Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, April 9, 2013

Peristiwa UMNO Diselamatkan Tengkolok Salib 1990

Mengikut maklumat terbaru yg Tulang Besi dapat, undi Melayu tidak berganjak hasil dari pelancaran Manifesto Barisan Nasional. Malah, para pemerhati menjangka manifesto Barisan Nasional itu bakal makan tuan dan kesan psikologi yang diharapkan tidak akan menjadi.

Sokongan orang Melayu pada Pakatan Rakyat tidak berganjak walaupun telah dilancar manifesto BN dengan gilang gemilang sekali. Soalnya sekarang hari mengundi itu masih jauh.

Adakah pemimpin Pakatan Rakyat dapat menjaga disiplin mereka dan tidak mengeluarkan kenyataan2 yang merugikan Pakatan Rakyat?

Tulang Besi masih ingat bagaimana kenyataan TEngku Razaleigh di Terminal 3 Lapangan Terbang Subang dimainkan oleh media milik UMNO secara berulang-ulang kali.


Apabila ditanya kepada Tengku Razaleigh apakah tindakan berjumpa PBS itu satu tindakan yang bijak, antara respon Tengku Razaleigh adalah "don't ask stupid questions" (jangan tanya soalan2 bodoh).


Kejadian itu diulang-ulang oleh TV3 dan media2 milik UMNO sehingga menampakkan Tengku Razaleigh ini seorng yang bongkak dan sombong.

Kemuncak penipuan adalah apabila digambarkan Tengku Razaleigh ini seorang yang pro Kristian dengan membawa gambar Tengku Razaleigh memakai tengkolok yang digambarkan sebagai salib (walaupun hakikatnya ia adalah tengkolok daun ubi).

PAda hakikatnya, Tengku Razaleigh tidak perlu ke Sabah sebelum hari mengundi. Pada hakikatnya Tengku Razaleigh boleh mengadakan pertemuan dengan Pairin Kitingan selepas keputusan pilihanraya diumumkan. Pada hakikatnya, Tengku Razaleigh cuma perlu menunggu 4 hari sahaja lagi untuk membuat apa-apa perbincangan dengan PBS. PAda hakikatnya Tengku Razaleigh sudah tidak perlu bertemu dan bercakap lagi dengan media pada masa itu.

Namun, Tengku Razaleigh telah berdegil dan berkeras kepala. Nasihat Haji Mustafa Ali supaya jangan ke Sabah tidak diendahkan sama sekali.

Cabaran kepada Pakatan Rakyat adalah jangan ada mana2 pemimpin Pakatan Rakyat yang berbuat atau berkata perkara2 bodoh dan tidak berfaedah.

Mampukah pemimpin2 PAkatan Rakyat mempelajari kesilapan Tengku Razaleigh?

Tulang Besi mencadangkan kesemua pemimpin2 utama Pakatan Rakyat berhenti bercakap atau bertemu dengan media mulai dari hari ini sehinggalah hari membuang undi kelak. Terlalu banyak risiko dan jurangnya bagi mereka untuk bertemu dengan mana-mana media tidak kira media yang pro PR atau anti PR.

Lebih baik masa digunakan untuk berkempen dan bertemu pengundi.

Kalau tiada kenyataan2 yang bodoh dan merugikan dari mana-mana pemimpin PR, inshaalah kemenangan adalah dalam tangan kita.


TULANG BESI


12 comments:

Anonymous said...

Sometimes stupid things are said not by the leaders but by other people within the party-people who don't get nominated or those on Umno payroll.Or anybody claiming to be from the party. This is common among PKR not so much PAS. TV3 Utusan will give publicity.They don't give chance for rebuttal.
RPK has threatened to release photos of Anwar meeting Misuari during his trip to Philippines he might release them just before polling day? Another tengkolok incident?Beware RPK betul betul benci Anwar.

Anonymous said...

tak kata pun depa kata kata inikan pula tersilap kata memang cari balaaaa awas jangan was was

nan012 said...

