Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, April 4, 2013

Wang Sedang Mengalir ke Sabah Macam Sungai

Maklumat Tulang Besi dapat adalah pembahagian kerusi sedang giat dijalankan di Sabah. Wang juga semakin banyak dibawa ke Sabah. Khabarnya, perancangan mereka adalah memastikan tiada pertandingan satu lawan satu. Bagi memastikan pertandingan dua atau tiga penjuru, wang sedang ditaburkan dengan banyak.

Mereka tahu, peluang mereka hendak menang adalah tipis. Kalau berlaku pertandingan satu lawan satu, nescaya mereka akan kehilangan majoriti kerusi Parlimen dan kalah di DUN Sabah. Tampaknya seperti harapan mereka mengekalkan Sabah sebagai "Fixed Deposit" adalah dengan menjana pertandingan lebih dari dua penjuru. Ini tidak termasuk calon-calon bebas yang mereka telah rancang untuk ditaja. Dalam sejarah politik Sabah, calon bebas lebih berpengaruh berbanding di Semenanjung.

Pakatan Rakyat juga sedang giat mencari formula tapi mampukan PR melawan kuasa wang? Mereka2 yang bertanding dgn lambang parti lain itu mendapat laba yang banyak. Itu tidak termasuk calon2 bebas.

Parti2 lain dari BN dan PR ini tidak perlu menang kerana poket mereka bakal diisi dengan wang yang banyak sekali. Mereka cuma perlu memasukkan nama mereka di atas kertas undi dan pulang ke rumah berehat dengan wang yang banyak di dalam poket.

Tulang Besi mengharapkan rakyat SAbah celik dalam memilih parti. Selain dari Pakatan Rakyat, parti2 lain tidak berkemampuan untuk mengalahkan Barisan NAsional serta UMNO di Sabah.

Kalau mereka terus menerus mengundi parti2 dan calon2 pengacau ini, yang ruginya adalah rakyat Sabah sendiri.  Parti2 lain itu tidak lebih dari pengacau dan opportunis semata-mata, menggunakan peluang ini untuk membuat wang lebih buat diri sendiri.

Tidak apa lah. Biarkan parti2 lain membuat wang mereka asalkan majoriti undi diberikan kepada Pakatan Rakyat serta sekutu2nya. Cara begini semua orang untung dan hanya BN yang rugi.

Maklumat lain yang Tulang Besi dapat adalah wang juga sedang digunakan dengan banyak untuk membeli calon-calon PKR dan DAP. Diharap PKR menggunakan kaedah PAS yakni baiaah talak kepada calon2 yang beragama Islam.

Pokoknya, Sabah akan melihat kebanjiran wang yang teramat banyak hatta sebelum tarikh penamaan calon diumumkan.

Apa jalan sekalipun Sabah mesti dipertahankan oleh UMNO/BN sebagai fixed deposit mereka.

Tanpa Fixed Deposit Sabah, Putrajaya akan jatuh.

Kita yang tidak berkuasa ini, tugas kita adalah berdoa kepada Allah SWT semoga perancangan jahat pihak satu lagi digagalkan oleh Allah SWT

TULANG BESI

2 comments:

Anonymous said...

jangan lalai pergerakan musuh

Anonymous said...

Musuh kepala otak hang. bodo punya makhluk.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.