Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Saturday, April 13, 2013

Percubaan Mengintip Aishah (Calon Jempul) yang Tidak Berjaya

Peristiwa ini diceritakan kepada saya oleh seorang yang rapat dengan Aisyah (nama sebenar Wan Aishah bt Wan Ariffin). Maka, oleh kerana saya kenal sumbernya dan kalau saya sebut nama sumber saya ini nescaya tuan2 dan puan2 pembaca kenal siapa sumber saya ini.

Pada satu hari Aisyah telah menelfon sumber saya ini. Beliau berkata tiba-tiba dengan tidak semena-mena bumbung rumah beliau telah bocor. Kebetulan hari itu hari hujan yang sangat lebat. Air hujan telah masuk ke dalam rumah Aisyah melalui bumbung.

Lantas, sumber saya ini meminta bantuan beberapa orang unit Amal di sebelah Ampang sana untuk menengok-nengok apa yang telah berlaku kepada bumbung rumah Aisyah itu. Manalah tahu, mungkin bumbung rumah Aisyah itu telah rosak akibat hujan yang sangat lebat itu.

Apabila beberapa orang Unit Amal Ampang memeriksa bumbung rumah Aisyah, didapati kebocoran itu berpunca dari lubang yang ditebuk di bumbung rumah Aisyah.

Lubang2 itu kemudiannya akan diletak kamera bagi mengintip Aisyah di kamar mandi atau di kamar tidur atau di tempat2 lain. Tujuannya supaya gambar2 yang tidak elok itu boleh digunakan bagi memalukan atau meengugut Aisyah.

Cumanya belum sempat kamera dipasang, tiba-tiba hujan dan air masuk melalui lubang2 yang ditebuk itu. Allah SWT menyelamatkan hamba Nya.

Kejadian ini membuktikan bahawa ada skuad khas yang ditubuhkan UMNO untuk mengintip serta merekod tindakan2 pemimpin pembangkang bagi tujuan menguntungkan UMNO dan BArisan Nasional.

Usaha2 sebegini sudah tentulah memakan wang yang banyak serta sumber yang besar dan tidak mungkin dijalankan oleh parti2 politik yang bukan memerintah seperti PAS, PKR dan DAP.

Usaha2 ini juga membuktikan UMNO telah bangkrap idea dan terpaksa bergantung kepada mendedahkan aib dan keburukan orang hatta gambar2 bogel dalam bilik mamdi dan bilik tidur pun mereka mahu gunakan.

Tidak hairanlah ada gambar PApagomo (seorang felon) bersama Ketua Polis Negara dan tidak hairanlah blogger2 UMNO ini kaya sumber bahan lucah mereka.

Bukanlah mereka itu hebat pun tapi mereka mendapat sumber dari kumpulan2 pengintip ini yang mengintip untuk tujuan yang sangat jahat

Saya telah meminta sumber saya itu memujuk Aisyah untuk membuat PC berkenaan perkara ini supaya satu dunia tahu apa yang telah berlaku

Dan supaya satu dunia sedar bahawa UMNO ini adalah parti lucah dan parti porno. UMNO sekarang bergantung harap kepada fitnah dan lucah untuk survival hidup mereka yang semakin habis itu.

TULANG BESI

1 comment:

Anonymous said...

aku rasa org UMNO tak buat.. sebab depa tak ada skill macam tu.. mungkin pihak B4 kut yg buat.. macam tu jugak kes mustafa ali, dan video video anwar...
ada 2 kemungkinan...
1 bukan depa.. skill mekup dan berlakon macam anwar/mustafa ali...

2 kalau betul depa... siapa yg letak kamera tu...?? macam mana depa tau bilik hotel tu akan digunakan oleh anwar/mustafa ali...??? mesti geng perisikan jugak ni... selamatkah kita bila menginap di hotel kalau dalam bilik tu memang ada kamera..??? maksudnya kamera tu diletak oleh pihak pihak tertentu.. agensi perisikan suspek saya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.