Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Saturday, April 20, 2013

Peristiwa Kota Damansara Jelas Bantuan UG pada UMNO!!!!

Berbeza dengan calon-calon lain, di Kota Damansara calon PAS menggunakan watikah yang di tanda tangani oleh Presiden PAS sendiri. Calon2 PAS seluruh Malaysia menggunakan watikah yang di TT oleh SU Agong PAS, Cikgu Mustafa Ali.

Ada pun motif meletakkan calon PAS di Kota Damansara ini adalah tidak lain dan tidak bukan untuk memberi kemenangan yang jelas kepada UMNO dan Barisan Nasional.

Ini kerana calon PAS Kota Damansara ini adalah orang yang rapat dengan Ustaz Zaharuddin Muhammad atau lebih dikenali sebagai Ustaz Din Ayam.

Malahan, sewaktu penamaan calon, kedua-dua YDP Kawasan, Mesni dan Ustaz Din Ayam, tidak kelihatan sama sekali. Tak tau la kalau ada orang lain yang nampak.

Sebelum dari penamaan calon hari ini, telah diadakan sidang akhbar yang diketuai oleh YDP PAS Kawasan, Hj Mesni, yang menyatakan bahawa calon PAS akan bertanding di DUN KOta Damansara. Ini bererti adanya calon PAS di Kota Damansara ini adalah hasil kerja YDP PAS Kawasan Subang dibantu oleh hubungan keluarga Ustaz Din Ayam yang menjadi menantu Presiden.

Tindakan PAS Kawasan Subang ini tidak diketahui oleh Cikgu Mustafa Ali. Pencalonan ini jelas dilakukan oleh orang yang rapat dengan Presiden kerana mana mungkin orang lain mampu mendapatkan tanda tangan Presiden PAS.

Kumpulan penyokong Din Ayam ini berteduh di bawah Masjid Kota Damansara ataupun dikenali sebagai Masjid Kuning.

Bilangan cawangan PAS tidak banyak tapi mereka giat menjalankan aktiviti2 sabotaj seperti yang kita lihat hari ini.

Sememangnya ramai maklum Ustaz Din Ayam ini penyokong kuat agenda PERPADUANG bersama UMNO dan ramai maklum betapa bencinya beliau kepada Pakatan Rakyat.

Malahan, Tulang Besi syak sabotaj calon di DUN Paya Jaras dan Taman Templer juga hasil pengaruh Ustaz Din Ayam ini.

Cuba bayangkan, Khairuddin Othman itu adalah penyelaras DUN PAya Jaras sekaligus SU Perhubungan Selangor. DIarahkan supaya tidak bertanding di Paya Jaras dalam keadaan tiada calon pengganti. Tidak kira apa jadi, Khairuddin tidak diizinkan bertanding.

Tulang Besi yakin tanda tangan Presiden telah ditiru dan surat tersebut adalah palsu. Tidak mungkin PResiden PAS boleh bersetuju dengan pengkhianatan dan kebodohan seperti ini.

Yang jelasnya, dari pengamatan Tulang Besi, jentera UMNO telah naik semangat dengan pencalonan PAS itu. Mereka sudah nampak satu kerusi DUN sudah dalam tangan mereka hasil usaha PAS Kawasan Subang.

Terima kasih PAS Subang, terima kasih DIn Ayam, terima kasih Hj Mesni

TULANG BESI

15 comments:

Lebai Malang said...

Sudah semakin jelas warna PAS yang sebenarnya...islamik konon....

Anonymous said...

Tulisan sampah!

Anonymous said...

siapa itu ustaz zaharudin muhamad ?
cuba tunjuk muka ,bagi kami tau sikit ?

Anonymous said...

Teropong dari jauh, tak jadi.

Libang Libu said...

Sdr Tulang besi urat dawai,

Jika tidak keberatan, tolong tulis serba sedikit tentang kemelut PAS Larut dan DUN Selama.

DUN Selama dibintangi menantu Presiden.

t/kaseh.

Anonymous said...

Ini adalah pembohongan yang jahat, tanpa bukti2 nyata. Kami berada di sana. Hj mesni bersama2 Ustaz Riduan Ismail ada Buat ucapan. Ust Zaharuddin mgkin berada di Shah Alam dan lewat sbab x tido. Dari bahasa penulis tu saya tahu siapa punya idea....jangan kena sekali lagi...

Anonymous said...

ustaz bodo

Anonymous said...

