Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Sunday, April 21, 2013

Trajedi PAS Subang Serah DUN Kota Damansara Pada UMNO

Zaharuddin Muhammad@Din Ayam
merangkap menantu Presiden PAS
Sepertimana yang kita tahu, calon PAS Kota Damanasara menyerahkan watiqah yang di tandatangan oleh Presiden sendiri. SEMUA calon2 PAS seluruh Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak watiqah mereka di tt oleh SUA, CIkgu Mustafa Ali.

Hanya Ustaz Zaharuddin Muhammad aka Din Ayam sahaja yang mempunyai hubungan dan pengaruh untuk menyakinkan pak mentuanya bagi menurunkan tandatangan ke watiqah tersebut. CIkgu Mustafa Ali tiada tahu menahu berkenaan watiqah tersebut.

Majoriti ahli2 PAS Subang juga TERKEJUT BERUK dengan adanya calon PAS di DUN Kota Damansara. 

Itu pun kalau tt itu tidak dipalsukan atau disalin. Kalau betul dipalsukan pun, takkan lah bapak mentua hendak ambil tindakan undang-undang ke atas anak menantu dia. Maka, akan terlepas la Ustaz Din Ayam.

Adapun Hj Mesni, YDP PAS Subang, tidak boleh berlepas tangan sama sekali. Beberapa hari sebelum penamaan calon, beliau telah mengetuai sebuah sidang akhbar di mana diisytiharkan PAS akan meletak calon di DUN Kota Damansara.

Dan sejak akhir2 diberitakan hubungan Mesni dengan Din Ayam amat rapat sekali.

Barang diingat, Din Ayam adalah sebahagian dari Majlis Syura Ulama PAS mewakili Dewan Pemuda PAS Pusat. Perlantikan beliau adalah semata-mata kerana dia anak menantu kepada PResiden dan tiada kena mengena dengan kelayakan ilmu mahupun kebolehan berfikir dan melaksanakan tugas.

Beliau juga berumah di Kota Damansara dan menjadi ustaz utama di Masjid kuning Kota Damansara. Tulang Besi menggelarkan Masjid Kota Damansara itu sebagai Masjid PERPADUANG.

Ustaz Din Ayam ini pernah membuka blog bertajuk Al Faqeeh yang digunakan untuk menyerang Ustaz Wan Ji, Dr Dzul, Khalid Samad dsbnya. Malangnya blog telah ditutup barangkali kerana tidak laku atau tiada siapa yang boleh faham tulisan beliau.

BUKAN HANYA DI KOTA DAMANSARA DIN AYAM KACAU?

Tulang Besi juga beranggapan Din Ayam juga memainkan peranan dalam mengacau proses memilih calon di Taman Templer dan Paya Jaras. Tulang Besi tiada bukti tetapi ia memerlukan pengaruh seseorang yang rapat dengan kepimpinan tertinggi bagi membolehkan keputusan AJK PAS Pusat diterbalikkan.

Di Taman Templer misalnya, keputusan AJK PAS Pusat telah meletakkan Hj Mat sebagai calon. Semua nya telah dipersetujui. Namun, tiba-tiba nama Zaidy Talib naik. Padahal, Hj Mat adalah Penyelaras DUN dan popular di Taman Templer. Di samping itu Hj Mat adalah anak tempatan Selayang berbanding Zaidi yang berasal dari Kelantan. Zaidi juga tidak dikenali oleh rakyat setempat dan orang2 Cina dan India rata2 tidak begitu selesa dengan beliau berbanding Hj. Mat.

Yang lebih merisaukan adalah calon UMNO, Dato' Subhan Kamal, adalah anak jati Selayang dan selama-lamanya tinggal di Taman Selayang Baru. Kepada pengundi Melayu, Subhan cuma perlu memainkan isu anak tempatan dan inshaalah Zaidi Talib ini akan tersunggkur. Itu tidak termasuk faktor Subhan ada banyak duit serta beliau adalah "incumbent"

Zaidi Talib adalah orang kuat Pemuda PAS Pusat dan amat rapat dengan geng2 perpaduang dalam PEMUDA. Sepanjang pemerintahan Hasan Ali, Zaidi menjadi penyokong kuat agenda perpaduang Hasan Ali. Tak hairanlah kalau Din Ayam masuk campur untuk memastikan Zaidi jadi calon. Jelas, DUN Taman Templer akan sekali lagi terlepas dari gengaman PAS.

