Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Saturday, April 6, 2013

Peristiwa Calon PAS Kota TInggi 2004 Tarik Diri Tanpa Sebab

Jangan ingat calon PAS tidak kebal dari percubaan beli membeli. Apabila jumlah yang ditawarkan itu terlampau banyak, agama pun manusia boleh letak ke tepi.

Kalau calon PAS pun boleh dibeli, apatah lagi calon PKR, DAP dan parti-parti lain?

Kita insan biasa jangan terbawa-bawa kesah kononnya kita telah menang. Perjalanan masih belum selesai. Banyak taktik2 kotor yang masih boleh dimainkan di sebelah sana.


Ada duit semua jadi.

Kita jangan putus berusaha dan berdoa


Ingat, tawaran sekarang ini minima RM1 juta seorang. Masih boleh ditawarkan lagi.

Pada tahun 2004, tiada calon PKR yang berjaya dibeli. Hanya calon PAS sahaja.

Pojok Pilihan Raya
Menang tanpa bertanding sememangnya menyeronokkan. Tapi tak semua menang tanpa bertanding sama nilainya.

Banyak menang tanpa bertanding di Sabah dan Sarawak kali ini kerana politik negeri itu lebih stabil berbanding pilihan raya lalu.

Kalau tahun 1999, Parti Bersatu Sabah (PBS) di luar BN menjadi cabaran di Sabah. Sementara Keadilan pula letakkan banyak calon di Sarawak. Sekarang Keadilan sudah tidak mampu. Bukan saja di Sarawak dan Sabah tetapi juga di Johor.

Keadilan patut letakkan calon di Tanjung Piai bagi menentang Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting. Tapi oleh kerana tak mampu, calon pembangkang diberikan pada DAP.

Pilihan raya lalu, calon Keadilan mencabar Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar di Kota Tinggi. Kali ini Keadilan tidak mampu. Calon pembangkang diserahkan kepada Pas yang meletakkan Abu Bakar Sakak.

Abu Bakar hanya mampu bertahan satu hari, satu malam sebagai calon. Dia menarik diri dan Syed Hamid menang tanpa bertanding.

Inilah kemenangan tanpa bertanding paling manis bagi BN. Bukan saja untuk Syed Hamid. Ini kerana ia sekali gus menjadi tamparan pada Pas.

Semasa penamaan calon Sabtu lalu pula, BN mendapat kemenangan tanpa bertanding di Pengerang, atas kebijaksanaan Datuk Azalina Othman Said yang mendedahkan status kebankrapan calon Pas.

Ia turut mendedahkan kelemahan Pas kerana gagal menyediakan calon yang layak untuk kawasan itu.

Tapi kemenangan Syed Hamid mempunyai makna besar terhadap politik Pas. Ini kerana selama ini banyak pihak di kalangan Pas menyimpan keraguan tentang kesetiaan calon Keadilan.

Ini kerana sebelum pilihan raya ini, banyak ahli Keadilan kembali kepada UMNO, yang diketuai oleh pemimpinnya Ruslan Kassim.

Maka Pas amat curiga dengan calon-calon Keadilan yang bertanding, takut-takut mereka menarik diri dalam tempoh tiga hari ini. Hinggakan ada tempat yang berlaku pertandingan tiga penjuru melibatkan Pas dan Keadilan kerana dikatakan akibat kebimbangan ini.

Tapi calon yang paling awal menarik diri bukannya daripada Keadilan tetapi Pas yang menganggap diri mereka lebih komited berbanding Keadilan.

Apa yang mendorong Abu Bakar menarik diri? ``Pas tidak ada kekuatan untuk menang,'' katanya. Abu Bakar bersifat realistik.

Pas Johor tidak mempunyai harapan untuk menang satu kerusi pun. BN menang dengan majoriti besar di seluruh Johor pada tahun 1999.

Calon-calon Pas hanya mengharapkan perkara-perkara seperti yang berlaku di Senggarang. - Maulana

3 comments:

Anonymous said...

Sekarang ada bai'ah.

Anonymous said...

Orang sekarang ni sibuk bicara tentang manefesto, awak ni masih dok main benda remeh yang berdasarkan sangkaan. Apa lah awak ni. Macam ni ke nak perintah Malaysia?

Dari awal dok canang itu dan ini, sebab dah tau memang akan kalah teruk. Itu aje modal. Macam orang nak main bola. Dah tau nak kalah, buat macam-macam alasan. Supaya bila bila kalah tu, boleh salahkan semua benda kecuali diri sendiri.

Anonymous said...

Kalau nak kira menang kalah dari dulu tak payah masuk bertanding... kita masuk sebagai satu usaha dakwah memberi penerangan..memperkenalkan perjuangan Islam...berkorban masa, wang ringgit dan kesenangan kita untuk menyampaikan message Islam ...menang kalah itu urusan Allah SWT..tetapi Alah SWT sudah menjanjikan kemenangan ....kita cuma berusaha berterusan sehingga ketentuanNya...manusia pelbagai ragam dan nafsu... ada yang kecundang awal..pertengahan ada yang setelah hampir .... tapi alhmdullilah lebih ramai yang terus istiqamah dan tidak menjual agamanya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.