Bro..dulu cuma ada tv n surat khabar lama je..bole le putar belit cerita..skrang ni internet penangkisnya..

Tulang Besi said...

Bro..dulu cuma ada tv n surat khabar lama je..bole le putar belit cerita..skrang ni internet penangkisnya

Zaman internet lagi teruk. kalau cakap benda bodoh, lagi cepat tersebar

Anonymous said...

Abdullah Saamah selepas Persidangan Ulama Pondok, Sekolah Agama Rakyat dan Tahfiz di Gurun, Kedah buat deklarasi haram undi PAS, PKR kerana isu kalimah Allah.

Nampaknya guru 'pondok berbayar' ini dah kehabisan duit RM1 juta yang disedekahkan olih Muhyuddin dulu masa melawat Kelantan pasal terikut silap buat fatwa kalimah Allah macam Harussani, Hasan Ali dan Noh Gadot.

Terkantoinya fatwa ini terkena batang hidung Najib dan UMNO kerana meluluskan kalimah Allah bible Melayu Indonesia dulu.

Rumusannya, ikut fatwa guru 'pondok berbayar' ini JANGAN UNDI UMNO pasal lulus bible ada kalimah Allah!!!!

Anonymous said...

Kita doakan Harun Taib cepat sembuh dan kuat istiqamah dalam mendalangi terjahan wakil Utusan Terengganu yang selalu memperangkap beliau.

Kita juga minta Tok Guru Nik Aziz tidak terikut-ikut dengan terjahan dan provokasi wakil Utusan Kelantan.

Yang pastinya, Utusan akan bermain bola tanggung dari kedua pemimpin ini berminggu2!

Anonymous said...

Norman Toha, CN Afgani, Hafeez Penang, Hasan Basri semua dipetik Utusan Malaysia sebagai aktivis seumur hidup PAS dalam memberi pandangan anti-PAS dan diberi liputan dimuka depan akhbar itu.

Bolehkah Urusetia PAS keluar kenyataan rasmi yang mamak-mamak ni semua dah rasmi bukan ahli PAS dan sebarang kenyataan dari mereka adalah mewakili parti UMNO?

Anonymous said...

Ingat pesanan Husam Musa. Inilah waktunya sekutu PR mesti berpantang macam ibu mengandung.

juragan 69 said...

Bhai lu pun ptt nasihat bloggers yg ada supaya tak tunjuk sngt kebodohan dlm mmberi hujah... Termasuk gak pemilik blog agar mengupas satu2 isu dgn bijak...hahaha bnyk sngt grup bodoh yg terjah blog pro bn dgn hujah dan cut n page benda yg tak relevan dgn pru....org baca...org tngk...org fikir...lu fikirlah

Anonymous said...

Alamak TB, tak de isu ke? Nampak sangat awak tu dah tak de lagi modal politik. Entah apa-apa punya cerita dan entah apa kena mengena dengan politik alaf ini.

Maklumat awak dapat? Wah dashat. Hanya kerana ia maklumat yang TB dapat, ia mesti betul. Maklumat TB boleh tau pendirian semua melayu yang berjuta di Malaysia. Bagus tu. Kenapa pas tak ambil orang macam awak? Maklumat mesti tepat.

TB, bawak la isu yang lebih relevan sikit. kalau tak mampu nak keluarkan isu yang relevan, maksunya sedang menanti untuk bungkus.

Anonymous said...

Sifat manusia kadang terlebih lajak drpd laju. Cuma kita bloggers pun kena adil dlm kerja. Jgn nak spin isu yg dimainkan oleh media mcm utusan dan seumpamanya. Kalau ada kebaikkan tanpa mudharat silakan. Tapi kalau sampai memeningkan org ramai tu cuba elakkan je.

Anonymous said...

Ha ha, nampaknya bukan saya seorang aje yang nampak TB ni dah tak de isu sampai spin benda yang tah hape hape.

April 10, 2013 at 3:11 AM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.