Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Loading...

Thursday, April 4, 2013

Najib Tampak Takut Anwar Turun Ke Perak

Hari ini Najib ditanya pemberita berkenaan cadangan Dato Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding di Perak. Pantas dia menjawab tindakan Anwar itu adalah mengkhianati penyokong beliau di Permatang Pauh.

Najib berkata beliau tetap kekal bertanding di Pekan buat selama-lamanya.

Dia kata kalau Anwar boleh lari dari Permatang Pauh, maka lepas ni dia boleh lari dari sesiapa sahaja dalam masa akan datang. Waktu Hishamuddin lari dari Parlimen Tenggara ke Parlimen Sembrong dulu dia tak marah pulak ye?

Soalnya, mengapa Najib nak marah? Biarlah Anwar Ibrahim bertanding di Perak pun. Kenapa nak tuduh Anwar pengkhianat?

Maklumat Tulang Besi dapat hakikatnya UMNO pening dengan keputusan Anwar Ibrahim ini.

Mereka sudah kalah dgn undi Cina. Orang Cina masih terluka dengan peristiwa rampasan kuasa UMNO pada tahun 2009 lepas.

Dengan undi India mereka juga bakal tergolek kerana MIC cuma akan dapat dua kerusi. India di Perak pun dah lama menyampah dengan UMNO.

Harapan mereka betul-betul undi Melayu.

Turunnya Anwar ke Perak berpotensi menaikkan sokongan Melayu kepada Pakatan Rakyat. MAsakan rakyat Perak tidak mahu bakal Perdana Menteri datang dari negeri Perak?

Kalau nak harap pemimpin2 UMNO Perak untuk jadi Perdana Menteri, alamat sampai kiamat lah kena tunggu. Pemimpin2 dari UMNO Perak tidak pernah mampu untuk naik ke tahap pemimpin negara.

Turunnya Anwar ke Perak paling kurang pun undi Melayu ke Pakatan Rakyat bakal naik 5%. Dengan kenaikkan sebegini, UMNO mungkin akan hilang lagi 5-10 kerusi. Ini kerana undi dari kaum Cina akan naik dan undi kaum India bakal sama dengan tahun 2008. Apa2 kenaikkan undi Melayu kepada PR bakal mengkuburkan UMNO di Perak.

Patutlah Najib begitu berjela-jela menuduh Anwar mengkhianati penyokong sendiri di Permatang Pauh. Padahal Anwar sudah bertanding di Permatang Pauh semenjak 1982 lagi. Waktu Anwar dalam penjara, dia hantar isteri nya bertanding bagi pihak dia.

Kalau dia nak berpindah pun, tak jadi masaalah sebenarnya kerana nama Permatang Pauh tetap akan diingati bersama-sama Anwar Ibrahim.

Dikhabarkan ada kemungkinan Anwar bertanding di Lumut ataupun di kawasan Nazri Tan Sri Aziz, yakni Padang Rengas.

TULANG BESI

ps ada lagi sorang tu dengan bangga kata dia akan mengkuburkan Anwar di Perak. Padahal waktu Jelajah Merdeka Rakyat tiba di Bagan Datoh dia siap hantar wakil jumpa Anwar minta jangan singgah dan pergi tempat lain. hehehe

3 comments:

Anonymous said...

http://bilarentapbangkit.blogspot.com/

psikiks melayu said...

http://bilarentapbangkit.blogspot.com/

Anonymous said...

Anwar tak jadi bertanding di Perak. Tengah mencari kerusi selamat. Balik PP kot

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...