Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, April 16, 2013

Najib Seram Sejuk Hadapi Pakatan Rakyat yang Bersatu

Misteri penangguhan pembubaran Parlimen akhirnya terjawab. Rupa-rupanya Dato Najib menangguhkan pembubaran Parlimen kerana menunggu terbarainya Pakatan Rakyat.

Melalui agen2 yang mereka telah bayar dan pegang di dalam PAS dan PKR, Najib dengan sabar menunggu hasil usaha agen2 mereka memainkan peranan memecah belahkan Pakatan Rakyat.

Barang diingat sebelum PRU 2004, Dr Mahathir telah berjaya memecah belahkan Barisan Alternatif. Atas isu kecil Negara Islam telah berjaya memaksa DAP keluar dari Barisan Alternatif.

DAP pula begitu emosional pada waktu itu dan hanya dengan jolokan Dr Mahathir sahaja, mereka telah melompat keluar dari Barisan Alternatif.

Sebenarnya, pada hemat saya, keluarnya DAP pada masa itu bukanlah kerana Negara Islam. Namun, ia lebih berkait dengan semangat anti Islam yang begitu meluap2 seluruh dunia hasil dari peristiwa 911. Ada seorang pemerhati memberitahu saya BN dan UMNO telah diselamatkan oleh peristiwa 911.

Seterusnya, PAS juga termakan dengan jolokan Dr Mahathir itu dan terus mengeluarkan Dokumen Negara Islam yang akhirnya telah membenam PAS dan PKR pada tahun 2004.

Kejayaan 2004 itulah yang mahu diulangi oleh Najib Tun Razak. Pak LAh yang pada masa itu mengambil alih jawatan PM dari Dr Mahathir, telah memanggil PRU 2004 dalam keadaan pengundi bukan Islam takut dengan PAS dan pakatan pembangkang berada dalam keadaan kucar kacir dan berpecah.

Najib mahukan PRU 13 ini dipanggil dalam keadaan yang sama. Maka, Najib telah sanggup menunggu perpecahan Pakatan Rakyat sebelum PRU dipanggil.

Malang seribu kali malang bagi Najib. Rupanya2 PAS, PKR dan DAP telah belajar dari kesilapan mereka. Segala jolokan dan provokasi UMNO/BN tidak dilayan.

Hatta video seks hitam putih kabur tajaan Rahim Thamby Chik juga tidak dilayan.

Tuduhan2 liar seperti Melayu ditindas DAP juga tidak memberi bekas kepada Pakatan Rakyat.

Maka, suka tak suka, pada 3 April 2013, Najib pun terpaksalah membubarkan Parlimen.

Nak tunggu Pakatan Rakyat pecah ni umpama menunggu buah tak jatuh.

Itu yang sampai Najib tersasul sebut tahun dalam ucapan pembubaran Parlimen beliau yang disaksikan seluruh pelusuk dunia.

Marilah kita sama2 berdoa dan berusaha supaya Barisan NAsional dikuburkan buat selama-lamanya

TULANG BESI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.