Sama juga di DUN Paya Jaras. Oleh kerana Hj Mesni kemaruk nak bertanding di situ, maka saya syak Din Ayam telah menggunakan pengaruh beliau untuk mensabotaj Khairuddin Othman yang juga SU Perhubungan SElangor.

Semua ini bagi memastikan ketiga-tiga DUN ini kekal dalam gengaman BN: Paya Jaras, Taman Templer dan Paya Jaras. Nampaknya, dua DUN telah selamat jatuh ke tangan BN. Yang berjaya diselamatkan adalah DUN Paya Jaras kerana berjaya dikekalkan Khairuddin othman sebagai calon PAS.

Saudara/ri bayangkan betapa gilanya keadaan di Paya Jaras. Khairuddin Othman diarahkan supaya jangan bertanding dalam keadaan tiada calon yang ada untuk mengganti beliau. Nama calon pengganti beliau berubah-ubah dari satu nama ke satu nama. Tapi, akhirnya perwakilan dari MTD Paya Jaras berjaya berjumpa dengan Cikgu Pa dan akhirnya nama Khairuddin kekal.

Besarnya pengaruh Din Ayam ini sehingga Perhubungan Negeri Selangor pun tidak boleh mengatasi cakap beliau. Semuanya kerana Din Ayam ini menantu Presiden?

TULANG BESI

18 comments:

Anonymous said...

Sabarlah. Hj Hadi pun dah sampai tarikh luput. Sekali ngan cikgu Pa dia akan bawak diri lepas ni. Kat Teganu jadi huru hara saya rasa kea puak ni la.

Anonymous said...

Hebatnya Din Ayam sampai perhubungan Selangor yg ahlinya mcm Dr Zul, Khalid Samad pun ada dlmnya tak bisa mengatasinya. Ha ha untunglah BN sebab Pas ni belum apa2 dah mula tak sebulu. Semua perasaan mcm diaorang kerja kuat dan layak jadi calon. Sama je tak dak ikhlas nampaknya ahli2 pas ni. Betullah org kata pas dan umno ni sama je. Harap kopiah dan songkok je yg membezakan. Pandai cakap je. Kerja belum tentu. Tunggu 5 Mei akan tahu langit tinggi dan rendah. Ya Allah bantulah hamba Mu yg ikhlas berjuang dan sisihkan mereka yg berjuang bkn kerana Mu.

Anonymous said...

bila virus UG menyerang.....otak sesetengah pemimpin UMNO/BN tak berfungsi.....pemimpin2 tinggi PR kene buat keputusan yg tegas terhadap2 anasir musuh dlm selimut nie.....kata terhadap mereka......jika tak mahu menurut kata sepakat Majlis tertinggi PR(PAS,DAP dan PKR)...mereka kene gunakan logo Parti BEBAS.....mereka dilarang menggunakan logo parti didlm PR.....bg rakyat ramai keliru....

bunbinban said...

Sama je di Parlimen Bera ni, di mana Ismail Sabree bertanding.Majlis Presiden sudah bagi green light kat calon PKR Zakaria Abdul Hamid utk menentang Ismail Sabree...aleh2 PAS dgn restu YDP PAS kawasan telah menghantar calon bebas utk bertanding di Parlimen Bera maka terjadilah pertandingan 3 penjuru. Gua dah fed up dgn politik PAS tapi gua lgi fed up dgn UMNO/BN...utk geng2 UG....lu tau la tinggi rendahnya langit apabila mengkhianati kepercayan rakyat yg ingin menghumban UMNO/BN dlm PRU13 nih. Dgn ini gua setuju je dgn pertukaran slogan...'Lain Kali Lah' mengantikan 'Ini kali Lah'.

Anonymous said...

gua tak sure cerita betul dia cmner, tapi bg gua memang cilanat pabila pas hendak memenggal incumbent kota damansara. gua dok area ni, selalu gi ceramah PR subang, dan hj mesni ni la yang selalu baca doa pembuka sebelum ceramah bermula. selalu ceramah kelompok mesti ahli psm, pr dan pas subang bergerak serentak, tp ini jadi nya?? munafeeq? gua kechewa.

bak kata pak bakaq, " butuh pak hang!"

Anonymous said...

