Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Sunday, April 14, 2013

Video Mustafa Ali Tiada Kesan Kepada PAS

Saya nak bagitau pada pihak UMNO, tindakan mengeluarkan video seks Mustafa Ali itu adalah tindakan yang bodoh.

Mengikut maklumat yang Tulang Besi dapat, tujuan pengeluarannya adalah untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat.

Malahan, sebab utama Najib Tun Razak tidak membubarkan dewan selama ini adalah beliau menunggu agen2 beliau dalam PAS dan PKR untuk memecahkan Pakatan Rakyat.

Apabila keluar sahaja salah satu parti dalam Pakatan Rakyat, maka tidak sampai seminggu, Najib akan isytihar bubar dewan. Namun, syukur alhamdulillah, Allah SWT Maha Besar. Pakatan Rakyat tetap utuh walaupun pada satu masa dulu hampir-hampir ranap.

Video Anwar dikeluarkan satu masa dahulu adalah bagi tujuan untuk membuat PAS rasa serba salah. Sememangnya, puak2 PERPADUANG dalam Syura dan AJK PAS Pusat menjadikan video Dato T itu sebagai NAS YANG SAHIH bagi menolak Anwar sebagai Perdana Menteri. 

Malahan, kalau tidak disebabkan Usul Muktamar di dua Muktamar PAS, nescaya PAS telah lama keluar dari PR hasil dari video tersebut.

Syukur PAS tidak terikut dengan otak gila geng perpaduang itu. Cuba bayangkan. Ditakdirkan PAS keluar sahaja dari PR atas alasan kononnya Anwar itu penzina, UMNO terus keluarkan video seks Cikgu Pa ini.

PAS nanti akan jadi kera sumbang dan dalam PRU confirm PAS tinggal 2 kerusi.

Puak yang sama juga, setelah gagal membawa PAS keluar kerana isu liwat dan video seks juga menaja projek melantik Tengku Razaleigh sebagai Perdana Menteri.

Alasan yang sama digunakan. Bahawa Anwar adalah kaki seks dan perlu dilantik Perdana Menteri yang tiada masaalah dengan seks dan diterima umat Melayu.

Sampai sanggup pegi jumpa Anwar Ibrahim untuk suruh Anwar terima idea gila ini.

Last2 sekali, rupanya orang yang menuduh pun ada video seks. Tak tau video seks tu betul ke tidak tapi skrg ni dia rasa apa yang Anwar rasa/

Tulang Besi tidak tau video itu benar atau tidak. Tapi tindakan menolak Anwar berdasarkan hanya video hitam kabur tiada suara telah dibalas oleh Allah dengan video sendiri yang jelas, berwarna-warni serta bersuara jelas.

Dan masaalah yang berlaku di Perlis dan Kedah skrg ini pun hasil kerja tangan orang yang dikaitkan dalam video itu juga.

Syukur kerana majoriti rakyat Malaysia tidak kenal siapa Cikgu Pa ini. Kalau video ini terkena pada Husam Musa, Salahuddin Ayub atau Mahfuz Omar atau Mat Sabu, mungkin PAS akan gulung tikar kerana tokoh2 ini dikenali umum dan popular dengan rakyat jelata.

Tolonglah buat sesuatu. Takkan kita nak kalah Kedah kerana keputusan seorang yang sekarang ini dibelenggu dengan fitnah video seks?

TULANG BESI

ps diberitakan kita akan melihat ramai calon bebas di Kedah dalam PRU yang akan datang ini

pss Tak payah nak tuduh Tulang Besi beri peluru pada musuh. Musuh tu semuanya sangat2 berharap Azizan kekal jadi calon MB kerana ia bermaksud BN akan merampas semula KEDAH.

psss Ni semua angkara PUAK2 PERPADUANG

pssss Kalau arwah bapa Tulang Besi masih hidup, Tulang Besi akan suruh dia sembur Ustaz Azizan ni. Cuba pegi tanya Ustaz Azizan siapa arwah bapa Tulang Besi


7 comments:

otakbesi said...

KAH KAH KAH!
Selepas pilihanraya ...
selepas pilihanraya ....
selepas pilihanraya ...
pada 6 mei ...
kita akan selesaikan semuanya, dari video sex sehingga seribu satu UG.

wan amir said...

