Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Sunday, April 21, 2013

Penjelasan TIga Penjuru di DUN Panti

TIga penjuru di DUN Panti ada penerangan yang kuat dan boleh dijustifikasikan. Ia bukan angkara perebutan kerusi antara PKR dan PAS.

Pada hari penamaan calon tersebut, calon PKR telah tidak muncul-muncul. Walaupun pihak PAS berhempas pulas menelepon dan memanggil namun tidak boleh dihubungi.

Lebih2 lagi semua pemimpin PKR pada masa itu sebuk dan terlibat dalam penamaan calon masing-masing.

Maka, pada jam 0945 pagi, SAlahuddin dan pemimpin2 PAS Johor mengambil keputusan untuk memasukkan calon PAS supaya tidak berlaku menang tanpa bertanding kepada UMNO dan BArisan Nasional.

Namun, tiba2 lima minit sebelum tutup proses penamaan, calon PKR tiba-tiba muncul. Apabila diberitahu yang PAS sudah pun meletak calon, dia masih degil untuk masuk sebagai calon.

Maka, dia pun masuk dan berlaku lah tiga penjuru tadi.

Yang hairannya boleh pulak calon PKR tu muncul lepas PAS meletakkan calon? Boleh pulak pihak satu lagi menghubungi beliau?

Pada hemat Tulang Besi, calon PKR tersebut mungkin telah dibeli. Dia sengaja menghilangkan diri tapi tak sangka PAS telah bersedia dengan calon alternatif.

Tulang Besi mencadangkan supaya PKR menarik calon mereka kerana jelas sudah ada syak terhadap kedudukan calon itu. 

Kalau dikatakan dia kemalangan jalanraya, sudah tentu dia tidak boleh hadir lagi lima minit sebelum masa tutup untuk serah borang dalam keadaan sehat walafiat.  Ertinya ada udang di sebalik batu. Jangan ambil risiko dengan calon PKR ini.

Besok2 boleh serah semula kerusi ini kembali kepada PKR.

Kalau ditakdirkan menang pun calon PKR itu, boleh percaya ke dia tidak akan melompat masuk UMNO macam si Badrul Port Kelang tu?

Mustahil dalam keadaan penamaan calon itu dia tidak boleh menghubungi pihak PAS ataupun DAP bagi memberitahu akan kelambatan beliau.

Mustahil sama sekali.

TULANG BESI

3 comments:

Anonymous said...

Saya sebenarnya kesian tengok gelagat TB dan khususnya PAS ni. Orang dah habis penamaan calon. Kalau tengok blog blog pro BN hampir setiap 15 min ada update isu-isu terkini.

Tapi blog TB dan blog PR, hampeh. Masih tak habis dengan pergaduhan sesama sendiri. Udahlah tak de isu yang boleh meyakinkan pengundi, yang ada ialah membuat pengundi menyampah dan rasa mual dengna politiking dalam PR.

Ini alamatnya Pas dan PKR nak bungkus. Isu untuk lawan tak de, lebih kepada lawan sesama sendiri.

pemuda insaf said...

Terima kasih di atas pencerahan dari saudara TB...
Terima kasih di atas pencerahan anda.
Agen2 umno sebenarnye telah berjaya menyusup ke dlm pimpinan pakatan rakyat.
Tujuanya satu,utk memporak perandakan saf kepimpinan supaya kalah tanpa bertanding!
Musuh di luar kita bole nampak,tpi musuh dlm selimut adalah yng paling bahaya!

Qaseh Bonda said...

Pengundi sudah bijak memilah. Kita doakan kemenangan pada yang hak.

Berbalik pada ketentuan, kita kena berlapang dada.

Apapun kita kembalikan bersangka baik pada Allah.

Hebat ujian disitu menandakan pengundi disitu lebih hebat jadi penentu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.