Saya mempunyai cukup maklumat 1st hand utk menjawab satu persatu apa yg Tulang Besi tulis di sini tetapi demi menjaga keutuhan PAS, saya tidak akan berbuat demikian. There are 2 sides to a coin. Apa yg dihidangkan di sini adalah satu sisi sahaja. Wallahua'lam. Semoga Allah mengampuni ketelanjuran semua hambaNya yg lemah.

Malaysiabaru said...

Salam
Di wp kl ada lagi satu harAm babi nama mat nor. Insyallah pas akn kalah di semua kerusi di wp teemasuk labuan. Hrm babi wp kl dah tarbiah seluruh pemuda utk benci pm malaysia ke 7. So, yb dsai tlg jgn bagi cetamah di kg baru. Anta terus ke sabah shj.

Anonymous said...

Salam.
Rasa sedih bila sdr Anwar tak JD pm kerana stapa ali bekas timb. Menteri d zaman asri. Kalau kamarudin jafar su agung pas takan jd begini

Org ganu bawak bala

Anonymous said...

Rupanya penyokong pas pun menghina ulamak juga...atas dunia pun ALLAH dah tunjuk..bukankah hj hadi..dr harun din ulamak besar pas...LAIN KALI LA

Anonymous said...

Bukannya PAS macam Umno,... tapi lebih bingai dari UMNO. Kalau UMNO yang buat orang dah faham perangai syaitan yang dikenali. Ini pakai kopiah dan jubah bertopeng malaikat, tapi perangai kalah UMNO yang dikenali. Patutlah di Terengganu PAS tak boleh menang, puak hantu jembalang ni yang buat onar. Sila lihat lapuran risikan yang dikeluarkan beberapa hari lalu, menunjukkan PAS/PR hanya mendapat 1 kerusi parlimen di Terengganu... kenapa risikan tersebut berani menyatakan bagitu? Sebabnya perisik tersebut telah dapat menilai prestasi PAS Ganu akibat kerosakan yang dilakukan oleh puak Ganu ni. Nak harap cikgu Stopa... baik simpan dia dalam reban ayam sajalah. Apa Presiden PAS buat? tak kan hanya buat buta dan pekak saja? atau tak berani nak sindir menantu? Kalau bagini kerenah puak PAS nih, hentikan saja angan2 nak tawan Putrajaya.

Anonymous said...

Nie muka dia muda2 dolu2, takde muka terbaru dia ke?

Anonymous said...

Aku rase blogger2 macam gini le yang menjahanamkan apa2 parti pun.lebih sudu dari kuah, macamkan tahu semua benda. Takke kamu perasan gosip2 gini akan melaga-lagakan.

Muhammad Farhan said...

ya allah bukalah pintu hati org y cuba mnjtuhkan islam.. kalo mrk ttp brkrs tuk mnjtuhkn islam mka kmi serah padaMU tuk mnentukannya sama ad matikan merka dlm keadaan y hina atau sbgainya krn ssunguhnya kmi hamba y lemah

Chew hoe tan said...

Ir

Anonymous said...

syabas tb.. teruskan pencerahan.... biar pahit asal Benar... jgn taksub.. renung sejenak.. fikir... fikir....fikir.... mane satu yg Benar... siapa yg betul.. semua jd gila.... Dunia. .... dihati... Insaflah lah semua... Bersatu mencari Kebenaran... Hidup Pakatan Rakyat..

ahmad akef said...

nampak benor fitnahnya dlm cerita ni......ni semua poyo
je....semua yg diluah oleh tulang besi makanan jin ni semua dlm sangkaan dia je...klu x tahu jgn jadi poyo tahu.ko nak kutuk ke kritik ke x setuju ke itu ikut ko..tapi bila buat cerita syak..syak....dan syak dlm luahan ko ni..kan ke dah jadi fitnah dlm cerita ni maknanya belum tentu betul.ko marah macai2 umngok buat cerita tanpa fakta tapi yg ko buat cerita tanpa fuck-ta ni x 2x5 je....macam ni lah klu ko x tahu gi la amik tahu ngok...klu x sama je ko dgn mangkuk macai2 umngok..

ahmad akef said...

hahaa...fitnah ko ni sama je dgn fitnah2 yg macai2 umngok buat...dari awal sampai hbs asyik syakkkkk je...dah bila yg x syaknya...sama dgn hasan jati penuh dgn prasangka...tulang2 ni selalu makanan jin tau..

ali said...

tulang besi, kenyataan tuan bersifat sangkaan dan andaian semata-mata. bukan kah ia sebenarnya fitnah?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.