Bhai engko ni bercakap macam ahli nujumlah...mana faktanya?jgn dok buat kalut bro

Anonymous said...

Ana ni heran dengan pimpinan PAS dalam menangani krisis Video Mustapha ni..tak nampak 'the big picture' agaknya..

Perlu ingat dalam doktrin peperangan, diri kita mungkin terkorban, unit kita mungkin musnah dalam pertempuran. . Yang penting mesti menang dalam peperangan tersebut.

Tak kisahlah kalau PAS kalah dalam PRU nanti ataupun PAS hancur selepas PRU..yang penting agama Islam terpelihara dan berkembang. Ana tak kisah jika Mustapha terpaksa dikorbankan untuk menyelamatkan PAS ataupun PAS perlu dikorbankan untuk menyelamatkan Islam. Keutamman bukan pada individu tapi parti dan kalau seorang tu telah jadi liabiliti pada parti.. beliau perlu disingkirkan.

Ambik iktibar pada agama Kristian mazhab Katolik.sudah beratus tahun, orang ramai tahu paderi Kristian telah meliwat budak budak lelaki gereja 'altar boys' dan masalah dah sampai pada pengetahuan pope tapi tiada tindakan telah diambil, bureaukrasi Kristian lebih untuk mendiamkan perkara tersebut dari mengambil tindakan pada paderi tersebut. Akibatnya bila gereja Katolik telah disaman oleh mangsa,ratusan juta telah dibayar sebagai pampasan. Yang rosak adalah imej Katolik, bila sebut Katolik tak dapat tidak orang ramai akan mengaitkan 'altar boys' dan aktiviti liwat di belakang tabir.
Macam tulah saya tengok kes video Mustapha ni. Imej yang akan rosak adalah imej PAS dan juga imej Islam.Bila orang sebut Islam, orang akan ingat orang Islam adalah kaki seks sehingga pegawai atasan PAS pun terlibat juga.


Pemimpin PAS mungkin ambik mudah perkara ini, ini fitnah UMNO...Bagi saya tunjukkan bukti dan siasat bukti tersebut. Kalaulah teknik CGI digunakan dah tentu amat mudah untuk mengenalpastinya.Kalau begitu mudah teknik CGI ni, dah tentu dah ada di pasaran, video seks Obama, Najib, Putin dan ramai tokoh tokoh pemimpin dunia..

Akhirkata untuk buat renungan, Ana turunkan sekeping ayat dari surah Alhujurat, ayat 49..

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan."

Anonymous said...

RPK has an article today - Mustafa Ali is one who is open to perpaduang with umno
Any truth to rumours Nik Aziz had a fall and is not well its all over the umno blogs

Anonymous said...

Pas tetap utuh dgn dasar islam yg dibawa. Apa yg kita semua susah. Perlu belajar berapa mudahnya Islam ajar umatnya menghadapi dugaan dan fitnah. Video seks tak boleh jadi bahan bukti utk zina. Bawa mai 4 saksi ok. Kalau tidak sebat yg menuduh. Islam tak ajar umatnya nak tunjuk terrer bro. Satu lagi pas tak main la percaya dgn sebab video anwar tu sanggup keluar drpd pr. Ini sangkaan buruk yg sepatutnya dielakkan. Tak ada adab langsung. Sudah2 la TB. Sokong berdasarkan kebenaran bukan orang. Jgn jadi mcm us nasa dan hassan jati. Tak puas hati boleh get out from pas dan buat parti sendiri. Tak payah nak cemarkan nama arwah ayah dgn sikap mcm ni.

Anonymous said...

Yeah, so this quote is interesting
"So who killed off Mustafa Ali (and I can only assume that with the latest Mustafa Ali sex video going viral on the internet we can consider him dead)? Is it Umno? Why would Umno want to kill the best friend they have in PAS? Or are the people behind the video those who view Mustafa Ali as a threat to Pakatan Rakyat as well as a threat to Anwar Ibrahim’s ambition to become Prime Minister?"

wan amir said...

Put a stop TB...everybody's watching you bro..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.