Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Saturday, April 6, 2013

Projek Beli Calon Minima RM1 Juta Seorang

Kalau di Sabah strategi UMNO adalah menaja calon2 supaya berlaku tiga atau empat penjuru. Strategi ini nampaknya berkesan hanya si Sabah stkt ni. Di tempat2 lain di Malaysia mereka cuba juga tapi rasanya percubaan itu akan gagal. Hanya di Sabah rasanya pertandingan banyak penjuru ini bakal menguntungkan UMNO serta Musa Aman.

Khabarnya orang2 dari parti Jeffery telah pun bertemu UMNO untuk menagih wang dan ganjaran bagi memastikan tiada pertandingan satu lawan satu. DAn tampaknya usaha Jeffery untuk memerdekakan Sabah hanya akan sia-sia kerana partinya kelak akan menjadi kuda tunggangan UMNO.

Ada kawan Tulang Besi memberitahu sekurang-kurangnya parti Yong Teck Lee mungkin tiada kesan yang besar. Ini kerana pengundi2 Cina lebih sofistikated dan terikat dengan trend yang berlaku di Peringkat pusat.

Fasa seterusnya adalah mereka cuba membeli calon2 Pakatan Rakyat. Khabarnya agen2 mereka sudah mula bergerak. Sekali lagi tumpuan pembelian calon adalah di Sabah. Di Semenanjung pun tidak terkecuali. Tumpuan utama mereka dalah PKR kerana ramai dari PKR sebelum ini telah berjaya dibeli.

Sewaktu diajukan persoalan ini kepada Azmin Ali semalam, beliau memberi jaminan bahawa proses saringan yang ketat telah dijalankan setakat ini. Diharap tiada calon2 PKR yang dapat dibeli oleh mereka seperti yang berlaku kepada Suzaimi Salam di Sementa pada tahun 2008.

Walaubagaimanapun, usaha membeli calon-calon ini ditujukan juga pada PAS dan DAP. Makanya, jangan sekali-kali DAP dan PAS terlepa dengan usaha UMNO ini.

Perlu diingat usaha membeli calon sekarang ini jauh lebih besar dan hebat berbanding sebelum2 ini. Kalau pada tahun 2008, calon PKR di Sementa itu lari hanya dengan jumlah tak sampai Rm50k, kali ini tawaran yang diberikan adalah minimum RM1juta (mengikut maklumat yg Tulang Besi dapat)

Malahan, jumlah tersebut boleh naik lebih tinggi kalau calon2 ini pandai tawar menawar. Rasanya calon DAP dan PAS pun boleh jadi lembik dengan tawaran sebegini. Khabarnya, approach kali ini adalah mereka akan membayar secara tunai kepada bakal2 calon yang dibeli itu dan mereka akan dihantar terus ke luar negeri.

Pada tahun 2004 yang lepas ada seorang calon PAS di Johor telah berjaya mereka beli. Calon PAS Abu Bakar Sakak telah menarik diri dari bertanding di Kota Tinggi menentang Syed Hamid Albar.(Baca di sini) Maka, kepada orang2 PAS semua, jgn lah kamu mendabik dada kononnya PAS kebal dari kena beli. Abu Bakar Sakak adalah contoh besar bahawa PAS pun tidak kebal

Mereka akan menggunakan bekas2 DAP, PKR dan PAS untuk menjalankan kerja-kerja membeli ini. Kalau tidak macamana si Zamil tu boleh jadi kaya raya dengan sekelip mata.

Yang lebih merisaukan Tulang Besi adalah parti Wilfred Jumburing serta parti Lajim Ukim. Mereka adalah parti baru dan mereka tidak kenal lagi ahli2 serta calon2 mereka secara rapat. Padahal calon2 dari parti mereka ini akan bertanding banyak kerusi negeri. Apa akan jadi kalau calon2 mereka berjaya dibeli kelak?

Pakatan Rakyat perlu menyediakan calon bidan terjun bagi setiap DUN dan PArlimen hatta Permatang Pauh sekalipun. Kalau2 lah terjadi pembelian seperti pada Suzaimi Salam di Sementa itu, maka ada calon bebas yang masuk bagi menggantikannya.

Jangan sekali2 kita ingat BN telah kalah. Mereka masih mempunyai banyak cara dan kaedah untuk memenangi pilihanraya ini.

Tugas kita orang biassa ini adalah berdoa dan terus berdoa serta berkempen pada kenalan dan taulan.

TULANG BESI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.