Besi sebelum bencana berlaku

Dalam kita berhempas pulas melawan dan menghinjak UMNO, sesetengah pimpinan PAS lebih suka bekerja menguntungkan UMNO. Penyokong dan pendokong berkorban wang, masa dsbnya tapi pimpinan atasan berbuat sesuka hati mereka ke arah kehancuran parti.

Hari tu kita baca bagaimana Hashim Jasin telah menyerahkan negeri Perlis pada UMNO. Beliau sanggup menolak Juanda Jaya sebagai calon Parlimen Kangar walaupun beliau tahu tindakan tersebut boleh menjatuhkan UMNO di Perlis dan menguntungkan PAS.

Yang terbaru adalah bagaimana Negeri Kedah pula akan diserahkan kepada UMNO.

Penentangan kepada Ustaz Azizan Razak telah sampai tahap yang cukup kronik. Belum pernah akar2 umbi PAS di Kedah berdemonstrasi secara terbuka meminta Ustaz Azizan tidak dicalonkan semula sebagai Menteri Besar Kedah.

Ustaz Azizan secara effisien telah melumpuhkan jentera PAS Kedah. Pokoknya majoriti pimpinan2 PAS di Kedah menolak Ustaz Azizan sama sekali.

Itu tidak termasuk para AJK PAS Pusat serta ahli2 Dewan Harian yang menyuarakan peri pentingnya Azizan digugurkan.

Di samping itu, pengundi-pengundi Cina dan India sudah menyatakan sikap mereka menolak kepimpinan Ustaz Azizan Abdul Razak sebagai Menteri Besar Kedah. Mereka berjanji akan mengundi UMNO/BN di peringkat negeri sekiranya PAS mengekalkan Azizan.

Di tambah dengan tindakan UMNO yang bakal mencalonkan anak Mahathir sebagai calon MB Kedah. Ia mampu menarik sebahagian undi Melayu yang selama ini menyokong PAS dan Pakatan Rakyat.

Itu kita belum cerita kesah Ustaz Azizan yang sering sakit dan sudah pun mencapai tahap tidak mampu melakukan kerja beliau dengan baik dan amanah. Kesihatan Azizan jelas menjadi halangan kepada beliau untuk menjadi MB Kedah.

Namun, Presiden dan Mustafa Ali masih terus berdegil. Mereka masih terus mahu mengekalkan Ustaz Azizan sebagai calon Menteri Besar Kedah walaupun tanda-tanda penolakan kepada Azizan ini semakin jelas kelihatan.

Alasan yang diberikan adalah Azizan telah membuat ugutan bahawa sekiranya dia tidak dicalonkan semula, Azizan akan isytihar masuk UMNO.

Adalah sungguh mustahil perkara seperti ini akan berlaku kerana UMNO pun tak hingin dengan Ustaz Azizan Razak ini. Kalau Azizan mahu masuk UMNO, ia adalah petanda Azizan ini bukan seorang yang ikhlas dalam perjuangan. Kemasukan Azizan tidak akan mencacatkan PAS walau sedikit.

Atas sebab ini jugalah mungkin ada benarnya khabar yg Tulang Besi dengar bahawa Daim Zainuddin menjangkakan bahawa negeri Kedah akan jatuh ke tangan UMNO dan Barisan Nasional.

Dengan ini, sudah dua negeri pimpinan PAS telah hadiahkan kepada UMNO dan Barisan Nasional: Perlis dan Kedah.

Negeri ketiga yang menjadi hadiah kepada UMNO adalah Terengganu, tapi ceritanya panjang dan tidak cukup masa di sini.

TULANG BESI



13 comments:

malaysiabaru said...

Salam semua

Malaysiabaru telah menjangka prkra ni 6 months ago. Kedah, ganu, sabah. Hok lain beres.

Mungkin ada benar mydin yassin berfirman PAS parti ajaran sesat?

Recently ada pemimpin pas yg tamak haloba nk bertanding 2kerusi.

Petikan

Anonymous said...

jika benar, kita giatkan tukar strategi kempen kepada negeri bagi bn tapi parimen pangkah PR..

dengar kabar org2 cina n india akan buat demikian.

Anonymous said...

Ana pun sokong pas.. tapi tulisan anta ni boleh mengeruhkan & memecahbelahkan lagi keadaan. Tak sesuai langsung dan tak kena pada waktunya.

Sekarang ni masa utk berperang dgn musuh di luar. Ikut jeneral dan muafakat lah. Lepas habis perang nanti aturlah siapa pun yang layak

Nasihat ana kalau anta boleh bercakap dgn kepimpinan..tolonglah minta pemimpin2 ni perbetulkan niat. Allah sedang uji kita ni..nak jadi UMNO ka nak jadi PAS yang kita sayang sebelum ni.

Anonymous said...

Ini adalah masalah berbeza pendapat aje. X perlu di perbesarkan.

Anonymous said...

Alhamdullillah & Terima kasih...

Banyak berita berita baik dalam media UMNO-BN juga Blog Pro - Pakatan Rakyat menyediakan berita tak menyenangkan mengenai MB Kedah, Azizan ini pun sudah berumur dan tidak secekap TG Nik Aziz (sebagai Benchmark).

