Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, April 2, 2013

PAPAGOMO Harapan BN Untuk Memerintah

Cuba bayangkan. Apakah hebat nya manusia bernama Papagomo ini? Adakah dia pernah naik ke Angkasa Lepas? Adakah dia pernah berlayar ke seluruh dunia? Adakah dia pernah mencipta ubat untuk penyakit AIDS? Apakah sumbangan besar Papagomo kepada agama, bangsa dan negara?

Kalau dia tidak ada apa-apa sumbangan, mengapa dia boleh berjumpa dengan Perdana Menteri, TImbalan Perdana Menteri, Rais Yatim, Peguam Negara, Hisyamuddin Tun Hussein, Nazri Aziz dsbnya.

Papagomo dan Ketua Polis Negara
Yang lebih menggemparkan adalah dia boleh berjumpa dengan Ketua Polis Negara (rujuk gambar)

Mungkinkah Papagomo ini mempunyai hubungan keluarga dengan semua orang-orang penting dalam negara Malaysia ini?

Ataupun Papagomo bekerja sebagai supir mereka?

Ataupun Papagomo ini menjadi despatch pribadi kepada tokoh tokoh pimpinan negara ini?

PAPAGOMO ADALAH ALAT MENYEBAR FITNAH


Jadi, apakah jasa sebenar seorang bekas konstable polis yang dibuang dari PDRM atas kesalahan menerima rasuah RM1000 ini?

Tidak lain dan tidak bukan adalah Papagomo menjadi alat kepada mereka menjalankan kerja-kerja jahat menyebar fitnah dan pembohongan terhadap Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat

Hebatnya Ilmu Undang-Undang Papagomo Sampai Boleh Jumpa Peguam Negara.
Kesian, Saiful kalah kes

Mereka sendiri tidak berani menyebar fitnah tersebut maka tugas tersebut diswastakan kepada seorang bekas banduan bernama Papagomo.

Begitu jijik dan kotornya UMNO ini sehingga sanggup bermuka-muka dan berlakon baik di hadapan manusia ramai.


Namun, sanggup menggunakan pencaci-pencaci upahan untuk menjalankan kerja-kerja kotor.

Manusia2 biasa macam kita ni, bermimpi lah dapat berjumpa bertentang mata dengan pemimpin2 kerajaan ini semua walaupun kita tidak pernah didapati bersalah mengambil rasuah RM1000 di mahkamah.

UMNO dan fitnah tidak dapat dipisahkan sama sekali.

DI saat sokongan UMNO telah hampir pupus sekarang ini, mereka terpaksa bergantung harap kepada manusia2 jijik seperti Papagomo hanya untuk kekal memegang kuasa. Nak harap agenda parti, idea baru dsbnya, UMNO telah bangkrap. Harapan UMNO berkuasa hanyalah fitnah.

TULANG BESI

ps maklumat lain yg Tulang Besi dapat apabila pemimpin2 ke luar negeri, mereka2 ini juga turut serta.





6 comments:

juragan 69 said...

Bhai...klu papagomo lu anggap pencaci hina dan alat penyebar fitnah...lu pulak apa malaikat suci alat penyebar kebenaran....hahaha....lu ckp india tu hitam sedangkn lu negro...

albert magic said...

Astagfirullah.. aku ingatkan hanya pemimpin parti politik sahaja yang bergaul dengan penjenayah rasuah rupa rupa nya KPN pun sama, ini hanya berlaku di Malaysia saje, memang malaysia boleh

Anonymous said...

Dalam anda sibuk kata orang lain fitnah, sedar atau tidak anda sendiri pun mungkin sedang memfitnah. Adakah anda pasti individu tersebut adalah papagomo? Adakah anda pasti bekas polis tu adalah papagomo? Adakah anda pasti UMNO menggunakan papagomo untuk memfitnah?

Lebih penting, anda kena jawab, adakah individu dalam video yang didedahkan papagomo itu adalah Anwar Ibrahim? Kita nak lihat juga sama ada pendidikan anda sampai Kansas City tu ada nilai atau tidak.

Anonymous said...

1.apa yang ko dengki kat papagomo tu!!
2.cuma sipapagomo tu orang yang punyai segala video asli tentang anuar!cina doll,liwat doll dll!!dan segala video tu disahkan tulen oleh pakar!!
3.lainla ko!!ko cuma ada kisah altantunya!!tapi tiada video yang berkaitan!!cuma ada gambal palsu altantunya dan najib jee!!sapa yang akan percaya pada kepalsuan ko!!
4.sinajib tu sedang berkira-kira untuk pecahkan rekod paklah pada 2004!rasanya tanpa papagomo pun rekod tersebut akan dipecahkan!!kecuali kawasan cina!!
5.siaann kat ko!ko bercakap tentang islam oleh pas atau pkr!!rupanya islam mereka hanya berapi dimulut saja!!hidup penuh dengan kemungkaran!!mengalahkan puak-puak umno nampaknya!!

Anonymous said...

No worries.....pencacai UMNONGOK dlm mode defensive!! They know their days r numbered!!
Teruskan membongkar.....wa caya lu.

Anonymous said...

org yg mempertahankan papagaru, tidak lain adalah org2 yg cuba pertahankan kelakuan fitnah keji. Telah terbukti melalui blognya yg myebarkan fitnah keji ini, tapi masih ada manusia yg berotak mulia menafikan. apakah clip video rekaan ini boleh menfitnah org sebegitu rupa dan sipembuatnya terlepas dari hukuman. Selagi hukum Islam tdk tertegak selagi itulah fitnah keji ini akan berleluasa kerana pembuat fitnah tidak dikenakan hukuman malah boleh tersenyum lebar. Kalau DSAI bukan pemimpin politik, perkara ini tdk berlaku, keji politik kerana ada manusia jahat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.