Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, April 22, 2013

UMNO Bakal Terlungkup Kerana Belakangkan Wanita UMNO?


Tulang belakang kepada sokongan UMNO adalah dari wanita Melayu. Secara amnya wanita Melayu memberi sokongan padu kepada UMNO dan Barisan Nasional tanpa soal. Wanita Melayu telah menyelamatkan UMNO pada tahun 2008 sewaktu berlakunya tsunami politik yang melanda Semenanjung Malaysia.

Sepanjang sejarah Malaysia, hatta sewaktu UMNO mengalami perpecahan sekalipun pada tahu 1990 dan 1999, jentera Wanita UMNO utuh dan tidak berbekas.
Wanita UMNO membekalkan jentera yang tidak ada tandingannya membolehkan UMNO sampai ke setiap pelusuk negara. Wanita2 Melayu seperti terpegun dan terpukau hasil gerak kerja Wanita UMNO yang sebegitu kemas dan tersusun rapi.

Namun, pada pilihanraya kali ini, ada sedikit kelainan. Apabila Ketua Wanita UMNO sendiri tidak bertanding akibat terpalitnya skandal NFC. Dan Naib Ketua Wanita UMNO (dalam gambar) sanggup keluar parti untuk bertanding di kerusi Parlimen Kuala Kangsar.

Walau apa badai melanda UMNO, Wanita UMNO tidak pernah terusik. Waktu UMNO berpecah kepada S46, amat sedikit dari Wanita UMNO yang keluar dan menyertai S46. Itulah sebabnya S46 gagal menjatuhkan UMNO.

Namun, pada kali ini, Wanita UMNO lah yang paling kuat berkrisis berbanding golongan lain dalam UMNO. Tulang Besi tidak tahu sejauh mana jentera Wanita UMNO menjadi lemah kerana ini. 

Cumanya, perkara ini tidak pernah berlaku dan ada kemungkinan jentera Wanita UMNO yang selama ini menjadi tonggak UMNO akan cacat dan tidak boleh berfungsi seperti biasa.

Ini mungkin petanda awal kejatuhan Barisan Nasional.

TULANG BESI


2 comments:

Berita dari gunung said...

Prinsip asas yang Kamilia lupa ialah kena akur dengan kehendak parti. Sama macam Khairy yang tidak dapat peluang menjawat sebarang jawatan dalam kabinet. Kita tak boleh membentak dan terlalu memintak.

Juragan 69 said...

Bhai TB...krisis wanita umno tak kemana bhai... Tak sehebat krisis prtndingan sesama sndiri dlm pr...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.