Ini adalah pembohongan yang jahat, tanpa bukti2 nyata. Kami berada di sana. Hj mesni bersama2 Ustaz Riduan Ismail ada buat ucapan. Ust Zaharuddin mgkin berada di Shah Alam dan lewat sbab x tido sbb sampai KL pagi tu. Dari bahasa penulis tu saya boleh agak siapa pemfitnah nie....jangan kena sekali lagi...

Anonymous said...

Semakin hari, semakin jelas perangai dan kelakuan geng geng tak semenggah KERAjaang Perpaduang ni. Semoga PAS yang diwakili oleh geng geng ostad ni dilungkupkan dalam PRU 13 ni. Nak menang bukan dengan lambang pari je ngong

Anonymous said...

Salam Tuan, terima kasih tentang pencerahan yang tuan telah berikan. Pada masalah pertentangan di 7 kawasan antara PKR dan PAS pada saya keranah agenda geng perpaduang dalam PAS. Kita lihat di Sg. Aceh, Cg Bard telah diberi watikah oleh Majlis Pakatan Rakyat, mengapa perlu PAS bertanding.
Begitu juga di TERENGGANU, Bukit Besi, Kota Putra dan Seberang Takir adalah 3 dari 6 kawasan yang di peruntukan untuk PKR di Terengganu. Mengapa PAS tamak sangat. Ada berpuluh lagi kawasan PAS boeh menang dan bentuk kerajaan. Saya terperanjat bila melihat jawapan Hj Hadi bila di tanya oleh TV3 mengapa PAS umumkan calon disitu, jawapannya PAS melihat calon PKR tidak sesuai dengan penduduk tempatan. Nampak sangat PAS tidak menghormati janji. Ikut PKRlah sapa pun nak diletak hatta tunggul kayu sekali pun. Janji mesti dihormati dan tepati.
Berdasarkan keadaan ini saya melihat kekecohan yang berlaku adalah kerana agenda geng perpaduan. Hj Hadi dipergunakan atas kesedaran atau tanpa kesedaran. SUsaha PAS Mustapha Ali mungkin terlibat sama. Kalau pakatan rakyat memenangi PRU13, belum tentu PR dapat bentuk kerajaan dengan mudah, kalau kerenah geng perpaduan tidak diawasi dan dibenteras.

Anonymous said...

Meniru tandatangan ialah satu kesalahan jenayah yang mesti ditangani segera. Sekiranya didapati bersalah, pelaku mesti dipecat dari parti dan aduan polis dibuat.

What a stupid and greedy people!

Anonymous said...

Jangan hanya nampak PAS lawan PKR di Kota Damansara. Ulaslah juga PKR lawan PAS di Parlimen Labuan dan Tiga DUN di Trengganu di mana semua kerusi ini juga telah dipersetujui. Siapa yang beri watikah pada calon PKR Adakah PKR lawan PAS ini sebab UG juga ke ? Buang lah sifat busuk hati tuan tu....

Anonymous said...


Ini adalah pembohongan yang jahat, tanpa bukti2 nyata. Kami berada di sana. Hj mesni bersama2 Ustaz Riduan Ismail ada Buat ucapan. Ust Zaharuddin mgkin berada di Shah Alam dan lewat sbab x tido. Dari bahasa penulis tu saya tahu siapa punya idea....jangan kena sekali lagi...


Mengapa sampai calon Paya Jaras pun tak nampak kelibat Mesni kalau betul Mesni ada kat situ?

Anonymous said...

Apa pun alasan yang diberi ... seperti pembohonganlah... tanpa buktilah... berada di Shah Alamlah.. xtido lah... itu semua tak penting. Isu yang penting dan yang paling utama adalah KENAPA PAS MELANGGAR TEMPAT YANG TELAH DIPERSETUJUI DIPERUNTUKKAN UNTUK PARTI LAIN? SIAPA YANG BERI ARAHAN BUAT BAGITU? itu yang perlu dijawab. Bukan takat cakap pembohonganlah, tanpa buktilah...Apa memasukkan calun PAS ditempat orang lain tu bukan bukti ke? Kalau nak beridentiti ustaz berdasarkan hukum Islam, buatlah cara Islam, bukannya buat macam UMNO.

Anonymous said...

ni jenis puok perpaduang tamak kuasa.. sangup jual agama nk jd pemimpin... teranung pun gila babi gok.. pkr umun doh calon awal... lps tu puok pas kbo pkr tadok jentera pulok.. berat nanang puok pas trg.. gila berebut jd yb... bukan nok menang... nok nama... pru13 jd gila belaka semua... jenis haprak. .. Hidup Islam. Hidup Rakyat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.