TG Presiden PAS pun tidaklah sangat bijak dalam politik ini, ada juga nya mimpi nak jadi PM bila perintah Terengganu dulu pun kantoi.

Politik Benggap tak mampu melawan arus pengundi yang matang , bijak , ber pendidikan luas terutama pengundi muda dan dari kaum Cina terutama nya kerana tanpa ekonomi peniaga Cina , apalah Kedah dan Terengganu.

Pulau Pinang tanpa hasil galian pun boleh maju ke hadapan dengan Tourism nya.

MB Kedah perlu bagi peluang kepada ahli PAS lain , tak perlu menongkat langit ikut puak puak UMNO-BN.

Renungilah sebelum penamaan calon PRU13 ini.

Anonymous said...

Kedah ni Kalau PAS Kalah dalam pemerhatian saya ada 2 sebab:

1. Kewujudan 2 team Team Ustaz Azizan & team Pahrolrazi. Akibat wujudnya 2 puak ini, Pas Kedah menjadi lemah sebab sudah berpecah. Berbeza pada PRU 2008. Sebabnya barisan kepimpinan Pas Kedah sekarang ini sudah 'mabuk jawatan, pangkat & kedudukan'. Telah hilang adab2 Jemaah, niat mulai terpesong. Sekarang ni nampaknya ramai yang 'gila' nak jadi calon dan telah berkira-kira nak merajuk, protest, bangkang sekiranya tidak dipilih. Ujian Allah selepas berkuasa.

2. Polisi Kerajaan Pas Kedah yang tak mesra kepada peniaga bukan bumiputera (khususnya orang cina) menyebabkan pengundi2 cina ini yang dahulunya menyokong Pas sekarang telah marah dan kecewa. Mood pengundi cina sekarang inii80% mahu tolak BN. Tapi oleh kerana dasar Kerjaan Pas Kedah ini menyebabkan di Kedah ini mereka hanya ingin mengundi PR untuk calon Parlimen manakala DUN diberi kepada BN.

Apa pun, kita hanya harap pertolongan Allah sahaja. Tapi bagaimana kalau niat pun sudah berubah?

Anonymous said...

apa lagi rahman... jatuhkan mustafa ali... ikut macam PKR Terengganu edar VCD lucah Mustaffa Ali beromen dengan pompuan seksi.... video dan gambar ada di hapraknews.blogspot.com

Anonymous said...

Tidak ada benda atas dunia ni yg pasti melainkan ianya telah berlaku. Perkara akan dtg hanya Allah maha mengetahui. Kita perlu hormati keputusan yg dibuat dahulu yg natijahnya tidak memuaskan sekarang kerana setiap perkara yg berlaku dgn izin drpd Allah. Sehebat mana pun ilmu manusia tidak akan tahu apa akan berlaku di masa hadapan. Mengatakan PJ Perlis menyerahkan Perlis kpd umno dgn menolak Dr Juanda sbg calon adalah sangkaan buruk yg tak sepatutnya lahir drpd TB.

Anonymous said...

tulangbesi.. sila siasat dan tanya mustafa ali tentang video seks yg disebar oleh hapraknews.blogspot.com yg dikatakan video mustafa ali... kami nak jawab balik kat macai umporno ni....

Anonymous said...

Niat...betulkan niat....

ingat kata tok guru...bermula dari pemimpin atasan hingga jemaah parti...betulakan niat kita

nak islam ke nak kaya...


jangan jadikan ideologi umno sebagai ideologi kita sama

Anonymous said...

PAS kelantan pun banyak masalah, mungkin senario 2004 akan berulang... BN hampir @ mungkin merampas tampuk kuasa dlm PRU13....... Bayangkan, calon2 di pilih Oleh 3 watak yg punya I agenda sendiri.... Senarai calon tak dibincangkan dlm mesyuarat Dewan Harian negeri tetapi diputuskan Oleh timb MB, SU PAS Negeri dan Pengarah JPN negeri.... TGNA jadi tukang angguk n restu.................... Calon DUN di tolak Rakyat masih dikekalkan spt Zul Mamat ( P Congong), Omar Mohd ( Perupok ), Hanipa ( Pkln Pasir ), Ahmad Awang ( Gual Periok), SaiPul Bahri ( Selising), Nik Mazian ( Limbongan ).......masalah makin parah bila Zailah Yusof bekas Ahli Parlimen Rantau Panjang dipindahkan ke Parlimen Pasir Mas utk beri laluan kpd Nik Abduh Nik Aziz anak MB sendiri..... Penyokong n pengundi parlimen rantau panjang berikrar utk menolak pencalonan nik abduh dan akan memboikot pos2 parti.....

Anonymous said...

Selagi namanya manusia....mereka tidak pernah akan merasa puas kerana itu salah satu dariipada ketidaksempurnaan yg ada pada diri mereka....

Anonymous said...

Sesungguhnya TB ni adalah pemfitnah... ingat lah Allah kita akan menjawab dekat dia atas segala tindakan kita. Hendak menuduh ustaz azizan akan msk umno kalau x tercalon adalah cukup2 x berakhlak. Kepada yg komen memaki mana2 individu xtentu pasal hanya kerana cerita dibawa oleh TB anda juga harus menjawab kelak atas perbuatan anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.